Salam.
Pagi ini sangat semangat bangun. Yay! Taklah semangat mana pun. Sebab kalau lagi semangat tu Che' akan ke Lib. Tapi tak pergi pun Lib. Jadi taklah semangat mana tapi lebih semangat compared to hari2 yang lepas. Sebab nak laksanakan beberapa misi iaitu:
-Surat-menyurat-pos-mengepos
-ambil skrol at Jabatan Akademik.
Pagi dimulakan dengan makan sorang2 kat cafe. Sadisnya makan sorang2. Hahaha. Takpe. Hidup masih perlu diteruskan. Seronok makan2 tu, orang cafe tu pasang radio THR. Layan jelah kan. Tiba2 kuar lagu Cinta di Pantai Merdeka. Uih. Serius teringat kisah pergi UniMaP sebab keusahawanan dan singgah di satu R n R untuk makan tengahari. Kalau dengar lagu ni memang teringat kisah itu. Yelah. mana tak. Kat R n R tu ada macam dj dedicate lagu. Pastu ada Pekerja kat gerai nasi tomato tu dedicate lagu kat Che. Lagu Cinta di Pantai Merdeka. Dan kakak2 yang sama2 serombongan tu pulak suruh hayati lagu tu. adeh. Malu I.
Then pergi pusat pengajian. Nak minta signature lctrr untuk sahkan salinan yang diperlukan utk operasi Surat-menyurat-pos-mengepos. Settle. Tapi ada surat tu takle nak hantar sebab borang tak lengkap-gambar-tertinggal-kat-bilik. Maka dengan langkah yang sangat semangat+mandi hujan, Che' ke Canselori pulak. Sebab nak ambil skrol. Setibanya di kaunter...
Che: Erm... Nak Ambil skrol. Untuk saya dan saya sebagai wakil.
Pakcik 1: Kejap ek. Pergi ke dalam panggil kawan dia. Keluar balik. Tunggu kejap ek. Check sesuatu kat komputer.
Che: Ok. Pakcik ni punya kejap tu brapa lame ek. Belek2 enpon. Ish. xde orang msg.
Pakcik 2 keluar.
Che pergi ke kaunter pakcik 2.
Pakcik 2: Nak amek skrol?
Che: bagi surat kuasa wakil yang ayat2nya digoreng dengan jayanya. Hahah. Ni surat untuk wakil dan saya nak ambil saya punya juga. Ni IC.
Pakcik 3 pula keluar.
Pakcik 2: Dah pulang jubah?
Pakcik 3: Boleh check kat situ.
Che: bagi kertas hijau sign2 anta jubah tu.
Pakcik 2: Apa hubungan awak dengan ********* ni? Kena state kat sini ni. Bukan apa, nanti kalau ada kes mahkamah senang nak cari.
Che: Malu. Kawan. Grrr.
Pakcik 3: Kawan ke boyfriend?
Che: Betullah kawan. Kawan sekuliah. Still taknak ngaku. Dan rasanya time tu pipi dah blushing sebab malu. Seronok betul pakcik2 ni pekena. Dah tau lagi mau tanya. Dush3!
Pakcik 2: Dia kerja kat mana?
Che: Celcom.
Pakcik 2: Selangor ke?
Che: Urm. Aah. =)
Tiba2 camne tah ada pakcik 4 kat sebelah Che'. Wah. Pakcik2 ni sangat baik. Sangat ramai nak tolong Che dalam urusan-ambil-skrol ni. Tapi sangat sibuk nak tau hubungan Che ngan Encik Celcom ni. Grrr. I dah malu dah.
Pakcik 3: Check dulu dlm tu cukup ke tak.
Che: cuba buka.
Pakcik 3: Haa. bukak kat mana tu. Ni dah ke brapa dah ni. Salah buka.
Che: Heee. Malu nya. buka sampul pun fail. Mana lah nak pasan ada lipat2 tu. Saya ni rabun snanye, pakcik.
Pakcik3: Pastu sign kat sini. Ni yang ********* ni Bakal suami ke?
Che: kot. tak abis lagi ke? Pakcik ni dengki nya... I dah cukup malu ni. Kalau dah nak kawen ke takpe lah jugak.
Pakcik no brape tah: Kot. Kot. baju. Kasut.
Che: Terima kasih ek... Pergi meninggalkan Jabatan Akademik dengan sepantas kilat. Dan berkira2. Kalau kahwin nanti kena jemput ke pakcik2 ni ek?
Harap2 Encik Celcom tak terasa dengan statement2 Che di atas itu. Sebab Che rasa sangaaaatttt malu kena tanya macam tu. Dahlah pakcik2 tu ramaiiiii. Dan Che ni kan pemalu orangnya. =)
Time menjadi penyibuk program yang student Stats anjurkan. Ammar yang suruh buat jari macam tu. Ala2 Time BTN dulu. Comel kan Che? Tapi itu dulu. Sekarang dah kurang comel. Huhu.
Then pergi cari kalau2 ada majalah Dara.com. Tapi TIADA. Jumpa majalah-Mingguan-Wanita-yang-ada-Siti Nordiana+Rapi. Rapi menjadi pilihan. Then, balik bilik. Malasnya nak g pos office again to settle down surat yang tak berjaya di pos itu tadiiiii... Sekarang? Dah siap satu lagi entri merapu.
Wassalam.
P/S: ada orang ketawa besar baca entri semalam. Che gembira kalau entri che boleh buat seseorang ketawa. At least dapat cheer up someone kan. Pasanlah tu yang die nye post kelakar2. ergh.
8 comments:
hee...
hari ney memang zaid snyum n gelak3 baca dialog 2..hee
msti merah muka kak wani..hee
heheh, dah gelak2 laa ni... pd ketika diri aku sgt down. maceh3~~
misz seroja:
snyum+gelak2 baguslah. Tapi kan. sangat malu. Segan. Tadi dahlah pakai tudung kaler pink. Entah2 kan, muka kak wani dah sama kaler ngan tudung dah. Cuma akk je yang tak sedar. Yang mana tudung yang mana muka pun dah takle beza kot. Heee~
Haf:
Yay. Haf gelak. Tapi nape hang down ni. Bersemangat!
2 din kn?
hmmmmmmm...........
huhu...
ooo,,,
i c,,,
now i know,,,
dou wanna know what im thought?
huhu...
best of luck,,
sanchez: what do u have in mind? n yups. thats din.
sori lmbt skit...
org kate,,,
klu mke pasangan 2 de psamaan skit pn jd la,,
insyaallah hbungan 2 kkal,,
huhu,,
so lam kes awk,,
bibir,,idung same!!
hehe,,,
nway,,,org kate,,,
sbb 2 best of luck k?
huhu,,
me too as well,,
amin,,,
Post a Comment