Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-07-27

Let's laugh. =)

Salam.


Here I have some jokes to share. Obviously not mine. I hope you people enjoyed it. Here goes...



B.I.
Ayah : Kenapa B.I. awak ni ni asyik dapat kosong je? Kenapakah? 
Anak : Eh, ayah. Tu bukan kosong. Tadi cikgu dah kasi bintang banyak banyak kat kawan-kawan lain. Ada dapat 5 bintang. Ada dapat 4 bintang. Bila turn adik, bintang dah habis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


SUDU
Doktor : Encik kena makan ubat ni 3 sudu setiap hari.
Pesakit : Eh! Tak boleh doktor.
Doktor : Kenapakah?
Pesakit : Sebab kat rumah saya ada dua sudu je.



WALK-IN INTERVIEW
Suatu pagi Mamat dan rakannya Arif sedang berjalan-jalan di bandar. Tiba-tiba Arif teringatkan sesuatu.

Arif : Mamat, bukankah kau ada temuduga hari ini jam 10 pagi? Sekarang dah jam 10. Nanti kau lambat sampai!
Mamat : Ya, aku tau. Aku on the way nak ke sanalah ni. 
Arif : Kau dah lambat ni Mamat. Apa kata kau naik teksi atau bas, cepat sikit kau sampai.
Dengan bersahaja Mamat mengeluarkan sekeping kertas dan diberikan kepada Arif.
Arif pun membaca surat tersebut.

" Tahniah anda berjaya dalam "WALK-IN" Interview"
Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja. 



TIADA OTAK
Telah berbulan lamanya Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Pada suatu hari, dia pun pergi berjumpa doktor.

Doktor : Saya sebenarnya serba salah hendak memberitahu Pak Pandir ni. Tapi Pak Pandir kena menerimanya dengan sabar. Pak Pandir telah menghidapi penyakit barah otak.
Pak Pandir : YAaaahhhhoooooooooo!!! 
Doktor : Erm, Pak Pandir fahamkan maksud saya ni? (kebingungan)
Pak Pandir : Tentulah saya faham, apa Tuan Doktor ingat saya ni bodoh ke?
Doktor : Habis tu kenapa Pak Pandir gembira sangat?
Pak Pandir : Ye laaa... Sebelum ini, isteri saya, selalu marah marah saya. Dia selalu cakap saya ini  "tiada otak". Dengan berita ini, ia membuktikan yang saya sebenarnya ada otak.



AKU ADALAH JAGUNG
Seorang lelaki sakit mental telah menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takutkan ayam. Apabila ternampak ayam dia akan lari lintang-pukang kerana menyangka ayam akan mengejar dan memakannya. Dia dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Beberapa bulan selepas itu, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi menganal pasti sama ada dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya?
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya kah? Bukan jagung?
Lelaki : BUkan doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmmm... Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi kan doktor...
Doktor : Kenapakah? 
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya dah berubah jadi manusia? 
Doktor : @#$%^&*!!!







Bangun pagi gosok gigi.

Salam.

Bangun pagi gosok gigi. Lalala~
Kecil kecil dulu selalu nyanyi lagu ni. Dah besar ni, I dah tak ingat lirik lagu ni dah. So tak dapat nak nyanyi. =)

Pagi pagi lagi dah terjaga. Around 5 a.m ni. Kalau weekdays, atau senang ceritalah kan pada hari hari yang my brothers tiada di rumah, meaning mereka di asrama, I akan tidur di bilik mereka. Di bawah. So pagi pagi jam 5 tadi dah mula dengar bunyi bising bising apa tah di dapur. Tak tahu apa ibu buat kat dapur. Prepare untuk sahur lah tu. Biasalah kan. Bulan Syaaban, so ramai lah yang akan puasa. Tak kiralah puasa sunat ke puasa ganti ke. Urm. 

