Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-11-26

at work.

Salam. it's orientation until this saturday. on sunday, the students are going to register. then on moday, the work starts. i expect that it's going to be harder than being a fasi. however, the problems i faced while being a fasi happens again. not a good news. but well, need to learn to adapt to this kind of situations. learning is a never ending process. so i need to study. i don't know if i'll have time+internet connection to blog afterwards. but at least, today, let things out in this post here. cuma tak boleh tell in detail. macam selalu.! well, go me. kenapalah saya susah sangat nak say no? langgar rules semua sebab kawan. rasa tidak amanah. =( SORRY ADA PROB WITH SETTING. RASA JAM KALAU CAMNI. NAK BUAT KEPALA SENDIRI MACAM PST LEPAS BOLEH TAK? Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi.  Usaha doa tawakal.

2010-11-24

It's the start of something new.

Salam.

Urm. Packing packing barang. Baru half. Memang lemah bab packing packing ini. SANGAT KURANG RAJIN. Esok pagi mulalah kelam kabut cari itu ini. Well, dah ada dah barang. Cuma macam esok pagi baru boleh masukkan dalam beg. Sebab memang benda benda yang cam renyah punya.

It's the start of something new. Well... Sedikit sebanyak, esok start kerja. So, blog ini mungkin tidak berupdate sampai 3 minggu. MUNGKIN. Saya tidak dapat teka apa yang mungkin berlaku nanti. Maka... Kalau bersawang, tu ampunlah ye. Sebab macam sebelum ini, no way lah blog ni nak bersarang sampai 3 minggu kan.

Apa apa pun, 4hb dis dan 11 hb dis saya MESTI PERGI wedding kawan kawan saya itu. Tarikh itu saya dah save kan untuk walimah mereka okayyy. MESTIII!!! *hentak hentak kaki* kalau tak dapat, nak letak jawatan. Tapi nak gaji full. Haha.! Itu dah lain dah niat nya. Okayyy. Mau tidur.

Have a nice day everydayyy. =)

P/S : Seronok kan bila jumpa balik dan bercerita cerita dengan kawan lama yang juga seronok jumpa dan bercerita cerita dengan kita?

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






2010-11-23

Telefon awam.

Salam.

Di zaman yang serba canggih ini, telah diciptakan suatu cip yang bernama simkad. Sim kad ini boleh digunakan dengan pelbagai makhluk yang dicipta manusia seperti telefon bimbit cap Nokia, Samsung, Sony Ericsson, LG dll atau Iphone, atau macam macam makhluk yang tidak terjangkau akal fikiran saya. Tujuan Simkad ini sangat murni, iaitu untuk menghubungkan manusia. Namun demikian, komunikasi menggunakan makhluk makhluk ini hanya akan berlaku apabila, Simkad mempunyai kredit, atau bil yang telah dibayar atau, makhluk ini mempunyai tidak kehabisan tenaga(bateri). Andai salah satu daripada perkara ini berlaku, komunikasi susah hendak dicapai. MELAINKAN, empunya mempunyai alternatif seperti akses terhadap WIFI tatkala telefon tidak mempunyai kredit. (Kalau empunya punya makhluk itu sangat maju lah kan).

canggihnya! nak beli simpan kat rumahlah camni. hehe.

Oleh itu, di saat saat terdesak, pengguna teknologi pasti akan tercari cari sejenis makhluk lain yang bernama TELEFON AWAM YANG MENGGUNAKAN SYILING. Back to the basic, bak kata orang yang menggunakan sejenis bahasa iaitu Bahasa Inggeris. Namun demikian, adakah telefon awam yang menggunakan syiling ini masih wujud? Bagi saya, makhluk ini boleh dikategorikan sebagai spesies yang terancam. Sebab kalau ada pun, belum tentu makhluk ini sihat. Ada yang patah lah. Kalau tak pun, dia dah tak bernyawa. Senyap je. Sekarang ini, terdapat makhluk lain yang dinamakan TELEFON AWAM YANG MENGGUNAKAN IDD CARD. Eh, betul ke nama dia kad IDD? Yang saya tahu, dia kena beli kad. tekan tekan dial nombor. *Pergi cari kat Midvalley. Mesti boleh jumpa.* Saya SANGAT FAIL NAK GUNA makhluk ini.

