Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-01-31

hari wilayah.

Salam.


Kipas berputar ligat.

Tv rancak bersuara.

Midnight news.

End call.

Log out MSN.

Log out YM.

Hujan turun lagi.


Napa lately selalu sangat hujan?

Hujan pembawa rahmat.

Tapi bukan hujan ini.


Hati menjerit2 nak telefon si kecil itu lagi.

Tapi janji mesti ditepati.

Bukan hari ini.

Hari itu kan menjelang lagi.


Aku bertanya pada diri.

Mampukah aku bertahan hingga tiba masanya nanti?

Atau kah aku akan tersungkur di kala separuh perjalanan?

Ya ALLAH, aku pohon dariMU kekuatan untuk meneruskan perjuangan. 


Kurang sakit. =)

Salam.


Pagi tadi dekat2 jam 3 pagi kot baru tidur. Sebab yang tahu, 2.30 pagi tu sayep belum tidur lagi. Mengubat sakit. Syukur Alhamdulillah sebab ubat itu masih ada. =) 


Dan pagi tadi, misi yang tertunggak selama beberapa pagi berjaya dilaksanakan. Syukur. ALhamdulillah. Esok pagi nak jayakan misi tu lagi. Salah satu cara untuk start a day. A happy one. Solat Subuh jemaah. Thanks che' qah. Sebab join misi ini. Kalau dulu2 ni misi ngan Ella. Kalau sorang2 susah gak. =)


Satu msg di pagi tahun baru. Memang syahdu.


TUHAN,


Dakaplah erat2 dirinya agar dia tak pernah rasa ingin mninggalkanMU walaupun ditinggalkn sekalian makhluk...


Balutilah hatinya dengan kesucianMU agar dia tak pernah dikotori walaupun disekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat...


Sertailah setiap langkahnya agar dia sntiasa dtuntun ke arah jalanMU walaupun dalam kembaranya dtaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan...


Peliharalah dirinya kerana hanya engkaulah sebaik-baik pemelihara...


Amin ya Rabbal Alamin.


Maka, hujan pun turun. =)

Tiba2 teringat satu cabaran itu. Baik. Saya akan usahakan. 

Dah2. Nanti hujan lagi kang. 

-End-


P/S: Kadang2 kan, kita tak perlu cakap yang kita tak ok. Sebab kalau seseorang tu memang kenal kita, dia memang akan sedar. Dan seseorang itu akan sentiasa willing to listen. Dan bukan sekadar hearing. =)





2010-01-30

Adik!

Salam.


I'm adik. And I have my Anjang. My Anjang is back!!! I'm veryyyy veryyyy veryyyy HAPPY. Forget all those chaos. I just wanna be a HAPPY adik today! I can't hardly wait to meet my Anjang. Missed Angah and Uda also though. *sigh*


Jodoh pertemuan itu kan ALLAH yang tentukan. =)


2010-01-29

Saya sakit.

Salam.

Yup. Saya sakit. Salah satunya, sakit rindu.


RIndu nak cerita banyak sangat perkara kat Encik Celcom. Pastu kena bebel ngan Encik. Pastu kena marah ngan Encik. Pastu gaduh pastu baik balik ngan Encik. Pastu gaduh balik. 

Rindu nak ngadu kat Villa pastu dimarahi dan dibebel Villa. 

Rindu nak YM lama2 n cerita banyak2 kat Aina. Pastu ketawa2. Pastu cerita lagi.

Rindu nak YM lama2 pastu pasang webcam dan tunjuk baju baru semua kat Zaira. Lepas tu cerita macam-macam.

Rindu nak berborak lama2 kat fon ngan adik Iwan. Rindu saat2 ditarbiah adik Iwan.

RIndu bertukar2 pendapat dengan Izwan. 

Rindu nak msg, YM, atau skype ngan Akmal. Pastu kena bebel and kena marah ngan Akmal.

Rindu nak YM sampai kul brapa tah ngan Udean. Pastu Udean bagi pendapat2 dia semua.

Rindu nak bual2 ngan bulat. Pastu terkena ngan bulat. 

Rindu nak berlakon ngan Hazim. Pastu ketawa. Pastu Hazim marah sebab asyik2 saya spoilkan lakonan.

Rindu nak borak macam2 dgn Ella. Pastu ngadu macam2. Rindu masa dulu dalam bilik masing2 macam stress tapi tgur msg2 kat YM. Padahal satu bilik. 

