Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-09-26

Janji.

Salam.
Dah seminggu tamatnya Ramadhan. Maka, berlumba2lah yang wat buka rumah pada hujung minggu. Nak jamu kawan2 makan. Nak gathering. Nak jumpa bf, gf yang dah lama xjumpa dan dirindui. Kalau yang baru abis U tu, topik nya tak lain dan tak bukan, KERJA.

a: eh, cmne ngn ko nye kerja ek?
b: ok jep.
a: ko wat ape ek snanye kt xxxx tu?
b: owh. aku kira telefon.
(contoh yang direka)

Dan tadi g rumah kawan satu pusat. bukan pusat(belly button). tapi pusat pengajian. coz xsama tp ada subjek yg sama. So, ada klass yang sama lah. Contoh: Calculus II. Hahah. teringat lak time kita study gune doodle kat ym dululah Capik. Urm. seronok jumpa kawan lama. Tapi topik mereka TIADA kaitan dengan diriku yang BELUM abis belajar lagi. Nak nyampuk pun xtau nak nyampuk camne. Kurang ilmu tentang pekerjaan2 ini. Heee~ Bila lagi nak dapat jumpa orang yg dah kerja tu ek. Asek2 jumpe Abg Afiq jek. Asek ke? =P

Dalam kiraan itu, sebulan jugalah dah lost ngan seorang hamba ALLAH ini. Tapi adalah jugak wish raya hari itu. Cumanya, bila che' msg, call sume xde jwpn.(kecuali wish raya) Sihatkah? Bila exam? Belajar ok? Hohoh. Sebuk tanye orang lain belajar ok ke tak padahal diri sendiri terkontang-kanting.

Isnin nanti nak ponteng kelas LAGI kot. Tengoklah nanti pasaran camne. Kalau naik, tak g kelas. Ish3. suka hati tol. Nanti amuk teh. Kanak-kanak, Jangan tiru aksi saya.

P/S: Jangan berjanji atau tabur kata-kata manis. Sebab akan memakan diri. Dan akan ada orang tuntut. Manusia tak lupa dengan janji yang orang lain buat dengan dirinya. Contoh: Aina nak belanja resipi rahsia. Sampai sekarang Geng 0323 tak lupa. Sila ambil kata2 saya dengan serius. Sebab saya serius. *wajah serius*


2009-09-19

Menjelang Hari Raya.


Salam.
Malam ini, sudah malam 1 Syawal.
Bermakna, esok adalah Hari Raya Aidilfitri yang disambut umat Islam merata dunia.
Siang tadi, masak-masak juadah untuk esok pagi.
Even tak balik kampung tahun ini, tapi, masak tetap masak.
Ketupat palas, rendang, lontong, kuah kacang, nasi himpit.
Susun-susun kuih dalam balang.
Hias rumah tetap hias.
Taklah hias tera mana sangat.
Yang penting senang mata melihat.
Hahah.
Perkara biasa yang dilakukan hari sebelum raya oleh insan-insan lain juga.
Lepas maghrib tadi, che belek-belek barang kat bilik che'.
Ternampak album-album gambaq yang lama.
Gambaq masa sekolah rendah dan menengah dan plkn dulu.
RIndunya kat kawan-kawan lama.
Dan satu yang nampak paling jelas adalah dulu lagi kurus.
Hohoh. Nak kurus balik.

Ok2.
Kepada bapa, ibu, iyah, are2, aiman, usop, aisyah, kak ani, keluarga dan saudara-mara.
Kepada semua rakan taulan, sahabat handai dan kenalan masa tadika, Sek Ren, Sek Men, PLKN, Matriks, Skuad FC, U dan sapa-sapa yang mengenali che'.
Sempena lebaran ini, che' ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terambik pape2 ke, terguris rasa, sengaja atau tak sengaja, harap dimaafkan.
Halalkan makan minum che' na.
Moga lebaran kali ini memberikan berjuta-juta makna buat kalian.
Moga ukhwah yang sedia ada ini berkekalan. Amin.

P/S : Moga2 insan2 yg bertolak balik kampung hari ini sampai dengan selamat. Sorang jalan udara, sorang jalan laut. InsyaALLAH. Amin. =)


2009-09-18

Selamat ulangtahun lalink.

Tanggal 16 September.
Genaplah umur 20 tahun.
Moga peningkatan umur ini, menjadikan dirimu lebih matang dalam menghadapi hari2 yang mendatang.
Adikku, NOR ASILAH BINTI AMRAN.


hohoh.