I pula? Malas nak bangun. Haha. Ish. Apa punya anak dara ni. Baca text kat fon. Semalam texting sampai tertidur. Tanya tanya soalan itu tanya soalan ini. Somehow text pagi tadi buat hujan sebelum Subuh tiba. Fikir fikir. Macam macam fikir. Dah dah. Tak mau fikir negatif negatif. Kena mulakan hari dengan happy. Blog ni pun dah SANGAT gloomy dah. Asyik asyik cerita pasal perkara emo je. Urm urm. Tadi I went through some skins. Yelah baju blog ni kena tukar kan. Tapi... Tak dapat decide lagi. Baru go through je.
Tenang-tenang selalu.  =)

It's the time for disco. Lalala~

Salam.

Disco? Apakah? Haha. I'm putting in some happy mood inside here. Asyik asyik gloomy je. Bosan kan? So, nak cheer things up. Walaupun not so good. And I'm not going disco pun. Tah kenapa tah lagu tu cam came up in my mind right now. Macam orang tak betul pun ada. Haha.


 Colour up your life with your favourite ones.

And and and. Actually I don't know nak blog pasal apa. Tiada idea cerita yang macam funny ke apa. So I guess better off kot. Toodles~


P/S : Bosan juga ye dah deactivate Efbi. Tak tahu nak stalk siapa. Lagi-lagi bila tak pergi kelas macam ni. =P




2010-07-25

Selesai dan finish.

Salam.

Sekarang, I dah selamat berada di home suwit home. Saat saat yang dinantikan. Happy. Haha! *Tapi ada tinggal barang di UK takut kalau-kalau nanti kena pergi balik. Harap-harap kena pergi balik. =P*

Bermakna juga, semalam dah selesai dah satu lagi gathering Fasi KMNS. Kali ini sempena Kimmy balik bercuti dari Mesir. Alang-alang dia singgah KL, dia minta mahu jumpa family members yang lain. Tapi tak ramai yang dapat datang. Sorry kimmy. Thanks and sorry to semua yang datang dan yang tak dapat datang. Nak listkan ke? Tak perlu kot. U alls know who you are, kan? And juga happy sebab terserempak dengan Yanto+Mimah. Serius. Sangat rindu dengan Yanto. Kita cahaya cahaya ni bila nak ngedate nih? Masing-masing busy. *sigh* Tapi sementara ni I tak busy. Lalala~

Kalau jadi organizer seboleh mungkin I nak jaga semua orang. Urm. BUkan masa program je pun. Masa bukan program pun I sebuk sebuk je nak be a big sister untuk orang lain. Debush! Kan sendiri yang sakit. Haha. Neways, Alhamdulillah. Semalam, semua selamat sampai destinasi masing-masing. SO does Cik Kimmy. Selamat sampai ke Sabak Bernam. Kelakar teringat masa kat KL Sentral. Tiba-tiba kelam-kabut, And baru je nak call seseorang, tiba-tiba dia dan bodyguard dia ada depan mata. Panjang umur kamoo. =)

As organizer kan, dan juga a sister, macam dah tanggungjawab dah untuk pastikan participants semua tu selamat sampai. Eventhough masing-masing dah besar kan. Tapi somehow, I tak boleh elak dari rasa risau tu. So, I made some stupid decisions. Sorry sebab ada yang secara tak semena-mena kena serpih-serpih decision yang tak relevant itu. I have reasons for my actions. Dan tak semua perkara I want to explain. Terpulanglah kepada kamoo kamoo nak fikir apa.

Dan sebagai organizer juga, banyak perkara yang I  terlepas pandang. Yang I tak  terjaga. Maaf kepada yang terasa hati. Put the blame on me. Dan bukan kepada participants. Mereka hanya memberi sokongan untuk memeriahkan majlis. Sorry. My bad.

Dan, setakat ini, berakhirlah sudah my plans untuk gathering Fasi. I tak tahu kalau lepas-lepas ni akan ada lagi ke tak. Dengar-dengar akan ada. Tapi orang lain pula mastermind nya. They make a better gathering than me. =)

Mahu berehat di rumah. Efbi pun sudah deactivatekan. Harap-harap bertahan for a longer period. Mahu diam diam. Tengah Bersemangat mahu habiskan "The Kite Runner". Dah sampai part sedih nih. Dan mahu siapkan database. Tak siap-siap lagi nih. Haish. Tapi kemalasan mahu edit baju blog.

