Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-12-31

Hadirnya 22 perginya 2009.

Salam.


Umurku sudah meningkat. 22. Bermakna 2009 hampir melabuhkan tirainya. Dan Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas dia atas muka bumi ini di samping kelurga, dia dan sahabat2 yang tersayang. Tak disangka kan? Pejam celik pejam celik, sampai jua. Dengan harapan, ibadatku juga akan bertambah selari dengan pertambahan umurku ini.


Tahun 2009 menyaksikan jatuh bangunku dan berjuta2 kenangan manis dan pahit yang tak dapat diungkapkan dengan kata2. Manis kerana pasti tidak dapat diulang lagi saat2 itu. Pahit kerana tidak mahu diulangi dan menjadi pengajaran buat diriku ini. Alhamdulillah jua kerana aku dikurniakan keluarga, dan sahabat2 yg setia di sisi di saat aku yang terleka dengan nikmat dunia ini. Terima kasih ibu bapak, keluarga dan sahabat2 u know who u r.


Moga aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupanku. 2010 hampir menjelang. Impian yang masih banyak belum terlaksana. 2009 yg telah pergi dibiarkan pergi. Aku inginkan kejayaan dunia dan akhirat, Moga ia dalam genggaman. InsyaALLAH. 


Moga tahun 2010 ini kita lebih baik dari 2009. =)



2009-12-29

Susah sangat ke...?

Salam.


Susah sangat ke?


Susah sangat ke nak jadi baik?

Susah sangat ke nak dapat 3.7?

Susah sangat ke nak blajar rajin2?

Susah sangat ke nak kurus?

Susah sangat ke nak cakap NO?

Susah sangat ke nak jadi asertif?

Susah sangat ke nak jadi tegas?

Susah sangat ke nak berterus terang?

Susah sangat ke nak jujur?

Susah sangat ke nak pergi jauh2?

Susah sangat ke nak pergi Jabatan Bendahari?

Susah sangat ke nak tepati masa?

Susah sangat ke nak melupakan?

Susah sangat ke nak buat tak endah?

Susah sangat ke nak ikhlas beribadat kerana ALLAH?

Susah sangat ke nak berubah?


Tak susah pun... Awak just KENA KUAT. Dan JANGAN LUPAKAN ALLAH s.w.t.


Sekarang saya nak tanya balik. 

Susah sangat ke nak jadi kuat?


2009-12-25

49 Keistimewaan Wanita (1)

Salam.

Seseorang telah menghadiahkan che’ satu artikel tentang 50 keistimewaan wanita. Tapi bila kira-kira balik, kurang satu. 50-1=49. Tulah. Nama pun pelajar maths. Jadi semua pun hendak dikira. =) Maka, di sini che’ mo kongsi. Tapi ni baru part 1. Renungkanlah…

 

“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
  5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAh s.w.t. dan orang yang takutkan ALLAh s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya.  Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalau. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”, maka ALLAH s.w.t. akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan ALLAH s.w.t. akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada ALLAH s.w.t. selama haidhnya.
  8. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.”
  9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  10. Daripada Aisyah r.a : “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka. maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
Blogger Tags:

2009-12-20

Lawatan semalam. =)

Salam.


Lepas beberapa siri rajuk merajuk, hati ini tetap hendak membuat lawatan. Melawat kanak2 yg tersyg. =) Sebab takut nanti terkilan tak dapat jumpa muka ke muka lagi. melainkan kanak2 itu berpindah ke selangor atau che' berkahwin dan dia datang majlis che'. Ish. cakap pasal kahwin pula. Lambat lagi lah. 


Janji dengan kanak2 itu jam 5 ptg. Tapi, sebab hendak cari 5 kilo ayam+daging+ikan+bawang supaya dia boleh bagi cafe untuk masak utk dia dan kawan2, che' sampai jam 545 kot. Tak ingat. Tapi yang penting, bila sampai, muka dia macam singa yang tak makan selama sebulan. Sangat garang. jumpa sekejap je. Tapi, happy sangat. 


happy happy joy joy.