Rindu nak cerita macam2 kat Teh. Pastu Teh membebel. RIndu nak gaduh ngan Teh. Merajuk semua tu. 

Rindu nak tau khabar dak kecik Atin itu. Rindu zaman seharian main teka-teki ngan dia semata2 taknak dia boring. 

Rindu nak cerita macam2 kat Mimah. Pastu jwb macam2 soalan Mimah.

Rindu nak bergaduh2 ngn Aizat. RIndu nak dgr dia warning macam2. Nasihat macam2. Macam seorang bapak. 

Rindu nak gosip ngn dak kecik nama Atiqah itu. 

Rindu nak jumpa adik2 aras. 

Rindu nak jumpa adik2 PPSM.

Pastu dengar macam2 cerita mereka. "Kak wani, tau x..." "Kak wani, hari tu..."

Rindu nak jumpa adik2 FC KMNS.

RIndu nak buli2 Gomok. Pastu tengok Gomok buat muka pandang slack. N then sambung tidur semula. 

T_T


Tapi... saya tak rindu nak dimarah ibu n bapak. sebab x suka. Nanti jadi stress. Hehe.


Ya. Saya sakit. Nak lari dari semua2 ni. 


Kalau saya ada duit dan ada kenderaan dan tahu memandu kenderaan itu, mesti dah pergi BP mall, Ayer Keroh, Tanjung Malim, Dungun, Changlun, Skudai, Okayama, Wisconsin, USU, Cyberjaya. Tapi tapi tapi. Itu hanyalah KALAU.  


I really hoped so. 

Rasa macam nak menangis. 


Ya ALLAH Ya TUHANKU, berikan daku kekuatan.


2010-01-27

49 Keistimewaan Wanita (5 - last)

Salam.

Sambungan 49 Keistimewaan Wanita. Bahagian terakhir. Hayatilah. =)



“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wani
ta.”


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak." Lalu Baginda bersabda,"Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlan kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki."


42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang iu dengan doa keberkatan.


43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah" maka rezekinya akan diberkati oleh ALLAH s.w.t.


44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada ALLAH s.w.t. akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


45. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, ALLAH akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 


46. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya."


47. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh ALLAH s.w.t. satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."


48. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan meeka, akan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


49. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh ALLAH s.w.t. dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh ALLAH s.w.t. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."


49 Keistimewaan Wanita (4)

Salam.

Sambungan 49 Keistimewaan Wanita. Part 4. Hayatilah. =)



“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wani
ta.”


31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka ALLAH s.w.t. akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan ALLAH s.w.t. akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya. 


32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.


33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan ALLAH s.w.t., maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat nanti, ALLAH s.w.t. akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.


34. Tidak akan putus ganjaran dari ALLAH s.w.t. kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.


35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH s.w.t. dengan penuh rahmat.


36. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 


37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.


38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


39. Dari Hazrat Muaz: Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu mala pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta itu telah celik. ALLAH s.w.t. mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya. 


49 Keistimewaan Wanita (3)

Salam.

Sambungan Keistimewaan Wanita. Part 3. Hayatilah. =)


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.


22. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH s.w.t. akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan ALLAH.


23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. satu pahala haji.


24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagau mati syahid.


26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.


27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.


28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka ALLAH s.w.t. akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.


29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapatkan pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh ALLAH s.w.t.


30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka ALLAH s.w.t. akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

 





kurang rajin.

Salam.

Lately, mood utk berbuku muka, atau fs atau ym atau msn adalah sgt2 lah MALAS. Macam suatu ketika dulu. Rasa sgt lah MALAS nak mengonlinekan diri. Kalau tak pun, YM on, tapi che' ke mana2 entah. Orang kata penyakit M besar ini tidak elok. Tapi rasanya kalau M besar utk mengonlinekan diri tu elok kot. Sbb kurgkan diri terjebak dgn perkara2 lagha. Dan at least STUDY lah juga kan. =)


Tapi tapi tapi. Blog tetap dibuka sekali sekala. Entah sampai bila penyakit M ni nak ada. Tah2 sekejap je kan? Hangat2 tahi ayam je. Byk sangat post tertunggak. Nak siapkan yang keistimewaan wanita itu terlebih dahulu.