Daddy offer kerja jadi kerani. Payment dia? Hehe. Agak $$ lah kan. Macam mahu go for it je. Tapi tapi tapi. Masters mahu campak mana? Hati dah separuh pergi ni. =P

Hands off semua. Just mampu tengok awan tu dari jauh. Sebab ia dah terbang semakin jauh.




STill waiting. I'll be strong. =)


P/S: Elyana dah tunang dan mahu wedding by this year. Bila I punya turn nih. takde duit. T_T



2010-07-23

Padam padam.

Salam.

Rasa nak buat post baru.
Tapi dah siap, simpan as draft. Buat baru, simpan draft lagi.

I felt better. Bit. Thanks to all. Yang bawak jalan-jalan. Yang dengar-dengar. Yang tumpangkan. Yang marah-marah. Yang tanya tanya. Yang doa kan. Semua, Thanks. Saya memang degil. Hehe.

I'll wait.

2010-07-20

Emotionally unstabled.

Salam.

* jgn sedih
* be strong
* :)

# im not that strong

* u can do it

# i wish.


I had been waiting for 3 months. Takkan I tak boleh tunggu lagi kan? *sigh*

Perasaan sekarang ini, sangat-sangat tak stabil. Macam bila bila masa je boleh T_T. Sejak April. Macam graf tu naik turun naik turun je. Senang nak terkilan. Kalau suddenly I dah tak cakap banyak, ada maksudlah tu.

I dah tak boleh nak jaga siapa siapa dah. Just nak jaga diri sendiri je. Dah tak dapat nak care dah.




2010-07-15

Talk with fire fire.

Salam.

 New entry. Banyak betul entry. Tapi cakap pasal apa apa je. Hehe. =P

Talk with fire fire. But dust also don't have. *sila translate*. I taknak jadi orang macam ni. Dan juga orang yang cam komen komen orang lain itu ini tapi diri sendiri pun tak betul. Kalau kalau I jadi macam orang orang yang di atas, sila tegur saya. Please. Thank you. A lot.





Rasa cam nak smack down orang itu.

Salam.

Satu kali. Sabar.

Dua kali. Sabar lagi.

Tiga kali. Sabar lagi. Tapi dah kurang.

Kali kali seterusnya. Sampai dalam hati dah terdetik, " Kau ni apahal? Apa masalah kau? Semua semua pun nak X aku?"

Nasib baik U bukan kat Selangor KL ni kan. Tapi kalau U datang sini, urm. I tak tahulah. Tak bercakap LAGI kot.




Dah dah, u nak crazy power, sila sila kanlah. Tapi kalau ada yang cedera, ... =)


So, cahaya. Sila duduk senyap-senyap ye. Tapi... tangan ni kan... ish. kena kunci Belle(laptop) ni.



P/S: Rasa tak sabar nak jumpa PPSMers. nak bagi mitos mitos baru ni. Ok. niat dah salah. lalala~



2010-07-11

Gadis itu. Edisi muhasabah diri.

Salam.

Ini adalah entry yang panjang tentang gadis. The reason I wanted to share pasal her is because sometimes bila I rasa sakit, rasa down, teringatkan betapa tabahnya dia, makes me rasa bersyukur dan cuba untuk tak putus asa. Dalam erti kata lain, terus berusaha. Sebelum ini. i pernah cerita tentang gadis. Tapi tak secara detail. I don't know you people ingat ke tak. Tapi here goes. Whatever yang I knew.

