Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-12-31

Hadirnya 22 perginya 2009.

Salam.


Umurku sudah meningkat. 22. Bermakna 2009 hampir melabuhkan tirainya. Dan Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas dia atas muka bumi ini di samping kelurga, dia dan sahabat2 yang tersayang. Tak disangka kan? Pejam celik pejam celik, sampai jua. Dengan harapan, ibadatku juga akan bertambah selari dengan pertambahan umurku ini.


Tahun 2009 menyaksikan jatuh bangunku dan berjuta2 kenangan manis dan pahit yang tak dapat diungkapkan dengan kata2. Manis kerana pasti tidak dapat diulang lagi saat2 itu. Pahit kerana tidak mahu diulangi dan menjadi pengajaran buat diriku ini. Alhamdulillah jua kerana aku dikurniakan keluarga, dan sahabat2 yg setia di sisi di saat aku yang terleka dengan nikmat dunia ini. Terima kasih ibu bapak, keluarga dan sahabat2 u know who u r.


Moga aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupanku. 2010 hampir menjelang. Impian yang masih banyak belum terlaksana. 2009 yg telah pergi dibiarkan pergi. Aku inginkan kejayaan dunia dan akhirat, Moga ia dalam genggaman. InsyaALLAH. 


Moga tahun 2010 ini kita lebih baik dari 2009. =)



2009-12-29

Susah sangat ke...?

Salam.


Susah sangat ke?


Susah sangat ke nak jadi baik?

Susah sangat ke nak dapat 3.7?

Susah sangat ke nak blajar rajin2?

Susah sangat ke nak kurus?

Susah sangat ke nak cakap NO?

Susah sangat ke nak jadi asertif?

Susah sangat ke nak jadi tegas?

Susah sangat ke nak berterus terang?

Susah sangat ke nak jujur?

Susah sangat ke nak pergi jauh2?

Susah sangat ke nak pergi Jabatan Bendahari?

Susah sangat ke nak tepati masa?

Susah sangat ke nak melupakan?

Susah sangat ke nak buat tak endah?

Susah sangat ke nak ikhlas beribadat kerana ALLAH?

Susah sangat ke nak berubah?


Tak susah pun... Awak just KENA KUAT. Dan JANGAN LUPAKAN ALLAH s.w.t.


Sekarang saya nak tanya balik. 

Susah sangat ke nak jadi kuat?


2009-12-25

49 Keistimewaan Wanita (1)

Salam.

Seseorang telah menghadiahkan che’ satu artikel tentang 50 keistimewaan wanita. Tapi bila kira-kira balik, kurang satu. 50-1=49. Tulah. Nama pun pelajar maths. Jadi semua pun hendak dikira. =) Maka, di sini che’ mo kongsi. Tapi ni baru part 1. Renungkanlah…

 

“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
  5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAh s.w.t. dan orang yang takutkan ALLAh s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya.  Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalau. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”, maka ALLAH s.w.t. akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan ALLAH s.w.t. akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada ALLAH s.w.t. selama haidhnya.
  8. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.”
  9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  10. Daripada Aisyah r.a : “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka. maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
Blogger Tags:

2009-12-20

Lawatan semalam. =)

Salam.


Lepas beberapa siri rajuk merajuk, hati ini tetap hendak membuat lawatan. Melawat kanak2 yg tersyg. =) Sebab takut nanti terkilan tak dapat jumpa muka ke muka lagi. melainkan kanak2 itu berpindah ke selangor atau che' berkahwin dan dia datang majlis che'. Ish. cakap pasal kahwin pula. Lambat lagi lah. 


Janji dengan kanak2 itu jam 5 ptg. Tapi, sebab hendak cari 5 kilo ayam+daging+ikan+bawang supaya dia boleh bagi cafe untuk masak utk dia dan kawan2, che' sampai jam 545 kot. Tak ingat. Tapi yang penting, bila sampai, muka dia macam singa yang tak makan selama sebulan. Sangat garang. jumpa sekejap je. Tapi, happy sangat. 


happy happy joy joy.


Macam lagu lion king tu kan, things don't always go the way we plan. Tapi semalam it goes the way I planned. Thanks to daddy! Daddy, ILU! Tak dilupakan, Syukur alhamdulillah. Allah Maha BErkuasa.


credits.


2009-12-19

1431 Hijrah.

Salam.

Salam Maal Hijrah. Sedar tak dah masuk tahun 1431 Hijrah? Ada baca doa awal tahun + akhir tahun tak? =)

Tahun hijrah ni dah bertambah. Bermakna, umur kita pun dah bertambah. Secara langsung, umur che' pun bertambah. Memandangkan tahun 2009 ni pun dah hampir melabuhkan tirainya.

Sem baru pun dah nak mula. Untuk pelajar degree 21 hb ni. Masters lak, 28hb. Tapi che'? Ada masalah taraf pengajian. Skang taraf pengajian adalah gantung pengajian. Sebab? Sebab tak daftar kursus lagi. Naik sem baru leh daftar. Result nya taraf pun gantung keputusan. Adeh, sampai kapan kena gantung pun gue enggak tau. Papepun, tts. Tenang2 selalu~

Camne ngan pelajar lain? Result ok tak? Harap lebih baik dari sem2 lepas. Kalau kurang baik, usaha lagi. Usaha+doa+tawakal=kejayaan. InsyaALLAH.

Namun, diharap, dengan kedatangan tahun baru ni, kita muhasabah balik amalan kita tahun lepas. Dan perbaiki kekurangan yang ada. Ayat ini berulang kali berpusing dalam fikiran, hati, otak, limpa che'. Perubahan itu bagus. Tapi kan lebih bagus kalau ia ke arah yang lebih baik. Ke arah keredhaan ALLAH. =)

Adakah kita seorang pemaaf?

Salam.


gambar copy tampal


Alkisah ini dicopy tampal dari web syok.

.
.
.

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa  satu beg plastik transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang2 tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan. Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya.

P/S: Forgive and forget. Tapi camne pula kalau xboleh nak forget? =) 



Hidup itu indah. kan?

Salam.

Teringat ada satu ketika dulu. Che' letak status kat YM, "Hidup itu indah". Then ada junior ni, letak status dia,"Hidup tak selalunya indah". Ironic kan? Tapi, memang betul pun apa yg dia ckp tu. SOmetimes, che' hanya memujuk hati dengan buat status yg positif supaya rasa positif. Cuba try. Kadang2 berkesan. And, Allah Maha Mengetahui apa yg kita perlukan. Mungkin bagi kita tak indah, tapi yg tak indah itulah yang lebih baik untuk kita. Siapa tahu, kan? Bila tiba masanya, baru kita akan sedar. Mungkin bukan sekarang. Tapi satu hari nanti.

Nah. Hayati lirik ni pula. Dari cite Lion King. We Are One.

As you go through life you'll see
There is so much that we
Don't understand

And the only thing we know
Is things don't always go
The way we planned

But you'll see every day
That we'll never turn away
When it seems all your dreams come undone

We will stand by your side
Filled with hope and filled with pride
We are more than we are
We are one


Finally I have decided. Balik kampung juga. N now kat kampung. Dengan satu misi. Nak lawat seseorang. Tapi... Macam lagu tu cakap, things don't always go the way we planned.

There is this one time, I joined this 2 club that is about something that I enjoyed doing, but because of merajuk dan membawa diri dll aceh. cam drama lah pulak nak bawak diri2 nih I end up quitting from those 2 club. Padahal at the first place I enjoyed doing it. Dan jangan kerana merajuk, I end up tak visit that person sedangkan
I really enjoyed meeting up people that i loved sayang n cared for.. Dan tiba2 tadi enfons kena campak sebab satu enfon tu buat bunyi. Lalala~

Kenapa lately sangat sensitif ni??? Lebam ar camni. Grrr.

Rasanya bertambah2 emo sbb pg tadi tak dpt jumpe mikey. Cis cis dan cis.

P/S: Rindu noriz. 'Lebam ar camni' adalah tagline noriz. =)


2009-12-17

Prog Bunuh Kutu 09

Salam.


Tanggal 9 dis 2009, iaitu hari rabu, suatu aktiviti yang dinamakan Program Bunuh Kutu(PBK) telah dianjurkan. Prog ini adalah lanjutan daripada Program Selamatkan Kutu yang dianjurkan pada bulan Mei lepas. 


Berbeza sedikit daripada salah satu objektif PSK yg lepas yg utk slmtkan kutu, PBK bertujuan untuk membunuh terus kutu2 di rumah fc2 KMNS. Biar sampai pupus. BUnyi cam kejam? taklah. Bahaya tau kalau nanti berjangkit kat orang lain. Selain itu, prog ini, untuk lagi merapatkan silaturrahim sesama fc. Dan menambahkan lagi koleksi gmbr kenangan bersama keluarga fc. 


Aktiviti yang dilakukan adalah:

-Makan beramai2 sebanyak 2 kali. (sebelum+selepas main) Untuk org2 yg tertentu jep. Ada yg mkn skali jep. Hehe.

