Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

2011-09-15

Wahai wanita solehah~

Salam.

~Wahai wanita solehah,jgn risau akn jodoh mu krn muslimin yg bijaksana tidak akan terpaut pd wanita hanya pd kecantikkn,lirikn,senyuman,pd bicara manja yg m'goda,pd pujuk rayu s'org wanita y meruntuhkn imannya..ssghnya lelaki itu adlh pemimpin kpd wanita..andai blm sampai jodohmu,aggplh bhw lelaki yg kau nantikn itu sdg m'bina sahsiah kepimpinanny bg memimpin diri mu..krn pd wanita itu pasti ada kekurangan & lelaki yg benar2 layak pasti akn hadir melengkapkn kekuranganmu..~

~Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.~






Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2011-08-15

Engkau.

Salam.

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
Maksud menggunakan FB secara maksima; dengan ilmu yang dikongsi rakan rakan. Sertai group yang ilniah. Secara tak langsung, dapat tarbiahkan diri. Ah. Rindu ditarbiah. Kakak ini belum dapat jadi seperti isteri isteri Nabi. Seperti yang dijanji. Kena berusaha lagi!

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





Yang dicari

Salam.

TO share.
Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihat pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali..♥..♥..

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






2011-07-31

Salam.
Hi people. Here, I'm going to share some of my interview experience. Not much. But i hope it helps.





1. Jpa scholarship.

After SPM, I get an interview to further my studies overseas. The session started by, writing an essay of what course that I plan to take and in which country and why (if I'm not mistaken). This writing essay session was held in a cold hall, located at Intec, Shah Alam. That was for the first session.
For the next session, we have a group interview. It was a group of 8 @ 10 people (can't recall). We passed the file full of our certificates to the interviewers. In the room. There were chairs+tables arranged in U form, facing the interviewers of course. We are given a topic. I can't remember the topic. But there, the interviewers instruct us to discuss in however ways. So we picked a 'pengerusi majlis' and started discussing. Thus, it was like a debate. Where everyone tried to give out ideas. 'i'm agree with... But...' My friends' session is different. Her group choosed for everyone to speak up their ideas one by one. Therefore, she gets the scholarship. Lucky her. Me? I dont get through though. ;p

2. PAC. PTD Assessment Centre.
We are assigned in groups. And have this big tag needed to hang over our neck. From faraway, people can already recognize you. There are group discussions and also, physical test. My comments, the group discussion are horrible. Haha. I went there with lack of information(compared to others) about history, current issues, and my brain can't think of ideas. There are like 4 or 5 group sessions. With different topics and different objectives. There are problem solving, history, current issues and also presentation of a topic given(alone). As for the physical test, during that weekend, it rained. Ssupposedly, we need to run for about a few kilometers. But somehow, we end up doing steps for aerobic. In groups. Had some few ideas since I just came back from facilitating a camp few weeks before. Okayh. That was then.

3.Customer service at Scicom.

Okayh. Idk much about this post, and I left my SPM cert somewhere at home. Because? The person that I asked of certs needed for me to bring, doesn't mention anything of SPM cert. So I didn't bring it. Haha. We had a writing test whuch requires us to answer some maths questions and also write some english and malay essay. Like the eng and malay essay, we are given some situations, and we need to write back and email answering the situation with some guidance about the content for the email. And the interviewer asked on, why they should hire me. 



4.AMLA post.
Anti-Money Laundering post.
The interviewers asked on why they should hire me and also my understandings of the post. And also what I know about the company. *can't recall much about this interview. ;p*



5.Customer Service.

This was diff. The interviewer is the head of the dept. Thus, she asked more on my expectations, hopes and plans for Mathematics since my background is Mathematics. She asked me on my experiences, and what I'd been doing since Dec 2010. And why I'm not working after I finished my degree in Mei 2009. 



6.something regarding calling people about credits cards.*can't recall the post*

Ohkay. As for this post, I'm not really into it. Cause it's in Jamek and I'm not mobile. ;p thus I don't study much about the company. When arrived, we are gathered in one waiting room. Then each of us were called on by one. *same like the no 3 interview* They asked me on 'what do I know about the company' which I talked crap. *pls don't do this* They also asked me 'can you handle stress?' 