Perkenalan.
I started to know her masa MPPB PST 0809 at KMNS. Dia ni pelajar ex-PDT. Masa PST tahun itu, I tak jadi fasi. I datang lewat. Hari rabu tak silap. So datang sebagai pelawat je. Satu malam tu, masa fasi meeting, AJK Kebajikan minta I tolong teman dia kat wakaf luar banquet tu. Sebab penyakit dia tak membenarkan dia stay dalam banquet. Sejuk. Nama penyakit dia Spina Bifida. Penyakit ni dari kecil. Apa yang I tahu, dia tak boleh sejuk. Sebab nanti kaki dia kejang. So, dia macam sentiasa pakai sweater. *I selalu sakat kata dia tak basuh sweater. Tapi dia basuh je.* Dan, Lagi satu complication dia masa MPPB tu is pinggang dia macam dislocated. So, dia tak boleh naik tangga tinggi tinggi. Until hujung minggu tu, cam I tolong teman-teman dia. Kadang-kadang fasi yang free lak teman dia. Tapi gadis ni, even dia sakit, semangat dia tinggi and memang tak boleh nak duduk diam. Ada ada je, "Kakak, jomlah kita gi jalan-jalan. Boring." So, I pun jalan-jalanlah dengan dia rayau-rayau keliling matriks. Sampaikan ada fasi kata I ni macam Doktor yang bawa patient. =) Dulu I pernah post  tentang penyakit dia. Spina Bifida. Sini Masa MPPB PDT dulu, dia okay okay je. Just hari Jumaat malam tak silap complications dia datang.

Study.
Masa PDT dulu, dia adalah antara students yang dapat 4.0. I tak tahu sangat life dia masa PDT so I tak boleh nak cakap banyaklah kan. Bila naik PST, dia ambil hayat. Sebab dia kata nak buat Medic. Tapi somehow, kadang-kadang ada pagi yang dia tak boleh bangun sebab cramp. And berulang jumpa doktor. And pernah, dia cramp tapi tak nak bagitahu kawan-kawan. Ye lah. Cuba bayangkan. Bila awak sakit, somehow you wanted to be normal kan. *Dia memang degil juga. Kadang-kadang.* I yang takde sakit serius pun selalu cam sorok-sorok kalau demam ke apa. Taknak mengaku. Then, dia dapat jadi mentor pelajar PDT. Guide student PDT 0810. Oh oh. another kekangan gadis is dia tak boleh bersukan. So pernah ada sekali tu, bila dia dapat jadi volunteer untuk Kakom yang masa tahun tu buat kat KMNS, she was so happy. *I'm happy for her juga*. 

Cuma ada sekali tu. She was admitted into hospital kat Kuala Pilah tu. The reason, dia pengsan tak silap. So macam lama lah juga kat hospital tu. One week ke 2 weeks  tah. And dia punya ubat memang banyak. Memang boleh buka farmasi dah. Cakap je nak warna apa. Semua ada. I went there with Encik to visit her. Even dia sakit, tapi she always looks happy. *tapi dalam hati ALLAH sahaja yang tahu kan. =)* I still remembered. Dia sempat sakat I sebab I nak tumpang duduk kat side katil dia. "kakak mana boleh duduk sini. Nanti katil roboh. Kakak berat" Me? I putar belit ayat lah. Apa lagi. It takes time for her to recover. Sebab dia macam tak boleh duduk. Boleh baring. Then dia boleh duduk. Then baru boleh jalan semua. Masa kat hospital tu, dia still bawa notes dia untuk study. Masa I datang dia study Biologi. I tak ambil Biologi masa matriks so tak boleh tolong sangat. But, betapa kuatnya dia. Even dalam keadaan sakit tu dia still nak study. Kita?

And sebagai seorang yang selalu keluar masuk hospital. Tak pergi kelas sebab sakit, she passed her matriks with flying colours. Dia punya result is antara 3.6-3.7. Heyh. Tinggilah tu kan. Untuk seorang yang selalu tak pergi kelas. She deserves it.

Tak dapat sambung belajar.
Masa hari Jumaat MPPB PDT 0911, result untuk UPU dah keluar. Tapi masa hari itu I tak terfikir untuk tanya gadis pun. Sebab tengah orientation time tu. One week after that, Jumaat malam, I dapat dia punya text. Masa itu I tengah sibuk-sibuk dengan Konsert Antara Dunia 09(KAD 09). Dan sibuk-sibuk nak prepare pergi Kem JPP kat KMNS hari esoknya. I get 2 bad news. Satu, gadis baru sedar dari one week koma. Second, dia tak dapat placement untuk mana-mana IPT. Sedangkan bagi I, her result is good. Maybe. Sebab dia salah pilih jurusan. Maybe. I tak tahu. Then masa KAD 09 tu memang I rasa tak senang. cam kind of worried pasal dia juga. I ada post sebab I was worried tentang dia. Sini. 