-Main boling 2 game.

che' last place. cmne nk lwn hazim+adik iwan nih. 

-Amek2 gmbr.

-Ketawa2 gurau2, update kisah2 terbaru sesama fc.


Terima kasih kepada semua yg berjaya hadirkan diri, yg berusaha utk menghadirkan diri tp tak dpt hadir, yg mmg conpem dr awal xdpt hadir, dan juga siapa2 shj yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan prog ni. Berjaya ke? Che sebagai wakil penganjur ingin minta maaf andai ada kekurangan spnj anjurkan prog ni. And, klu ada cdgn penmbhbaikan sila kbr2kan lah ye. Hope yg dtg tu dpt bunuh kutu yg ada. =))


Oh. lupa. List yg dtg. 

cik cahaya

boolat

a'idah

nazzrin(atuk)

fadzlan

irsyad

aj

fafau chibi

rahim

syamira+syazwina

ocha+kawan


Gambar akan diupload kemudian. Prob lak ngan upload gmbr ni, Maaf ye.  


P/S: Epal besar tu sapa belanja ek? Thanks tau. 

 

Dilema.

Salam.

Hari ini che' tersangatlah dalam dilema. Dilema remeh jek? Biarlah. Bagi saya tak remeh. 


1. nak tukar kos dari management ke applied maths atau tak.

Sekarang ni tengah buat management. Dulu macam ada rasa nak jadi lecturer. Ada private college dkt2 rumah. And ada iklan utk jd lctrr maths utk prog fooundation kat ctu. Tapi kalau nak jadi lecturer, coz applied maths lagi marketable. Tapi kalau jadi lecturer, kena buat research. Tak suka buat research. Tesis sem lepas2 pun sgt hancur. Kalau management cam lebih kepada kerja in company. And sekarang macam tak rasa nak kerja kat mana2 company. Em cepat2 lah wat company. T leh org kerja ngan kamoo. T tak yahlah nak mintak kerja kat company lain dah. Hehe. Ok2. Serius balik. Urm. tu lah. Nak buat applied ke management. Belajar ni dah tak seronok dah. Sekarang berkawan ngan adik2 degree jep. N malam2 bukan nya study pun. Online memanjang. Ish. apa punya pelajar tahun 1 lah ni. Macam tak de life n sgt pemalas kan? Kak yus mo wat applied. Sebab dia mo apply UniMaP. Subjek wajib management yang tinggal is proses stokastik(macam dak stat nya dgree) and maths ekon+kwgn(cm aktuari dgree). And tesis. Kalau applied lak, analisis berangka, pemodelan dan k. maths, mekanik bendalir. Kalau mo jd pramugari lak, kena 34-24-36. erk dan erk. Jauh sgt tu. 


2. nak balik kampung ke tak.

Sebagai kanak2 yang masih sekolah, mereka masih bercuti. Just student ipt je yg kena balik ipt. Sebab sem 2 dah nak start. atau ada yg dah start dah pun. dan dan dan, Daddy mo bawak kluarga balik kampung. Dan kali ni, bukan balik kroh jek. Tapi balik Kodiang jugak. Dan kalau balik Kodiang, maknanya dapat buat lawatan kat Changlun. Kot. ada ke niat blk kampung sbb nak wat lawatan. Orang lain balik kampung sebab nak jumpa atok nenek kat kampung. Cis. Oklah. Sebab rasa macam dah setahun jugak tak balik kodiang. Tok kat kroh pun xsht. Jap. Setahun ke? Tipu sungguh. Mana ada sampai setahun pun. Last balik kampung masa akhir bulan 6 kot. Dan dan dan. Sepatutnya, daftar kolej is (menurut Yanti) 21-27 hb dis. Dan start kelas 28 hb. Jap. Betul ke ni. Bukan sama ngan student degree ke? Dah konpius dah. Dan balik kmpg 18-26 hb. klu betul dftr kolej blh lg 27 hb, leh la blk kmpg. tp klu tak betul, leh tak minta tlg org len dftrkn kolej? Sebab mmg mo blk kmpg. Hehe. Tp klu kls start sama ngan dgree, to play safe, baik dftr awal je kan? Rs mcm mengecewakan seseorg jep. Urm... 


Result sem 1 dah kuar. Lalala~


2009-12-13

mo g oversea juga~

Salam.


Sejak dua tiga menjak ni, che tersaaaaaaaangatlah X.D.E. M.U.D.+M.A.L.A.S. nak mengonlinekan diri. Ym + buku muka + MSN +fs kejap2 jep. Blogging dah xkerap. klu x dulu cam tiap2 hari. Padahal ada je benda nak cite kat sini. Org call pun cam xrajin nak jwb. Tp rajin bc blog org lain+komen. E.N.T.A.H. =)


Dan dan dan adik yg kedua mo fly juga. Dia pun mo ke oversea juga. Macam kakak kedua die. Urm... taklah sejauh kakak keduanya. Tapi tapi tapi still mo g oversea juga. Jeles sebentar~ Sebab sayep dh lama tak fly. Last tim masa kanak2 dulu. Tsk tsk. 


Dah, cukup lah post kali ini.


P/S: Moga sahabat ku itu bertmbh baik kesihatannya. Dh x merajuk dh. xle rajuk lama2. t kamoo xpujuk kan? =P

2009-12-04

Kenapa kita patut bersyukur dan tidak merungut?

Salam.

Sedang che' blogwalking terjumpa blog seseorang ini. Kisahnya mengenai kenapa dia tak suka merungut. Di sini, che' nak kongsi kisahnya. Harap2 dapat pupuk sifat bersyukur dengan apa yang kita dapat/ada.


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Credits:

http://shafiqsharque.blogspot.com/


jangan terlalu gembira sebab...

Salam.


Beberapa hari ni che' berjalan2. Meeting. Dating. Discussion. Semua pun boleh. Gembira? Gembira sangat. Sebab dapat jumpa Cik Efa, FC KMNS yang sudah lama tak jumpa. 2 tahun lah juga. Taklah sangat lama. Compared to kawan2 Seseri dulu kan? Happy happy happy.


Dalam happy itu juga pun, che' macam merajuk terasa membawa diri dengan beberapa orang. Kejam kan. Merajuk je tau che' alwani ni. Che' pentingkan diri. Ya saya pun kadang2 ego, pentingkan diri. Maaf.


Pernah dengar tak ada kata2 "Jangan terlalu gembira nanti kita akan bersedih". Saya gembira tapi ada insan2 yang dikenali sedang sedih. Dan Che' yang kononnya merajuk semua. Sedangkan insan itu sedang ada sesuatu yang difikirkannya. Kejam kan. Kejam kan? 


SImpulkanlah simpulan sendiri. Jangan pentingkan diri dan fikirkan perasaan kita sorang jep. Mungkin ada insan lain yang sedang perlukan kita. =)


2009-11-28

Aidiladha. Taubat Nasuha.

Salam.


Umum diketahui, Aidiladha jatuh pada hari Jumaat iaitu 27 november 2009. 

Maka, ingin diucapkan Selamat Aidiladha kepada semua. Hari yang diingati sempena pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Juga bermakna ramailah umat Islam yang sedang melaksanakan rukun Islam ke lima iaitu ibadah haji. Moga mereka mendapat haji yang mabrur. 

Berkorban untuk Islam. Dan bukan mengorbankan Islam. Urm. Get what I mean? 

Aktiviti pada Aidiladha ini tidak lain dan tidak bukan, solat raya dan makan dan makan dan makan dan makan. Makan makanan yang kat rumah jep. Dimasak khas sempena Aidladha ini. Maaf. Gambar tiada. Sebab... tiada gambar makanan yang dijamu pada hari semalam diambil. =P Nape rasa macam ayat tunggang terbalik ek?