P/S: Dah lama tidak YM ngn Villa, Zaira, ngan Aina. Masing2 sdg busy sekarang ni. Berusaha!!!=)


49 Keistimewaan Wanita (2)

Salam.


Sambungan keistimewaan wanita. Part 2. Hayatilah. =)


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


12. Apabila dua orang ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu meraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.


14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.


15. Aisyah r.a. berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya."


16. Apabila seseorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Allah s.w.t. akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lbh dahulu daripada suaminya.


18. Apabila seorang wanita hamil, maka beistighfarlah para malaikat untuknya. "Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat seorang wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.


2010-01-23

Home sweet home~

Salam.


Currently I'm at home. Safe and sound. I don't know why but I'm happy to be at home this time around. WOndered though. Suddenly are2 read what i'm typing right now and said: bcoz at home there's ferrero rocher. Lalala~ 


Actually, what happened today was that I had a meeting before I went home. Meeting but I'm happy because the meeting went well. Not in college but somewhere else. Anyway, I'm feeling really HAPPY~ Thanks to the-person-I-went-meeting-with. May that person can settle down the probs that occur. =)


So, somewhere at 3 pm I started my journey back home. Tiring coz with Belle in my backpack n some books in my shoulder bag, I need  to stand all the way until I reached the nearest kmtr station with my home. In the kmtr, there are some girls talking and having their own good time. Me? I felt like seeing stars. Luckily I don't. =)


At 415 I felt sooo heavenly heaven coz I finally arrived my destination. Did some shopping. AGAIN! Then mummy arrived to fetch me home. We chatted quite some topics and finally I'm at home sweet home.


I felt awkward at home. Coz, no more sounds of "abang Sopppp!!!". Ok that's the sound of my youngest sister yelling when she's being sakated by her brother. Yusuf is in boarding school. So, of all siblings, there are only Are2 and Aisyah left at home. 

Daddy was like, "Kenapa balik rumah?"

Then mummy said, "Abang ni, sampai hati kata macam tu kat anak."

Daddy replied, "Kitorang memang gurau macam ni"


I only managed to smile. Funny. =)  Then suddenly I have Aisyah hugging me from behind. I guess she did missed me. So sweet. After all, the whole week she only have Are2 at home. And I bet are2 also sakated her. 

Daddy: Ibu suruh bapak azan macam the son masa Maghrib.

Ibu: Mana ada. Taulah siapa yang tipu.

Me: Aisyah, ibu suruh bapak azan mcm abg sop ke? Well, children don't lie. 

Aisyah: Tak. Kakla, napa sebut nama Abang sop? Kan Aisyah dah rindu Abang sop...

Me: (dalam hati) Tsk Tsk.


Suppose that Yusuf is back every weekend from his boarding school. But not this week. Anyway, the school is just like 15 minutes from house. Not so far away. Compared to Iyah few years back which is in Taiping.


Then, the cartoon of He-man is on air. I mean at the tv. Showed on tv. And I was like singing or saying out loud "He-mannnn!, She-RAaaa!!!" and "Thunder-Thunder-Thunder-ThunderCats!". Then I walked myself all the way to the kitchen where I met Kak Ani. Kak Ani is washing the dishes. I went outside and searched for GOMOK. 

Me: Mana gomok? Owh2. Dah nampak.

Kak Ani: Kakla umur berapa tahun? 23? 22?

Me: akhir tahun ni 23

Kak Ani: Tapi napa kakla xmatang lagi?


Hahaha. I did some membebel. Then I went to the living room.  


And while waiting for Maghrib prayer to jemaah, 

Aisyah: Kakla, jom main BINGO. Kakla reti tak?

Me: Mestilah reti. And took a paper. 


After the first round, I won. And Are2 excitedly wanted to join. Daddy is nearby.

Aisyah: Napa Kakla yang menang?

Daddy: Mestilah kalau lawan dengan orang dewasa orang dewasa menang, Orang dewasa lagi banyak pengalaman. 

Me: Aisyah. Kalau main tic tac toe lagi senang. Aisyah tau tak?

Aisyah: Abang sop tak ajar lagi.

Me: No wonder she missed her brother a lot. Oh. Aah. Abang sop kan idol Aisyah. =)


And Finally Aisyah did won. She showed her BINGO telling me how she won. Actually it's a tie between Aisyah and Are2. But since she said BINGO first. So, she won. right? =)


Yeah. It is different. Where today, only us the 3 girls of the siblings is at home. I don't know whether tomorrow we're going to visit Aiman or not. 