Iyah dah 20 tahun.
Kakla rasa semakin tua. =)
Moga iyah panjang umur.
Murah rezki.
Success sokmo.
Happy always.
Bahagia dunia akhirat.
Amin.

Elok2 di tempat orang.
Pandai2lah pilih kawan.
May u have gud memories as a degree student.
I've done mine.
Now it's urs.
Luv u.
143.
xoxo.


kosong itu empty.

Alhamdulillah.
Sudah di rumah.
Home suwit home.

Urm.
tak patut cakap kat sini kot.
But somehow.
I missed them a lot.
Org New York.
Org Winconsin.
Org Balik Pulau.
Org Kg Gajah.
Org Kroh.
Org Kodiang.

Losing grip.

P/S: tibe2 jek cm sakit tekak+gatal tekak+bersin. xsuke.

2009-09-15

don't wanna.


Westlife - I Don't Wanna Fight No More Lyrics


I can't sleep,
everything i ever knew,
It's a lie,
without you,

I can't breathe,
when my heart is broke in two,
There's no beat,
without you,

You're not gone,
but you're not here,
It's that's the way it seems tonight,
If we could try to end these wars,
I know that we can make it right,
cause baby,

I don't wanna fight no more,
I forgot what we were fighting for,
and this lonelyness that's in my heart,
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
cause i don't wanna fight,
no more,

How can I leave,
when everything that I adore,
and everything I'm living for,
Girl, it's in you,

I can't dream,
sleepless nights have got me bad,
The only dream i ever had,
is being with you,

I know that we can make it right,
It's gonna take a little time,
Lets not leave ourselves with no way out,
lets not cross that line,(that line)

I don't wanna fight no more,
I forgot what we were fighting for,
and this lonelyness that's in my heart,
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
cause i don't wanna fight,
no more,

Remember that i made a vow,
that i would never let you go,
I meant it then, I mean it now,
and i want to tell you so,

I don't wanna fight no more, (oh no)
I forgot what we were fighting for,
and this lonelyness that's in my heart,
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
(can we start)
cause i don't wanna fight,
no more...

I don't wanna fight no more,
I forgot what we were fighting for, (oh yeah)
and this lonelyness that's in my heart,
(my heart)
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
(I'm hoping)
cause i don't wanna fight,
no more.......

It's all a lie,
Without you,
without you......

2009-09-14

très heureux.


hohoh.
Dah pos barang.
Dah anta borang.
Dah pos kad. (Harap sampai sebelum pakcik posmen cuti.)
Dah renew lesen yang dah pekasam tuh.
So, taklah pekasam kan sebab dah BARU.
Balik umah leh la main keta pa.
Abislah btambah2 kemek kat keta pa.
Alang2 dah kemek, kemekkan lah terus,kan?
lalala~

Tinggal nak jv tulis kad raya utk dot dot dot jek... Sape nak join? (ni buat esok) http://matcuoi.com

Jom siapkan asimen.
Ada 3 lg.
Berusaha...!!!

2009-09-13

to fake out.

Everything's good. Everything's fine.

The fact is... I'm just faking out. It's not good and it's not fine. And to fake out like you're doing good, everything's under control, damn it hurts a lot.
X: Are you ok?
Me: Yeah. Everything's going to be fine (No I'm not! Can't you people see that my heart here is shattering into countless pieces???)

I blew it off. Yeah It's my mistake. I know, saying sorry ain't helping. And, you're hurt too. Being fired as a p.a hurts me three. All i wanted to do is to makes things easier for you. I don't give a damn about how messy my life is. Cause it'd been a mess since back then. And it won't go any worse. Trust me. Having time of being alone in the room only makes shining drops flow down my cheek. It's only a few days left for Ramadhan. And Lailatul Qadr is just somewhere around the corner. I know. But I can't keep myself out from thinking this way. Negative, right? Alwani, be strong. Alwani, be calm. Alwani, try to see things in a positive way. Alwani, ... Easy to say. But, I'm trying hard eversince. Yet, where is the alwani I used to know?

Somehow, I missed the old times. Spending time together. Sharing problems, stories. Now, I barely know you. What you do. Where you're going. How's your life. What makes you happy that day. What pissed you off. Who you're dealing with. What you're eating. I know NOTHING. NOTHING. It's not your fault. It's mine. (=

sogo terletak sebelah bangunan pertama.



