Salam.
Post kedua hari ini. Ish. Kata malas nak post. Tapi hari ini sampai dua. Tulah. Tadi teman ibu g CIMB. Urgh. Cam sangat leceh lah urusan ngn bank ni. Last2 tak settle gak yang nak disettlekan. huhu. Next time. Pastu g lunch ngn Mummy+Are2. Alkisahnya. Pasal makananlah.
Cakap pasal makanan, mesti ada yang nak ejek2. "Wani tu memang makan banyak." "Kak wani, jangan makan banyak sangat." Dan ramai orang dah ada point nak kenakan Che' mentang2lah sebab Che' lagi besar+lagi berat+hampir berat dari/dengan mereka. Lalala~ Apa saya kisah. Yang penting, saya tahu ada ramai orang yang sayangkan saya. perasan! Dan, saya sihat. =) Bukan 'sihat'. S.I.H.A.T. Oklah. Sebenarnya saya kisah. Sebab jeles ada orang lain yang dah memang kurus tapi berat dia makin turun. Ok2. Dah merapu dah ni. Berbalik kepada matlamat asal.
Actually kan, bila berhadapan dengan makanan, ada pelbagai ragam yang boleh dilihat. Cam dalam mana2 menu kan, mesti ada a part of it favourite kite, dan ada yang kita kurang gemar. Tak faham? Meh Che' bagi contoh. Burger: Ada roti dan daging. Ada yang akan makan Bite by bite. Gigit serentak roti dan dagingnya. Ada juga yang makan roti dulu baru daging. dalam English, Save the best for the Last. Ada juga yang makan daging dulu baru roti. Contoh lain? Pizza: Ada yang akan makan crust dulu. Ada juga yang akan makan toppings dulu. Kiranya cam ada 2 gaya lah. Makan part fav dulu atau last sekali. Kalau last sekali tu macam yang Che' kata tadilah, save the best for the last. Che' suka buat gini kadang2. Tapi ada sorang cikgu pernah cakap dulu. better to eat yang fav part dulu. Sebab? Nanti kalau dah makan yang fav pastu dah kenyang, nanti takdelah nak paksa diri makan sampai habis. Tapi stil tak elok sebab membazir. Instead, kalau save yang best untuk makan last, nanti macam paksa diri untuk makan sampai habis for the sake of nanti dapat makan yang part fav tu. Erk, Paham ke? Daddy lak kata, baik makan yang fav tu dulu. Sebab? Nanti kalau tengah2 makan, mati tercekik, kan nanti xdapat makan yang best tu. Make sense tak? =)
Dari makanan juga, cara makan, kita boleh nilai personaliti seseorang. Ada angin2 sampaikan khabar ni lah kan. Kalau makan nasi+lauk, dan cam akhir2 sebelum habis makan tu tinggal lauk, maknanya orang tu pandai berjimat. Kalau cam akhir2 sebelum habis makan tu tinggal nasi je, orang tu suka membazir. Tapi kalau seimbang nasi+lauk, kira cam seimbanglah kan.
Owh2. cara orang tu pegang makanan dia pun leh tunjuk dia tu kedekut ke tak. Tapi yang ni kena tunjuk gambar. Tapi takde gambar. Maka, maaflah ya. =)
Ok. itu sahaja coretan tentang makanan. Tak banyak pun. Sekian, Wassalam.
P/S: kesinambungan dari Teka-teki masa konvo hari tu. Dari Moon. Dalam rasa ada berapa rasa?
2 comments:
ouhh sweet la ur dad.. hehe :)
memang la wani. dari cara org makan kite leh interpret org tu camne kan..
there's one person I know. I ske tgk cara die makan. cam rilex and steady je. tak clumsy like me. haha
ur one person tu me kannn? thanks for the compliment. i memang rilex+steady je.
my dad sweet? it runs in the gene. Sebab tu anak dia pun sweet. lalala~
Post a Comment