Above all, basically the similarities for the interviewers was, they asked me to tell something about myself. *A must question* That's all. not much to be shared but I hoped, it helps. For those who are going for interviews, all the best kay? Doa banyak banyak. ;p

2011-03-26

Yang dikejar, orang bagaimana?

Salam.

Once, masa jadi fasi di Matriks, ada lecturer bagi soalan ini. Tiba tiba terjumpa balik. Simple psychology question about apa yang dicari dalam pasangan. maybe you people pernah dengar. Yet, I still wanna share. Mungkin betul. Mungkin salah.


Ujian Psikologi – Apa Sebab-Sebabnya Anda Memilih Pasangan Anda?

Ini suatu ujian psikologi yang sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab-sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
  1. Air Mendidih di Dapur
  2. Air Paip Melimpah di Bilik Air
  3. Bayi Menangis.
  4. Telefon Berbunyi
  5. Ada Orang Ketuk Pintu
SOALANNYA: Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan urusakan dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Jika sudah habis berfikir, sila semak jawapan anda.






.... lihat di bawah ......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

JAWAPAN DAN ANALISIS
Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

1. Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: Ia menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

2. Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
Ia menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

3. Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : Ia menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

4. Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : Ia menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

5. Kalau anda memilih untuk membuka pintu: Ia menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


So, which did you choose...? I choose the baby as my first. 2nd telefon berbunyi. =)

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





2011-01-26

Nak jadi pensyarah, tutor, Gurubahasa kat UUM KL?

Salam.


24 JANUARI 2011
19 SAFAR 1432H

cid:image002.png@01CB2271.BE135D20

UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
         (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)



HEBAHAN PENDAFTAR 24 JANUARI 2011 :
TEMUDUGA TERBUKA 2011 (WALK-IN INTERVIEW) – JAWATAN AKADEMIK

LOGO UUM.jpg
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEMU DUGA TERBUKA 2011 (WALK-IN INTERVIEW)

Tarikh     : 27 Januari 2011 (Khamis)
Masa        : 10.00 pagi - 1.00 tgh.
Tempat     : Tingkat 8, UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL)
                  41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
                  50300 Kuala Lumpur
                                   
              
Universiti Utara Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berwibawa untuk menjadi warga kerja UUM bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN AKADEMIK

1)   Pensyarah (DS45)
2)   Tutor (DA41)
3)  Guru Bahasa (DG41)


BIDANG KEUTAMAAN JAWATAN AKADEMIK

UUM CAS

Graphic / Animation /  Perfileman/  Pangkalan data /  Data Mining / Information Security / Information Engineering/Psikologi/ Kaunseling/ Kerja Sosial / Koreksional / Education - pengukuran dana penilaian
Bahasa Inggeris/Hubungan Etnik/Kenegaraan Malaysia/Tamadun Islam/Teknologi Media/Komunikasi Pembangunan/Komunikasi Organisasi & Kepengurusan/Periklanan/ Kewartawana & Penerbitan/Penyiaran: Komunikasi Massa)/ Pengajian Media/ Audio/Penghasilan Video/Grafik/Kreatif / Pengkalan Data/ Pengaturcaraan/ Sistem Pintar/ Pengurusan Chemical/ Pengurusan Hygiene/ Pengurusan Keselamatan/ Pengurusan Kesihatan/ Pengurusan Teknik Risiko

UUM COB

Pengurusan Sumber Manusia/ Pentadbiran Perniagaan/ Logistik dan Pengangkutan/ Pengurusan Risiko  dan Insurans/ Sains Aktuari/  Perakaunan dan Perakaunan Sistem Maklumat/ Corporate Governance/
Forensic Accounting/  Pemasaran/  Keusahawanan/  Perbankan/  Kewangan/ Financial Modeling/ Financial Derivatives/  Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Operasi/  Perniagaan Antarabangsa/  Pentadbiran Muamalat/ Syariah Ekonomi/  Kewangan dan Perbankan Islam

                       
UUM COLGIS

Undang-undang (Harta Intelek/Keterangan/Prosedur Jenayah/Prosedur Sivil/Insurans/Siber/Pentadbiran Harta Pusaka/Jenayah/Syariah/Perbankan Islam)
Pengurusan Pembangunan (Perancangan dan Pengurusan Projek/Sains Pembangunan/Sosiologi Pembangunan/Pengajian Pembangunan/Polisi Awam dan Pengurusan)
Pentadbiran Awam (Leadership and Management/International Development and Sustainability/Managerial Decision Making)
Pengajian Antarabangsa (Political Economy/Strategic Studies/International Business/Business Management/International Trade/International Relations/Political Science



