Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

2011-09-15

Wahai wanita solehah~

Salam.

~Wahai wanita solehah,jgn risau akn jodoh mu krn muslimin yg bijaksana tidak akan terpaut pd wanita hanya pd kecantikkn,lirikn,senyuman,pd bicara manja yg m'goda,pd pujuk rayu s'org wanita y meruntuhkn imannya..ssghnya lelaki itu adlh pemimpin kpd wanita..andai blm sampai jodohmu,aggplh bhw lelaki yg kau nantikn itu sdg m'bina sahsiah kepimpinanny bg memimpin diri mu..krn pd wanita itu pasti ada kekurangan & lelaki yg benar2 layak pasti akn hadir melengkapkn kekuranganmu..~

~Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.~






Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-11-16

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Salam.

Ini ada artikel tulisan Azieah Azman. Dia yang share kan. So saya nak share dengan readers. Sangat suka. Mari kita jadi yang cantik dan yang hebat.!


CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2010-06-29

Beep Beep!

Salam.

Something did happened last night. Yet, I'm still thinking of a way to get over it. If there's a way. Haish. Tak semua yang kita plan akan berjalan lancar seperti yang dirancang kan? Kita hanya merancang, ALLAH yang berkuasa menentukan. Sebab itu kena ada plan A, plan B. plan C...plan Z. Sebab kalau plan A tak jadi, at least ada plan B. Plan B xjadi, at least ada plan C. and it goes on. But me? I ada plan B je kot. And plan B tu pun tak boleh pakai. No fon orang penting penting pun dah hilang. Sebab fon rosak. benci betul lah fon ni. Asyik rosak je. Lepas ni baik tak yah guna fon langsung! *ok. I tipu. Kalau fon takde susah nak text boyfriends semua. =P* 

Masa sedang lari lari nangis nangis dalam hujan macam cerita hindustan semalam, *ok. ada part dalam ni yang I tipu* gadis text me. Saya benar-benar yakin dia tak tahu apa apa. Pasti! =)

Tentang...

Wanita cantik menurut ALLAH adalah : 
(I belum pernah post pasal ni kan? Kelupaan.)
- Melukis Kekuatan Melalui Masalahnya
- Tersenyum Di Saat Tertekan
- Tertawa Di Saat Hati Sedang Menangis
- Tabah Di Saat Terhina
- Mempersona Kerana Memaafkan
- Mengasihi Tanpa Meminta Balasan
- Bertambah Kuat Dalam Doa & Pengharapan Ilahi. =)


Sebenarnya nak share text atas ni je. Tapi mukadimah nya panjang sangat lah pula. So, tenang tenang selalu *tts*
Toodles~






2010-04-14

Nak jadi cerdik dan cantik?

Salam.





Yufi buat post tentang nak jadi cantik tak.

Saya nak buat post tentang nak jadi cerdik tak pula.

Siapa nak siapa nak siapa nak?

Ada adik selitkan dalam email dgn dia baru2 ni.

Marilah kita sama2 ingat mengingatkan. :)

Dari Abi Ya'ala Syaddad Ibni Aus R.A, dari Nabi SAW bersabda: "Org yg cerdik ialah mereka yg membentuk dirinya selaras dgn agama, dan beramal utk persediaan sesudah matinya.
Manakala org yg bodoh ialah mereka yg menurut keinginan nafsunya dan berangan-angan yg Allah akan melaksanakan segala cita-citanya"
----(Hadis Riwayat Tarmizi).







dan ini yufi punya.
.
.
.
sape nak jadi wanita cantik?? (cepat2 angkat tangan...)
huhu...

ade kawan anta msg. terharu n bersemangat lepas baca....

WANITA CANTIK MENURUT ALLAH ADALAH:

    melukis kekuatan melalui masalahnya
      tersenyum di saat tertekan
        tertawa di saat hati sedang menangis
          tabah di saat terhina
            mempersona kerana memaafkan
              mengasihi tanpa meminta balas
                bertambah kuat dalam berdoa dan pengharapan ILLAHI semoge kita berada dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh...aminnn....LILLAHITAALA..(^_^)



2010-04-04

Jangan jadi wanita begini.

Salam.

I found this somewhere.
.
.
.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia
marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan
bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.


2010-01-27

49 Keistimewaan Wanita (5 - last)

Salam.

Sambungan 49 Keistimewaan Wanita. Bahagian terakhir. Hayatilah. =)



“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wani
ta.”


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak." Lalu Baginda bersabda,"Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlan kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki."


42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang iu dengan doa keberkatan.


43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah" maka rezekinya akan diberkati oleh ALLAH s.w.t.


44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada ALLAH s.w.t. akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


45. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, ALLAH akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 


46. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya."


47. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh ALLAH s.w.t. satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."


48. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan meeka, akan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


49. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh ALLAH s.w.t. dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh ALLAH s.w.t. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."


49 Keistimewaan Wanita (4)

Salam.

Sambungan 49 Keistimewaan Wanita. Part 4. Hayatilah. =)



“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wani
ta.”


31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka ALLAH s.w.t. akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan ALLAH s.w.t. akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya. 


32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.


33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan ALLAH s.w.t., maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat nanti, ALLAH s.w.t. akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.


34. Tidak akan putus ganjaran dari ALLAH s.w.t. kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.


35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH s.w.t. dengan penuh rahmat.


36. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 


37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.


38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


39. Dari Hazrat Muaz: Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu mala pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta itu telah celik. ALLAH s.w.t. mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya. 


49 Keistimewaan Wanita (3)

Salam.

Sambungan Keistimewaan Wanita. Part 3. Hayatilah. =)


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.


22. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH s.w.t. akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan ALLAH.


23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. satu pahala haji.


24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagau mati syahid.


26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.


27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.


28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka ALLAH s.w.t. akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.


29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapatkan pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh ALLAH s.w.t.


30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka ALLAH s.w.t. akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

 





49 Keistimewaan Wanita (2)

Salam.


Sambungan keistimewaan wanita. Part 2. Hayatilah. =)


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


12. Apabila dua orang ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu meraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.


14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.


15. Aisyah r.a. berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya."


16. Apabila seseorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Allah s.w.t. akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lbh dahulu daripada suaminya.


18. Apabila seorang wanita hamil, maka beistighfarlah para malaikat untuknya. "Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat seorang wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.


2009-12-25

49 Keistimewaan Wanita (1)

Salam.

Seseorang telah menghadiahkan che’ satu artikel tentang 50 keistimewaan wanita. Tapi bila kira-kira balik, kurang satu. 50-1=49. Tulah. Nama pun pelajar maths. Jadi semua pun hendak dikira. =) Maka, di sini che’ mo kongsi. Tapi ni baru part 1. Renungkanlah…

 

“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
  5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAh s.w.t. dan orang yang takutkan ALLAh s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya.  Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalau. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”, maka ALLAH s.w.t. akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan ALLAH s.w.t. akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada ALLAH s.w.t. selama haidhnya.
  8. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.”
  9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  10. Daripada Aisyah r.a : “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka. maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
Blogger Tags:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681