Semalam ada wayang kat rumah. cerita? Barbie and the musketeers. Hahaha. Aidiladha ni, beraya bersama2 Barbie ya kanak2 sekalian. Aidilfitri lepas, Che' beraya dengan Barney dan Doraemon. Pelik? Tak pelik apabila tidak tahu drive. Kot. Kalau tahu drive, hehehe. Dah sampai Tambun kot. Maaf lah sebab mood nak ke Tambun sangat meluap2 lbh2 apabila tahu ada orang lain dh smpi tambun lbh awal. Apa. Taman Ampang ke tah namanya. *sangat jeles* Oklah. Alasan je tu kan. Sebenarnya ada lagi banyak perkara yang boleh dilakukan selain tengok cerita Barbie tu. Tapi nak buat macamana kan. Dah tertengok. Lalala~

Semalam malam pula, tengok tayangan drama Taubat Nasuha. Nape rasa macam cerita ni dah pernah tayang? Tragis. Pengajarannya ya kanak2, janganlah anda curang. Owh. Si atuk (Jalaluddin Hassan) ada bagi buku agama kat anaknya (Fauzi Nawawi) and cakap, Kalau tak suka bagi balik. Pastu anak dia curang ngan wife dia. Balik umah, tengok2 anak2, wif yg sedang mengandung terbaring atas lantai. Semua sudah meninggal sebab kena bunuh. Dan tunjuk yang atuk ngan anak yang curang tu tengah duduk lepas solat jemaah. Anak tu nangis2. Atuk tu cakap apa tah tak ingat. Tapi dia ulang ayat Kalau tak suka, bagi balik. Dan ending tu kuar ayat hargailah apa yang kita ada sebelum ia hilang. Hilang tu maksudnya sangatlah subjektif. Boleh jadi tiada depan mata tapi still wujud. atau memang ALLAH dah ambil balik. Yelah. semua yang ada kat dunia ni, hanyalah pinjaman dari ALLAH semata2. Cam bila kita pinjam barang2 kawan kita lah kan. mesti nak jaga baik2 sampailah satu masa, kawan tu nak guna balik, kawan tu akan minta. Jadi apa yang ALLAH pinjamkan tu kita jagalah baik2. Sampai masanya, ALLAH akan ambil balik apa yang dipinjamkanNYA. Dan bila masa itu tiba, kita kenalah redha. Get wat I'm trying to say? *muka berharap* Cuma tu lah. Cerita taubat Nasuha ni, part Taubat tu sangat sekejap. iaitu dalam 10-15 minit terakhir jek. Tapi, kalau cakap dalam real life pun, ALLAH itu MAHA PENGAMPUN. Tak pernah terlalu lewat untuk bertaubat. Yang penting ikhlas dan tidak buat lagi. Benci kesalahan itu sebagaimana dicampakkan ke dalam api neraka. 

Dalam drama lain pula, ada pelakon ni cakap ayat ni, yang baik diterima, yang buruk diperbaiki, yang koyak kita jahitkan, yang senget kita perbetulkan. Kiranya cam kalau baik tu kita ambillah. Tapi kalau buruk atau kita tak kenan pun kita ambil juga. Tapi ada plus kat situ, iaitu dengan penambahbaikan mengikut apa yang kita rasakan molek tu.kita. Kiranya cam kalau buruk pun terima juga tapi leh wat ubahsuai. Erm, paham tak? Che' paham. Hehe. =)

Adeh, banyak sangat tengok drama ni. Hehehe. =P

Tapi selalu kalau drama Melayu mesti ada dera2. Sangat tak suka. Tapi tulah. Apa yang drama tunjuk memang jadi dalam real life. Oh. Sungguh dramatik. 

Dan tidak dilupakan, Selamat Hari Lahir wahai adik Iwan. Moga panjang umur. Murah rezeki. Success sokmo. Sihat selalu. Happy always. Bahagia dunia akhirat. Belajar molek2 deh. Akak tak tau camne nak tunaikan janji hari itu. InsyaALLAH akan ditunaikan tapi tak pasti bila.


P/S: che' pun ada banyak kekurangan kat diri ini. masih dan masih dalam proses membaiki diri.

P/P/S: Kalau panas, orang akan buat perbandingan atau metafora atau hiperbola dengan "kalau letak telur pun mesti dah masak". Tapi kalau sangat berminyak orang bandingkan atau metafora atau hiperbola dengan ape ek?


2009-11-26

Baju baru.

Salam.

Blog saya sudah ada baju baru. Dah lama nak cari baju baru. So, musim cuti ni ter rajinlah pulak nak free shopping2. Tapi cam rasa ada menda yang kurang kat baju baru ni. Urm. Apa ye. xtaulah. Tengoklah nanti kalau rajin che' akan cari baju baru lagi. 


Musim cuti ni ada banyak plan. Tapi berjaya atau tak laksanakan plan2 itu, che' tak taulah. Selalu macam berangan je lebih. Last2 tak berjaya pun. Hehehe.

Seperti:

- pergi tambun. even dah pernah pergi kan. 

study hal lain-lain. 

- scan gambar2 lama. abis gambar2 lama jd kuning. urgh. 

- of course, tidak membiarkan diri dalam lingkungan obes. bahaya. 

- bayar hutang are2. 

- kodiang. mampu ke ek? urm. 


Itu sahaja barangkali. Sekian. 

2009-11-25

kahwin+mempunyai anak.

Salam.

Tiba2 rasa nak kahwin dan mempunyai anak.


suka gambar ini. nampak kasih+sayang.


Sebab tengok ada kakak ni. (kak Itri) yang umur 23 tahun dan sudah mempunyai anak lelaki yang sangat comel. Kak Itri letak gambar kat Fs. jadi cam tgk2 juga. 

Tapi... perkahwinan tidaklah sekadar berkahwin dan ada anak semata2. Ada banyak lagi tanggungjawab lain yang terlibat. dan juga, banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum perkahwinan itu berlangsung. dan juga, che' belum abis belajar dan belum merasai duit sendiri.

Jap, kak Itri dah grad ke belum ek? Urm... Architecture 5 tahun xsilap. 

Ok. Kembali meneruskan che' punya plan tentang life che'. Maknanya, kahwin bukan dlm masa terdekat ini. =)



zaman silam. Tak nak ubah.

Salam.

Pernah terfikir tak tentang soalan ni.

Kalau anda diberi peluang untuk mengubah sesuatu di zaman silam, apa yang anda ingin ubah?

Jeng jeng jeng.

Jawab jawab.

Nak ubah untuk zaman sebelum berat jadi 55 kg?

Nak ubah sebelum makan kacang pastu muka naik jerawat?

Nak ubah sebelum membuat pilihan untuk beli beg yang last2 tahan seminggu jep?

Nak ubah sebelum membuat pilihan beli baju yang terkoyak lepas baru pakai untuk 2 kali?

Che' bagi kalian peluang untuk fikir.

Kalau che', hehe...

Che' nak ubah...

Well...

Honestly saying, che taknak ubah pape.

Che' gembira + bersyukur dengan apa yang che' ada sekarang. 

Memanglah cam ada sejarah, geografi yang macam2 tu kan.

Tapi, kalau tidak berlaku apa yang berlaku, che' tak kan merasa apa yang dah jadi tu.

Dan takkan wujud che' yg sekarang ini. Cam che yg skrg sgtlah hebat ke ape kan. 

Che' ada Familia. Ada Encik. Ada sahabat. Ada kawan2. Ada teman2. Ada adik2. Ada abg2. Ada kakak2. Yang selalu akan marahkan tegurkan che' kalau che' cam serabut2 ke ape and selalu akan tadah telinga atau tahan mata utk bc/dgr cerita2 che' yg bosan2 itu. Hehe. 

Sebab apa2 yg dah pernah jadi dulu tu tak jadi, che' takkan ada kat tahap ini. 

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samaada kita sedar hikmah itu cepat atau lambat sahaja. 

Alhamdulillah. Syukur padamu Ya ALLAH.


 


2009-11-22

mood. not!

salam.


mood hari ini. sangat happy!!!


sebab jenjalan siang tadi. dan jumpa encik. dan adik msg! dan skype ngan iyah! dan dan dan macam2 lagi. 

tapi...

still xde mood nak blogging. orang itu, angkatlah fon. xsedap tinggal tertanya2 macam ini.

=(

walaupun orang lain suruh biarkan je. tapi, alwani tetap alwani. okayh. alwani menjauh. bye kamoo.


2009-11-19

bertukar!

Salam.

go go power rangers. mighty morphin power rangers.


Tiba2 kan rasa nak tukar jadi Power Rangers kaler pink. Nak jadi cam hero lain sebenarnye. tapi sebab yang lain lelaki kan. Oh oh. Dalam Justice league ada cam superwoman jugak kan. Tapi tak ingat lah apa namanya. Oh oh oh. Tak pun yang dalam heroes tu. Yang perempuan yang ada dua personaliti diri tu. Yang kejap jahat kejap baik tu. Cari pasal ngan dia, abislah kamoo esok pagi.


tapi awat cam tak cun je hat pink ni.


Bertukaq! Pastu che nak cari orang jahat tu. Dia telah buat orang2 yg che syg sedih. Oklah. Dia buat che sedih+sakit hati+rasa bawaudalwauha+mcm2 lagi. Tapi che tak kisah. Dan che sangat2 kisah sebab dia buat org2 yg che syg rs sedih. 


Nampak orang tu. Fire! Tapi tak akan selesaikan pun apa2 yang jadi. Mimpi je semua itu. Cuma satu je, Che' harap dia akan sedar apa2 yang dah jadi ni. Dan dia dapat bertindak dengan lebih matang di lain2 kali.


Xdpt nak backup orang2 tersayang itu. Cuma ini je termampu. =(


Ya ALLAH, kau peliharalah insan itu agar sentiasa berada di jalan Mu. Jalan kebenaran. Kau peliharalah dia Ya ALLAH. Kau peliharalah dia Ya ALLAH. Kau peliharalah dia Ya ALLAH. Janganlah biarkan dia terkapai-kapai sendirian. Amin. 