Somehow, even u have a big number of siblings or family members, but when there's someone missing, u can still feel the difference. 


Monday, back in college. =)


P/S: sorry sebab banyak sangat dialog. Dan grammatical errors. Dah lama tidak menulis in English. English habis broken. 


2010-01-18

Ekspedisi 5+1-1 orang.

Salam.




Ini kek fav Yufi. haha. 



Ok. dah M.A.L.A.S. nak cakap banyak2 tentang ekspedisi ini.

Sebab rasa macam dah jadi pekasam dah.

Tapi...

Cakap sikit je lah ye. Sikit ke?

Tanggal 2hb Jan, kami (ok. xlah ramai pun dalam 6 org je) buat sambutan kecil2an. 

Menyambut ulangtahun kelahiran I and Fadzli. HAPPY BIRTHDAY TO US!

Sebab kami punya tarikh lahir yg dekat2. 

Walaupun berbeza tahun. Cuba teka siapa lagi tua? =P Fadzli kan? I know. Hahaha. 


Us. Masing2 muka xsabar nak makan kek. =)


Dari early plan, last2 yg dapat attend is me, Fadzli, Aina, Yufi, Moon And Dila.

Y plan ni wujud at the first place is because I felt like adding up my sweet memories with my siblings of FC KMNS. 

Plus, tak lama lagi sayep akan menempuh alam pekerjaan (InsyaALLAH). 

So, takut nanti dah jarang dapat jumpa mereka. 

Lagipun kan... Sian Fadzli. Dah banyak kali nak join gath tapi xdapat je. 

Ni pun, after quite a while baru dapat jumpa Fadzli.

Padahal dekat je.

Apa yang penting, ekspedisi ini telah dijayakan dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Dan kek yang sangat sedap.

Dan thanks dan maaf banyak2 kepada semua yang sama2 menjayakan ekspedisi ini.

Termasuk ahli keluarga Dila. =)

Thanks kepada u know who u r sebab sanggup bersama2 pening dengan sayep.

Eventhough beberapa kali I felt like cancelling it.

Tapi jadi realiti juga.

N to A'idah, even kamoo xdpt join last2 minute, sumbangan kamoo sebagai Exco pengangkutan tetap dihargai. 


#Dan kepada Penganjur: 

- Maaf tiada sijil penghargaan. =P

- Harap kalian TIDAK MENYESAL untuk bekerjasama ngan sayep lagi. Sebab ada lagi satu trip nih. =)


Operasi membedah kek. C, I pun boleh bedah2 ok. Lalala~


P/S: Baru kalian tau kak wani suka jalan2 snanye kan? Dapat geng suka jalan2, mmg habis. Lalala~


2010-01-17

CInta terakhir.

Salam.


Aku telah jatuh cinta. =)

Lama juga.

Dia bukanlah cinta pertama.

Tapi, aku harap2 sangat dialah cinta terakhir. InsyaALLAH.

Aku tau. Aku jarang menulis tentang dia. Tentang kami.

Apapun, aku tetap sayangkan dia. Dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa ada dengan dia.

Ya ALLAH, berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.

Moga, apa yang diusahakannya selama ini, tercapai. Amin.



P/S: Give yourself a second chance. It will be worth it. InsyaALLAH. =)




2010-01-16

Ceritalah~

Salam.

Aku tahu kamu punya cerita.

Ceritalah.

Kalau kamu rasa tak sedia.

Tidak mengapa.

Aku akan tunggu.

Tetap di sini.

Sahabatku tak pernah memaksa aku bercerita.

Dia setia menunggu hingga aku bersedia.

Dan sekarang, giliran kamu pula.

Jika kamu bersedia, ceritalah.

Aku akan tunggu.

Hingga tiba masanya DIA panggil ku pergi.






P/S: dah lama tak tahu cerita dak kcik klate itu.

To say the right words.

Salam.

Sometimes, people have frustrations in their life.

I do. Yet, when I shared my frustrations with others, I always wanted to hear what I wanted to hear from them. Their mouth. Words. Instead, sometimes they don't. Because people tends to say what they can say according to situation that happens. And it sometimes frustrates me even more.


But. Lately, when there's peeps expressing their frustrations, I'm out of words. I know what they wanted to hear. What I wanted to hear if it happens. Yet, to say the right words, is not as easy as what I thought. Thus, I only said what I can say according to what had happened. Ironic. I know.