Salam.
Hari yang memenatkan.
Tapi, ada orang kata, orang beriman tak penat. Awat? Sebab... Niat buat apa2 jua ikhlas kerana ALLAH s.w.t. (= Mari muhasabah diri.

Dah lama lah jugak tak ke Sogo. Nape orang suka g Sogo ek? Takpe2 tukar angin kejap. Kalau x, asyik2 ke SP, Mid, Mid, Sp, Giant, Carefour, Mid, Sp, KLCC, Metro, Bintang, Mid lagi, Carefour. Sampaikan kalau Mid ni manusia, mesti ia dah muntah2 sebab asyik2 muka ni je datang. Tapi asyik2 pun, taklah tiap2 hari, sebulan sekali. Carefour ngan SP lagi kerap kot.


Napa tiba2 ke Sogo? Camni. Adik2 kat kolej ni, nak gi Masjid Jamek. Kononnya lah kan, nak beli jubah, seluar, and apa tah. Jalan punya jalan, tiba2, dah sampai kat Sogo. Cam magic lah jugak. "Eh eh, termasuk Sogo lah." Padahal memang cari Sogo tu kat mane. Yelah, Che' last pegi Sogo pun 2 tahun lepas kot. Masa first year kot. Itupun naik kmtr and turun kat Bank Negara. Kali ni, turun kat masjid Jamek n kaki pun melangkah langkah demi langkah. So, lainlah sikit perjalanannya. Sampai kat Sogo, naik escelator(mcm slh je eja).

nak ape? diesel? bontton? 70%.

nampak cam ulat2. Adik2 ni Usya punya usya, takde yang kenan, tak pun xde saiz yang sesuai. Maka, aktiviti meronda2 KL je lah.

Hohoh. Che' dah lehilangan idea nak cite apa pasal jln2 nih. So, tamat di sini je lah. =)

selamat tinggal sogo. Jumpe lagi.



Going to Sogo was suppose to be one of the happy moments in my life. but it turned out not to be so. Hurt. Until now. Stupid me.

2009-09-11

saya benci michael!!! (edisi ke-2)



salam.
ini ada kisah.
sedang che' duduk dalam bilik melakukan pape yang patut dengan tenang(ehem! dgn tenang tau) di hostel sambil menunggu azan isyak yang bermaksud panggilan untuk ke surau, che' terdengar2 suara gadis2 menjerit2. diikuti dengan bunyi pop pop. (alah, yang mercun pop tu. yg dlm kotak kecik2. baling2 bunyi pop.) hahah. ye kot mercun pop tu. yg penting ada bunyi pop pop. time tu, terdetik kat hati. "alahai mereka2 ini. kalau iye pun semangat nak beraya, nak main mercun, tunggulah lepas tarawih ke. ini tak, time2 maghrib ni. tak elok nya. (padahal mmg x elok main2 mercun nih.) maka, che' pun pergilah kat tingkap nak intai2. yelah. xpuas ati kenapa bising2 tuh. risau gak kot2 ada incident pape jd ke kan. tapi, tak nampak!!! hohoh. malas lah nak nyibuk. moga xde pape yg teruklah yang jadi. maka, saya meneruskan buat papa yang patut.

Tiba-tiba...
Kedengaran suara muazzin melaungkan azan. Cepat-cepat gi ambik wuduk. Siap2, then turunlah tangga yang banyak ituh. ya lah, che' penghuni penthouse. hahah perasan. =P turun punya turun, kat aras 3, adik2 berkata sesama mereka, "tarawih2." sampai aras 2 laks, adik2 lain berkata sesama mereka "dah2. diorg dh tutup pintu bawah dah." dalam hati, che' berkata-kata,"pintu? nape tutup pintu?" maka sampailah kat aras paaaaling bawah. memang pintu utama ditutup. dan kelihatan ramai gadis2 berkerumun di pintu itu. apakah?

rupa-rupanya...
ada michael kat luar tuh. kat tepi tangga tu pun dah bersepah-sepah dah. hohoh. xjadi lalu kat pintu utama tuh. pikir2 balik, kan. nape sebab michael seekor pun nak kepoh sangat ek? time tu dah tau dah. tapi nak g surau kan... so, wat xtau je lah. guna pintu tepi. odw nak ke surau, selisih ngan cik nab. saing jelah ngan dia ke surau sambil berborak2 pasal michael ituh.