2009-11-16

kenapa ubat pahit?

Salam.

Sejak dari Khamis lepas, kesihatan che' agak kurang berbanding biasa. Erk. Sakit mata. Ada yang cakap, tu lah sapa suruh ngendap/skodeng. Heyh. I tak ngendap/skodeng pun. Musim exam ni jadi kanak2 baik je hari2. Konon2 selama ni nakal lah kan? I ni baik ok. Tak caya tanya Udean. Kat dalam blog dia ada bukti. =P 


Khamis malam mata sudah sgt sakit. Dan Yufi cam suruh jugak g check mata sebab Jumaat pagi ada exam. So, minta tlg Tim. Thanks Tim+Jim sebab temankan. Then, mlm Jumaat tu mmg xle nak study. Jumaat pagi, jam 6 baru terjaga. Urgh. OTK! Ada less than 3 hours utk study. Apa lagi, Exam goreng lagilah. Hehehe~


Pengajaran? JANGAN STUDY LAST MINUTE!!! Memanglah cam sempat. Tapi sapa tau. Bila2 masa je ALLAH nak tarik nikmat kesihatan tu.  Macam che' ni kan. 


Dan dan dan. Sangatlah malas nak makan ubat. Kenapa kena makan ubat? Nak cepat sihat. Tapi MALAS nak makan ubat. pastu bila titis ubat mata, Beberapa minit selepas itu, rasa sangat pahit kat anak tekak. Erk... Doktor pesan, suruh rehatkan mata, jangan hadap kmptr, tv, bc buku sgt. SO, cam bbrp hari ni cam hadap pun kejap2 jek. Lebih kepada REHAT. =)


Harap maaf kepada sesiapa yang Call/MSg dan panggilan atau SMS anda tak berjawab atau lambat terjawab. 


Alhamdulillah. Sudah semakin sihat. Dan bersedia untuk berfoya2 semula. Heee~ Jap. Tak jdlah berfoya2. Che' seorang yang baek. Dah bersedia nak abiskan Tautan Hati.


Sekian, coretan hari ini. Wassalam.

P/S: Satu lagi entri merapu. =)



2009-11-15

Tag dari dak kecik bernama Udein. lalala~

1. Anda rasa anda hot?
tak. cold jek. cool~

2. Upload gambar kesayangan anda



3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab cukup korum. Slalu mesti tak semua ada.  

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Rasa2nya masa makan ngn Encik Celcom. Yang hari teman Haf g Kajang tu. Tak igt brp hb.

5. Lagu terakhir anda dengar?
Selamat Ulang Tahun - Imran Ajmain 

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Dengar2 lagu. besttttt... =) 

7. Selain dari nama anda sendiri anda suka di panggil?
kakla, cahaya, lawa. lalala~

8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.
-ain amir
-akmal
-gha
-zahid
-haf
-jelita(rat)

****Siapa no.1 kepada anda??
ex rumet masa matrix yg best!!! geng gaduh ms matrix dulu. selalu tak sependapat. tapi takdelah sampai tarik2 rambut kan ainto kan? lalala~ dah lama xjumpe.  

****Bagaimana pulak no.3??
jnior maths kat u. sama kolej. so, buku2 sume pass2 kat dier. ngehehe~ ramah juga.

****Pendapat anda pada angka 4??
ni. jnior maths gak. tapi xsama kolej. tapi suka tanya2 camne nak score subjek2 ni. erk. dhla subjek2 tu che bungkus. luckily dia tak bungkus. kan zahid kannn? =P 

****Kata sesuatu tentang orang no.2??
antara adik kesayangan dalam fc kmns. *wink wink* kecik tapi matang. 

****Bagaimana pulak no.5?

rock!!! tapi manja juga kengkadang. anak bongsu lah katakan. all the best intebiu khamis ni.


****Pendapat anda pada angka 6??
jelita. sangat suka buat mimik muka. dan sporting.  seronok mengenali die~


2009-11-14

Semalam yang best~

Salam.


Semalam sangat best! Ok. Tapi lebih kepada malam semalamlah. Sebab pagi tu ada exam. Cam biasa, gorenglah selagi termampu. Sudip di tangan dan kuali dan lauk dah ada. Goreng!!! =)


Rehat2... Ada meeting petang tu. Amek kek dari cik Haf. Haf, Thanks. Epi belated burfday kepada Dr Is. Dr Is+Cik Rafidah, Maaf ku pinta sebab tak dapat hadir atas sebab2 yg xdpt dielakkan. Kekenyangan Che' semalam. Then jenjalan ngn uyun. Sangat best. Harap Uyun tak nyesal. Ngeee~ Eventho rasa segan terpaksa berlagak cam diva, tapi best. T, kita wat lg nak? dah lama dah x adventure gini. Sem ni mmg x adventure langsung. Xde jenjalan pun. Klu tak, ada2 je plan mcm2 ngn Ella+Mimah+Haf. xla byk sgt pun plan. Hehehe. 


P/S: Sangat2 suka lagu Be With You - Akon. Cam sangat2 kena. Thanks BFFs.

P/S/S: Semoga Encik Celcom cepat sembuh.

P/S/S/S: Tautan Kaseh sape menang ek...?

2009-11-12

Persamaan baru.

salam.


ini ada persamaan baru. kalau taknak hafal, xpe. tak masuk exam pun.


beazyme + pontalon + chloramine + neodeca + chlorop = tido. 


abislah exam esok pg. klu tido 2 jam cukup tak?


dan saat2 macam ni, insan yang sangat2 saya rindu adalah Noor Kamilah Binti Samsudin+Andi Nurul Hamimah Binti Halidek+Nurulain Syafiqah binti Nordin. Sebab mereka pernah jadi nurse sayep. T_T


Stress lagi dgn efbi. kali ni die tak bagi sayep tukar status. Napelah time2 nak wat status menarik ni takle la plak. Ya ALLAH Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2ku.  

Wassalam.

Che ada Pengikut.

AMARAN! ENTRI INI SANGAT MERAPU. ANDA AKAN MENYESAL KALAU BACA. SERIUS!Tapi kalau nak baca juga, saya tak halang... =P


Salam.

Alhamdulillah. Che' sihat2 sahaja. Urm. Lately nafsu nafsi makan cam agak tinggi. Makan rasa makin sihat je badan ni. Urgh. Tak suka tak suka tak suka. Tapi kan. Bila timbang, berat sama jek. Takpun, berat dah turun sikit. Che' rasa mesin timbang itu rosak. Kena beli baru. Bila mesin tu cakap berat naik, tak rasa pape. Tapi bila turun rasa mesin tu rosak lak. Tapi kalau orang lain cam sangat gembira kalau berat turun. Urm. 


Che' ada cerita. Berbalik kepada tajuk entri. Che' ada pengikut. Kalau keluar bilik je, dia datang lari2. Sibuk nak ikut masuk Toilet tapi tak masuk pun dan hanya duduk di luar sahaja. Kalau tengok tv dia datang. Duduk kat depan pastu wat this pity face. Hahaha. Yelah. Saya sayang kamoo juga. Nasib baik kamoo takde efbi. Kalau tag dah boleh tag2 tu. Mentang2lah dah reti nak wat tag2 tu. Tapi sangat happy tau kalau berjaya buat sesuatu setelah berusaha. Take note, SETELAH BERUSAHA. Lalala~ Owh2. Kadang2 kalau malam2 nak g toilet ke, tengok tv sorang2 dia mesti ada. Teman. Nanti dia watlah pape yang dia nak buat. Tidur ke. Wat pity face ke. Bersihkan badan ke kan. Makhluk oh makhluk. Tapi kadang2 cam rasa horror gak kalau ada yang mengikut hulu hilir kan. Tapi kadang2 cam rasa selamat. Sebab cam tau ada yang teman eventhough kalau ada pape jadi, kalau ada pape ek mintak jauh~ makhluk tu bukan leh tolong pun. Takle tolong ke? Yang dalam cerita Sumpah Bunian tu Mutiara tolong Hawa. Dari cengkaman Azera yang JAHAT itu. Hahaha. Cam dapat tangkap je sape makhluk tu kan. Makhluk itu adalah...



Mama hungry.


Seekor kucing yang bernama MAMA!!! =) Cis. Alwani ni. KUcing pun nak masukkan dalam blog. Tak matang langsung. lalala~  Namanya Mama sebab... Orang lain panggil dia nama  lain. Glamornya Mama ni. Kalah Kak Anggun. Ok. takle banding Anggun ngan kucing. Nanti dia murka susah. AMpun Tuanku. Panggil Mama sebab dia asyik preggie jep. Setiap sem mesti preggie. Jahat nye kucing jantan. IHU. Tapi dah 2 sem dah lepas dah beranak tu anak nya hilang. Ada orang culik dan sorok gi mana tah. Meroyan juga lah Mama baru2 ni. I'm not a fan of makhluk yang bernama kucing ini. Lagi2 kat satu rumah ni. Sangat anti. Sebab kucing2 tu cam berlagak nya alahai. Tapi somehow, kat asrama ni, rajin melayan Mama ni. Mama pun gedik2 ikut hulu hilir kan. hahaha. Owh2. Che' suka gaduh ngan kucing jantan yg suka kacau Mama tu. Mesti dalam hati kucing tu, Aku benci manusia ni. Sebab kucing tu selalu pandang dengan muka tak puas hati. Tapi apa che' kisah. Sape suh jahat sangat.


