Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45
Showing posts with label Jokes. Show all posts
Showing posts with label Jokes. Show all posts

2010-09-22

Some jokes for today.

Salam.

Here I have some jokes to be shared. Obviously not mine. For today. Ready...? Harap harap tiada yang terasa hati. =)


KISAH SEORANG PEROMPAK
Seorang penjenayah tua yangmenyorok do pinggir kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil usangnya, Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.
"Siapa di luar?" jerit orang tua itu ketakutan.
"Saya malaikat  maut!"
"Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang. Silalah masuk"


GIKU KEHILANGAN KELDAI
Alkisah, setelah kehilangan keldai, Diku mengangkat kedua tangannya, tanda bersyukur kepada Tuhan. 
"Tuhan, aku bersyukur kepadaMu, aku telah kehilangan keldaiku.
Seorang sahabat yang melihat dan mendengar doa Giku terus bertanya, "Kamu kehilangan keldai dan bersyukur kepada Tuhan?"
"Aku bersyukur kepadaNya kerana telah mentakdirkan supaya aku tidak menunggani keldai pada waktu itu. Kalau tidak, aku pun turut hillang juga."


TERCABAR
Seorang pemilik kedai buku amat marah kerana di sebelah kiri kedainya ada sebuah kedai buku mirip kedainya dan meletakkan papan iklan berbunyi "Jualan hebat!" Manakala di sebelah kanan kedainya pula ada sebuah lagi kedai buku yang meletakkan papan iklan berbunyi "Harga Termurah!" Disebabkan rasa tercabar, pemilik kedai itu pun turut meletakkan papan iklan di hadapan kedainya berbunyi "Pintu Masuk Utama. Selamat datang!"


LIHAT PETA
Cikgu Salmah sedang mengajar subjek Geografi di kelasnya.
Cikgu Salmah : Hassan, minta ke depan. Lihat peta ini dan beritahu cikgu di mana letaknya Amerika Utara?
Hassan pun menuju ke depan dan mencari-cari lokasi Amerika Utara dalam peta tersebut. Akhirnya Hassan menemuinya.
Hassan : Ha! Dah jumpa. Kat sini Cikgu!
Cikgu Salmah : Bagus, Hassan kamu boleh duduk sekarang. Baiklah kelas, sila beritahu cikgu siapakah yang menemui Amerika Utara ini?
Pelajar : Hassan, cikgu!


BERGADUH
Toni : Malam tadi aku bergaduh besar dengan isteri aku.
Adam : Lah ye ke, macam mana boleh jadi macam tu?
Toni : Biasalah hal suami isteri. Lepas gaduh aku tak tengok langsung muka dia.
Adam : Habis tu, kau terus keluar la malam tadi?
Toni : Tak pun, aku matikan lampu je. Baru tak nampak muka dia...



 

2010-09-16

3 sekawan. Gaduh, gila, otak.

Salam.

Dulu masa kecik kecik dulu, tak ingatlah umur berapa ada cerita ini. Tak ingatlah siapa yang sebar sebarkan cerita ini. Tiba tiba cakap pasal gado gado teringat cerita ini. Lebih kurang macam inilah ceritanya. Ingat ingat lupa. Gurauan je okay. Harap tiada yang simpan dalam hati.

Ada tiga sekawan. Seorang namanya gaduh. Seorang lagi namanya otak. Seorang lagi pula gila.
Pada suatu hari, mereka bertiga ini masuk hutan. Tiba tiba, gaduh hilang.
Maka, otak dan gila pun ke balai polis yang berdekatan untuk laporkan kehilangan gaduh.
Otak tunggu di luar. Gila yang masuk jumpa polis.

Gila : Tuan, saya nak cari gaduh.
Polis : Ha.? Awak nak cari gaduh.? Awak ni tiada otak ke.?
Gila : Ada tuan. Otak di luar.
Polis : Awak ini gila ke.?
Gila : Haah. Saya ni gila tuan.

Tapi tak tahulah pula last last mereka jumpa kawan mereka gaduh tu ke tak. Sebab cerita yang I  tahu tu setakat ini je. Hehe. Sekian... =)




 

2010-07-27

Let's laugh. =)

Salam.


Here I have some jokes to share. Obviously not mine. I hope you people enjoyed it. Here goes...



B.I.
Ayah : Kenapa B.I. awak ni ni asyik dapat kosong je? Kenapakah? 
Anak : Eh, ayah. Tu bukan kosong. Tadi cikgu dah kasi bintang banyak banyak kat kawan-kawan lain. Ada dapat 5 bintang. Ada dapat 4 bintang. Bila turn adik, bintang dah habis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


SUDU
Doktor : Encik kena makan ubat ni 3 sudu setiap hari.
Pesakit : Eh! Tak boleh doktor.
Doktor : Kenapakah?
Pesakit : Sebab kat rumah saya ada dua sudu je.



WALK-IN INTERVIEW
Suatu pagi Mamat dan rakannya Arif sedang berjalan-jalan di bandar. Tiba-tiba Arif teringatkan sesuatu.

Arif : Mamat, bukankah kau ada temuduga hari ini jam 10 pagi? Sekarang dah jam 10. Nanti kau lambat sampai!
Mamat : Ya, aku tau. Aku on the way nak ke sanalah ni. 
Arif : Kau dah lambat ni Mamat. Apa kata kau naik teksi atau bas, cepat sikit kau sampai.
Dengan bersahaja Mamat mengeluarkan sekeping kertas dan diberikan kepada Arif.
Arif pun membaca surat tersebut.

" Tahniah anda berjaya dalam "WALK-IN" Interview"
Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja. 



TIADA OTAK
Telah berbulan lamanya Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Pada suatu hari, dia pun pergi berjumpa doktor.

Doktor : Saya sebenarnya serba salah hendak memberitahu Pak Pandir ni. Tapi Pak Pandir kena menerimanya dengan sabar. Pak Pandir telah menghidapi penyakit barah otak.
Pak Pandir : YAaaahhhhoooooooooo!!! 
Doktor : Erm, Pak Pandir fahamkan maksud saya ni? (kebingungan)
Pak Pandir : Tentulah saya faham, apa Tuan Doktor ingat saya ni bodoh ke?
Doktor : Habis tu kenapa Pak Pandir gembira sangat?
Pak Pandir : Ye laaa... Sebelum ini, isteri saya, selalu marah marah saya. Dia selalu cakap saya ini  "tiada otak". Dengan berita ini, ia membuktikan yang saya sebenarnya ada otak.



AKU ADALAH JAGUNG
Seorang lelaki sakit mental telah menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takutkan ayam. Apabila ternampak ayam dia akan lari lintang-pukang kerana menyangka ayam akan mengejar dan memakannya. Dia dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Beberapa bulan selepas itu, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi menganal pasti sama ada dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya?
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya kah? Bukan jagung?
Lelaki : BUkan doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmmm... Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi kan doktor...
Doktor : Kenapakah? 
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya dah berubah jadi manusia? 
Doktor : @#$%^&*!!!







You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681