Macam lagu lion king tu kan, things don't always go the way we plan. Tapi semalam it goes the way I planned. Thanks to daddy! Daddy, ILU! Tak dilupakan, Syukur alhamdulillah. Allah Maha BErkuasa.


credits.


2009-12-19

1431 Hijrah.

Salam.

Salam Maal Hijrah. Sedar tak dah masuk tahun 1431 Hijrah? Ada baca doa awal tahun + akhir tahun tak? =)

Tahun hijrah ni dah bertambah. Bermakna, umur kita pun dah bertambah. Secara langsung, umur che' pun bertambah. Memandangkan tahun 2009 ni pun dah hampir melabuhkan tirainya.

Sem baru pun dah nak mula. Untuk pelajar degree 21 hb ni. Masters lak, 28hb. Tapi che'? Ada masalah taraf pengajian. Skang taraf pengajian adalah gantung pengajian. Sebab? Sebab tak daftar kursus lagi. Naik sem baru leh daftar. Result nya taraf pun gantung keputusan. Adeh, sampai kapan kena gantung pun gue enggak tau. Papepun, tts. Tenang2 selalu~

Camne ngan pelajar lain? Result ok tak? Harap lebih baik dari sem2 lepas. Kalau kurang baik, usaha lagi. Usaha+doa+tawakal=kejayaan. InsyaALLAH.

Namun, diharap, dengan kedatangan tahun baru ni, kita muhasabah balik amalan kita tahun lepas. Dan perbaiki kekurangan yang ada. Ayat ini berulang kali berpusing dalam fikiran, hati, otak, limpa che'. Perubahan itu bagus. Tapi kan lebih bagus kalau ia ke arah yang lebih baik. Ke arah keredhaan ALLAH. =)

Adakah kita seorang pemaaf?

Salam.


gambar copy tampal


Alkisah ini dicopy tampal dari web syok.

.
.
.

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa  satu beg plastik transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang2 tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan. Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya.

P/S: Forgive and forget. Tapi camne pula kalau xboleh nak forget? =) 



Hidup itu indah. kan?

Salam.

Teringat ada satu ketika dulu. Che' letak status kat YM, "Hidup itu indah". Then ada junior ni, letak status dia,"Hidup tak selalunya indah". Ironic kan? Tapi, memang betul pun apa yg dia ckp tu. SOmetimes, che' hanya memujuk hati dengan buat status yg positif supaya rasa positif. Cuba try. Kadang2 berkesan. And, Allah Maha Mengetahui apa yg kita perlukan. Mungkin bagi kita tak indah, tapi yg tak indah itulah yang lebih baik untuk kita. Siapa tahu, kan? Bila tiba masanya, baru kita akan sedar. Mungkin bukan sekarang. Tapi satu hari nanti.

Nah. Hayati lirik ni pula. Dari cite Lion King. We Are One.

As you go through life you'll see
There is so much that we
Don't understand

And the only thing we know
Is things don't always go
The way we planned

But you'll see every day
That we'll never turn away
When it seems all your dreams come undone

We will stand by your side
Filled with hope and filled with pride
We are more than we are
We are one


Finally I have decided. Balik kampung juga. N now kat kampung. Dengan satu misi. Nak lawat seseorang. Tapi... Macam lagu tu cakap, things don't always go the way we planned.

There is this one time, I joined this 2 club that is about something that I enjoyed doing, but because of merajuk dan membawa diri dll aceh. cam drama lah pulak nak bawak diri2 nih I end up quitting from those 2 club. Padahal at the first place I enjoyed doing it. Dan jangan kerana merajuk, I end up tak visit that person sedangkan
I really enjoyed meeting up people that i loved sayang n cared for.. Dan tiba2 tadi enfons kena campak sebab satu enfon tu buat bunyi. Lalala~

Kenapa lately sangat sensitif ni??? Lebam ar camni. Grrr.

Rasanya bertambah2 emo sbb pg tadi tak dpt jumpe mikey. Cis cis dan cis.

