Syawal dah datang. Tiba tiba terbayang Syawal Soso. Hari itu bulan Ramadhan terbayangkan Don. Antara nama nama bulan Islam yang selalu dijadikan nama anak. Glamour kalian. =)
Bila Syawal dah datang, maknanya Hari Raya Aidilfitri lah kan? Episod, bila makan asek asek nampak muka Dr jek. Tapi buat buat tak nampak sebab nak makan jugak. **degil** haha.!
Hey hey hey. Tahun ini beraya di Perak. Umah tok. Tak balik Kodiang. Sebab, Sabtu dah kena balik SJ. Sister have class on Mondayyy. And brother want to go teach his friend Maths/Add Maths kat mana tah. So, sekarang dah di SJ. Semangat nak kemas rumah dan bilik okay. Esok nak kemas almari. Ke nak kemas hari ini ea. Nak keluarkan baju baju yang dah tak boleh dipakai lagi. Baju zaman kanak kanak dahulu. Sekarang dah adult sikit. Hehe. =)
Aktiviti raya? Biasalah, hari sebelum Raya akan gotong royong masak masak semua. Basuh pinggan mangkuk gelas cawan semua. Sebab, Malam sebelum Raya itu akan buat majlis Tahlil. Kalau dah buat majlis tahlil, mesti akan jamu jamu kan? Haaa! Sebab itulah kena masak masak semua.
Then macam akan ramai ramai dengan saudara semua sibuk sibuk. Meriah lah. Tapi I macam tak bising sangat kot. Takpe. Ibu ada tolong meriahkan. Wakil keluarga. Hehe.
Pagi Raya, mestilah solat Raya kannn? Selalu kalau Iyah ada, dia akan ironkan baju semua. Sampai peluh peluh habis dia. Tapi tahun ini sebab dia tidak pulang, jadi I ambil alih. Kalau baju tu macam kedut kedut tu, I punya kerjalah. Tiba tiba teringat masa awal awal iron baju sendiri di SESERI. Nanes ok! Sebab teringat Iyah selalu ironkan baju. Kalau baju baju ni, I selalu ambil part basuh atau sidai atau lipat. Iron ni kurang gemar. Hehe.
Okay. Lepas dah solat semua, pergi serang rumah Maklong. Maklong satu kampung dengan Tok. Tapi selang berapa buah rumah tah. Depan senget sikit je dengan masjid itu. Before nak pergi solat di masjid itu ternampak satu famili yang pakai baju melayu sama ton purple dengan Yusuf. Risau juga takut dia salah pergi famili kan sebab tengok warna baju sama. Haha. Okay. Yusuf dah besar. Bukan kanak kanak lagi. Dah pandai sikit jaga diri. Soalan pertama dari abang saudara : Boipren sihat? **dalam hati, haish. ada ke tanya pasal boipren. Khabar I tak tanya pun. Maybe sebab dengan SANGAT obvious boleh nampak yang I ni sihat kot...?**
Then makan makan, operasi ambil ambil gambar. Dekat dekat jam 1 baru pulang rumah tok.
Okay. dahlah. Cerita sampai sini jelah. Tulis banyak banyak pun, rajin ke nak baca? haha!
Nantikan kisah 2 Syawal pula. Jeng jeng jeng. =)

1 comment:
ceritalah skali malam semalam punye :D
Post a Comment