Ok. dah tak tau nak merapu apa pasal Mama ni. 

Nak g meeting.

Wassalam~



P/S: Lagu Thinking of You By Caprice and Annatasha best!

P/S/S: Gomok kat umah tu pun seronok utk dikacau. =P


2009-11-06

Kisah hari jumaat.

Salam.

Pagi ini sangat semangat bangun. Yay! Taklah semangat mana pun. Sebab kalau lagi semangat tu Che' akan ke Lib. Tapi tak pergi pun Lib. Jadi taklah semangat mana tapi lebih semangat compared to hari2 yang lepas. Sebab nak laksanakan beberapa misi iaitu:

-Surat-menyurat-pos-mengepos

-ambil skrol at Jabatan Akademik.


Pagi dimulakan dengan makan sorang2 kat cafe. Sadisnya makan sorang2. Hahaha. Takpe. Hidup masih perlu diteruskan. Seronok makan2 tu, orang cafe tu pasang radio THR. Layan jelah kan. Tiba2 kuar lagu Cinta di Pantai Merdeka. Uih. Serius teringat kisah pergi UniMaP sebab keusahawanan dan singgah di satu R n R untuk makan tengahari. Kalau dengar lagu ni memang teringat kisah itu. Yelah. mana tak. Kat R n R tu ada macam dj dedicate lagu. Pastu ada Pekerja kat gerai nasi tomato tu dedicate lagu kat Che. Lagu Cinta di Pantai Merdeka. Dan kakak2 yang sama2 serombongan tu pulak suruh hayati lagu tu. adeh. Malu I.


Then pergi pusat pengajian. Nak minta signature lctrr untuk sahkan salinan yang diperlukan utk operasi Surat-menyurat-pos-mengepos. Settle. Tapi ada surat tu takle nak hantar sebab borang tak lengkap-gambar-tertinggal-kat-bilik. Maka dengan langkah yang sangat semangat+mandi hujan, Che' ke Canselori pulak. Sebab nak ambil skrol. Setibanya di kaunter...

Che: Erm... Nak Ambil skrol. Untuk saya dan saya sebagai wakil.

Pakcik 1: Kejap ek. Pergi ke dalam panggil kawan dia. Keluar balik. Tunggu kejap ek. Check sesuatu kat komputer.

Che: Ok. Pakcik ni punya kejap tu brapa lame ek. Belek2 enpon. Ish. xde orang msg.

Pakcik 2 keluar.

Che pergi ke kaunter pakcik 2.

Pakcik 2: Nak amek skrol? 

Che: bagi surat kuasa wakil yang ayat2nya digoreng dengan jayanya. Hahah. Ni surat untuk wakil dan saya nak ambil saya punya juga. Ni IC.

Pakcik 3 pula keluar. 

Pakcik 2: Dah pulang jubah?

Pakcik 3: Boleh check kat situ.

Che: bagi kertas hijau sign2 anta jubah tu.

Pakcik 2: Apa hubungan awak dengan ********* ni? Kena state kat sini ni. Bukan apa, nanti kalau ada kes mahkamah senang nak cari.

Che: Malu. Kawan. Grrr.

Pakcik 3: Kawan ke boyfriend?

Che: Betullah kawan. Kawan sekuliah. Still taknak ngaku. Dan rasanya time tu pipi dah blushing sebab malu. Seronok betul pakcik2 ni pekena. Dah tau lagi mau tanya. Dush3!

Pakcik 2: Dia kerja kat mana?

Che: Celcom.

Pakcik 2: Selangor ke?

Che: Urm. Aah. =)

Tiba2 camne tah ada pakcik 4 kat sebelah Che'. Wah. Pakcik2 ni sangat baik. Sangat ramai nak tolong Che dalam urusan-ambil-skrol ni. Tapi sangat sibuk nak tau hubungan Che ngan Encik Celcom ni. Grrr. I dah malu dah. 

Pakcik 3: Check dulu dlm tu cukup ke tak. 

Che: cuba buka.

Pakcik 3: Haa. bukak kat mana tu. Ni dah ke brapa dah ni. Salah buka.

Che: Heee. Malu nya. buka sampul pun fail. Mana lah nak pasan ada lipat2 tu. Saya ni rabun snanye, pakcik.

Pakcik3: Pastu sign kat sini. Ni yang ********* ni Bakal suami ke?

Che: kot. tak abis lagi ke? Pakcik ni dengki nya... I dah cukup malu ni. Kalau dah nak kawen ke takpe lah jugak.

Pakcik no brape tah: Kot. Kot. baju. Kasut.

Che: Terima kasih ek... Pergi meninggalkan Jabatan Akademik dengan sepantas kilat. Dan berkira2. Kalau kahwin nanti kena jemput ke pakcik2 ni ek?


Harap2 Encik Celcom tak terasa dengan statement2 Che di atas itu. Sebab Che rasa sangaaaatttt malu kena tanya macam tu. Dahlah pakcik2 tu ramaiiiii. Dan Che ni kan pemalu orangnya. =)


Time menjadi penyibuk program yang student Stats anjurkan. Ammar yang suruh buat jari macam tu. Ala2 Time BTN dulu. Comel kan Che? Tapi itu dulu. Sekarang dah kurang comel. Huhu. 


Then pergi cari kalau2 ada majalah Dara.com. Tapi TIADA. Jumpa majalah-Mingguan-Wanita-yang-ada-Siti Nordiana+Rapi. Rapi menjadi pilihan. Then, balik  bilik. Malasnya nak g pos office again to settle down surat yang tak berjaya di pos itu tadiiiii... Sekarang? Dah siap satu lagi entri merapu.


Wassalam.


P/S: ada orang ketawa besar baca entri semalam. Che gembira kalau entri che boleh buat seseorang ketawa. At least dapat cheer up someone kan. Pasanlah tu yang die nye post kelakar2. ergh.


Merdeka.

Salam.


Merdeka
Yay. Dah Habis exam. Merdeka. Itulah kata2 yang diluah kan oleh insan2 yang dah abis exam. seperti Yufi dan Saceh. Dan Biha. Dan sudah tentulah bukan Che'. *jeles* Dan Yufi dan Moon dan sape tah lagi dapat berfoya2 ke Mid siang tadi. *bertambah jeles*. Che' nak tengok cerita Pisau Cukur. Mesti menarik kan. Sebab macam gedik2. Kalau gedik2 ni memang menarik. Lalala~


Sayu
Urm. Entah kenapa lah kan. ketika saat waktu ini rasa sayu. Kenapa ek? Sebab takde orang texting ke? Takkanlah kot. Sekarang ni pun tengah YM. Tapi tak YM sgt. cm tak tau nak cerita apa. Hahaha! Merapu jelah. Apa lagi kannnn? Lalala~


Selamat Berjuang

Esok dah 6 November. Bermakna ada orang tu dah abis cuti. Dan kena balik gi sekolah. Dia tengah kemas2 barang tu, Banyak sangat ke barang? Kepada orang itu, belajar molek2 deh. Eh silap. Ngaji elok2 na. Ingat janji2mu padaku. Akan ku tuntut jua. Dan juga janji2ku padamu (ada ke?) =) make sure masuk UKM. Kalau tak, akak xle kawen. =P All the Best k. Akak sentiasa mendoakan kamoo.

Tak lama lagi. Musim ESPIEM pula. All the best utk Are2. Study molek2 deh. Minimum 9A tau. ngeee~ Wat are2 stress jep. Lepas tu boleh g Langkawi. Pastu kita honeymoon kat Kuantan jugak okes? N tgk Pisau Cukur. Wah. Banyaknya plan. N banyaknya duit kena save dari sekarang. Kalau tak nanti tak bestlah berfoya2 kan? ok2.

Dan ada seorang bestie yang dah pindah ke Dungun semula. Sangat gembira orang itu sebab dah ke Dungun. Sebab dapat jumpa kawan2 lama dan menggelenya. Ish. Tak elok gelenya2 ni. Hohoh. Main masak2 lah kamoo nanti ye teh? Blajar masak sedap2. T teh leh masakkan untuk Che'. May ur dreams come true. KFC dalam ingatan selalu. Lalala~


Bestfriend

Dia gelar Che' as BFFs dia. Tapi sejak SPM, che' dah jauh dari dia. Ok2. Takdelah since SPM sampai sekarang. Tahun lepas baik balik ngan dia. Even dah jauh pun, still tau khabar masing2. Cumanya, taklah selalu share cerita macam dulu. N Che' still dapat title tu. Ur my Bestfriend, kata dia. Tapi... somehow. dia bukanlah orang pertama yang che' cari if ada prob ke apa ke. Walaupun dia pernah pesan, if there's anything, i'm just a text away. Hurm. Biarlah. Moga kamoo berbahagia dengan apa yang kamoo kerjakan. Manusia berubah. Tapi kan elok kalau perubahan itu ke arah kebaikan. Even sikit2 pun kan. 