           
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.         Jawatan            :     PENSYARAH (DS45)-TETAP

            Gred DS45       :     P1T1 RM2546.05 - P1T21 RM5484.96
                                          P2T1 RM2642.06 - P2T21 RM5788.25
                                          P3T1 RM2742.25 - P3T21 RM6113.85

            Elaun                :     Imbuhan Tetap Khidmat Awam            -  RM 300.00 sebulan
                                          Imbuhan Tetap Perumahan                 -  RM 700.00 sebulan
                                          Elaun Sara Hidup                                  -  RM 100.00 sebulan

i)              Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada hari temu duga.

ii)         Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh   Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  
                     (Gaji permulaan ialah Gred DS45:  RM2821.57 P1T4); dan
iii)         Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf Perkhidmatan : Tetap


2.         Jawatan            :     TUTOR (DA41)

            Gred DA41       :     P1T1 RM1868.39 - P1T13 RM2953.79

            Elaun              :      Imbuhan Tetap Khidmat Awam            -  RM 300.00 sebulan
                                          Imbuhan Tetap Perumahan                 -  RM 250.00 sebulan
                                          Elaun Sara Hidup                                  -  RM 100.00 sebulan
       
i)              Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada hari temu duga;

ii)         Ijazah Sarjana dengan CGPA: 3.0 keatas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN  memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan GCPA 3.0  keatas atau Kepujian Kelas Dua Atas ;  atau

iii)        Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv)        Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Taraf Perkhidmatan : Sementara


3.         Jawatan            :     GURU BAHASA (DG41)

            Gred DG41       :     P1T1 RM1695.85 - P1T27 RM4645.85
                                          P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
                                          P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19

            Elaun              :      Imbuhan Tetap Khidmat Awam            -  RM 300.00 sebulan
                                          Imbuhan Tetap Perumahan                 -  RM 250.00 sebulan
                                          Elaun Sara Hidup                                  -  RM 100.00 sebulan


       
i)              Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada hari temu duga;

ii)             Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang Bahasa Inggeris seperti TESL/TEFL/TESOL/ELT/English Literature yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah Gred DG41: RM1876.75 P1T3) ;  dan

iii)         Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Taraf Perkhidmatan : Tetap



CARA MEMOHON

i)          Permohonan terbuka kepada semua calon yang mempunyai kelayakan yang dinyatakan untuk menghadiri temuduga terbuka bagi Jawatan Pensyarah,  Tutor dan Guru Bahasa yang akan  diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti dinyatakan di atas;

ii)      Sila bawa bersama  semua sijil-sijil asal, transkrip-transkrip asal dan semua dokumen yang berkaitan; 
iii)      Calon yang berminat hendaklah membuat permohonan di dalam borang Permohonan Jawatan Akademik yang boleh didapati melalui Laman Web berikut: http://www.pendaftar.uum.edu.my  atau mendapatkan borang  pada hari temu duga  dengan membawa sesalinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan: Kad Pengenalan, Surat Beranak pemohon, keputusan peperiksaan SPM, Transkrip Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan dokumen-dokumen berkaitan serta sekeping gambar;
iv)     HANYA CALON-CALON YANG MEMENUHI SYARAT-SYARAT DI ATAS SAHAJA DIPELAWA UNTUK MENGHADIRI TEMU DUGA.
v)      Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok, Kedah
Tel: 04-9283864,  04-9283151



Disediakan oleh   :  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
                              Jabatan Pendaftar

Tarikh                  :  17 Januari 2011


JABATAN PENDAFTAR
Universiti Utara Malaysia
Tel : 04-9283021/3043
Fax : 04-9283046
e-mail : pendaftar@uum.edu.my





Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



2010-11-16

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Salam.

Ini ada artikel tulisan Azieah Azman. Dia yang share kan. So saya nak share dengan readers. Sangat suka. Mari kita jadi yang cantik dan yang hebat.!


CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2010-11-06

Damai di hati.

Salam.

