Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

2011-09-15

Wahai wanita solehah~

Salam.

~Wahai wanita solehah,jgn risau akn jodoh mu krn muslimin yg bijaksana tidak akan terpaut pd wanita hanya pd kecantikkn,lirikn,senyuman,pd bicara manja yg m'goda,pd pujuk rayu s'org wanita y meruntuhkn imannya..ssghnya lelaki itu adlh pemimpin kpd wanita..andai blm sampai jodohmu,aggplh bhw lelaki yg kau nantikn itu sdg m'bina sahsiah kepimpinanny bg memimpin diri mu..krn pd wanita itu pasti ada kekurangan & lelaki yg benar2 layak pasti akn hadir melengkapkn kekuranganmu..~

~Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.~






Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2011-08-15

Engkau.

Salam.

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
Maksud menggunakan FB secara maksima; dengan ilmu yang dikongsi rakan rakan. Sertai group yang ilniah. Secara tak langsung, dapat tarbiahkan diri. Ah. Rindu ditarbiah. Kakak ini belum dapat jadi seperti isteri isteri Nabi. Seperti yang dijanji. Kena berusaha lagi!

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





Yang dicari

Salam.

TO share.
Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihat pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali..♥..♥..

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






2010-11-16

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Salam.

Ini ada artikel tulisan Azieah Azman. Dia yang share kan. So saya nak share dengan readers. Sangat suka. Mari kita jadi yang cantik dan yang hebat.!


CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2010-10-21

Bila dia bertanya.

Salam.

Perkara ini dah lama berlaku. Malam 1 Syawal jika tidak silap. 1 Syawal 10 September. Kira perbualan ini berlaku nak masuk 2 Syawal lah. 

Ketika itu, sahabat ini, berlainan agama dan bangsa menegur. Semoga ALLAh s.w.t. membuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Amin. Dah lama juga tidak berbual-bual dengan dia. Bertukar tukar cerita tentang kisah masing masing. Satu yang saya sangat suka bila berbual dengan dia adalah kerana, kami berbual dalam bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak boleh perbaiki BI saya yang boleh dikategorikan sebagai 'hancur'. Yalah, di dalam kelas dahulu pun, jika berbual dengan yang berlainan bangsa ini, saya berbual dalam BI tetapi mereka jawab dalam BM. Maka jadinya, saya menggunakan bahasa rojak. Saya tidak punya ramai kawan, sahabat, yang berlainan bangsa dan agama. Entah bagaimana, boleh pula berkawan lama dengan dia.
Pada awalnya, perbualan lebih kepada, perihal diri. Kisah sekarang, apa yang dilakukan. Kerana sahabat itu sedang bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan dia banyak ke luar negara. Menarik, bukan? Tambahan pula dia seorang lelaki. Jadi, mudah juga hendak ke mana mana. Boleh melihat tempat orang. Di samping melaksanakan amanah yang diberikanlah. =)

Lama kelamaan, perbualan menjadi lebih berat. Masing masing memberikan pendapat masing masing. Sehinggalah suatu ketika, dia mula bertanyakan tentang Islam. Saya mengalami sedikit masalah dalam memberi penjelasan kepadanya tentang Islam. Lantas teringatkan seorang blogger yang pernah juga bercerita pengalamannya ditanya tentang Islam. Topik yang diutarakan adalah topik yang biasa ditanya oleh penganut agama lain. Namun, bila dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang saya tidak 'alert' saya jadi ragu ragu. Saya sendiri masih cuba meningkatkan ilmu saya dalam Islam. Tambahan pula, tersilap kata, salah faham pula yang berlaku. Lebih lebih lagi apabila 'vocabulary' saya dalam bahasa Inggeris agak lemah ketika itu. Alasan sahaja kan?

Dia pun sedar yang perbualan menjadi semakin berat, lalu menukar topik. *Mungkin nampak jelas kesulitan yang saya alami dari pihaknya.* Namun, sejak hari itu, saya 'appear offline' kepadanya. Malu. Dan segan kerana tidak mampu hendak menjawab soalan soalannya tempoh hari. Cuma baru baru ini, dia komen status saya. Tahulah dia saya online, kan? Sampai bila saya boleh menyorok pun saya tidak tahu.

Pertingkatkanlah ilmu dalam Islam. Kerana tinggal di negara yang berbilang bangsa dan agama ini, bila bila masa sahaja kefahaman kita boleh diuji. =) 



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-08-30

Prayer.

Salam.






Prayer is an open line to God. No network problem, no low battery, no connection error, no charging, always good signals and all messages sent.












2010-06-02

Hubungan dengan manusia.

Salam.

Dalam masa yang singkat ini, terlalu banyak yang terjadi. Baik kepada diri ini, mahupun orang-orang sekeliling I. Biar betapa tenang wajah we all ni, dalam hati hanya ALLAH yang tahu. Even, bukan I yang kena, tapi betullah kata pepatah Melayu, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakitnya. Memang tengah jadi kat orang dekat-dekat dengan I. Both blood related and non-blood related. Tak banyak, sikit pun, tak sikit, banyak pun, I terasa juga sakitnya.  Berkali-kali I baca post adik I tu semalam. No wonder everytime jumpa, ayat sama akan keluar.