Mimpi sebab Rindu ke?

Orang kata mimpi tu mainan tidur sahaja. Ada sahabat kata, kita mimpi sebab kita fikir tentang orang itu. Owh2. Itu sentiasa berlaku bila Che' ada nightmare. A few days back, I have a nightmare. Consequences of just mentioning those that makes me have the creeps. And Walla, I have nightmares with them in it. Ish3. Mimpi je kan. Tapi, macam mana pula kalau kita tak fikir pun pasal orang itu tapi kita mimpikan dia? Macam semalam kan. Sangat membawa kenangan manis. Mimpi Noriz, Fira, Zue, Azua, geng2 PRS, Zaira, Liyana M. Sebab rindu ke? Dan dalam mimpi tu Noriz dah jadi Doc. Wah. hebat. RIndu Sagacious. PRS terutamanya. Thanks sebab faham+terima Che' seadanya dulu.


Rindu lagi

Urm. kalau nak cakap pasal rindu, sampai bila2 tak habis kan. Tapi tadi Che' pergi CC. Dan nampak ada gurl ni. Reminds me of Atie. Tibe2 rindu. Terus text Atie. Masa nak beli makan tadi, terserempak dengan Ain adik Mimah. URm. Dah lama tak lawat kanak2 aras dulu. And dah lama juga x ajak mereka2 jalan2 ke Tasik Kejut macam dulu2 tu. Rindu dan rindu lagi.  


Sekian, wassalam.

2009-11-03

Makan.

Salam.

Post kedua hari ini. Ish. Kata malas nak post. Tapi hari ini sampai dua. Tulah. Tadi teman ibu g CIMB. Urgh. Cam sangat leceh lah urusan ngn bank ni. Last2 tak settle gak yang nak disettlekan. huhu. Next time. Pastu g lunch ngn Mummy+Are2. Alkisahnya. Pasal makananlah.


Cakap pasal makanan, mesti ada yang nak ejek2. "Wani tu memang makan banyak." "Kak wani, jangan makan banyak sangat." Dan ramai orang dah ada point nak kenakan Che'  mentang2lah sebab Che' lagi besar+lagi berat+hampir berat dari/dengan mereka. Lalala~ Apa saya kisah. Yang penting, saya tahu ada ramai orang yang sayangkan saya. perasan! Dan, saya sihat. =) Bukan 'sihat'. S.I.H.A.T. Oklah. Sebenarnya saya kisah. Sebab jeles ada orang lain yang dah memang kurus tapi berat dia makin turun. Ok2. Dah merapu dah ni. Berbalik kepada matlamat asal.


Actually kan, bila berhadapan dengan makanan, ada pelbagai ragam yang boleh dilihat. Cam dalam mana2 menu kan, mesti ada a part of it favourite kite, dan ada yang kita kurang gemar. Tak faham? Meh Che' bagi contoh. Burger: Ada roti dan daging. Ada yang akan makan Bite by bite. Gigit serentak roti dan dagingnya. Ada juga yang makan roti dulu baru daging. dalam English, Save the best for the Last. Ada juga yang makan daging dulu baru roti. Contoh lain? Pizza: Ada yang akan makan crust dulu. Ada juga yang akan makan toppings dulu. Kiranya cam ada 2 gaya lah. Makan part fav dulu atau last sekali. Kalau last sekali tu macam  yang Che' kata tadilah, save the best for the last. Che' suka buat gini kadang2. Tapi ada sorang cikgu pernah cakap dulu. better to eat yang fav part dulu. Sebab? Nanti kalau dah makan yang fav pastu dah kenyang, nanti takdelah nak paksa diri makan sampai habis. Tapi stil tak elok sebab  membazir. Instead, kalau save yang best untuk makan last, nanti macam paksa diri untuk makan sampai habis for the sake of nanti dapat makan yang part fav tu. Erk, Paham ke? Daddy lak kata, baik makan yang fav tu dulu. Sebab? Nanti kalau tengah2 makan, mati tercekik, kan nanti xdapat makan yang best tu. Make sense tak? =)


Dari makanan juga, cara makan,  kita boleh nilai personaliti seseorang. Ada angin2 sampaikan khabar ni lah kan. Kalau makan nasi+lauk, dan cam akhir2 sebelum habis makan tu tinggal lauk, maknanya orang tu pandai berjimat. Kalau cam akhir2 sebelum habis makan tu tinggal nasi je, orang tu suka membazir. Tapi kalau seimbang nasi+lauk, kira cam seimbanglah kan. 


Owh2. cara orang tu pegang makanan dia pun leh tunjuk dia tu kedekut ke tak. Tapi yang ni kena tunjuk gambar. Tapi takde gambar. Maka, maaflah ya. =)


Ok. itu sahaja coretan tentang makanan. Tak banyak pun. Sekian, Wassalam.


P/S: kesinambungan dari Teka-teki masa konvo hari tu. Dari Moon. Dalam rasa  ada berapa rasa?  

Serius semula.

Salam.

Macam macam and macam dah jadi sejak dua tiga empat menjak ini. Apa jadi? Hahaha. Hanya yang tahu yang tahu. Che' malas nak cite. Yang penting, dah selesai. Terima kasih kepada yang tahu. Yang marah. Yang geram. Yang nasihat. Yang bagi semangat. Kat che' ni. Dan juga Yang masih percayakan Che'. Alhamdulillah. Syukur kepada Yang Maha Esa. So, mood sekarang? Gembira. Dan kembali serius. Dan dah baik balik dengan Encik Celcom. =) Alwani, Studylah weyh. Exam minggu depan. Dok melagho jek. Yufi ada lagi satu paper? *Jeles2*

Yang berlegar2 di fikiran:
-Asimen Simulasi
-Lab Forecast
-Exam Simulasi
-Exam Forecast
-Skrol
-surat Jpa, KPT
-cuti2 lepas exam
-kereta oh kereta. Aidah nak tamiya.=P
-Kodiang
-jln2 ngn een kat KL

Lewat malam semalam. Ada satu pengajaran yang tak boleh dilupakan. Sampai bila2, Alwani, kamoo kena ingat ok?
kdg2 kan, menjauhkan diri dr seseorg adlh perlu. mungkin mcm putus ukhwah kan. tp, adlh lbh penting utk kita jg diri kita dr difitnah. Daripada mencemarkan nama sendiri. Baik menjauh. =)
Dan kali ini kena keras hati. Kena jauhkan diri. Berusaha!

Oh. Lagi satu. Lately, SANGAT MALAS nk on YM. Blogging pun malas. FB pun mls. Kalau rindu, Buzz je kat YM tu. klu ada, adalah. =) Lalala~

Ok2. Sambung study.

Wassalam.

2009-11-01

Suka2 sahaja.

Salam.

Ini adalah entri yang tertangguh. Sepatutnya dientri kan Jumaat lepas. Kalau buat jumaat lepas nak buat tajuk Sayyidul Ayyam. Tapi tak sempat. So Here goes...

.

.

.

Salam.

It's Friday. Jumaat. Dalam bahasa Arab, Sayyidul Ayyam. Yang bermaksud penghulu segala hari. Pejam celik pejam celik dah hujung minggu dah. Che' ada lagi seminggu untuk pulun study lab+forecast+simulation+asimen simulation. Lepas itu, boleh layan novel Tautan Hati. Ingatkan semalam nak habiskan. Tapi baru beberapa page, ada perkara lain yang perlu diselesaikan. Urm. Takpelah. Nanti leh baca. And habiskan novel2 lain yang sedang beratur. Dan entri kali ini adalah untuk bayar hutang dan sekadar suka2. No offense ok? =)


 Cyamisssvilla David vs David Villa? che dh dpt bygkan seseorg yg melompat2 kegembiraan sebab tajuk ini dipost. kot?

Apakah? Siapakah? Mengapakah? Bilakah? Bagaimanakah? Ha. Ambil ni. Semua soalan terkeluar. Apa itu Cyamisssvilla David dan David Villa? Well, fyi, kedua2 ini adalah manusia. Dan kepada peminat bola, maybe nama David Villa ni sangat familiar. Maybe lah kan.  I'm not a fan of football-soccer to be exact. But somehow, bila berkawan dengan lelaki yang minat football-soccer, sedikit sebanyak layan je lah cerita2 mereka tentang bola ni kan?  Bukanlah terpaksa ke apa. Kadang2 kan bertukar pendapat ke apa ke kan tak salah. Lain orang lain minatnya. kaaaan? brape banyak 'kan' daa... 