Macam nama lagu je tajuk post. Tapi bukan nak nyanyi pun. Just nak cakap... Sekarang rasa gundah gulana yang datang masa beberapa hari lepas, dah reda. Lega sangat. Alhamdulillah. Dulu ada cerita sikit dalam post tajuk Kalau Kalau Kalau. What happen is that, masa itu ada one friend ini. Dia minta tolong.

Bila problem datang, dia macam dah tak tahu nak minta tolong siapa. Betul, ada orang kata, ada certain people ini masa susah sahaja dia cari kita. Masa senang, lupakan kita. Lah. Dah itu namanya manusia. Dengan Tuhan pun manusia boleh buat macam itu. Takkan dengan manusia, seorang manusia tak boleh buat macam itu, kan? Dan saya memang jenis susah nak cakap NO. Mungkin juga sebab saya sendiri pernah rasa susah. Ada satu masa itu, SANGAT SANGAT LOST. Nak bercerita dengan manusia pun, tak tahu nak cerita dengan siapa. Walaupun, ada ramai yang willing to listen. So, somehow, bila dia minta tolong itu, tiba tiba semua perasaan terasa hati, merajuk macam dah tiada. *suka sangat terasa. haish* Yang ada cuma rasa sayang dan care sebab dia itu seorang kawan. Dan dia pun manusia. Macam saya.

Masalah dia settle. Tapi hati macam rasa tak lega. Then terjumpa artikel ini. Kan kalau di FB, macam lately, people rajin nak share share artikel kan...? So this artikel is one of them. Tajuknya, Orang ikhlas tertindas. Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang tulis. Bacalah. A nice one. Lepas baca ini, rasa macam tak mahu stop tolong orang. Hehe. Tapi yang penting hati kenalah ikhlas. 
"Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
Apa yang saya boleh simpulkan is, buat kebaikan ini kita kena ikhlas. InsyaALLAH, akan dibalas dengan kebaikan yang lain. Macam dalam kes saya, saya buat baik dengan kawan saya, saya tak boleh kecewa kalau dia tak layan saya dengan baik. Kalau. Harap harap tak lah kan. Kawan saya baik. hehe. Sebab, InsyaALLAH kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan yang lain. Tetapi yang paling indah, jika kebaikan kita dibalas di akhirat yang kekal abadi. LillahiTaala.
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah." 

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



2010-10-28

Ingat ingat.

Salam.

Sekarang ini rasa nak pergi culik Lola daddy. Then pergi masuk hutan. Stay situ sampai 29 nov. Okay. Sampai 28 Nov. Nak campak fon. Nak campak Belle. Eh, tak boleh campak Belle. Nanti kerja tak siap. Buat itu salah. Buat ini salah. Tak buat pape pun salah juga. Sebab orang ingat kita buat. 

Semalam I bake bake cake. Hehe. Sangat manis. Semangat okay nak bake bake padahal kerja tertunggak berlambak lambak. Makin due makin taknak buat. Nak hantar balik kerja kat orang yang bagi kerja boleh tak? Bos, saya tak jadilah nak buat kerja ini. Nah.! hehe. Kalau kat hutan boleh tak bake bake cake? Nak cari tanah buat chalet kat dalam hutan lah. Kalau dekat dengan air terjun okay juga kan kan kan? Hari hari mandi air terjun, mesti habis tinggal tulang je. Wuhu.! NI gara gara pergi tengok gambar ada kawan adik ini. Dia pergi ambil gambar scenery. Dah lah gadget kamera dia macam, boleh nangis lah tengok. Expensive hobby mummy kata. Rasa macam nak masuk dalam scenery tu je. Nasib baik belle ni kecil je. Dan dalam real world. Kalau dalam imaginary, hehe. Habislah. 

You know, when you have problems in relationship with anyone, I mean friends ke, family ke, special friends, siapa siapa lah kan, it only means one thing. 
“When Allah take your friends away from you, it simply means that He wants you to be closer to Him.”

I don't remember where I found this quote. Tapi betullah kan? Macam kita terlalu sibuk into macam orang sekeliling, kita lupa tentang DIA. Check balik relationship dengan DIA. 

jagalah hubunganmu dengan Allah, Insyaallah Allah akan bantu kamu menjaga hubunganmu sesama manusia...

 you should know what it means by love
for whom the love should be
then you'll get the love you want


Sekejap ingat. Sekejap lupa. Lupa bukan alasan. It's something yang kena difahami. Bukan macam faham sekarang, then pergi buat benda lain, then lupa. DIa macam kena continuously faham. If you want to understand something, you must do something. So, dalam keadaan ini, think. 
 
