Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-11-28

Aidiladha. Taubat Nasuha.

Salam.


Umum diketahui, Aidiladha jatuh pada hari Jumaat iaitu 27 november 2009. 

Maka, ingin diucapkan Selamat Aidiladha kepada semua. Hari yang diingati sempena pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Juga bermakna ramailah umat Islam yang sedang melaksanakan rukun Islam ke lima iaitu ibadah haji. Moga mereka mendapat haji yang mabrur. 

Berkorban untuk Islam. Dan bukan mengorbankan Islam. Urm. Get what I mean? 

Aktiviti pada Aidiladha ini tidak lain dan tidak bukan, solat raya dan makan dan makan dan makan dan makan. Makan makanan yang kat rumah jep. Dimasak khas sempena Aidladha ini. Maaf. Gambar tiada. Sebab... tiada gambar makanan yang dijamu pada hari semalam diambil. =P Nape rasa macam ayat tunggang terbalik ek?

Semalam ada wayang kat rumah. cerita? Barbie and the musketeers. Hahaha. Aidiladha ni, beraya bersama2 Barbie ya kanak2 sekalian. Aidilfitri lepas, Che' beraya dengan Barney dan Doraemon. Pelik? Tak pelik apabila tidak tahu drive. Kot. Kalau tahu drive, hehehe. Dah sampai Tambun kot. Maaf lah sebab mood nak ke Tambun sangat meluap2 lbh2 apabila tahu ada orang lain dh smpi tambun lbh awal. Apa. Taman Ampang ke tah namanya. *sangat jeles* Oklah. Alasan je tu kan. Sebenarnya ada lagi banyak perkara yang boleh dilakukan selain tengok cerita Barbie tu. Tapi nak buat macamana kan. Dah tertengok. Lalala~

Semalam malam pula, tengok tayangan drama Taubat Nasuha. Nape rasa macam cerita ni dah pernah tayang? Tragis. Pengajarannya ya kanak2, janganlah anda curang. Owh. Si atuk (Jalaluddin Hassan) ada bagi buku agama kat anaknya (Fauzi Nawawi) and cakap, Kalau tak suka bagi balik. Pastu anak dia curang ngan wife dia. Balik umah, tengok2 anak2, wif yg sedang mengandung terbaring atas lantai. Semua sudah meninggal sebab kena bunuh. Dan tunjuk yang atuk ngan anak yang curang tu tengah duduk lepas solat jemaah. Anak tu nangis2. Atuk tu cakap apa tah tak ingat. Tapi dia ulang ayat Kalau tak suka, bagi balik. Dan ending tu kuar ayat hargailah apa yang kita ada sebelum ia hilang. Hilang tu maksudnya sangatlah subjektif. Boleh jadi tiada depan mata tapi still wujud. atau memang ALLAH dah ambil balik. Yelah. semua yang ada kat dunia ni, hanyalah pinjaman dari ALLAH semata2. Cam bila kita pinjam barang2 kawan kita lah kan. mesti nak jaga baik2 sampailah satu masa, kawan tu nak guna balik, kawan tu akan minta. Jadi apa yang ALLAH pinjamkan tu kita jagalah baik2. Sampai masanya, ALLAH akan ambil balik apa yang dipinjamkanNYA. Dan bila masa itu tiba, kita kenalah redha. Get wat I'm trying to say? *muka berharap* Cuma tu lah. Cerita taubat Nasuha ni, part Taubat tu sangat sekejap. iaitu dalam 10-15 minit terakhir jek. Tapi, kalau cakap dalam real life pun, ALLAH itu MAHA PENGAMPUN. Tak pernah terlalu lewat untuk bertaubat. Yang penting ikhlas dan tidak buat lagi. Benci kesalahan itu sebagaimana dicampakkan ke dalam api neraka. 

Dalam drama lain pula, ada pelakon ni cakap ayat ni, yang baik diterima, yang buruk diperbaiki, yang koyak kita jahitkan, yang senget kita perbetulkan. Kiranya cam kalau baik tu kita ambillah. Tapi kalau buruk atau kita tak kenan pun kita ambil juga. Tapi ada plus kat situ, iaitu dengan penambahbaikan mengikut apa yang kita rasakan molek tu.kita. Kiranya cam kalau buruk pun terima juga tapi leh wat ubahsuai. Erm, paham tak? Che' paham. Hehe. =)

Adeh, banyak sangat tengok drama ni. Hehehe. =P

Tapi selalu kalau drama Melayu mesti ada dera2. Sangat tak suka. Tapi tulah. Apa yang drama tunjuk memang jadi dalam real life. Oh. Sungguh dramatik. 

Dan tidak dilupakan, Selamat Hari Lahir wahai adik Iwan. Moga panjang umur. Murah rezeki. Success sokmo. Sihat selalu. Happy always. Bahagia dunia akhirat. Belajar molek2 deh. Akak tak tau camne nak tunaikan janji hari itu. InsyaALLAH akan ditunaikan tapi tak pasti bila.


P/S: che' pun ada banyak kekurangan kat diri ini. masih dan masih dalam proses membaiki diri.

P/P/S: Kalau panas, orang akan buat perbandingan atau metafora atau hiperbola dengan "kalau letak telur pun mesti dah masak". Tapi kalau sangat berminyak orang bandingkan atau metafora atau hiperbola dengan ape ek?


No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681