Alkisahnya...
Alamak. tak jelas. maaf. gmbr di zoom sbb che' xbrani nak p dekat2 tangkap gambaq. gambar tu snanye gmbr michael dok main2 ngan ada anak kucing nih. 2 ekor kat situ. tapi kat tangan die tuh ada seekor jek. time ituh, berkerumun insan2 sbb jarang nampak kejadian sebegini. Tengahari tadi, dah ada kawan gitau. dia ternampak 'pasangan' ini. tapi time tu kat fssk. pikir2 balik, takkanlah michael nih angkut anak kucing itu sampai ke kolej ku. bukan dekat sangat pun. Sian gak kat kucing itu. Tapi ALLAH Maha Adil, kan? Yang jerit2 rsnya sbb gadis2 tu xsanggup tgk anak kucing itu diangkut2 michael kot.

Masa jalan ngan cik nab tu pun, cik nab cakap, dia slalu nampak kat fssk. n ini adalah the same michael n the same anak kucing. before this, michael angkut anak kucing tuh ke dato onn. maybe michael ituh nak bawak anak kucing tu round tour keliling uk ni kot. tapi anak kucing tu cam pasrah jek. sian la plak. tapi ada insan2 lak cakap, memang michael tu jaga anak kucing tu. ia cr makan n bagi anak kucing tu. sejauh mana kebenarannya? wallahualam.

nape lak benci michael?
sebab... lepas balik tarawih, tengok ia dah xde kat depan pintu utama. tapi takdelah lalu situ pun. lalu pintu tepi jugak. hati che' menyanyi riang sebab nak balik bilik n kemas2 bilik n moreh kat bilik. tiba2 antara aras 2 n aras 3 nye tangga, ternampak makhluk itu. "nape dok kat sini! jahatlah. orang nak balik bilik. gi la dok tempat lain." itu kah skrip che' kepada makhluk itu? tah tak ingat. tapi lebih kurang lah kot. yang penting, ia ia(michael+anak kucing) itu conquer tangga tuh!!! tak muatlah che nak lalu. n time tu tengah bawak bungkusan minuman yang dibeli di c-mart(koop kegemaran pelajar kolej ini). huwaa!!! michael tu stone batu jek kat situ!!! kalau ade penyapu, dah ketuk kepala die kasi pengsan n call perhilitan dah. tapi xde penyapu. maka, berjalanlah dengan hampanya ke bilik ma. Naseb baik ma baik. xrayau2 n ada kt blk. klu x, xtau nk g blk sape. dhla enpon due2 tinggal kt bilik. minum minuman yg dibeli tu separuh kat bilik ma, n then ma teman balik blok. cam penakut sungguh kan? nanti dia wat rampasan minuman kan susah. dhlah rm 2.80. mahal tau. Bila ma n wani teman che' balik blok, ia ia dah xde. Hohoh. Cam tau jek ma n wani nak datang. Maka, berjayalah pulang ke bilik. N siaplah post baru ini. Dah. Tamat.

P/S: michael=monyet/beruk/kera/spesies2 gtu.
P/S/S: tadi bagi mama makan ayam goreng... rs sgt seronok sbb dh lama xbagi mama makan. =P mama adalah seekor kucing.
P/S/S/S: maaf di atas bahasa yg tunggang terbalik n masalah tanda bacaan.






2009-09-10

sin ya ta ya ra ya sin

cuba eja.
sin ya ta ya ra ya sin.
mesti kalian xdpt agak.
sebab menggunakan ejaan yang salah.

urgh. siang2 rs mcm ni. xsuka? ya. xsuka. sejam lagi waktu berbuka. rumet ke mana tah. uih. zaman sekarang kan tekno canggih, gunalah 3G, find friends tu pun boleh ape. malas.

tadi presentation. lps abis presentation. teringat zaman upper form dulu. jd ahli satu badan ni. bukan lah badan yang ada kepala, hati, jantung tuh. tidak tidak. ni yang klu kat sekolah ada yg cm pengawas, pustakawan, prs, spbt. badan yg camtu lah.

tp sgt xsuka ms kat dlm badan tuh. lg suke ms lower form. tp aku tau nape jd cmtu ms dulu. n nampaknya, smpi skang, susah nk ubah persepsi org, kn. sbb org menilai melalui ape yg dilihat. n apa yg aku perlihatkan, ternyata menjadikan diri aku dinilai sedemikian rupa. sedih? oh tidak. padan muka kot. tapi, masa matriks x macam tu pun. mana alwani masa matriks dulu...??? ms f8p3, f6p3 dulu tuh? rsnya more kpd mana alwani ms f6p3 dulu tuh???

dahla. mari beribadat sebelum azan berkumandang.

xtau

salam.
nak blogging tp xtau nk tulis psl ape.
so, testing signature ni jelah.
men2
ngeee~

2009-09-09

berlari lagi.