Kesimpulannya, setiap manusia harus membela seekor burung merpati sebagai back up plan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Macam dalam cerita Enchanted, Giselle panggil aaaaaaaaaaaaa secara berlagu untuk memanggil burung merpati. Mungkin cara ini boleh digunakan di saat saat terdesak. Namun demikian, saya tidak mahu membela seekor burung merpati kerana ketandusan wang. Tambahan pula, kucing di rumah saya yang dah pandai curi ikan atas meja. Kucing itu sudah tidak beretika.

Sekian terima kasih.


p/s : kalau hantar pertandingan boleh menang tak? hehe.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2010-11-21

Bake lagi. hehe.

Salam.

Pagi tadi kelam kabut pergi cari resipi nak bake cake. Google je. hehe. Mummy cook pasta. Jadi I make dessert. Nak share dengan orang sebenarnya. Tapi, still buat untuk makan dengan pasta itu juga. Pergi cari resipi vanilla+choc chip. Yang mudah mudah je. Geledah cari ingredients cukup ke tak. Nasib baik ada. Sampai habis terhantuk kepala. Semangat punya pasal. hehe. Kira masa sempat tak. Sebab masa tak banyak untuk bake. Jadi nak kena siapkan cepat cepat.

Well, selalu bake cake guna butter. Resipi kali ini guna oil. Jadi tak tau mana silap, choc chip tu mendap ke bahagian bwh adunan.Dan keliling bekas bakar tu. So, choc chipnya hangus dan kek rasa vanilla sahaja. Luckily tidak manis sangat. Macam kalau nak makan ulang ulang pun boleh. Tetapi Kak Ani+adik suka part hangit itu. Sebab choc chip. Haha. Nampak tak berapa cantik. Tapi bila makan, tolak tepi hangit itu, still rasa sedap. Lupa. Ni link resipi.


 Tak sempat ambil gambar lepas siap bake.


Macam fun baking ini. Sebab just follow instructions. Sukat sukat. Then siap. Hehe. Tomorrow nak buat lagi kot. As muffin pula. If nak jumpa budak kecil itu, can try bake then bagi dia. Kids kan macam suka juga makan muffin kan? Muffin ke, cup cakes ke, alah lebih kurang lah. Hehe. 

Cik Anggun suggest buat choc moist. Urm. Tak jumpa resipi lagi. Tak pun tomorrow nak buat choc chip cookies. Kalau cookies ini, choc chip nya tak mendap ke bawah. Gigih tak? Saya gigih mahu menggemukkan orang. Ngehehe. *evil laugh*

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

Nekad. Tata FC KMNS!

Salam.

There's this quote saying "Never say goodbye. Coz you might not see them again." Tata and goodbye isn't the same, right? Hehe.

So, tata FC KMNS. Enough already. I've lost one of my precious treasure because I'm too into FC KMNS, I don't want to lose it again. I have other commitments to catch, chase and to take care of. Career especially! But somehow, you guys will always remain in that space in my heart. So, if you guys need me, ever, you know where to find me. I'm out of FC KMNS as whole. But, as a sister, I'm still being one. XOXO FC KMNS! AGM ni last. I need to retire. *hopefully*



Being quiet doesn't means that I forget you. It's just that I'm 100% sure that you'll be safe in HIS hands.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





2010-11-20

Urusan hati.

Salam.

Hati ini organ yang penting kan? Banyak betul urusan hati. Dari segi tugasnya dalam tubuh. Saintifik. Spiritual. Andai tidak dijaga, mencari nahaslah nampaknya. 

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."
Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"
Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

cinta itu urusan hati, hati itu urusan Allah :) 
- dinda Azmeer

baik tak baik, itu pada hati :) Allah tengok hati kita. 
- dinda Anim.

Hati itu complicated, kan? 
- seorang teman.
Urusan hati sangat complicated. Kalau fikir logik, lain yang mahu dilakukan. Kalau ikut hati, lain pula mahu dibuat. Biarlah ALLAH yang menentukan. Saya dah cuba yang termampu.
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



2010-11-19

Mungkin ke tak mungkin tiba hari bahagia itu?