I used to be the one that asks a lot of questions to my besties.


Now, it's my turn to be in my besties shoes. To answer the questions. =)


Really need to be more matured.




2010-01-15

Lebih dari cukup.

Salam.

Aku rindu.

Aku rindukan kau dan kau dan kau dan dia dan dia dan kamu dan mereka dan awak dan kamu dan mereka.

Kalau nak tulis semua nama, takkan cukup.

Rindu.

"Apa yang nak buat bila kita rindukan seseorang?", ada junior tanya di bukumuka.

Aku jawab," tengoklah gambar mereka" "doakan kesejahteraan mereka"

Dalam hati berkata2 pula, bila tengok gambar, tak cukup. Rasa nak pergi sewa kapal terbang persendirian dan pergi jumpa mereka.

Tak kiralah kat skudai ke, kat kampung gajah ke, kat hospital XXX ke, kat dungun ke, kat melaka ke, kat taman melati ke, kat okayama ke, kat usu ke, kat wisc ke, atau satu bima sakti sekalipun.

Tapi... Biarlah. Dapat tau mereka sihat pun sudah lebih dari cukup. Ya. Lebih dari cukup.

Alwani, cukup. Kenapa tiba2 emo sgt ni???


Sakit bila seorang kenalan buat kita terluka. Tiba2 dia pergi. Tapi bila dia datang balik, kita macam still menerima dia. Dan tiba2 dia hilang semula. Kerana SAYANG. Walaupun dia hanyalah seorang kenalan.



Be nice to those surrounds you. Spread the love. It will be worth it. InsyaALLAH. =)




2010-01-14

hari ini khamis. esok jumaat.

Salam.


Dengan ini ingin diumumkan bahawa hari ini hari Khamis.

Dan esok adalah hari Jumaat. =)

Dan esok ada kelas.

Khamis tiada kelas.

Rabu pun tiada kelas.

Dan Jumaat mo ngedate ngan junior aras masa 3rd year dulu.

Tiap2 minggu ada je aktiviti.

2 minggu lepas, ngn fc kmns.

Minggu lepas ngan seserians.

Minggu ni, k7b4.

Dah lama tak bersua and dengar cerita2 mereka. =)

Tak sabar~



Owh2.

Tadi pergi shopping dengan Yufi. LAGI!!! Tapi kali ini ada ejok juga.

Tapi tadi macam seronok sebab tengok Yufi pun shopping juga.

Kalau tak asyik2 Yufi yang tengok kakak dia yang ni shopping.

Naseb baik tiada sebillion.

Kalau tak abis billion tu Yufi borong.

Ok. Abis cerita tentang Yufi.

Bila lah nak dapat siapkan post tentang botani+selero! ek...

dan sambungan 49 keistimewaan wanita.



Lalala~


Asrim '10 and I realized that...

Salam.


Sangat banyak event yg I x post lg dlm blog ni. Birthday, Selero!, apa lg ek? Tu je kot. but I'll start with Asrim '10 memandangkan tgh ada idea nk taip2 about this event. Yg lain tu, tunggu~ =)

Tanggal hari Rabu bertarikh 13 Januari 2010, iaitu semalam punya semalam, I went for a seminar at USIM. ASRIM '10 means Actuarial Science and Risk Management which is one of the courses offered kat USIM tu yang sama aliran dengan Sains Aktuari di UKM. Sama ke hampir sama ek? =) '10 tu pula refer kat 2010 rasanya. Yang ni I xsmpat nak kaji. Teehee~


The reason why i wanted to go is,

- dah lama xg seminar cenggini

- tiada kelas on Wednesday. So, cam mengisi masa lapang. Rajin x sy? =P

- nak juga merasa jejak kaki ke USIM. =P


Dan mmg ada hikmah juga lah pergi seminar ni. Walaupun 3 kali pusing2 dlm USIM tu untuk cari dewan seminar nya. Nak cr USIM xsesat. Tp cari dewan yg sesat. Lain kali kena confirm blk tmpt seminar the day b4 seminar. tau, alwani? I learned pasal selok belok kalau nak jadi lecturer. Pening jugak ea? Owh. lupa nak cakap. Pergi dengan Farah+Abg Saiful. Thanks kepada Dr Is, Abg Saiful, ngan Farah.