Lama dia kena masuk hospital. Time tu, hati dia ada infection. Then, dia ada ketumbuhan di otak pula. So, dia ada kena undergo few operations. Tapi I tak ingat bila and kenapa operations tu dibuat semua. And pasal dia sambung belajar tu, gadis kata kakak dia settlekan. I tak dapat nak pergi lawat dia. Sebab time tu dia masuk Hospital Singapura. So, bila ada masa, I text her. Entertain dia. Masa I konvo untuk degree, dia bagitahu dia dapat keluar hospital dah. Ni ada post masa birthday gadis. Sini.

Hospital lagi.
Some how, early this year, dia kena masuk hospital lagi. Sebab pengsan. And bila dia risau, sedih, dia punya tekanan darah akan turun. Then dia akan pengsan. Lama dia kat hospital kali ini. Plus, family dia tak selalu ada. Cumanya, I tak dapat nak visit. Dah cuba macam-macam cara untuk tahu dia di mana. Tapi tak berjaya. Dia tak mahu I pergi visit sebab dia tak mahu orang yang dia sayang sedih tengok keadaan dia. I rasa dia ada dekat-dekat area KL Selangor ni je. Sebab dia kata kalau I tahu nanti I akan datang lawat.

Cuma apa yang I tahu, keadaan dia macam getting better. Last time dia dah boleh duduk atas wheel chair. Sekarang dia dah boleh jalan sikit sikit. Tapi kaki dia tak cukup kuat. Cuma hidung dia cam bleeding. I hope she will get well soon. Harap-harap. Sebab even macamana  pun keadaan dia, dia selalu percaya and doa yang she will gets better. *Sangat kuat dan tabah.*

Dari gadis, 
Setiap hari yang bermakna dan gembira dalam hidup saya, saya mahu awak merasainya.
Agar awak tahu saya selalu mendoakan kebahagiaan awak.
Setiap kesakitan dan kesedihan yang saya lalui saya tidak mahu awak hadapinya kerana saya tidak sanggup awak sakit seperti saya.
Setiap waktu yang bernyawa, setiap saat yang berlalu, saya nak awak tahu yang saya sentiasa ingat awak."



AKhir kata.
Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang kita ada ni. Bila-bila masa je ALLAH boleh tarik balik. Bila rasa dugaan itu besar, look back. Ada orang lain yang diuji dengan lebih hebat. Tapi mereka dapat laluinya. Takkan kita tak boleh kan? Usahlah mengeluh. Allah sayangkan hambaNYA yang tidak berputus asa. 


Gadis itu punya tagline. =)


P/S : I harap apa yang I nak sampaikan berjaya disampaikan. harap harap.


Back to school? It doesn't hurt pun.

Salam.

Today. My third attempt to get back into SESERI this year. Januari, SELERO!. Mac, SPM result. And today. Tapi kali ini, dengan Sagacious. My batch mates. And I'm happy about it. =)
SESERI refers to Sek Men Sains Seri Puteri, KL. BUKAN Sek Seri Puteri Cyberjaya OK. LAIN. 

Today. Ada karnival SESERI. Sebenarnya, macam ada 3 dalam 1. Form 4 ada perkhemahan apa tah. Haish dan dan lah time macam ni Form 4 camping kan. Then ada student dari sekolah apa tah kat Thailang datang. Benchmark. Pengantarabangsaan. Then there comes this carnival. Macam untuk kutip wang untuk Sekolah. Urm. Layankan je lah. Yang penting I get to meet up my friends.