Salam.

Kadang tengok tengok gambar orang. Cemburu. Buat diri terfikir. Mungkinkah akan tiba saat untuk saya juga rasa macamana mereka rasa di saat saat itu? Pakai cantik cantik. Keluar duit banyak banyak. Hias bilik cantik cantik. Airmata kegembiraan/kesedihan. Sebab segalanya dah tak sama dah. Jumpa kawan kawan dan saudara saudara lama. Jamu orang makan makan. Senyum senyum. Ambil gambar banyak banyak. Senyum senyum lagi. Ambil gambar banyak banyak lagi. Salam salam orang. Tak kira lah khemah ke, dewan ke. Sumbat sumbat, muat juga.

Mungkinkah akan tiba? Mungkin juga tak?


I should be happy for them kan? Semoga mereka berbahagia, dunia akhirat. AMin.
 

If it's meant to be, it's meant to be. No matter how long it takes. =)

 Oh. Senyum itu fake. Just untuk hias. Kasi seri seri sikit.
  
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

P/S : If ever I did anything wrong to you people, do tell. I'm very very sorry. Something happened. And I don't know whom I should seek forgiveness from. Kalau buat salah, kena minta ampun dari orang itu dan juga Tuhan.



2010-11-18

Bakal CIkgu.

Salam.

Wah wah wah. Tiba tiba macam ada banyak nak cerita. Boleh tak? Duduk di rumah hari hari pun boleh ada macam macam mahu cerita. Last last cerita sama sahaja. Hehe.

Okayyy. Sekarang I'm counting the days. Lagi beberapa hari sahaja hendak ke 25hb Nov. Sebab apa? Sebab... Tarikh itu adalah tarikh daftar kerja. Erk. Kerja ke ea...? Dapat payment so, macam kerja lah kan. Lagipun In physics, kerja = Jarak x DAYA. NANTI mesti lah ada pergerakan yang perlu dilakukan dalam satu tempoh masa. So, kerjalah. Ching ching. First time nak mengajar ni. Serius, nervous. Tengah kemas kemas buku di rumah. Mahu cari buku Statistik masa First year dulu. Sebab nanti guna buku itu as notes untuk mengajar. Aunty pun dah pesan macam macam. Sebab dia cikgu. Kena prepare myself. Dalam kepala kena pandai putar belit kata kata juga. Kalau nanti kena sakat dengan students. Hehe. Tak sabar pun ada. What will I face nanti ye.? Plus subjek ini baru juga diperkenalkan. And I will be teaching form 2 students. Clever ones. For 3 weeks. Harap harap weekend free. Sebab mahu pergi wedding dua orang kawan. Seorang kawan masa Degree. Seorang pula kawan masa secondary school dulu. Yang sama pergi main buaian petang petang. Kejap je masa berlalu kan?

I don't know whether I'm good in teaching ke tak. I have experience in being a fasi for matriks punya orientation. Dah berapa kali ea. Okay. Tak penting. Tapi being a teacher? Zero. Even mengajar tuisyen pun belum pernah lagi. Atas kekangan, pengangkutan dan masa. Tapi kalau betul betul nak buat, akan buat juga even face macam macam kan. Hendak seribu daya. 

Kalau program macam ini, I can join. Sebab it doesn't take a long time pun. Macam paling lama a few weeks sahaja. Tapi untuk jadikan cikgu ini sebagai kerjaya, Idk. Serius. Macam ada certain peopla macam fikir, taknaklah jadi cikgu macam takde class. Well, kesanggupan I nak jadi cikgu ni bukan sebab classy ke tak. Ada yang jadi cikgu for the sake of, "kerja". Tak kisah lah kerja apa pun asalkan dah ada kerja sebab desperate sangat. Tapi fyi, cikgu ini tanggungjawab nya sangat besar. Bukan setakat MENGAJAR, tapi MENDIDIK juga. Sampai mati orang takkan lupa okay. Yelah, walau betapa tinggi pangkat student itu, still akan panggil seorang cikgu itu, "Cikgu". Cikgu ni pun macam public figure. Tapi di sekolah. Baik cikgu itu, ramai orang akan suka. Kurang baik cikgu itu, kuranglah orang suka. ''

Yet, being a teacher ini memang satu landasan where you can share your knowledge. Pasal subjects dan life. Landasan terbaik.