Us~


Ok, ada 5 presentations, Yang basically is about actuary, takaful, risk management. I'll add up the speakers next time. I'm not an actuary student. But, what I'm learning right now sedikit sebanyak membawa sy ke arah aktuari. Atau stat, Tsk Tsk. terpaksa meninggalkan Maths. =(


Yang bestnya adalah...


- Duduk satu row dgn Wani, Lia, Mal, Fair, Lynn. Serius rindu dgn diorg. Especially Mal. dah lama sgt xbual2 share stories about each other. Lg2 after dah kuar from FIC 7. Tp xsmpt capture pic ngn Mal + Fair. Ampun.

Some of the gurls. Masing2 tak sabar mau pulang~


- Jumpa seserians! Ana, Aliaa, Afe (btul ke eja) Calyx ngan Ckin viva. Tp xsmpt nk snap gmbr ngn Ckin. Tsk tsk.

seserians. berjumpa lagi~


- Mkn kt tmpt VIP. hehehe~

- And dapatlah juga some input about risk management. And sgt suka the last speaker!


ANd somehow, after sampai kolej, I realize yg, dah lama dah realize tp this makes me sgt2 yakin sekarang, dlm umur 23 thn akhir tahun ni, it's time to be serious. Tahun dpan dah 24 tahun. N tahun depan Iyah balik Msia. Erk. No more main2. I'll stick to what I have. Apa2 yg jd, we'll face it together. Sy akn menerima apa jua seadanya. Alwani, be patient ok? InsyaALLAH. =)





2010-01-13

Maaf.

Salam.


Disini cik cahaya ingin meminta maaf dengan sangat2 banyak.


Maaf sebab emo.

Maaf sebab mood yang berubah2.

Maaf sebab selalu merajuk.

Maaf sebab rasa down.

Maaf sebab rasa negatif.

Maaf sebab kadang2 cepat terasa.

Maaf sebab sensitif sangat.

Maaf sebab suka fikir hal2 yang remeh.

Maaf sebab marah.

Maaf sebab tak jawab call.

Maaf sebab xreply sms.

Maaf sebab xjawab ym.

Maaf sebab susah nak resist food.

Maaf sebab tak matang.

Maaf sebab rasa inferior.

Maaf sebab layan kamoo dengan sangat baik.

Maaf sebab buat kamoo salah faham.

Maaf sebab susah sangat nak say NO.

Maaf sebab sayangkan kamoo semua.

Maaf sebab care sangat.

Maaf sebab suka menyibuk.

Maaf sebab wat kamoo rasa rimas.

Maaf sebab suka tanya soalan2 yang kurang relevan.

Maaf sebab kdg2 xtepati masa.

Maaf sebab tak reti luahkan rasa hati.

Maaf sebab wat kamoo risau.

Maaf kerana ini adalah Alwani. Dan beginilah Alwani.

Maaf kerana kamoo terpaksa menerima Alwani ni begini.

Maaf di atas segala kekurangan diri ini. Hamba yang kerdil lagi hina ini.

Dan Alwani masih lagi dalam proses pembaikan diri. InsyaALLAH.

Saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.


P/S: Kamoo tu merujuk kepada sesiapa yang terasa. =)

Maaf kerana buat kamoo terasa. Sy syg kamoo. <3

2010-01-10

Option kedua.

Salam.

Entri kali ini mungkin agak beremosi.


Di sebalik berdirinya insan bernama cahaya ni, ada ramai insan2 yang sentiasa ada untuk memberi sokongan tak kira semasa susah atau senang. Juga insan-insan yang sentiasa mengingatkannya agar tidak sesekali lupa akan ALLAH s.w.t. Dan insan itu termasuklah adik itu. 


Satu hari itu, semasa sedang berbual2, dia kata, "adik ada 2 option sekarang ni, untuk fokus pada study and still ambil berat pada akak @ fokus pada study dan wat xtau apa2 yg jd pd akak. Akak nak yg mana?" Saya jwb, "Yang kedua". Ya, saya tipu. Dan dia sendiri tau apa jwpn sy sbnrnya. Dan sy sedar ada perubahan pada nada suaranya. Berbau hampa dan kecewa. Kenapa sy jwb kedua? Biarlah sy dan DIA yg tahu.


