Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2011-08-26

Perkara tertunggak.

Salam.

Kadang kadang, rasa sangat kecewa dengan diri. Sebab tak dapat capai target. Not even a bit pun. Banyak sangat kerja yang tertunggak. Ni, ada lagi dua yang tak siap lagi. Let me list down kerja yang tertunggak dari end of last year.

Tshirt KTP1 - done.

Report SELERO! - done.

Post surat Clarians - in progress. Dah beli setem. Nak kena tampal and post.


Update database PAKMNS(ke PaKMNS ea?) starting Mei 2011 - in progress.
Nak passing kat ajk baru, macam kejam pula sebab kita tak siapkan kerja kita lagi and suruh dia siapkan. Tapi harap harap dapat siapkan soon. Sehari kat tempat kerja menghadap komputer like 8 hours, so bila balik rumah akan sangatlah malas nak on Belle. *I wonder how other people boleh ngadap skrin komputer tu lama lama everyday. Kagum!*

Belanjawan PAKMNS - done

Tshirt reunion PAKMNS - in progress.
Dalam 5 pieces lagi. Ada ahli macam taknak ambil tshirt lagi. Ada yang nak ambil bila jumpa. Tapi tak jumpa jumpa lagi. And ada yang dah jumpa banyak kali, tapi I still tak bagi bagi lagi. Haha. 

Go through the books+notes masa Matriks, Degree and half Masters - In progress.
Nak kena check mana boleh simpan, kat mana nak simpan. If boleh bagi orang, nak bagi siapa and how to bagi.

Giveaway baju - In progress. Yang ni, baju dah bungkus, tapi tak bagi bagi lagi sebab tak tahu nak bagi siapa and bila dah tahu, macam terlepas pula masa patut bagi baju so last last tak bagi.


Pape pun kan, bila dah settle tshirt KTP1 tu, rasa SANGAT SANGAT lega. Sebab, dah delay dari end of last year sebab problem dengan kos baju tu. Lagi lagi bila kita kena deal dengan those cute cute kids yang umur Form 3+Form 4 kan. Selalu macam, "cikgu, bila nak dapat baju?" Bolehlah diorang Raya pakai baju. Just, Unfortunately lah kan, maybe ada yang tak puas hati dengan baju tu. Ada yang happy sebab dah dapat baju tu walaupun OVERSIZED. *one reason why they should eat a lot and makes themselves grow* Tapi, sangat sangat lega. 


So, harus semangatkan diri, untuk siapkan yang tak siap lagi ni. Berusaha!


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



2011-08-25

Ya Allah, aku redha andai perasaan cinta dan sayang yang kau kurniakan ini hanya untuk seketika. Terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku peluang untuk merasakan kebahagiaan disayangi. Terima kasih ya Allah.

2011-08-19

Mana Mak?

Salam.

A story. 
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?






Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






2011-08-16

T-shirts

Hi. I went off thinking. There's this one thing which I felt frustrated of. T-shirts. Since end of last year, I'd been working out on doing this one t-shirt. I don't design it. But I only deal with the person in charge. Those kind of t-shirts where you design, for an organization and such, order, pay, then there goes some printing to be done, then you get your t-shirt.



Why I get frustrated?
1. I don't tell in detail, whether it should have hand curf or not; i only highlighted on collars and whether it's long or short sleeve.
2. The size is way larger than the buyers. i wish they'll grow bigger and fits those tshirts. i should have ask for the t-shirt measurements. 

3. It's expensive! Because it's in a small amount. 

4. I should have seen the finalize design of the t-shirt. Where the p.i.c. Needs to adjust the design so that it fits the printing size.
5. I dealt with the p.i.c. alone. Supposed that I get help from anyone when it comes to making decisions. 

I know, someone(s) is(are) way so disappointed with the result of the tshirt. I'm sorry. My very very very bad.

2011-08-15

Engkau.

Salam.

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
Maksud menggunakan FB secara maksima; dengan ilmu yang dikongsi rakan rakan. Sertai group yang ilniah. Secara tak langsung, dapat tarbiahkan diri. Ah. Rindu ditarbiah. Kakak ini belum dapat jadi seperti isteri isteri Nabi. Seperti yang dijanji. Kena berusaha lagi!

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





Yang dicari

Salam.

TO share.
Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihat pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali..♥..♥..

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






2011-08-11

Work today : I read.

Assalamualaikum. Hi people.

How's your Ramadhan? A lot of good deeds done? Good. Let's let's add more.

Today, at work, I'm not doing work. My task is to support the dept. Besides taking care of this one thingy. Thus, when any of the team member that needs my help, I'll have a work to be done. Else, it's the waiting. And today, the waiting happens. I'm like complaining, don't I? Aha. I guess, today, I've discovered what to do at work while waiting. And at the same time, it gives me some benefits. Duh, I should realize this earlier!

In the morning, i read the Malay online newspapers. I know, people says that some of the news are fake or being created and such, but, let's make ourselves updated, shall we? Especially when there's some expectation that there's going to be recession and it's going to be worst than during 2007. Next, I'm done with every segment in the Malay online papers, I remembered that there was this online Quran A'idah used to show me. Read few pages, whisperedly. Then, I went through some fav blogs and some motivational websites. Around 2++, a team mate came and teach me some new things I need to help out. I'm lucky cause I have an access to the internet. At least, I can do some readings to motivate myself. Else, I'll solve the Maths puzzles that I brought along.

In a nutshell, do things that will be beneficial to ourselves or people around us. At least, we know that day was spent well. Cause time is never reverseable.

Night people! Sweet dreams.

2011-08-08

2011-08-04

Elder sister, a burden?

Hi.

I always wished for an elder sister. Cause I never had one. But am I a burden for my siblings; my younger brothers and sisters?

Me : where are you?
She : stuck.
Me : where?
She : doesn't matter.

It was like, I have no idea of where you are, and does some care and love hurts so much?
I'm a bad sister. Bad bad sister.

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681