That's why I hold on berpendidikan tak semestinya terdidik. Sebab sekarang, belajar tinggi tinggi, sijil sampai dah penuh satu bilik, tapi bila lihat pada didikan, attitude, zero. 

Cakap pasal cikgu ini kan, selalu teringat ada a few teachers ini. 

Seorang cikgu masa sebelum masuk asrama dahulu. Dia mengajar BM. Walau macamana nakal student itu, tapi, cikgu ini still direspect sebab cikgu ini baik. Sangat baik. Maybe she never judges her student. Macam kadang kan ada student yang nakal, akan kena marah marah. Sampaikan ada my seniors yang panggil dia mama. Kagum juga. 

Another teacher, dia garang. Tapi dalam garang garang dia, dia selalu bagi reasons kenapa dia buat begitu. Layan we girls macam adult. "Girls, behave. Awak itu perempuan, buatlah macam perempuan. Baju itu gosok. Sakit mata saya tengok." Sebab, dia nak didik kami girls jadi perempuan. And garang macamana pun, bila dah keluar sekolah, students still tak lupa dia, still looking forward to meet her. Sebab dia didik kami. 

Another teacher, dia ajar add maths masa form5 dulu. Garang juga. Tapi, positif side, dia nak kami jadi berdisiplin. Selalu kalau nak masuk kelas, mesti kecut perut. And mesti akan siapkan kerja yang cikgu beri. Tapi dia ajar sampai kami faham. "Awak, tengok sini awak." CIkgu selalu akan tanya I soalan. Tapi sampai satu tahap itu, cikgu dah tak tanya. Sebab, dia kata dia nampak progress pada saya. Baru faham kenapa cikgu suka tanya. Bukan sebab dia saje saje je nak attack. Tapi sebab itu cara dia mengajar. 

And ada lagi seorang cikgu. Cikgu ini ajar maths. Masa tingkatan 2. Dan juga cikgu Puteri Islam. Serius. Cikgu ini sangat rajin. Even ada anak ramai, tapi still can be comitted dengan kerja. Sampai berapa persatuan tah cikgu kena handle. Sebab bila cikgu buat kerja, cikgu buat betul betul. Masa Form 1 tak tahu pun ada yang Puteri Islam peringkat daerah semua. Then naik Form 2 baru tahu. Dan ada juga join yang peringkat daerah punya program. People selalu pandang rendah dengan Puteri Islam. Ada sekali itu, kena kumpulkan barang kitar semula. Ikut persatuan. Sebab cikgu semangat, kami pun semangat. Tapi still tak menang sebab Pengakap pergi ronda dari rumah ke rumah minta barang kitar semula. Lelaki kan macam kurang malu sikit. Masa itu, I malu malu lagi. Sekarang pun. hehe. 

I wonder, what kind of teacher I will be dalam 3 minggu nanti. hehe.

We couldn't change fate. BUT still, we can change the way we deal with it.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-11-17

Selamat hari raya Aidiladha.

Salam.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Moga kita sama sama ambil iktibar dari kisah Hari Raya Aidiladha@Hari Raya Qurban ini.

Quote for today. "Berkorban untuk Islam dan BUKAN korbankan Islam untuk diri.

GOODNIGHT!                                                        
P/S : LAST NIGHT I CRIED. HAHA.!                                                                                  

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.                                      









2010-11-16

Can I cry?

T_T



CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Salam.

Ini ada artikel tulisan Azieah Azman. Dia yang share kan. So saya nak share dengan readers. Sangat suka. Mari kita jadi yang cantik dan yang hebat.!


CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




Kakak ini.

Salam.

Kakak ini rindu. Kakak ini terkilan. Kakak ini tak lupa. Janji dia dan adik itu. Kalau kakak ini tahu begini jadinya, kakak ini tak ajak dia pergi UiTM. Kakak ini tak kenalkan dia dengan adik adik lain. Kakak ini tak biar dia yang drive. Kakak ini tak jadi seorang kakak. Untuk adik ini.