What i know is that this Villa David played for Spain. And he currently played as the striker. Wanna know more, google lah sendiri. ok, letmegooglethatforyou. =)


This cyamisssvilla david is david villa-to-be. Dia sangat bersemangat dalam bermain futsal lately. Dulu2 memang main bola pun. Che' ingat lagi masa matrix dulu the boys slalu lawan bola ngn other pracs. And keesokan harinya, gebang kat prac mate lain yang tak turun berapa banyak gol dapat discoremasa match tu. F6P3 tak pernah kalah ek? =)



Deskripsi gambar:

Gambar kiri, ketiga dari kiri, Cyamissvilla sebelum beraksi.

Gambar kanan, David Villa dan isteri.

Perbezaan gambar: David Villa ada 'perut' sebab dia baru makan dengan wife dia. Sangatlah suka hati buat kesimpulan gini. Lalala~


Tapi sumhow, masa Tautan Kaseh baru2 ni, Cyamisssvilla David ni hurt his ankle. Tremendous performance. Tulah. Sape suh tak ajak saya, =P One month jugaklah dia takle nak main. Moga Encik Cyamisssvilla cepat sembuh. And achieve his dreams. Tak kiralah untuk jadi cam Villa David ke, untuk pass Degree with flying colours ke, untuk jadi suami mithali ke, all the best to u. Sorry and Thanks for everythingggggg juga! Nanti dapat jumpa kakak... Tapi entah bila la tu kan? =)


P/S: Cyamisssvilla David bukanlah nama sebenar. ngeee~~~

P/S/S: Harap2 orang itu puas hati dgn entri ini. (^_^)v


2009-10-30

Sahabat sejati - UNIC

Sahabat Sejati

UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

v(^_^)v


Kalau ada jodoh, akan ketemu jua. Walau di mana jua di pelusuk dunia ni. Segalanya mungkin. 

2009-10-29

Kisah silam.

Salam.

Hye.

Moshi moshi.

Sawadeekap.

Kisah silam. Semua orang ada kisah silam. Dan walau betapa baik pun orang itu, saya pasti dia ada kisah silam yang tidak mahu dia ingat langsung. Walau tidaklah seteruk mana di pandangan masyarakat. Kalaulah boleh ditekan butang backspace atau delete, pasti sudah lama ditekannya. Hingga langsung padam dan tidak nampak kesan walau sedikit pun. Dan dia tidak mahu kisah hitam itu berlaku lagi. Ibarat pisang berbuah dua kali. Manusia buat silap. Dan bila dah tersedar, seboleh dan sedaya mungkin akan cuba untuk perbaiki silap itu. Kalau tidak pun, Dia tidak mahu melakukannya lagi. Cukuplah sekali. Dan ia hanya akan berjaya jika dia benar2 nekad. Dan punya hati yang SANGAT kuat. Kalau rapuh, memang boleh sesat balik. Lantas, ia berulang lagi. Namun, manusia memang boleh berubah. Mungkin bukan dalam masa yang singkat, tapi andai dia benar-benar ingin berubah, segalanya mungkin berlaku. Sedikit demi sedikit. Lama-lama menjadi bukit. Manusia bertaubat.  Dan cuba untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Peluang itu sudah ada. Tapi andai peluang itu dibiarkan berlalu pergi, bawaudalwauha lah anda.


Dan anda juga sangat2 beruntung. Andai betapa kurangnya diri anda, masih ada insan yang sanggup menerima anda seadanya. Lupakan yang lepas. Kita buka buku baru. Tinggalkan jauh-jauh. Andai 'dia' benar-benar hadir, Hargailah dia. Jagalah hati dia. Hormatilah dia. Sayangilah dia. Dan jangan sesekali melukakan hatinya. 


Tinggalkanlah kisah lalu itu. Campakkanlah ia ke dalam jurang Mariana. Atau Lubang hitam. Hargailah dia. Kerana andai dia pergi suatu hari nanti, anda pasti akan menyesal dan tidak memaafkan diri anda. Dan anda belum tentu akan berjumpa lagi dengan insan sepertinya.


Cinta bukan segalanya. Harus ada  kepercayaan, kesetiaan dan pengorbanan.


Kagum. (One of Daddy's fav word)

Salam.

Kagum. Is one of daddy's favourite word. Daddy will always say something like, "Yusuf sedang menulis. Kagum2 kagum." Ok, tak selalu. Kadang2 daddy tegur tentang perkara lain juga. Heee. At home, there's nobody else instead of Yusuf to be sakated. So, Yusuf lah yang kena. Sakated is also one of daddy's favourite word. "Y u sakated ur sister? Y u sakated makhluk?" Comel kan? At home, we are like using daddy's vocab. Until somehow, one day, Mummy figured out that Iyah's friends are also using Daddy's vocab. So, Iyah spread the words. Good or bad? Nah. I don't know. Suddenly I'm feeling homesick and feeling like flying to Winc. Ok. Back to my topic. I always admired other people's personality. Wishing me myself could be like them. More or less. Rasa kagum pun ada. Tapi kadang2 kagum je. Dan taknak jadi seperti mereka. =)


sedapnya dapat makan chocolate. temptations.


I always admired those yg kalau frust, atau sgt busy smpi tiada masa utk makan atau tidur. Because me myself sangat susah nak resist makan. I will at least eat something. Even hanya sekeping biskut. Kadang2 bukan lebih dari sekeping tapi xdelah sampai habis satu tong. See, che' takla makan banyak sangat ok. And tidur? Ada orang boleh berhari2 tidak tidur. Dan kemudian menjadi blur+nampak sakit+takbolehberfikir+tingtong. Tadi ada orang kata, no hal lah tidak tidur 24 jam. Tapi 100% caffein. Ok. Lagi kagum. Sebab I can't go along with caffein. Hahah. Nanti kalau kahwin habislah. Suami suruh buat kopi. Tapi tak berapa ngan kopi. Jap, ada ke orang nak kahwin dgn che'? Tapi taklah kagum sangat. Sebab cam guna catalyst kan. Catalyst ke? Booster kot. Ada orang minum Kacip Fatimah untuk stay up. 



Masa dia kecil lagi comel.


I always admired beberapa ni yang sangat pandai keep their personal life to themselves. Macam, kalau ada problem, dia simpan sorang2. Selesaikan sorang2. Sangat berdikari. Bila ditanya ada masalah ke, sebab kadang2 kalau kita kenal orang tu kita dah boleh tau yang dia ada masalah dari bilangan kedutan kat muka dia. ok. tipu! boleh taulah kan. sixth sense. pernah tengok sixth sens? best. kanak2 itu sangat comel. oh2. sambung balik. Bila ditanya ada masalah ke, share lah ke kan. Jawapan,"Takpe, dah biasa simpan sorang2". Atau bila ditanya dijawab dengan emoticon ym yg suke bersiul tu. So, I don't ask any further. =) Me? Hahaha. Cuba tanya kat luar tu siapa yang dah bosan dengar cerita Alwani? Mesti takde. Sebab kalau ada pun, Che' tau diorg sygkan Che' dan taknak mengaku sebab nak jaga air muka Che'. Kalau ada la kan. Hari tu try simpan sorang2 sume2 tu. Last2 bikin ribut semalam. =)


I always admire those yang mudah nak berkata jujur tentang apa yang dia rasa. Siapa yang tak kenal diri dia, memang akan rasa sakit hati ke apa ke kan. Atau malu mungkin. Tapi, kalau siapa yang kenal dia, akan faham that's dia punya nature untuk berkata jujur. Dan kadang2 mereka2 ini, bukan berniat nak sakitkan hati ke apa. Tapi mereka jujur sebab mereka care. Dan terpulanglah pada orang lain tu untuk terima pendapat mereka2 ini ke tak. Kalaulah che' boleh buat macam tu kan. Kalau. Tak reti nak express feelings. Nanti wat orang susah hati. Reti express situation je. Tapi bile tak express pun wat orang susah hati juga. Camne ye? 


I always admired those yg younger than me but knows how to drive. D.R.I.V.E. N not D.R.I.F.T. I only drifted n not driving instead. Real car, ok? If u know how to drive a van pun that's fine for me. And dahlah reti drive, ada yang boleh bawak 140km lak tu. Hahaha. Ironic tak? My license sedang menjadi pekasam semula. Lalala~ 


I always admired those yang pandai cari duit dengan cara yang Halal. Dalam erti kata lain, pandai menggunakan peluang yang ada. Berani. Me? I'm playing safe. Berjimat. That's how i have a whoooole lot of money. Ok. Taklah banyak pun. Dan semakin hari semakin sikit duit. Tapi takpe. Masih boleh hidup. It's a great day a beautiful day the kind of day that makes me wanna say I'm glad that I'm alive, I'm happy to be me. =) Padahal dalam serabut. Ku cantas semuanya. Hiyargh! 