P/S: Rindu noriz. 'Lebam ar camni' adalah tagline noriz. =)


2009-12-17

Prog Bunuh Kutu 09

Salam.


Tanggal 9 dis 2009, iaitu hari rabu, suatu aktiviti yang dinamakan Program Bunuh Kutu(PBK) telah dianjurkan. Prog ini adalah lanjutan daripada Program Selamatkan Kutu yang dianjurkan pada bulan Mei lepas. 


Berbeza sedikit daripada salah satu objektif PSK yg lepas yg utk slmtkan kutu, PBK bertujuan untuk membunuh terus kutu2 di rumah fc2 KMNS. Biar sampai pupus. BUnyi cam kejam? taklah. Bahaya tau kalau nanti berjangkit kat orang lain. Selain itu, prog ini, untuk lagi merapatkan silaturrahim sesama fc. Dan menambahkan lagi koleksi gmbr kenangan bersama keluarga fc. 


Aktiviti yang dilakukan adalah:

-Makan beramai2 sebanyak 2 kali. (sebelum+selepas main) Untuk org2 yg tertentu jep. Ada yg mkn skali jep. Hehe.

-Main boling 2 game.

che' last place. cmne nk lwn hazim+adik iwan nih. 

-Amek2 gmbr.

-Ketawa2 gurau2, update kisah2 terbaru sesama fc.


Terima kasih kepada semua yg berjaya hadirkan diri, yg berusaha utk menghadirkan diri tp tak dpt hadir, yg mmg conpem dr awal xdpt hadir, dan juga siapa2 shj yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan prog ni. Berjaya ke? Che sebagai wakil penganjur ingin minta maaf andai ada kekurangan spnj anjurkan prog ni. And, klu ada cdgn penmbhbaikan sila kbr2kan lah ye. Hope yg dtg tu dpt bunuh kutu yg ada. =))


Oh. lupa. List yg dtg. 

cik cahaya

boolat

a'idah

nazzrin(atuk)

fadzlan

irsyad

aj

fafau chibi

rahim

syamira+syazwina

ocha+kawan


Gambar akan diupload kemudian. Prob lak ngan upload gmbr ni, Maaf ye.  


P/S: Epal besar tu sapa belanja ek? Thanks tau. 

 

Dilema.

Salam.

Hari ini che' tersangatlah dalam dilema. Dilema remeh jek? Biarlah. Bagi saya tak remeh. 


1. nak tukar kos dari management ke applied maths atau tak.

Sekarang ni tengah buat management. Dulu macam ada rasa nak jadi lecturer. Ada private college dkt2 rumah. And ada iklan utk jd lctrr maths utk prog fooundation kat ctu. Tapi kalau nak jadi lecturer, coz applied maths lagi marketable. Tapi kalau jadi lecturer, kena buat research. Tak suka buat research. Tesis sem lepas2 pun sgt hancur. Kalau management cam lebih kepada kerja in company. And sekarang macam tak rasa nak kerja kat mana2 company. Em cepat2 lah wat company. T leh org kerja ngan kamoo. T tak yahlah nak mintak kerja kat company lain dah. Hehe. Ok2. Serius balik. Urm. tu lah. Nak buat applied ke management. Belajar ni dah tak seronok dah. Sekarang berkawan ngan adik2 degree jep. N malam2 bukan nya study pun. Online memanjang. Ish. apa punya pelajar tahun 1 lah ni. Macam tak de life n sgt pemalas kan? Kak yus mo wat applied. Sebab dia mo apply UniMaP. Subjek wajib management yang tinggal is proses stokastik(macam dak stat nya dgree) and maths ekon+kwgn(cm aktuari dgree). And tesis. Kalau applied lak, analisis berangka, pemodelan dan k. maths, mekanik bendalir. Kalau mo jd pramugari lak, kena 34-24-36. erk dan erk. Jauh sgt tu. 


2. nak balik kampung ke tak.