Atau mungkin, kakak ini je yang perasan dia ini seorang kakak. Sedangkan insan yang dia anggap macam adik itu dah tak mahu ada apa apa hubungan pun dengan dia. Tapi kakak ini tak pernah lupa. Setiap kali lalu KAB, pasti akan teringat. Dan kakak ini masih rindu. Rindu nak mendengar cerita dari seorang adik. Air dicincang takkan putus. Kita tiada air pun. Pastilah dah putus.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Kakak ini tidak mahu adik ada sifat munafik. Delete delete delete, lupalah janji janji dulu. Adik pun lupakanlah, ya?

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-11-15

Melts.

Salam.

I'm in love...!!! With kids.
Semalam pergi majlis akhir tahun murid perempuan tahun dua (adik baongsu). Semua student sekolah dan parents kena datang. Sebab setiap tahun ada buat persembahan. So masing masing pakai cantik cantik dan segak segak. Nampak murid tahun dua lain yang buat saya cair. Sangat segak! haha. Dahlah dengan blazer yang oversized. Bow merah. Rambut tersisir rapi. Okay. Murid ini mahu buat persembahan apa ya. Tengok tengok satu kelas dengan murid perempuan tahun 2. Sama sama nyanyi lagu Gemilang. Cuma pakaiannya terlebih segak berbanding murid kelas yang lain. Hah. Apa kisah. Dia sudah buat saya cair.

Nampak kanak kanak berlari lari sana sini. Sudah jatuh cinta dengan kanak kanak. Ok dah lama dah jatuh cinta. So, semakin jatuh cinta. Well, I have plans dah regarding ini. Tinggal nak dapat kerja je. Then... Jeng jeng jeng. Hehe. Cepatlah cepatlah dapat kerja.

Khamis, maybe pergi jumpa my baby itu. Babyyy, mummy is coming. haha.!


gambar bermotif yang tidak jelas. hehe.


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





2010-11-13

A great day. Nervous.

Salam.

Good morning people.! Rise and shine. It's a great day, a beautiful day the kind of day that makes me wanna say,"I'm glad that I'm a life, I'm happy to be me." Hehe. Lagu Barney.

Today is exam day people. Nervousssss...!!! I don't know what I'm reading. I don't know what I remembered. What I knew is that I'm suppose to pass so that it can make my life easier. All the best.!!! =)


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

2010-11-12

Scared.

Salam.


 Any girl pun akan feel this way.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





2010-11-09

JAHAT.

Salam.

 AFTER ALL, I DON'T THINK I DESERVE ANYONE PUN. SEMUA ORANG BAIK. ME? JAHAT. JAHAT SANGAT.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

2010-11-08

Grounding myself from eating out.

Salam.

I'm trying hard to sleep. Tapi mata tak mahu pejam. Dan otak ligat berfikir. Macam rewind conversation. Takpun create conversation yang mungkin akan berlaku. Atau mungkin boleh juga dikatakan sebagai "building castles in the air" a.k.a. berangan. Tak tahulah betul betul berangan ke tak. Tapi macam berfikir jugalah kan.
Kadang kan, bila gather up ke apa, mesti akan choose somewhere untuk makan ramai ramai. So, secara tak langsung dikategorikan sebagai makan luar. eating out. Salah phrase, sorry. Tapi you guys/girls faham kan maksud dia? My family bukan jenis yang makan luar. Mummy selalu beli ayam ikan and then masak masak di rumah. Sebab susah nak jumpa kedai luar yang tak guna ajinomoto, yang bersih, yang yakin halal, dan yang penting sedap. Kadang kedai yang orang kata kedai mamak pun, boleh msykil dia ni Islam ke tak. Sebab ada ura ura kata ada yang Hindu tapi letak ayat ayat Al-Quran. Mengaburi mata pelanggan. I tak tahu sejauh mana kebenarannya. Kalau ragu ragu, baik jangan masuk, kan?