Hari ini, kau datang lagi.
Mengajakku,
Memujukku.
Aku ragu hendak ke sana.
Asing.

Lalu ku melarikan diri.
Dan kau tidak mengejar lagi.
Untuk kali ini.
Bebas? Ya.
Gembira? Tidak.

Sampai bila aku nak lari?
Kalau dah ditakdirkan aku pergi bersamamu,
maka satu hari nanti aku akan pergi bersamamu juga.
Namun, sehingga waktu itu, bersediakah aku?

Moga peluang itu akan datang lagi menemuiku.

2009-09-04

selamat ulangtahun sayang.

4 september 2009. bermakna dah 21 tahun syg ku itu. eh eh, silap. 20 tahun. 2009-1989=20. dah tua dah kamu ye. tp, xbesar2 pun. bila nk besar cm saya ini??? =) Sila mkn byk2 ya.

Fatin Awanis ku cyg, moga pertambahan umur ini, menjadikan dirimu bertambah kuat menghadapi hari2 yang mendatang. Moga dikau bahagia dunia akhirat. Moga dikau sentiasa bahagia dan gembira. Amin. Jgn nakal2. Akak boleh nakal. Atin xle. =P
Bila nak date ni... Ari tu Atin nak blanje akk kn kn kn?
lalala~


Pastu, Atin utang akk dokumentari akk lagi. Hohoh.


dak kcik yg nakal.


Selamat Ulang tahun Sayang...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia

Kerana setia yang mencipta bahagiamu



2009-09-03

hidup hanya sementara.

Innalillahiwainnailaihirajiun. "sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadanya jua kami kembali."
Ayah kepada seorang sahabat telah meninggal dunia. Baru juga tadi. Time2 buka puasa, xsilap. Sahabatku Saiful Rizal, kuatkan semangat. Hidup mesti diteruskan. Tak dilupakan untuk mendoakannya jua. Moga roh ayahmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Hidup ini sementara sahaja. Segala nikmat yang kita ada sekarang ni juga sementara sahaja. Badan yang sihat, kemewahan, ahli keluarga, sahabat, semua sementara sahaja. Bila2 masa sahaja ALLAH boleh tarik balik. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara ini. Buatlah amal sebanyak mungkin. Jangan bertangguh-tangguh. Siapa sangka, saat yang akan datang ini, kita sudah meninggalkan dunia ini? Luahkan rasa sayang pada insan di sekeliling. Kelak, kita mungkin akan menyesal.

Ibu, Bapak, Iyah, Are2, Aiman, Yusof, Aisyah, Kak Ani, Gomok, Kakla syg kalian!!!
tidak dilupakan, Tok, Pak Ngah, family belah ibu n bapak, Encik Awaluddin, Cik Cahaya Bersinar, Cik Cahaya Kesempurnaan, Fatin Awanis, kawan2, abg2, kakak2, adik2 semua. Saya syg kamu semua!!! =)

P/S : Ocha, bersemangat k??? InsyaALLAH, ur health will be better.

2009-09-01

kisah minggu lepas.

salam. ada kelas at 2 pm. tapi, nak memblogging sebentar. sebab makin lama tangguh, makin basi n jadi tapai lah kisah ni.


Last week, tanggal hari Rabu 26 ogos 2009, kolej buat majlis berbuka puasa dengan TNC HEPA. Takdelah makan ramai2 dengan beliau pun. Biasalah, VIP kan, so, VIP makan kat tempat VIP lah kan. Majlis Berbuka Puasa ni sempena Ihya' Ramadhan. Actually petang tu plan ngan Ma, Lina nak g berbuka @ masjid. Tapi rasa serba salah la pulak. Kolej sendiri buat majlis tapi g masjid kan. Ish3. tak elok tuan rumah ni. Lagipun AJK kwn2 kita gak. kawan ke? Junior. So, g lah majlis tu. Dalam msg dari kolej, majlis start jam 530. So, bagaikan baik(orang baik xngaku baik), 530 kuar bilik. Ingatkan dah lambat. Tapi xstart lagi. Start 6++ lah jugak. Ramai jugak datang. (masing-masing ada sebab tersendiri). TNC sampai, Majlis pun start. Yada yada yada, dah sampai sesi soal jawab ngan TNC. Sebenarnya bukan nak cakap sangat pasal majlis ni. Tapi nak cakap pasal perkara lain. Tapi still ada kaitan dengan majlis ni lah. =P