Okay. Someone is coming to KL. Kena fikir macamana kalau kena hantar dia balik kat Pudu macam hari itu. Anybody boleh teman tak.? Nak upah bodyguard mana ea...think think. Hendak seribu daya.






Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
 




2010-10-21

Bila dia bertanya.

Salam.

Perkara ini dah lama berlaku. Malam 1 Syawal jika tidak silap. 1 Syawal 10 September. Kira perbualan ini berlaku nak masuk 2 Syawal lah. 

Ketika itu, sahabat ini, berlainan agama dan bangsa menegur. Semoga ALLAh s.w.t. membuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Amin. Dah lama juga tidak berbual-bual dengan dia. Bertukar tukar cerita tentang kisah masing masing. Satu yang saya sangat suka bila berbual dengan dia adalah kerana, kami berbual dalam bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak boleh perbaiki BI saya yang boleh dikategorikan sebagai 'hancur'. Yalah, di dalam kelas dahulu pun, jika berbual dengan yang berlainan bangsa ini, saya berbual dalam BI tetapi mereka jawab dalam BM. Maka jadinya, saya menggunakan bahasa rojak. Saya tidak punya ramai kawan, sahabat, yang berlainan bangsa dan agama. Entah bagaimana, boleh pula berkawan lama dengan dia.
Pada awalnya, perbualan lebih kepada, perihal diri. Kisah sekarang, apa yang dilakukan. Kerana sahabat itu sedang bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan dia banyak ke luar negara. Menarik, bukan? Tambahan pula dia seorang lelaki. Jadi, mudah juga hendak ke mana mana. Boleh melihat tempat orang. Di samping melaksanakan amanah yang diberikanlah. =)

Lama kelamaan, perbualan menjadi lebih berat. Masing masing memberikan pendapat masing masing. Sehinggalah suatu ketika, dia mula bertanyakan tentang Islam. Saya mengalami sedikit masalah dalam memberi penjelasan kepadanya tentang Islam. Lantas teringatkan seorang blogger yang pernah juga bercerita pengalamannya ditanya tentang Islam. Topik yang diutarakan adalah topik yang biasa ditanya oleh penganut agama lain. Namun, bila dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang saya tidak 'alert' saya jadi ragu ragu. Saya sendiri masih cuba meningkatkan ilmu saya dalam Islam. Tambahan pula, tersilap kata, salah faham pula yang berlaku. Lebih lebih lagi apabila 'vocabulary' saya dalam bahasa Inggeris agak lemah ketika itu. Alasan sahaja kan?

Dia pun sedar yang perbualan menjadi semakin berat, lalu menukar topik. *Mungkin nampak jelas kesulitan yang saya alami dari pihaknya.* Namun, sejak hari itu, saya 'appear offline' kepadanya. Malu. Dan segan kerana tidak mampu hendak menjawab soalan soalannya tempoh hari. Cuma baru baru ini, dia komen status saya. Tahulah dia saya online, kan? Sampai bila saya boleh menyorok pun saya tidak tahu.

Pertingkatkanlah ilmu dalam Islam. Kerana tinggal di negara yang berbilang bangsa dan agama ini, bila bila masa sahaja kefahaman kita boleh diuji. =) 



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-10-19

hehe.

Salam.



quote.



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.









2010-10-01

Kemurungan. Apakah?

Salam.

Apakah kemurungan? Ia gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran.

TANDA-TANDA KEMURUNGAN
Mereka yang murung mungkin:
· Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.
· Hilang minat atau hilang semangat.
· Mengalami masalah tidur.
· Hilang selera makan serta turun berat badan.
· Tidak dapat menumpukan perhatain dengan baik.
· Memikirkan tentang mati.
· Mempunyai simptom-simptom fizikal yang berpanjangan seperti sakit kepala, masalah gastrik/ perut dan kesakitan yang kronik.

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEMURUNGAN?
Biasanya melibatkan kombinasi beberapa factor:
· Kecenderungan genetik - Penyakit yang boleh diwarisi.
· Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.
· Tekanan diri alam persekitaran.
· Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini.
· Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.