Dah about... Urm. Keluar sekolah Dis 2004. Mac 2005 ambil result SPM. Then selalu macam diorang buat gath, alumni meeting ke apa tah I never gets to go. Tak ingatlah tak pergi sebab takde geng camne ke or ada plan lain. Yang bulan Januari this year tu pun mana ada Sagacians. SPM result pun mana ada siapa siapa sangat. So, here goes. After macam 5 years kot. Meet them up. It doesn't hurt pun. Instead, I felt better. Next time macam nak pergi lagi. Kot. If ada chance lah kan. Hopefully. =)

Dari Subang Jaya, kami berlima. Thanks to my friend yang drive we people all the way safely. Safely kot eventhough cam ada beberapa event sangat sangat sipi sipi ke hospital kan. Tapi we are lucky. Nak list kan the names ke ea? Heee. Total sagacians yang jumpa siang tadi ada 8. Campur ngan ada VIP dari Fourian seorang. So total 9 of my friends. Lagi yang duduk subang ni. Nama je satu tempat. Tapi nak berjumpa tu punyalah susah. Bak kata Cik A kan. "Lagi dekat lagi susah nak jumpa." =)

Dan jumpa ada junior ni. Yang ari tu masa SELERO! tu dia ada sekali. Form 5 student. Dia remember me. Sebab? Nama hampir sama! I Nor Alwani. Dia Nurul Alwani. C.U.T.E. je. Ada face painting. Ingatkan nak buat evil suruh kanak-kanak tu lukis logo sekolah kat my face kan. Tapi fikir takut nanti habis muka jerawat semua, so I lupakan je hasrat tu. Bebush.

And maybe... Akan buat cam talk to Bellatrix kot. Atau batch Form 4 sekarang ni.

Cam tadi ada cakap-cakap dalam kereta. I shared this dengan my group member masa SELERO! dulu. Group Polaris. Tapi dah lupa dah nombor berapa punya group. As for me, I learned a lot daripada SESERI ni. Memang macam a stepping stone juga. I get to do apa yang I tak dapat buat masa Four dulu. And the teachers kat SESERI ni memang macam supportive. And friends juga. Macam kadang-kadang I nak jadi Imam kat sekolah, diorang cam,"wani nak jadi? Ok. Boleh." Or macam ada sekali tu masa orientasi Form 4. PRS kena tolong-tolong. Achiq(kaunselor) macam, "wani nak cakap kat mic? Ok. Boleh boleh." Padahal time tu bukan nak cakap apa pun sangat. Macam bit by bit adalah rasa yakin kalau nak buat pape. And, pasal underdogs. Masa my batch dulu. Yang I perasan ada 2 orang. Sebab my best buddies juga. Cam subjek elektif not so good lah kan. Cam set untuk add maths last last. Maths pun cam dekat-dekat last. Oh. Kat sekolah dulu, untuk subjek add maths, maths dan BI, semua markah disusun ikut batch. then cam yang okay okay set 1. Then yang kurang sikit set 2 and it goes on. My batch ada 5 set. So that cikgu leh ajar ikut tahap student. Nanti takdelah yang laju sangat ada yang lambat sangat. Tapi somehow, SPM dapat 9A. Dan sorang buat medic kat Indon. Sorang lagi dentist kat Indon. Critical courses tu. Sedangkan trial mereka taklah okay mana pun.

Senang ceritalah kan. Jangan under estimate keupayaan orang lain. Dan jangan pandang diri tu rendah sangat. *kalau dari segi ketinggian tu no komen* Macam. Your SPM 3A je? SO what? You still boleh buat degree kan? SIapa kata 3A tak boleh dapat 4.0 masa matriks? Siapa kata orang yang dapat 2.6 masa Matriks tak boleh dapat dean list masa degree? Siapa kata 2.9 tak boleh buat masters? Itu semua antara nak atau taknak je.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Alasan je semua tu. Kita takkan maju kalau kerja nak  mencari alasan je.


2010-07-08

Big sister.

Salam.

A : Akak suka jadi kakak, kan?
Me : =)

It had been years. I don't mind lending my ears to hear any of my brother's or my sister's stories. If ever I could help, I'll help. Or else, I'll just listen.

