Dulu masa kecik kecik dulu, tak ingatlah umur berapa ada cerita ini. Tak ingatlah siapa yang sebar sebarkan cerita ini. Tiba tiba cakap pasal gado gado teringat cerita ini. Lebih kurang macam inilah ceritanya. Ingat ingat lupa. Gurauan je okay. Harap tiada yang simpan dalam hati.
Ada tiga sekawan. Seorang namanya gaduh. Seorang lagi namanya otak. Seorang lagi pula gila.
Pada suatu hari, mereka bertiga ini masuk hutan. Tiba tiba, gaduh hilang.
Maka, otak dan gila pun ke balai polis yang berdekatan untuk laporkan kehilangan gaduh.
Otak tunggu di luar. Gila yang masuk jumpa polis.
Gila : Tuan, saya nak cari gaduh.
Polis : Ha.? Awak nak cari gaduh.? Awak ni tiada otak ke.?
Gila : Ada tuan. Otak di luar.
Polis : Awak ini gila ke.?
Gila : Haah. Saya ni gila tuan.
Tapi tak tahulah pula last last mereka jumpa kawan mereka gaduh tu ke tak. Sebab cerita yang I tahu tu setakat ini je. Hehe. Sekian... =)

No comments:
Post a Comment