So, sesi soal jawab start. Ada seorang pakcik ni bangun. Dalam hati, dok fikir siapakah pak cik ini. Takkanlah dia datang majlis anak dia kot kan. Then dia g mic n perkenalkan diri. (adakah ini mengumpat?) Dia kata," Saya rasa antara semua pelajar ni saya yang paling tua. Saya ......(Nama dirahsiakan), 52 tahun, pelajar tahun 1 ijazah sarjana muda. Saya nak tanya..." Saya? Kagum sebentar. Pakcik ni student degree? Slalunya umur2 gini kalau nak sambung belajar kat yang OUM ke kan. Tapi, kat sini. Insan sebelah, "Pakcik ni masuk cam student degree lain ke? Dia pun kena SPKG?" Wallahualam. Saya tidak tahu.

Tapi yang nak dikatakan di sini ialah even insan yang dah berumur pun still nak sambung belajar if ada kesempatan. Allah s.w.t. bagi dia kekuatan untuk sambung belajar. Kita(saya) ni? Muda lagi. Allah s.w.t. bagi kita(saya) kudrat yang kuat untuk ke sana sini. Tapi kenapa kita(saya) tak gunakan peluang yang ada ini dengan sepenuhnya? Kenapa tak belajar sungguh2? Kalau pakcik yang berumur 52 tahun itu boleh buat, kenapa tidak kita(saya) yang masih muda ini? Tak rasa tercabar ke? tuntut ilmu tu biarlah bersungguh-sungguh. Di U ni lah diri kita dibentuk. ilmu+pengalaman, menjadikan kita(saya) diri kita(saya). Salah pilih kawan, kecundang. Salah buat pilihan, kecundang. Tapi, tak salah kalau buat silap. It's never wrong to make mistakes. but don't do it mora than once. Sebab belajar dari pengalaman. N di U ada banyak pengalaman. Jangan putus asa. ALLAH xsuka hambanya yang mudah putus asa.


Malam itu, ada Ceramah Malam Penghayatan Ramadhan. Selepas solat Maghrib. Penceramahnya? Ustaz Wan Muhammad Noh Bin Wan Hamat.
Sedikit yang hendak dikongsi.
  • jangan telan bulat-bulat apa yang orang cakap, siasat dulu.
  • bulan puasa ni, tunjukkanlah wajah berseri-seri kat bangsa lain. Just because of puasa, muka muncung 400 batu? Oh tidak.
  • perbanyakkanlah doa, mohon redha ALLAH s.w.t, ibu bapa, guru.
    Berdoalah untuk lulus periksa.
  • tinggalkan perkara-perkara bertentangan syariat.
  • mintalah ampun. Pada ALLAh s.w.t, pada orang sekeliling kita. Kita ni sentiasa melakukan silap. Sedar atau tanpa sedar.
  • Menuntut ilmu ni jihad. sebab? kita tinggalkan rumah. cari ilmu n menjadi pelapis agama, bangsa n negara. Kalau kita pun dah tergolek, siapa lagi yang akan membimbing nanti?
  • Kalau jumpa orang Islam yang lain, bagilah salam. (masih berusaha) sebab salah satu tanda kiamat ialah bagi salam kepada orang yang dikenali sahaja. -hadis nabi-
Sebenarnya, ada lagi. Tapi bila baca balik, cam tak berapa ingat n tulisan pun cam patut amek medic jek. =P

And ada ayat yang nak dishare. Dapat ayat ni masa sambutan ambang merdeka at dectar a few days ago.

"Humbankan bantal mimpimu kerana merdeka hanya akan kekal jika kau tidak tidur."
- kata-kata oleh seorang penyajak sebelum beliau mengundurkan diri pada malam tersebut.

Sangat meaningful for me. Tengoklah sekarang. Banyak cara minda kita (saya) dijajah secara senyap-senyap. Kita(saya) je yang tak sedar. So, Bangunlah dari tidur!

P/S: post ni more kepada mengingatkan diri sendiri kot. =)

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681