Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-09-07

Update.

Salam.

Ini namanya itik ada kepala hijau. Not mine. 
Tapi cantik kan this picture?


Hari hari busy.
Starting Jumaat, agak busy. hehe. Seronok bila busy busy nih. Macam ada je perkara nak kena buat kan. Jadi otak pun takdelah fikir perkara pelik pelik. Tapi busy tu siang siang je. Bila malam, urm... Penyakit susah nak tidur tu datang. Haish. Macamana nak buat ye supaya senang tidur? Risau lah. Hari hari pun macam ini. Okay. Maybe kena aktifkan diri hari hari kot. Smaller sister cakap, petang petang kena ride bicycle pusing pusing area rumah. So, nanti malam macam penat akan senang nak tidur. Maybe. Tak try lagi. Sebab petang petang ada cerita menarik di TV a.k.a. idiot box. hehe.
Jumaat pergi rumah Cikgu Maria. Dengan Een. Sangat best. Macam sangat lama tak jumpa cikgu. Since habis sekolah. Nanti akhir tahun ini pula nak pergi visit Achiq at Terengganu pula. Harap-harap jadi. Bila sekolah dulu tak rapat sangat dengan cikgu cikgu. Macam baik gitu gitu aje. Tapi dengan Achiq macam rapat sikit. Sebab Achiq kaunselor. Dan PRS ni bawah Achiq kan. Tapi pergi rumah cikgu tu, macam macam belajar. Bukanlah cikgu buat kelas tuisyen ke. Tapi macam minda ni terbuka lebih besar. Tentang macam macam lah. CIkgu suruh sambung Masters balik. Try kat tempat lain pula. Tapi kan cikgu, mana nak cekau duit untuk yurannn? Dan dan dan, rasa frust dengan Masters hari itu tak hilang lagi. So rasa nak cari kerja dulu. CIkgu bising suruh jadi cikgu. Haha. Semua orang pun sibuk suruh sambung belajar lah tak pun jadi tutor atau jadi lecturer. Sebab bagi mereka I macam sesuai jadi lecturer. Kelakar juga bila baca macam macam komen dan cadangan mereka. Thanks sebab bagi cadangan semua. Nanti I tengok apa kerja ada di JobsDB and Jobstreet and kawan kawan mereka. Kerja banyak. Nak apply ke tak. Tu je. Urm. Rezeki masing masing kan.

Sabtu pula, pergi jalan jalan di kedai buku area area SOgo itu. Itulah, ada adik ini nak cari buku untuk kawan dia. Tak tahulah dia jumpa ke tak. Sebab I tak stay sampai habis. Cukup masa, I bertolak ke venue seterusnya. Pergi UKM ok. Bukan balik UKM. Lain tu. Hehe. Tak termsg Cik Sasa pun. Sorry Cik Sasa. Nanti ada masa I visit okay. Senang cerita tak jumpa sesiapa pun lah. Jumpa Cik Epa je. Teman dia buat proposal. Dengar dia cakap sorang sorang sebab I tak tahu apa apa pun pasal coz dia. So tak dapat nak tolong. Sorry kakak. Boleh tolong cheer je kat sebelah kakak. gooo kakak! Hehe. Tapi sebab takde pom pom jadi tak boleh nak buat tarian lompat lompat semua. Hehe. Malam tu, makan di luar. Carrot susu! Sejuk. Lately mengidam minuman susu susu ini. Hari itu di rumah buat Bandung Soda. Pergi Petronas semata mata nak cari Ais Krim Soda. Gigih tak?
Ahad, pergi Nilai. Teman kakak shopping. Penat juga. Ha. Ini I dah cerita sikit dalam post sebelum ini. Kalau rajin, tengoklah ye.

Isnin, bertolak balik kampung. Tahun ini tak balik Kedah kot. Tak tahulah tahun depan akan balik ke Kedah beraya atau tak. Masa akan datang tiada siapa boleh jangka, kan? I ingatkan Daddy drive untuk balik Perak terus. Rumah Tok. Tapi Singgah Sg Dua. Visit kakak saudara. Kakak saudara ini memang rapat dengan ibu. Sebab masa ibu kecil kecil dahulu kakak saudara ini pun berjasa menjaga ibu. Selain arwah PakNgah lah kan. Well, nama je kakak saudara. Tapi dia lebih tua dari ibu. Jadi, Dari side ibu, I adalah cucu saudara. Sepupu punya anak punya anak. Tu dikira saudara, kan? Hehe. Tak tahu nak label apa. Tok Long. Wah. Rasa tua. hehe. Tidur situ. Semangat kakak masak masak semua. Well, kami family besar, Adik adik lelaki pun kuat makan sekarang ini. I suka jeling jeling bila adik lelaki I yang kedua tu makan. Sebab? Entah. Sebab doa boleh makan banyak kot. Bila I nak makan banyak, mesti teringat ingat muka Dr. Aiyooo. Terus tak jadi nak makan. Kadang kadang, makan je. Haha. 

Selasa (hari ini), baru bertolak ke Perak. Busy kan hari hari? Hehe. Rasa macam nak lawat seseorang dia Manjung Sabtu nanti. Hari itu dah lawat, jadi kalau lawat sekali lagi boleh kot. Daddy selalu sporting kalau I nak singgah singgah lawat orang. Urm. Tengoklah nanti macamana. Selalunya on the way dari Perak ke rumah, akan singgah Jeneri. So, takut macam tak sempat ke apa. Urm. Harap harap sempat. Tak boleh nak janji apa apa okay. Okay. Hehe.





Relationships.

Kejap merajuk dengan orang ini. Kejap merajuk dengan orang itu. Kejap, aku benci kau. Kejap, I hate you. Haish. Kasihan semua orang yang kena. Kadang kadang tiada kaitan pun kena habuk habuk asap juga. 

