Salam.
Lumrah manusia, tertarik kepada kecantikan. Tapi ingatlah, beautiful things can be broken sometimes. Dan bila dah broken, adakah yang beautiful itu masih lagi cantik? Dah tak sama dah. =)
Dan rama-rama selalu dikategorikan sebagai sesuatu yang indah, yang cantik. Yang kalau boleh nak dipegang pegang. Tapi, bila rama-rama itu dah dipegang, dah rosak, dah tak cantik, dibuang buang, dibiar pula. Sebab rasa rama-rama itu sudah buruk. Lupakah, bahawa rama-rama itu pernah cantik dahulu? Hanya kerana dia sudah buruk, dibuang buang sahaja.
Ada yang menyamakan rama-rama dengan wanita. Bacalah. Cantik, makin tinggi dia terbang, makin ramai yang nak. Tapi bila dah dipegang pegang, nilainya dah tiada.
Tapi saya bukan nak ceritakan tentang rama-rama dan wanita. =)
gambar diselongkar menggunakan google. hehe.
Umum tahu, asal rama-rama adalah seekor ulat beluncas. Yang bagi sesetengah orang, sangat menggelikan. Menyusahkan kerana makan daun-daun tanaman. Hodoh. Euw. Sehinggalah suatu ketika, perubahan mula berlaku. Ulat beluncas memencilkan diri. Jadi pupa. Kata orang, ia mengambil masa 1 hingga 2 minggu sehingga ia menjadi rama-rama yang disukai orang. Rama-rama yang cantik. Kadang-kadang, andai takdir dia tak sempat nak jadi rama-rama, tak jadi juga. Hayatnya tak panjang. Ada yang kata, rama-rama ini hidup selama 1-2 minggu sahaja. Tetapi ada yang hidup sehingga 10 bulan. Bandingkan tempoh hayat dengan tempoh masa perubahan rama-rama itu.
Faham tak apa yang saya cuba sampaikan?
Perubahan mengambil masa. Perubahan boleh berlaku. Ia tidak mustahil. Namun, kita tak boleh jangka yang manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Hari-hari kita kata, "awak kena berubah" Tapi andai orang itu tak tahu apa yang perlu diubahnya, tak menjadi juga. Setiap manusia itu berbeza beza. Kita tak boleh nak harap manusia yang lain itu sama seperti kita. Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga rama-rama. Ada yang berwarna-warni, ada yang coraknya pelbagai. Perubahan itu tidak mustahil. Tapi tiada siapa yang kata ia senang. Ambillah masa. Jatuhlah berapa banyak kali awak mahu, tetapi jangan berhenti untuk cuba bangun. Ada masanya, saya pun tak mahu bangun juga bila sudah jatuh. Tapi, akan ada tangan-tangan yang sedia untuk bantu. Carilah. Pasti akan jumpa. Andai tak jumpa, ingatlah, ALLAH s.w.t. kan sentiasa ada. Andai, suatu hari, ada insan yang datang kepada kita dan mengatakan, "Saya ingin berubah". Bantulah dia. Tak semua orang sekuat kita walaupun pada zahirnya dia nampak sebegitu. Dan pasti kita adalah seseorang yang sangat istimewa sehinggakan kita yang dipilihnya untuk membantu.
Hidup kita ini singkat. Buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Bila-bila masa sahaja nyawa kita ini boleh diambil. Kadang-kadang, bila kita berbuat baik kepada orang, bukan dengan kebaikan yang dibalasnya. Kita boleh buat macam-macam perancangan tentang hidup kita. Tapi kadangkala, apa yang kita rancang itu tak menjadi. Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti. Yakinlah pada ALLAH s.w.t.
Kata seseorang, ALLAH akan makbulkan setiap doa hamba-hambaNYA. Mungkin tidak di dunia ini, tapi di akhirat kelak. Dunia atau akhirat yang kita mahu kejar?
Dalam setiap yang ada di dunia ini, ada kebaikan dan keburukannya. Suatu ketika, hanya yang buruk yang terzahir. Namun yang buruk itu boleh menjadi yang cantik juga. Saya akhiri dengan kata-kata ini. Renungilah.
yang baik diterima
yang buruk diperbaiki
yang koyak kita jahitkan
yang senget kita perbetulkan
P/S : Do I sound angelic? Saya cuma mahu orang lain jadi lebih baik dari saya. Sebab saya tahu saya bukanlah baik mana. =)
No comments:
Post a Comment