Sejak dari hari itu, smpi skrg, dh xcntct ngn die dh. Pernah tapi tiada respon. Dan sy xmahu ganggu dia lagi. Tempohnya bukanlah lama sangat pun. Dan mungkin saya yg terlalu beremosi. Ya. sy rindu. Tapi... Andai adik baca, akak minta maaf byk2 kalau spnjg kita kenal ni akak banyak buat slh ngan adik, nyusahkan adik. Terima kasih juga sebab selama ni selalu luangkan masa, wang dan tenaga untuk akak. Terima kasih juga kerana selalu mengingatkan akak tentang ALLAH s.w.t. Akak harap adik berjaya dunia akhirat. Amin. Akak sygkan adik. =)


Dan tika dan saat ini, andai sy diberi peluang untuk putar balik masa, sy akan putarkan kepada saat2 sebelum sy menyebut "OPTION KEDUA" kerana saya tidak mahu kehilangan permata yang bernilai ini.


Biarlah sy nak sygkan seberapa ramai org yg saya suka. Seberapa ramai adik2. Biarlah sy nk ucap kata syg kpd mereka. Kerana sedikit sebanyak ia menggembirakan sy. Bukankah kita harus menyayangi insan2 sekeliling kita? 


Dan hari ini pula, saya xberkesempatan untuk bertemu dengan adik2 yang juga selalu mengingatkan saya dengan ALLAH s.w.t. Izwan+Naqib, akak minta maaf xdpt nk jumpa kali ini. Rasa sgt serba salah dengan Izwan. Sbb die dtg dr jauh kan. N entah bila dpt jumpa lagi. Dan mungkin juga ALLAH xjumpakan kita kali ini utk bg kt jmpa dlm suasana n keadaan yg jauh lbh baik lps ni. 


Dan mungkin betul juga kata2 ini, "Giving up doesn't always means that ur weak. Sometimes, ur just strong enough to let go." Am I strong enough to let go? Sedangkan kita tahu yang semua yang kita ada kat dunia ni pinjaman DIA semata2. Dan Bila2 masa je DIA boleh ambil balik. Yup. Bila2 masa je. 


 

2010-01-01

Fakta?

Salam.

Ada kawan ni wat status ni kat efbi dia.

Kes buang bayi banyak dilaporkan pada bulan september hingga november...jika kita assume 9 bulan diperlukan untuk melahirkan seorang bayi....bulan september dan november jika ditolak 9...maka...penzinaan maybe banyak berlaku pada bulan Disember (New Year) dan bulan Februari (Valentine`s day)...............~~ Hazril Isa, 2010

menarik dan logik. Tapi mohon agar dijauhkan...

Semoga masih terpelihara iman, ilmu, amal dan akhlak kita. 




Syukran. Syukur Alhamdulillah.

 

Aku dah 22 tahun.

Terima kasih banyak untuk semua yang wish birthday, juga yg nak wish tp xsempat wish. Moga kalian juga sentiasa dalam keredhaanNya.

Ada yang tanya dapat banyak hadiah tak?

Setakat semalam dan hari ini takde lagi.

Kalau orang bagi, terima kasih. Kalau orang tak bagi, takpe. Xkisah.

Yang lebih aku perlukan, agar mendoakan aku agar semakin kuat hari demi hari. Doakan aku? Terima kasih. Moga kalian juga kuat hari demi hari.

Ada orang tanya, What happened?

Biasalah, kdg2 kita terjatuh. Maybe agak metafora.  Tapi itulah hakikatnya. Hakikat kehidupan. Kita takkan selalu berjalan dengan lancar. Even kalau drive pun, kadang2 akan tersangkut. Ada perkataan ‘tapi’ jugak.

Dekat pengakhiran 2009 ni, aku banyak kali terjatuh. Yup. Sakit. dan kadang2 aku main hujan. Rasa cam kanak2 je, bila main2 hujan ni. Dan aku cuba muhasabah balik kenapa aku jatuh. Cuba dan masih mencuba. Dan berusaha. =)

Dan pagi ini, airmata ku menitis lagi. Tsk tsk. Sebab rasa syahdu sangat baca msg dr seorang adik ini. Thanks adik. Akk bersyukur sgt dapat berkenalan ngan adik. Moga adik berjaya dunia akhirat. Amin. =)

I’m happy with what i have n get. N i’ll stick with it.

Alhamdulillah syukur.

 

P/S:

Never take a person for granted. Hold every person close to your heart cause you might wake up one day and realise that you’ve lost a diamond while you were too busy collecting stones.

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681