RAWATAN
MEMBANTU DIRI ANDA SENDIRI.
Sekiranya anda murung, anda mungkin berasa tidak bertenaga, tidak berdaya dan tidak berguna lagi. Ini adalah pemikiran-pemikiran yang negatif yang merupakan sebahagian dari tanda-tanda kemurungan. Fikiran-fikiran yang negatif ini akan hilang selepas kemurungan dirawat dengan berkesan. TETAPI sementara itu:
· Jangan menetapkan matlamat yang sukar dicapai untuk diri anda sendiri.
· Jangan pikul terlalu banyak tanggungjawab.
· Pecahkan satu tugas besar kepada beberapa tiugas kecil dan tentukan prioritinya.
· Jangan buat keputusan yang penting bagi kehidupan anda semasa anda murung.
· Jangan bersetuju dengan fikiran-fikiran anda yang negatif.

Langkah langkah ke arah kesihatan mental yang baik.
1. Bersenam selalu
2. Jaga pemakanan anda
3. Tidur dengan cukup
4. Luangkan masa untuk beristirehat
5. Jadi realistik tentang diri anda sendiri.
6. Buat perubahan pada diri anda beransur-ansur
7. Bincanglah masalah anda bersama teman serta saudara.
8. Rancang masa anda dengan baik
9. Tangani perasaan negatif secara berkesan
10.Bentuk keluarga yang bahagia. **Mummy I want to get married!. Haha**

-dicopy paste.-

**membantu diri sendiri tak bermaksud dengan kudrat sendiri. (adik, 2010)**




Readers.

Salam.

Dear readers.
Thanks for visiting, peeking, reading my blog.
Thank you.

I hope you guys are okay with my posts.

There are times, I just wanna be me. Despite what people thinks.

Thanks again for visiting. And those comments. Macam macam jenis comment. Thanks for caring.

SIlent reader pun, thanks for visiting.

I just hope that you people learn something from my stories. Good and bad. Don't do the same mistakes as I did.

**Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yakinlah, okay?**

Usaha+doa+tawakal. Okayyy?







2010-09-30

I've learned through my biggest mistake.

Salam.

Dah lama tak tidur lewat macam ini. Mata segar pula. Kalau nak tidur lepas Subuh boleh tak? Hehe.

Banyak betul mistake. Tapi kali ini I learned lots from it. And the hard way. Sakit memang sakit. Tapi, that's life kan. =)

Tak tahu nak susun macamana. Tapi here goes.

Petunjuk ALLAH datang macam macam cara, kan? ALHAMDULILLAH.

1. If ada problem or anything, never turn your back off your loved ones. Or those who loves you. Take note. First : ALLAH s.w.t. Family. Then, those people yang pernah kata, sayang awak, or love you or yunk or those kind of words. They won't say it if they don't mean it. Kadang kadang ada orang itu kasih sayang dia melimpah ruah semua orang pun panggil macam itu. Tapi the feeling is real. Lagi lagi if those kind of people is the one who always remind you not to forget ALLAH. Those people are not to hide from.

2. Never procrastinate. Especially when it comes to fixing things up. The longer you take, the bigger the problems will be. And regretting won't help. Take a deep breath and think. There must be a solution.

3. Never feel ashamed of telling other people how much they mean to you. Express your feelings, say 'I love you' whenever you wanted to. Sometimes, people don't realize this until you say it and remind them. Or you'll regret it. Forever. Forever is a mean word. You'll regret it for a while.I selalu takut to do this sebab takut those people will leave.

4. Don't keep your thoughts inside you. Communicate. Every relationship needs that. Parents-children. Teacher-student. Lovers. Every relationship okay. Kadang kadang kita ingat orang faham kita, atau kita faham orang. Tapi, most probably, kita salah anggap. Jadi, tanya. Atau, cakap. Kalau orang itu betul-betul care, atau sayang kita, dia akan dengar.


5.If you have problems with anyone, face them. Don't turn away. You might hurt others feelings. And it won't make you feel happy either.

6. Kena think positive. Apa apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Nampak tak nampak je. Sebab apa Dia bagi ujian tu semua? Sebab Die sayang hambaNya. Kenapa Dia buat camtu kalau Dia sayang? Sebab Dia nak hambaNya berubah. Berubah ke arah kebaikn. Buat sesuatu kena pada masanya. Bukan ikut hati. -quoted-



Ya ALLAH, aku mohon padaMU yang terbaik buatku. Kalau  boleh mahu yang itu. Tapi kalau itu bukanlah yang terbaik, lebih-lebih lagi saat ini, aku redha. Amin.