Sebagai kanak2 yang masih sekolah, mereka masih bercuti. Just student ipt je yg kena balik ipt. Sebab sem 2 dah nak start. atau ada yg dah start dah pun. dan dan dan, Daddy mo bawak kluarga balik kampung. Dan kali ni, bukan balik kroh jek. Tapi balik Kodiang jugak. Dan kalau balik Kodiang, maknanya dapat buat lawatan kat Changlun. Kot. ada ke niat blk kampung sbb nak wat lawatan. Orang lain balik kampung sebab nak jumpa atok nenek kat kampung. Cis. Oklah. Sebab rasa macam dah setahun jugak tak balik kodiang. Tok kat kroh pun xsht. Jap. Setahun ke? Tipu sungguh. Mana ada sampai setahun pun. Last balik kampung masa akhir bulan 6 kot. Dan dan dan. Sepatutnya, daftar kolej is (menurut Yanti) 21-27 hb dis. Dan start kelas 28 hb. Jap. Betul ke ni. Bukan sama ngan student degree ke? Dah konpius dah. Dan balik kmpg 18-26 hb. klu betul dftr kolej blh lg 27 hb, leh la blk kmpg. tp klu tak betul, leh tak minta tlg org len dftrkn kolej? Sebab mmg mo blk kmpg. Hehe. Tp klu kls start sama ngan dgree, to play safe, baik dftr awal je kan? Rs mcm mengecewakan seseorg jep. Urm... 


Result sem 1 dah kuar. Lalala~


2009-12-13

mo g oversea juga~

Salam.


Sejak dua tiga menjak ni, che tersaaaaaaaangatlah X.D.E. M.U.D.+M.A.L.A.S. nak mengonlinekan diri. Ym + buku muka + MSN +fs kejap2 jep. Blogging dah xkerap. klu x dulu cam tiap2 hari. Padahal ada je benda nak cite kat sini. Org call pun cam xrajin nak jwb. Tp rajin bc blog org lain+komen. E.N.T.A.H. =)


Dan dan dan adik yg kedua mo fly juga. Dia pun mo ke oversea juga. Macam kakak kedua die. Urm... taklah sejauh kakak keduanya. Tapi tapi tapi still mo g oversea juga. Jeles sebentar~ Sebab sayep dh lama tak fly. Last tim masa kanak2 dulu. Tsk tsk. 


Dah, cukup lah post kali ini.


P/S: Moga sahabat ku itu bertmbh baik kesihatannya. Dh x merajuk dh. xle rajuk lama2. t kamoo xpujuk kan? =P

2009-12-04

Kenapa kita patut bersyukur dan tidak merungut?

Salam.

Sedang che' blogwalking terjumpa blog seseorang ini. Kisahnya mengenai kenapa dia tak suka merungut. Di sini, che' nak kongsi kisahnya. Harap2 dapat pupuk sifat bersyukur dengan apa yang kita dapat/ada.


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Credits:

http://shafiqsharque.blogspot.com/


jangan terlalu gembira sebab...

Salam.


Beberapa hari ni che' berjalan2. Meeting. Dating. Discussion. Semua pun boleh. Gembira? Gembira sangat. Sebab dapat jumpa Cik Efa, FC KMNS yang sudah lama tak jumpa. 2 tahun lah juga. Taklah sangat lama. Compared to kawan2 Seseri dulu kan? Happy happy happy.


Dalam happy itu juga pun, che' macam merajuk terasa membawa diri dengan beberapa orang. Kejam kan. Merajuk je tau che' alwani ni. Che' pentingkan diri. Ya saya pun kadang2 ego, pentingkan diri. Maaf.


Pernah dengar tak ada kata2 "Jangan terlalu gembira nanti kita akan bersedih". Saya gembira tapi ada insan2 yang dikenali sedang sedih. Dan Che' yang kononnya merajuk semua. Sedangkan insan itu sedang ada sesuatu yang difikirkannya. Kejam kan. Kejam kan? 


SImpulkanlah simpulan sendiri. Jangan pentingkan diri dan fikirkan perasaan kita sorang jep. Mungkin ada insan lain yang sedang perlukan kita. =)


You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681