Dan sekarang macam nekad. Kan ada those kind of food franchise kan. Such as, Kenny Rogers, Nando's, Secret Recipe, Pizza Hut, KFC, McD, Sushi King, yada yada kan. Somehow, boleh tak kalau nak ban these kind of restaurants? Paling kuat pun kalau nak masuk, beli dan makan is KFC, McD. Tak pun kalau ada orang nak belanja. Dan bukan saya yang minta belanja. Dan Pizza Hut sebab macam ada juniors minta belanja. Entah bila dapat belanja mereka. Cepatlah kerja. Kenapa ban? Sebab personal. Hari itu pun ada makan di Nando's. Tapi sebab kawan dah janji. And macam tak sampai hati pula nak kata taknak datang. So macam ada kawan ajak juga pergi Ice Room. Di Nilai ada satu. Bangi ada satu juga tak silap. Tak sure. Kita dok complaint nak makan McD apa apa entah kan. Ada orang di Malaysia ini yang tak tahu pun McD itu apa. Hari hari makan nasi+garam. Ada yang tau McD apa pun hanya mampu beli nasi+kuah. Sebab nasi=RM 1. Dan kuah tak perlu bayar. Lagi kasihan.


Yummyyy.


Dahulu, masa zaman sekolah, kalau pergi mall, memang tak makan heavy lah for lunch ke apa. Pergi kedai yang jual bakeries, macam roti ke, danish ke, any pastries lah kan, then makan. Sebab rasa mahal. Hari itu pun, pernah buat juga. hehe. Then balik rumah terus buka tudung saji tengok ada apa untuk makan. Perut dah besar. Mana tahan makan roti sahaja. Kalau breakfast bolehlah. Nanti dah start kerja macamana lah kan. Entah entah dalam drawer nanti dah prepare makanan macam biskut ke apa nak alas perut. hehe.

Nanti tengok sampai bila boleh bertahan. Start dah macam sebulan juga sebenarnya.Sebab dah jarang keluar. Sampaikan mummy pun kata, I look fairer. Maybe sebab dah jarang keluar. Rasa macam flying sekejap kena puji. Tapi kena act cool depan mummy. hehe.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.







Quotes.

Salam.

Blog picture je boleh tak? 



Both from tumblr.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.







2010-11-07

One day.

Salam.

I wish, one day we could still sit together and have an ice-cream each. Sharing happy moments and plans for the future together. And I wish, it will come true. Amin. =)

Prayers.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

2010-11-06

Damai di hati.

Salam.

Macam nama lagu je tajuk post. Tapi bukan nak nyanyi pun. Just nak cakap... Sekarang rasa gundah gulana yang datang masa beberapa hari lepas, dah reda. Lega sangat. Alhamdulillah. Dulu ada cerita sikit dalam post tajuk Kalau Kalau Kalau. What happen is that, masa itu ada one friend ini. Dia minta tolong.

Bila problem datang, dia macam dah tak tahu nak minta tolong siapa. Betul, ada orang kata, ada certain people ini masa susah sahaja dia cari kita. Masa senang, lupakan kita. Lah. Dah itu namanya manusia. Dengan Tuhan pun manusia boleh buat macam itu. Takkan dengan manusia, seorang manusia tak boleh buat macam itu, kan? Dan saya memang jenis susah nak cakap NO. Mungkin juga sebab saya sendiri pernah rasa susah. Ada satu masa itu, SANGAT SANGAT LOST. Nak bercerita dengan manusia pun, tak tahu nak cerita dengan siapa. Walaupun, ada ramai yang willing to listen. So, somehow, bila dia minta tolong itu, tiba tiba semua perasaan terasa hati, merajuk macam dah tiada. *suka sangat terasa. haish* Yang ada cuma rasa sayang dan care sebab dia itu seorang kawan. Dan dia pun manusia. Macam saya.