I always admired those yang boleh berkata NO dengan lantang. Without thinking apa yang orang lain akan rasa. Dan dengan mengatakan NO itu menunjukkan yang dia tu berpegang teguh dengan prinsip dia. I used to say NO this one time. Sebab situasi itu menjadikan I'm sooo not me. Dan being there pun so not me. Yelah. Penat+ngantuk+ada-org-annoying. Pastu ada lak yang nak paksa2. Tak ikut. Ada yang merajuk. Ikut, ada yang act. Yay! Time tu I stand up for my ownself. Thanks for those yang pity me that time.


I always admired those yang matang. Kadang2 umur tu lagi muda. Tapi bila berkata2, bila melontarkan buah fikiran, bila bertindak, fuh. Jauh lebih matang. Dan ilmu agamanya pun, =). Usia tidak menunjukkan kematangan, kan?


I always admired those yang even sebusy mana pun, sepenat mana pun, still boleh bangun untuk bertahajjud. Tenang je kan. Bila ikhlas kerana Allah, segalanya mungkin kan? Lillahitaala. Me? kdg2 masih lagho. Hish, kene baiki ni. 


And lastly, I always admired my daddy. My idol I guess. Tegas. N nampak cool je depan orang. N sgt suka DIY. And And daddy is funny sometimes. And the best part is, Daddy have 2 wives but he only need to say akad nikah sekali je. Hahaha. Kawan dia lah ni. Ada ke Daddy's friend says that me, yang terang lagi bersuluh ni nampak macam 20 tahun ni isteri muda kepada kawan dia? Urgh. Mesti che' nmpk berumur kan. Ada org guna perkataan baik. Nampak matang. Nampak je lah. Tapi sebenarnya tak pun. Hee~


Ok. Tadi tu bukan last. Yang ini last. Yang betul2 punya. Urm. I did admire mummy too. Alamak. Dah boleh bayangkan Mummy blushing. =) Sebab mummy buat business. N reti jahit bunga. I only managed to do one flower. And I stopped. Entah bila baru boleh sambung buat bunga baru. Dan jahit kat kantung tu. Kantung tu pun dah ke mana entah. Ish3. Terasa nak sambung mummy nye business. Tapi takut jadi benda lain lah pula. Urm. Thinking again and again and again.  


P/S: Kalau seandainya jika if berlaku kemungkaran, atau rasa diri ini terbabas dari jalanNya, kajilah balik solat kita. Solat kan tiang agama. Mungkin ada kekurangan di situ. Simen xcukup ke. Tercondng ke. Atau mungkin juga Rohani kita dilanda kemarau. Lantas, kita jauh Dari Allah s.w.t. Tepuk dada, tanyalah iman. =)

P/S/S: Sedang cuba sedaya upaya menyahut cabaran itu. Sedikit demi sedikit. Papepun, LillahiTaala. Smlm, bagaikan ditarbiyah semula. =)

P/S/S/S: Mengingatkan diri sendiri. =) Malam ini kena tidur awal. 


kredit gambar: 

http://www.everythingparenttoday.com/2008/09/16/where-are-they-now-forest-gumps-son/

http://www2.worthingtonlibraries.org/teen/blog/index.cfm?catID=4


Berpendidikan tak bermakna terdidik.

Salam.

Bertemu lagi.

Sebenarnya dah lama dah nak cakap pasal ni. Boleh amek macam2 isu untuk dipertikaikan. Ok. Berpendidikan tak bermakna terdidik. Tak percaya? Terpulanglah. Taknak paksa. Che' percaya. =) Sebenarnya itu adalah salah satu ayat ada seorang pendidik masa kat satu institusi pengajian. Banyak yang beliau ajar kat che' dan kawan2 che'. Maybe xdelah die btul2 ajar che'. Tapi cam ada sekali tu borak ramai2 dengan pendidik tu lepas ada majlis ini. Sekejap tapi banyak input.


Ada sekali tu. Baru habis cuti. Tak ingat cuti apa. Cuti seminggu time tu. Cuti raya kot. Balik kolej awal. Jadi mestilah sunyi kan. G toilet. Urgh. Sangat lah kecewa. Ada orang tak flush! Geli. Come on lah. Perempuan kot. Pastu tak jaga kebersihan. Ke sebab dah biasa sangat sebab kat umah ada PR yang buat semua benda. Ish. Che' sangat tak boleh terima. 


Dah ada tampal notis kat sinki tu dah. "Jangan buang sisa makanan kat dalam sinki." Pantang betullah. Pastu bila tersumbat2 nak bebel. Padahal dia yang buang kat sinki dan menyebabkan berlakunya penyumbatan sinki. Dush3! Tumbuk berkali2. Lepas tu bila kata rakyat Malaysia pengotor ramai yang marah2. Haha. Bukan memang betul ke? Ok. Betulkan sikit statement itu. Kebanyakan rakyat Malaysia pengotor. Lepas tu ramailah pula nak perasan yang dia bukan pengotor. Lalala~



Tadi. Jalan2 kat luar bilik lak. Dekat depan tv. Ada sampah kat atas sofa itu. Hish. Macam Tau je siapa punya ni. Bukan ke dari kecik kita diajar untuk buang sampah ke dalam tong sampah? Oklah. xpe2. Sekarang masing2 busy nak exam kan. So macam tak teringat hal2 lain. Ok2. Tak baik tau buruk sangka.


Come on lah. Yang buat tu student U. Pelajar Ijazah. Kalau kanak2 tadika mungkin boleh diterima lagi. Oh oh oh. Lupa. Tak belajar etika. Lepas ni nak cadang kat U untuk wajibkan belajar etika. Dan bukan student2 tertentu je. Nanti student takle la guna alasan, "etika tu ape? tak pernah belajar pun?" Lepas tu pak guard boleh minta kad matrik n saman! yay! Haha.


Semalam pula ada junior cerita. Cantik tapi pengotor. Urm. Lagi satu hal. Tapi kan. pape pun, berbalik kepada agama lah. Kalau orang tu betul2 menghayati agama yang dia anuti. Tak kiralah Islam ke, Kristian ke, Hindu ke kan. Tapi mana2 agama pun menggalakkan penganutnya berakhlak mulia. So, kalau seseorang tu betul2 menghayati, mesti tak buat benda2 pelik macam ini kan? Tepuk dada, tanya iman.


Tts~ 

P/S: Apa yang saya merapu ni? Ok sudah 2.30 pagi. Tapi taknak tido lagi. Gudnite Aina!


kredit gambar: http://loopdreamer.wordpress.com/2009/06/30/mengelola-sampah-mengelola-gaya-hidup/

2009-10-28

Decision.

Salam.

Tadi che' buat satu keputusan yg sgtlah bawau. Can I turn back time? To the time where I don't spill out what's on my mind and make 'dia' hurt again. No, you can't. And alwani, U know that's the stupidest decison u have ever made. Take an axe and crack up my heart. As I'm already become heartless. Sebab serabut, 'dia' jadi mangsa. Kenapa bukan jadikan orang lain sebagai mangsa? Kenapa kenapa kenapa? 

How true is this quote? Will dia come back? I wanna be a better me. And I do hope,  this time it works.  But I need time. Will u wait? Will u? Time passes by rapidly.

Jatuh-bangun-berjalan semula.

Salam.

Lately banyak sangat luahan hati. Hahah. Biarlah. Hari itu che' dah buat post yang sangat panjang tentang kanser serviks dah. Tapi panjang pun sebab banyak sangat copy tampal. Panjang sebab taktau nak summarize camne and nak bagitau je semua yang che' dapat. Kalau ada gadis2 yang belum baca, silalah. Anda bakal menjadi ibu. Tapi, mungkin juga vaksin itu tidak jadi compulsary. Che' Kena kaji balik ni.

Ok. Cerita lain. Tukar mood sikit. 


Lewat malam semalam aku berjalan-jalan.

Ku tengok lorong itu.

Gelap. Sepi. 

Hanya ada tiang-tiang.

Lalu ku teruskan langkahku.

Gedebuk!

Aku terjatuh.

Sakit. Pedih. Terluka mungkin. 

Lalu ku bangun.

Ada 'dia' berdekatan tiang itu. 

Bukan salah 'dia'. 

Atau tiang yang melindungkan 'dia'.

Tapi aku.

Aku tidak nampak 'dia' yang terlindung di sebalik tiang.

Lalu melanggar 'dia'.

Pasti 'dia' terluka.

Sewajarnya, ku perlahankan langkah ku tatkala menghampiri tiang itu.

Lantas, ku bangun semula.

Maafkan aku, 'dia'.

Jagalah dirimu seelok mungkin.

Dan aku berjalan semula.

Kali ini, aku harus lebih berhati2 tatkala melintasi tiang2 yang lain.

Agar dapat ku tiba ke hujung lorong dengan selamat.

InsyaALLAH.



P/S: kan bagus kalau masa dapat diputar. Tapi ia hanyalah 'kalau' dan kalau bukanlah satu realiti. Tapi hanya fantasi semata2.

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681