Yet there are times where how I wished I have a big sister. For my to cry on. To comfort me when things are becoming rough. To say that it's going to be ok. Even if it's not. To remind me not to do stupid things. To share stories of how they go through their life.

And this few weeks, that's what I really hoped for. But not all wishes will come true. Only wishes. And Dreams.

Because I don't have a big sister, I became one. So that they won't feel how I felt.

Yet, I want my big sister. For me to cry on. T_T

Kalau semalam dapat jumpa lama sikit, I bet I cried myself out on you, kakak. Kalau. 





2010-07-06

Date.

Salam.


Tadi petang ada orang text ajak kuar. Tapi tak jadi. Kecewa. Tapi kejap je! =P

So leh move on ngan plan yang lain pula. Very special people. So, mau tido. Tomorrow I ada date! Haha. *evil face* =P

Goodnight!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Kena tag dari kanak-kanak.

Salam.

Pertama sekali, ampun dan maaf ku pohon dari anak pakcik Zainal, si Fairuz. Tak tahulah yang dia bagi ni award ke tag ke kan. tapi ni lah daalah nya. Lagipun, thanks darL. Sorry saaaaaaangat lambat baru post. Better late than never kan kan kan? =P





Spread the word to 15 bloggers who you like and
you think their blog are awesome!

urm urm. 
taknak bagi kat org lain. *tamak*
okay okay.
siapa ea? semua yang kat blog list tepi ni boleh tak?
malaslah nak taip satu satu. lalala~
=P


Tell 7 things about yourself
pemalu *plzlah percaya* =P
garang *plzlah percaya* =P
nak pergi switzerland
suka jadi kakak. *aku kan kakak*
suka clothings colour kelabu
anak first
sayang family FC KMNS



Ok. siap! =P




2010-07-02

LIst.

Salam.

Now, my eyes doesn't seem. like closing. I don't felt like going to bed. Where else it's 1.30 am already. Yet, these few days, I went to bed as early as 12 am. *but not so sure of by what time I doze off*

I felt halfly relieved. Y? Because I did some stuff which is in queue for quite a while.

Such as,
Called Jab. Bendahari.
Submitted my report.


In queue,

Friday - Print+submit letter, Subway.
Saturday - Wedding.
Sunday - Wedding + kakak is arriving.
Monday or Tuesday - Help kakak settle down her registration stuff.
FInish up "The Kite Runner".
Database.


And these few days, there are few things that is very sensitive to me. Kind of like, can you guys talk about something else instead of theseeee?
- my wedding
- my masters studies
- threats from me. *belanja*
These stuffs are desperately being KIV. Thank you.


Khairul, my lil bro studying in Indo, is in KL. Yet I don't know when I can go meet him up. I really wanna try to meet him up. Been waiting for his arrival. And, he made me get heart attacks AGAIN. Like usual. *duh*

And I don't know how many of my sisters are pursuing their masters this coming semester. They seem to hide it out from me. Nevermind. Wait u girls. muahahaha. *evil laugh*





2010-07-01

Dia cuma berumur 8 tahun.

Salam.

Hai semua? Apa khabar? Harap harap semua okay okay sahaja. Musim sekolah kuliah dah nak mula. Dah prepare? Belum? Tenang tenang selalu. Okay. I have this one story to share. 

Ada this family ni is on their way back to their house. CUti sekolah kan. So, semua pun pakat pakat balik kampung. Well, this is how this family spend their holiday. Yang 8 tahun tu youngest dalam family tu. =)
Kiranya, dari kampung they wanna go back to their house lah. Nak kata jauh, dalam 5-6 jam jugalah kan. So, sah sah lah nak kena berhenti R n R rehat sekejap. And solat lagi. And makan lagi. And pergi restroom lagi. This incident happens area area Maghrib. Di R n R Tapah.