 
Okay. perasaan dup dap dup dap itu datang balik.



2010-09-24

Rama-rama yang cantik.

Salam.

Lumrah manusia, tertarik kepada kecantikan. Tapi ingatlah, beautiful things can be broken sometimes. Dan bila dah broken, adakah yang beautiful itu masih lagi cantik? Dah tak sama dah. =)

Dan rama-rama selalu dikategorikan sebagai sesuatu yang indah, yang cantik. Yang kalau boleh nak dipegang pegang. Tapi, bila rama-rama itu dah dipegang, dah rosak, dah tak cantik, dibuang buang, dibiar pula. Sebab rasa rama-rama itu sudah buruk. Lupakah, bahawa rama-rama itu pernah cantik dahulu? Hanya kerana dia sudah buruk, dibuang buang sahaja.

Ada yang menyamakan rama-rama dengan wanita. Bacalah. Cantik, makin tinggi dia terbang, makin ramai yang nak. Tapi bila dah dipegang pegang, nilainya dah tiada. 

Tapi saya bukan nak ceritakan tentang rama-rama dan wanita. =)

 gambar diselongkar menggunakan google. hehe.

Umum tahu, asal rama-rama adalah seekor ulat beluncas. Yang bagi sesetengah orang, sangat menggelikan. Menyusahkan kerana makan daun-daun tanaman. Hodoh. Euw. Sehinggalah suatu ketika, perubahan mula berlaku. Ulat beluncas memencilkan diri. Jadi pupa. Kata orang, ia mengambil masa 1 hingga 2 minggu sehingga ia menjadi rama-rama yang disukai orang. Rama-rama yang cantik. Kadang-kadang, andai takdir dia tak sempat nak jadi rama-rama, tak jadi juga. Hayatnya tak panjang. Ada yang kata, rama-rama ini hidup selama 1-2 minggu sahaja. Tetapi ada yang hidup sehingga 10 bulan. Bandingkan tempoh hayat dengan tempoh masa perubahan rama-rama itu. 

Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? 

Perubahan mengambil masa. Perubahan boleh berlaku. Ia tidak mustahil. Namun, kita tak boleh jangka yang manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Hari-hari kita kata, "awak kena berubah" Tapi andai orang itu tak tahu apa yang perlu diubahnya, tak menjadi juga. Setiap manusia itu berbeza beza. Kita tak boleh nak harap manusia yang lain itu sama seperti kita. Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga rama-rama. Ada yang berwarna-warni, ada yang coraknya pelbagai. Perubahan itu tidak mustahil. Tapi tiada siapa yang kata ia senang. Ambillah masa. Jatuhlah berapa banyak kali awak mahu, tetapi jangan berhenti untuk cuba bangun. Ada masanya, saya pun tak mahu bangun juga bila sudah jatuh. Tapi, akan ada tangan-tangan yang sedia untuk bantu. Carilah. Pasti akan jumpa. Andai tak jumpa, ingatlah, ALLAH s.w.t. kan sentiasa ada. Andai, suatu hari, ada insan yang datang kepada kita dan mengatakan, "Saya ingin berubah". Bantulah dia. Tak semua orang sekuat kita walaupun pada zahirnya dia nampak sebegitu. Dan pasti kita adalah seseorang yang sangat istimewa sehinggakan kita yang dipilihnya untuk membantu. 

Hidup kita ini singkat. Buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Bila-bila masa sahaja nyawa kita ini boleh diambil. Kadang-kadang, bila kita berbuat baik kepada orang, bukan dengan kebaikan yang dibalasnya. Kita boleh buat macam-macam perancangan tentang hidup kita. Tapi kadangkala, apa yang kita rancang itu tak menjadi. Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti. Yakinlah pada ALLAH s.w.t.

Kata seseorang, ALLAH akan makbulkan setiap doa hamba-hambaNYA. Mungkin tidak di dunia ini, tapi di akhirat kelak. Dunia atau akhirat yang kita mahu kejar?