Masalah dia settle. Tapi hati macam rasa tak lega. Then terjumpa artikel ini. Kan kalau di FB, macam lately, people rajin nak share share artikel kan...? So this artikel is one of them. Tajuknya, Orang ikhlas tertindas. Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang tulis. Bacalah. A nice one. Lepas baca ini, rasa macam tak mahu stop tolong orang. Hehe. Tapi yang penting hati kenalah ikhlas. 
"Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
Apa yang saya boleh simpulkan is, buat kebaikan ini kita kena ikhlas. InsyaALLAH, akan dibalas dengan kebaikan yang lain. Macam dalam kes saya, saya buat baik dengan kawan saya, saya tak boleh kecewa kalau dia tak layan saya dengan baik. Kalau. Harap harap tak lah kan. Kawan saya baik. hehe. Sebab, InsyaALLAH kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan yang lain. Tetapi yang paling indah, jika kebaikan kita dibalas di akhirat yang kekal abadi. LillahiTaala.
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah." 

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



52. Thanks.

Salam.

Sejak beberapa hari ini, dapat kawan baru pula. Di dunia blogging ini. Hye. Thanks sebab follow. Rasa segan. Serius. Sebab anda yang follow follow ini macam punya followers yang ramai. Dan saya tidak. Dan pengomen tegar beberapa orang sahaja. Takpe. Meaning tak ramai orang baca. Kalau orang yang baca pun, macam yang rapat rapat. Hehe.

Tapi, serius, segan. Takut content dia menghampakan those yang read. Saya blog macam nak share share je. So, I post things I want to. Tiba tiba dah post, rasa nak delete, saya delete. Kadang kadang sangat beremosi. Kadang kadang cakap tentang perkara yang sama. Sebab basically, macam sekarang ini, what happens to me is rutine. Lagi lagi sedang berehat rehat di rumah ini kan. So macam suka hati je.

So sorry, if i disappoint you. Harap harap kalian kalian can accept me the way I am. Kalau ada macam yang perlu ditegur, tegurlah ye...? Cuba yang terbaik. Sekarang ini pun macam sedang cuba tranform myself. Cuma dari segi blogging, what I post here, macam still sama, atau makin teruk. Kagum dengan those people yang buat post and then boleh kaitkan dengan ayat Al-Quran dan hadis. Dan bahasa pun cantik, sedap je baca. Mine? Still trying. Sekarang macam banyak guna quote. Learning is a never ending process. Banyak improvement kena buat, kan? Content pun kena selari dengan umur. Saya sudah ada umur...! hehe. Cuba cuba cuba. Bit by bit.

Oh ya.! Background hitam je. Sebab tak jumpa yang sesuai lagi. Sorry. =(
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-11-05

Welcome November.! Hehe.

Salam.

Tak tahu nak buat tajuk post apa. *selalu mengalami masalah dengan ini*. Ish ish ish.

Tapi hari ini macam penat. Dah lama macam tak menghadap laptop lama lama. Dah few days juga. Badan pun macam sakit sakit. Krukk krakk bunyi tulang belakang. Ok. Saya exaggerate. hehe. Tapi. Itulah. Padan muka. Delay delay kerja lagi. Then laptop terpadam lah. Kena on balik lah. Then kena buat kerja balik lah. Then dengan tidur pun tak betul. Ha.! Sekarang ini patut tidur. Tapi tadi punyalah try nak tidur, fikir pasal macam macam pula. Otak oh otak. Rehatlah. Siang nanti nak kena bekerja lagi. Orang sibuk cuti cuti rehat, awak kena kerja okay. Sebab masa orang lain kerja awak dok rehat je.

November sudah datang. Padahal dah 5 hb Nov baru nak sedar? Ish ish ish. Okay. Sejak sekian lama menanti November tiba. Actually tunggu akhir November untuk tiba. Sebab ada program. Pum pam pum pam, Tiba tiba dapat lah kerja sikit. Untuk mengisi masa lapang dan mengaktifkan semula daya tahan otak. Preparation untuk event nanti. *kata hati yang ingin memujuk* hehe.



Siang tadi bangun lagi awal dari biasa. Siapkan edit paper tu. Haish. Dah OVERDUE okayyy. Dalam jam 2.00 petang bertolak nak pergi serahkan papers tu semua. *gaya macam nak hantar memorandum je. hehe.* Tadi macam langkah kanan. Pergi jumpa lecturer, then ada kakak and dapat task baru. Semoga ALLAH s.w.t. sentiasa memberkati kakak. Amin.

