Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-10-29

Kisah silam.

Salam.

Hye.

Moshi moshi.

Sawadeekap.

Kisah silam. Semua orang ada kisah silam. Dan walau betapa baik pun orang itu, saya pasti dia ada kisah silam yang tidak mahu dia ingat langsung. Walau tidaklah seteruk mana di pandangan masyarakat. Kalaulah boleh ditekan butang backspace atau delete, pasti sudah lama ditekannya. Hingga langsung padam dan tidak nampak kesan walau sedikit pun. Dan dia tidak mahu kisah hitam itu berlaku lagi. Ibarat pisang berbuah dua kali. Manusia buat silap. Dan bila dah tersedar, seboleh dan sedaya mungkin akan cuba untuk perbaiki silap itu. Kalau tidak pun, Dia tidak mahu melakukannya lagi. Cukuplah sekali. Dan ia hanya akan berjaya jika dia benar2 nekad. Dan punya hati yang SANGAT kuat. Kalau rapuh, memang boleh sesat balik. Lantas, ia berulang lagi. Namun, manusia memang boleh berubah. Mungkin bukan dalam masa yang singkat, tapi andai dia benar-benar ingin berubah, segalanya mungkin berlaku. Sedikit demi sedikit. Lama-lama menjadi bukit. Manusia bertaubat.  Dan cuba untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Peluang itu sudah ada. Tapi andai peluang itu dibiarkan berlalu pergi, bawaudalwauha lah anda.


Dan anda juga sangat2 beruntung. Andai betapa kurangnya diri anda, masih ada insan yang sanggup menerima anda seadanya. Lupakan yang lepas. Kita buka buku baru. Tinggalkan jauh-jauh. Andai 'dia' benar-benar hadir, Hargailah dia. Jagalah hati dia. Hormatilah dia. Sayangilah dia. Dan jangan sesekali melukakan hatinya. 


Tinggalkanlah kisah lalu itu. Campakkanlah ia ke dalam jurang Mariana. Atau Lubang hitam. Hargailah dia. Kerana andai dia pergi suatu hari nanti, anda pasti akan menyesal dan tidak memaafkan diri anda. Dan anda belum tentu akan berjumpa lagi dengan insan sepertinya.


Cinta bukan segalanya. Harus ada  kepercayaan, kesetiaan dan pengorbanan.


1 comment:

sanchez said...

huhuhu,,,
ye ye ye,,,,(jozan style)

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681