Bila kita di atas, ingatlah, jangan dizalimi mereka-mereka di bawah kita. Kuasa yang kita ada ini, bila-bila masa je ALLAH boleh tarik balik.

Tapi... kita sebagai hambanya, jangan lah lupakan DIA. Tak kira, suka atau duka. Ini tak, bila duka baru nak cari DIA. Dalam hidup ni, 2 yang kita kena jaga. HablumminALLAH. Hablumminannas. Hubungan kita dengan ALLAH s.w.t. . HUbungan kita dengan manusia. Betul, orang yang dizalimi, doanya akan dimakbulkan ALLAH. Doakanlah yang baik-baik untuk yang menzalimi itu. Contoh : Ya ALLAH, peliharalah dia. Berilah dia petunjuk ke jalanMU. Semoga dia sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Sebab kalau kita doakan dia jahat jahat, bermakna, kita pun sama je dengan dia. Kita pun akan menzalimi dia.


Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan hablimminallah dan hablimminannas, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas. (Ali ‘Imran : 112) (penjelasan)

 
I rasa balik apa yg I rasa masa ada program pertengahan Jun tahun lepas. Siblings I 'sakit' tapi I tak boleh nak buat apa. Dan kali ini, jadi lagi. Family I, baik blood related ataupun tak, 'sakit' lagi. Tapi I tak boleh nak buat apa-apa. I pun 'sakit' juga. When it comes to my family members, yes, I will be protective. Tak kiralah yang jadi ancaman tu kawan sendiri ke. Cumanya, sekarang ini, I tengah pujuk hati supaya tenang-tenang selalu.


P/S : Sementara I masih ingat, I ingatkan. Bila I lupa, PLEASELAH ingatkan I.






Sakit itu kafarah dosa.

Salam.

Pernah dengar tak? Sakit itu penghapus dosa. Dalam erti kata lain, sakit itu kafarah dosa. Ada dua hadis pasal ini. Thanks bapak sebab tolong carikan. =)


Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah) 



Tatkala ini, jari kelingking I tengah berdenyut-denyut bengkak. Haish. Nanti macamanalah nak sarung cincin wedding ni. Dah huduh dah. Sebab tersepit kat pintu SLK adik I masa nak hantar adik I yang lain kat U dia malam semalam. Lepas tersepit tu I dok diam-diam je kat tempat co-pilot sebab taknak diorang tau. Sakit memang sakit. Malu pun ada gak. Sebab careless. =P
Tapi bila fikirkan 2 minggu dok dalam spital, sakit I ni kecil je. Luluh hati bila teringatkan apa yang I nampak area area lepas Asar semalam. Sebak.

Compare juga dengan hari lahir adalah hari pembedahan, sakit I tu kecil je.

Tapi compare tu sakit yang berbulan-bulan dalam spital, sampai beberapa minggu lepas baru dapat duduk atas kerusi roda, sakit I tu memang incomparable. Sebab tu lah sampai sekarang dak kecik tu tak bagitahu I kat hospital mana dia ni. Sebab dia taknak I sedih tengok dia. Sampai merajuk-rajuk dia. =)

Betapa kuat dan tabahnya mereka bila nak compare dengan I ni.



2010-04-14

Nak jadi cerdik dan cantik?

Salam.





Yufi buat post tentang nak jadi cantik tak.

Saya nak buat post tentang nak jadi cerdik tak pula.

Siapa nak siapa nak siapa nak?

Ada adik selitkan dalam email dgn dia baru2 ni.

Marilah kita sama2 ingat mengingatkan. :)

Dari Abi Ya'ala Syaddad Ibni Aus R.A, dari Nabi SAW bersabda: "Org yg cerdik ialah mereka yg membentuk dirinya selaras dgn agama, dan beramal utk persediaan sesudah matinya.
Manakala org yg bodoh ialah mereka yg menurut keinginan nafsunya dan berangan-angan yg Allah akan melaksanakan segala cita-citanya"
----(Hadis Riwayat Tarmizi).







dan ini yufi punya.
.
.
.
sape nak jadi wanita cantik?? (cepat2 angkat tangan...)
huhu...

ade kawan anta msg. terharu n bersemangat lepas baca....

WANITA CANTIK MENURUT ALLAH ADALAH:

    melukis kekuatan melalui masalahnya
      tersenyum di saat tertekan
        tertawa di saat hati sedang menangis
          tabah di saat terhina
            mempersona kerana memaafkan
              mengasihi tanpa meminta balas
                bertambah kuat dalam berdoa dan pengharapan ILLAHI semoge kita berada dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh...aminnn....LILLAHITAALA..(^_^)



2010-04-05

4 perkara sihat. =)

Salam.

artikel copy tampal.
.
.


Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata 

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur dgn tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.


2010-04-04

Jangan jadi wanita begini.

Salam.

I found this somewhere.
.
.
.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia
marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan
bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.


2010-03-04

Peringatan buat semua.

Salam.

Artikel copy paste.


Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sebaliknya dia(anak) berbaik-baik dengan kawan-kawannya.

7. Dia(anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13. Para artis disanjung-sanjung.

14.Muzik banyak dimainkan.

15.Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama(sahabat)












You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681