Eventually, beberapa hari ini, I cuba nak make things up balik dengan semua orang. Semua semua yang I sayang yang I cuba nak ignore kebelakangan ini. Hey, dah biasa orang itu dalam life kan. Nak ditch macam itu sahaja? No way. Susah. Last last hati sendiri yang sakit. Hari hari pun fikir kenapa kenapa. Ego punya pasal. Urm. Tak tahulah itu ego ke apa. Maybe memang ego kot. Entah. Kena cari kamuslah macam ini. Cari definition ego itu apa. Semua benda pun dah macam salah interpret sekarang ini.


Saya masih sayang dia. Masih rindu dia. Still care dengan dia. Still terfikir fikir apa yang dia buat. Macamana life dia? Macamana dia sambut raya? I tak kisah kalau dia tak tahu khabar I. Yang penting I tahu. Dan I rasa lega sebab I tahu. Lepas apa yang jadi dulu kan, macam tak mahu berkawan langsung dengan dia. Sebab fikir susah. Tapi I rasa tak tenang. Macam ada sesuatu yang tak lepas. Memang. Macam ada something holding me back. I taknak tanya khabar dia semua sebab I takut. I takut nanti things will be okay dan kami hook up again. I taknak give myself a second chance. Takut. Nanti I hurt dia lagi. Sebab the chance is there. Memang ada. Boleh tak kalau kita baik macamana pun kita hanya sekadar kawan SAHAJA? Eventhough pernah ada feelings suatu ketika tak lama dahulu? Anything is possible kan? Hehe. Selamat Hari Raya. Saya harap awak happy dan bahagia lebaran ini. Bersama keluarga tersayang. =) Eh, dah tak boikot emoticons dah. hehe. Please please please, janganlah buat conclusion sendiri kalau tak tahu keadaan kami. Thanks.

Dengan adik Iwan. Dengan Teh. Hari itu macam merajuk dengan mereka dua. Tak tahulah kalau things will better ke tak. Maybe tak serapat dahulu kot? 
I rasa sangat sangat rasa bersalah dengan a friend ini. Cahaya bersinar. Dah SANGAT lama tak tahu khabar dia. Hari itu masa problem occur, lari dari dia sebab tak rasa nak cerita dengan dia apa yang sedang berlaku. Sedangkan dia itu one of my bestfriend. Entah, bila problem itu datang, dengan semua orang pun I macam nak lari. Kalau bukan sebab stay kat rumah, dari family pun nak lari. Put on my running shoes. Then lari lari. Hilang beberapa kg. hehe. Entah. Tahun ini Zaira final year. The only reason I can give to myself when she's not replying my salam at YM is because she's busy with her fyp. Selalu kan, tiap tiap tahun sejak sekolah mesti tak pernah miss nak bagi kad raya kepada Zaira. Tahun ini? Macam tiada semangat Aidilfitri. Dah balik nak balik kampung baru teringat tak pos kad untuk dia lagi. Urm. Ramai pun tiada semangat Aidilfitri tahun ini. Nanti lepas raya lah nak post kad kepada dia. Tapi alamat dah hilang. Kalau dia tak jawab YM, bagaimana nak tahu alamat dia? Zaira! Aku rindu kan kau!!! Jaga diri elok elok kat sana okay. Tahun depan kau konvo aku beli bunga besar besar. Ini yang aku rasa tak sabar nak kerja ini.

Semangat.
Semalam ada bual bual dengan Mummy. Ingatkan Mummy faham dengan status FB itu. Rupa rupanya tak. Mummy ingatkan I main main. Kalau Mummy pun ingat I main main, apatah lagi orang orang lain yang baca dan komen, kan? Hehe. Siapa yang care, akan bertanya. =)

Mummy kata, suruh pergi cari something untuk buat lepas Aidilfitri nanti. Kerja part time ke apa apa lah kan. Dia tahu I tak boleh duduk kat rumah hari hari. Ha! Tahu pun. Mana boleh I duduk kat rumah sahaja. Last last I duduk kat rumah tidur je. Tak tahu nak buat apa di rumah itu. Kalau na kemas rumah, rugilah ada orang itu dibayar untuk kemas rumah kan. Nanti kerja dia tonton tv je. Kalah I. Jadi I kemas katil+meja+almari I je lah. Hehe. Ini dikira mementingkan diri tak? Kadang kadang, pergilah dapur tolong tolong. Hehe. Nak bake cake semua. Tapi. Oven rosak. Jam. Mummy, jom beli oven. Nanti boleh bake macam macam. 

Urm. Nanti kena update resume. Nantilah. Duduk kampung ni macam malas nak buka word dan edit. **padahal kena edit sikit sahaja** Okay. I buat esok. Boleh tak? Bolehlah. Haha. Menangguh nangguh kerja adalah tidak elok okay. **Look who's talking**


RIndu nak jumpa cousin semua. Keadaan sudah tidak macam dahulu. Balik kampung macam duduk rumah sendiri sahaja. Huhu.


Dah habis dah ceritaaaaaa. Entah kenapa entah hari ini macam tulis dengan sangat panjang sampai semua benda pun nak cerita. Sedangkan selama ini macam suka cerita sekerat sekerat. Haha!


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



4 comments:

Unknown said...

Rajin sungguh menaip sepanjang ini...tak larat nk baca semua. bace sket2 lu.hehe

Noru Amran said...

haha. tu lah, oanjang kan? dah lama tak tulis panjang panjang. hehe.

Anonymous said...

haha...suke lah post ini sbb wani tulis panjang2...hehe

si buta warna said...

setiap org ada dugaan masing-masing :)

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681