Exam is just around the corner. Ada lagi dua task kena siapkan. Parcel tak sampai lagi. Weekend dah full. Tak tahulah. Tengoklah bila dapat hantar task tu. Kalau boleh nak settle by Monday. Malas nak fikir dah. Ini pun kalau tak, rasa nak buat je kerja. Tapi krukkk krakkk dah. Mata, kenapa taknak pejam.?

Funny, rasa macam kuat membebel+mengeluh sekarang ini. Takkk. Itu tak bersyukur namanya. Saya happy dengan hari ini. Tadi balik rumah rasa sangat happy. Cerita macam macam dengan kakak. Nasib baik kakak jenis suka je dengar orang cerita. Just... Pendrive, sila kembali padaku. Akhir bulan nak guna. I kept you in a safe place. And now you are so safe I cannot find you. T_T

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





2010-11-03

Tak tahu nak letak tajuk apa.

Salam.

Malam ini ada 2 post ye.

Tadi pergi reread post. Pilih tag yang menarik. Then baca baca. Secara tak sengaja, T_T. Haish. Kenapa kenapa kenapa T_T? Idk.

Funny. Teringat ada sekali tu post di sini Rindu. Then dia yang dirindui baca. And ugut nak print and nak baca depan depan. Siap kata nak print suruh another kawan pula baca. Haish malu. Macam kalau cakap kat blog, I rindu orang ni I rindu orang tu bolehlah. Kalau nak cakap depan depan, SANGAT SEGAN. Malu bertempat takpe kan? Hehe. At least I cakap juga rindu kan. Orang kata jangan simpan perasaan kita. Hehe.

Tak tahulah. Hari kedua rasa restless. Tak sedap hati.

Pernah tak guna perkataan ayat ini? "Don't worry." I always use this sentence. Selalu macam bila in a trouble ke apa ke, and then ada loved ones yang tahu and then macam mereka macam risau. Tapi tak mahu buat mereka risau so cakaplah ayat ini. Tapi bila cakap, ia hanya akan buat orang lagi risau. Sebab people cares. So they become worried. Macam a few days, people uses this sentence on me. But I become lagi risau. Lumrah cik cahaya kot. lumrah manusia. Senang risau kalau melibatkan kebajikan people. Urm. Next time, kena guna perkataan ayat "Please worry." So that nanti people dah tak worry. Logik tak? hehe. Kalau orang cakap please, people tak suka buat. Tapi kalau cakap don't people MESTI akan buat. Kan kan kan?

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




Sihatlah.

Salam.

Ya ALLAH, Moga dia dan dia dan dia dan mereka cepat sembuh. Agar dapat diteruskan hidupnya seperti biasa.  Peliharalah mereka, ya ALLAH. Moga mereka sentiasa dalam perlindunganMU. Amin.

Teringat masa malam Raya lepas. Dia dan family tidak sihat. T_T malam itu. Sedih.

Saya tahu dia kuat.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2010-11-02

Kalau kalau kalau

Salam.

Kalau lah nak cakap NO sesenang nak sebut nama orang kan. Norrrrr!!!

Kalau lah reti nak pentingkan diri sendiri dan biarkan orang lain pandai pandai solve problem sendiri.

Kalau lah still rasa hurt and terkilan.

Kalau lah pandai berdolak dalih.

Tapi bukan itu yang jadi. Yang jadi is.

Kalau tak tolong, orang lain akan tolong tak?

Kalau tolong, kurang sikit beban dia kan?

Kalau selalu pegang dengan buat baik dengan semua orang, kenapa tak kali ini kan?

Bila a friend, needs help walaupun ada bad things pernah happen, still tak mahu turn away. I am acting kurang pandai is it? Tak boleh tahu orang susah. Mesti nak tolong. Walaupun diri sendiri tak berapa okay.

Ya ALLAH, semoga tindakan ku ini tidak salah. Amin.


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-11-01

Again.

Salam.

I think I'm having depression again. It's not because of frustrated of not finishing masters. It's about the other reason. Bila nak over ni... Parcel cepatlah sampai. *sigh*

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681