Lepas dah turun kereta, the eldest sister meluru ke restroom. I'll label her K. Then dah siap2 keluar cubicle tu, she saw her small sister, S. So they walk themself to the Surau to perform Maghrib prayer. Dah dekat jam 8 malam time tu. Sah sahlah kelam-kabut nak kejar waktu Maghrib kan. On the way to the Surau, the mother called K. "Kakak, pergi lah solat dulu. Bawak adik sekali." K time tu ingatkan adik tu ada dengan dia punya smaller sister. Ok. K ada 3 adik. Small, smaller, smallest. Smallest tu adik. Boleh bayang tak sekarang ni macamana situasi dia? Ok. good. 

So K and S pun ke Surau and cari smaller ( A ) and smallest sister. Tengok selipar tiada. *dah tak sedap hati*. S time tu pergi masuk dan check dalam Surau and nampak A. So, mereka dua pun masuk dalam. Jumpa smaller sister tanya mana adik. Smaller sister kata, " tah ". *Lagi tak sedap hati* K try to call the mother. Tiada answer. Thus, K and S jalan cepat cepat dengan rasa SANGAT risau pergi ke restroom nak cari adik. Dahlah dengan RAMAI SANGAT orang time tu. Cuti sekolah kan. Sah-sahlah ramai. Plus hari itu hari Jumaat (ada kaitan ke?).

Sampai-sampai restroom, K dan S cari cari adik kat sekeliling. Then K pergi kat area cubicle dia pergi before gi surau tadi. Tengok tengok adik ada kat depan one of the cubicles situ dengan wajah sangat tenang. K pun macam nak marah pun macam tak dapat nak marah sebab tengok adik dia yang cam haish. Cair... K rasa sangat sangat bersyukur time tu. Alhamdulillah. 

Then this conversation happens.
K : Adik ni, kitorang punyalah risau cari adik ingat pergi mana tah.
Adik : Tadi ibu kata nampak kakak tak. Then adik cakap nampak. Ibu suruh pergi dengan kakak. Tapi kakak jalan cepat sangat. Tak sempat nak kejar. So adik tunggulah kat sini.
K : Lah yeke... * tak le nak marah. Rasa nak menangis kegembiraan pun ada. *
    *ketuk ketuk pintu cubicle mother and cakap nak pergi bawa adik ke Surau*
Tapi tak tahu lah time tu the mother tahu ke tak adik kat luar tu atau adik ikut kakak-kakak dia.

Sampai-sampai kat Surau, A dah habis solat. K suruh adik duduk dengan A. *kerisauan tadi tak hilang lagi* 

Lepas semua termasuklah the mother habis solat, K cerita tentang apa yang jadi sebenarnya. Memang nasib baik the mother terfikir nak call K cakap pasal adik. Kalau tak... Haish. tak nak bayangkan apa yang akan jadi.


_____________________________________________________________________________________________

Kanak-kanak tu hanya berumur 8 tahun. Pintar, memang dia pintar, Tapi kanak-kanak macam ni kadang-kadang memang tak berfikir panjang. Even yang dewasa pun kadang-kadang tak berfikir panjang, apatah lagi kanak-kanak. Kan? Dan incident incident macam ni memang tak jauh beza dari kes-kes kehilangan kanak-kanak kat Malaysia ni. Things happens tanpa kita jangka kan. 

In a nutshell, NEVER PRESUME, NEVER ASSUME. Especially bila melibatkan small kids. Always be alert dengan lokasi mereka. WALAUPUN mereka ada handphone and knows how to use it.*but dalam kes ni adik tak tahu*

Dan, yes. K dalam cerita ni is me. And adik is my youngest sister. Harap menjadi pengajaran buat semua. Semoga tak berlaku lagi incident macam ni.













Gaga?

Salam.

I always wondered kenapa people cam bising bising pasal gaga. I tak berapa tertarik dengan dia punya lagu semua. Sebab... So not me kot.


Tapi tadi I went bloghopping. Terjumpa ada link ni. Cakap pasal Gaga. Yang pasal iluminati tuh. Look look. And nilai lah sendiri wokeyh? =)


I ada hutang satu post. Tugasan. Sampai sekarang tak dapat buat sebab tak ingat details. Ingat. Ingat. Urm!

Off~
Tenang tenang selalu~


You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681