Dalam setiap yang ada di dunia ini, ada kebaikan dan keburukannya. Suatu ketika, hanya yang buruk yang terzahir. Namun yang buruk itu boleh menjadi yang cantik juga. Saya akhiri dengan kata-kata ini. Renungilah. 

yang baik diterima
yang buruk diperbaiki
yang koyak kita jahitkan
yang senget kita perbetulkan

P/S : Do I sound angelic? Saya cuma mahu orang lain jadi lebih baik dari saya. Sebab saya tahu saya bukanlah baik mana. =)





2010-09-15

A story to share.

Salam.

I found this story. But it's in jpeg. Hope you people can read this. NIce one. urm urm.
So go save someone's life today. Even a small smile or a simple 'hi' could change someone's life. =)








2010-09-06

Moga dia kuat.

Salam.

Siang tadi, I pergi jalan jalan di Nilai dengan kakak dan abang. Abang you abang I juga. Tapi abang I is abang I. Boleh tak? Okay main main je.  Haha. Kenapa rasa statement ni macam lain macam jek bunyik nya.  *kena racun dengan kakak ngan abang. grrr* Pink pink pink. Nanti kena cari kaler hijau kepala itik tu macam mana. Cantik sangat ea?

Okay. mukadimah dah tamat. Nak pergi kepada cerita sebenar yang ingin dikongsi.

Sedang tunggu di stesen komuter Nilai itu... Okay, belum start tunggu lagi. Baru nak pergi platform cari tempat duduk nak duduk sambil tunggu komuter. Then ada gadis ni panggil. "kak wani!" Dalam hati, "alamak, siapalah pula ni..." Ingat ingat punya ingat, datang dekat dekat, *layankan je lah. Tak baik tau buat sombong* Then, gadis ini rupanya. Still sweet macam the last time jumpa masa few months before.

Lama juga tak dengar kisah gadis ini. Kan I pernah cakap kan, ALLAH beri kita petunjuk macam macam cara, kan? Inilah salah satunya.

I hilang orang orang yang I sayang pun, mereka still ada di dunia ini. Still boleh text tanya khabar kalau nak. *tiba tiba teringat arwah pakngah. Al-fatihah* Gadis, ayah/abah dia baru meninggal dalam sebulan lepas. **Al-fatihah juga** So, she's having a hard time. Sebab tu lah macam tiba tiba cam tak dengar khabar tentang dia. Macam lost lah kan. Plus, ayah/abah dia punya age 48 tahun. Sebaya daddy and mummy. Luckily, her relatives semua macam helping out.



I tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau happen kat my family. Harap harap bukan dalam masa yang terdekat. So, cahaya sila cari kerja cepat cepat okayyyyyy!

She's a strong girl. I know she is. And I always hope so. Because she's trying hard to prove to people who looked down on her **mentang mentanglah dia cute je** that she is bigger than she is. All the best darL. My prayer is always with you. <3

Hargailah insan insan sekeliling anda.

Saya sayang awak, awak tau tak?






2010-08-30

Prayer.

Salam.






Prayer is an open line to God. No network problem, no low battery, no connection error, no charging, always good signals and all messages sent.












2010-08-26

21 things. =)

Salam.


PERTAMA. 

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka
perlukan.dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA. 

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara
dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah|
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT. 

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA. 

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM. 

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH. 

Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN. 

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian
tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa,
Tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH. 

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS. 

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. |

KEDUABELAS. 

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas

KETIGABELAS. 

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS. 

ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang
bersin.|

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS. 

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah |
persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS. 

apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH. 

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan
melihatnya daripada suara yang memanggil.

KEDUAPULUH SATU 

Ada ketikanya anda perlu bersendirian




 

2010-08-14

Take time.

Salam.

Just to share. A teacher used to say this while I was in Standard 6. Here goes...


Take Time:

Take time to think-
It is the source of all power.

Take time to read-
It is the fountain of wisdom.

Take time to play-
It is the source of perpetual youth.

Take time to be quiet-
It is the opportunity to seek God.

Take time to be aware-
It is the opportunity to help others.

Take time to love and be loved-
It is God's greatest gift.

Take time to laugh-
It is the music of the soul.

Take time to be friendly-
It is the road to happiness.

Take time to dream-
It is what the future is made of.

Take time to pray-
It is the greatest power on earth.

Take time to give-
It is too short a day to be selfish.

Take time to work-
It is the price of success.



 

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681