Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-10-01

Teringat.

Salam.

Sekarang ini rajin betul flashback. 

Masa Tingkatan 2 dahulu, ada berkenalan dengan ada abang ini. Dia lebih tua 5 tahun. Abang itu, belajar di UiTM Shah Alam masa itu. Kawan sebab chatting kat Yahoo! Chat. Masa zaman dahulu dahulu kan macam ada chatrooms itu kan. MIRC lah.

Berkawan. Pernah jumpa sekali. Tapi time itu jumpa dia dengan lagi dua orang kawan. So, kawan macam nak tinggal tinggal. Mereka nak lari pergi mana tah. Umur belas-belas lagi kan. Jadi macam tersepit nak ikut kawan ke nak stay borak borak dengan abang itu. Serius. Nebes. Yelah macam orang yang tak kenal. Tahu tak blind date? Ala ala cenggitulah. Last last lari ikut kawan itu tinggal abang itu. Rasanya lah. Tak ingat apa tindakan masa itu.

Yang ingat, adalah juga balas email dengan abang itu masa itu. Dia selalu nasihat nasihat belajar rajin rajin semua. Masuk U juga macam dia. And ada satu rangkap lagu dia selitkan. Sampai sekarang kalau dengar lagu ini, boleh menitis air mata. Lagi lagi part rangkap ini.

Selamat berjuang sahabatku
Semoga ALLAH berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya

Ada pernah sekali itu tengah dalam kereta. Tak ingatlah sebelum itu ada call nombor dia ke tak. Tapi time itu macam tengahari atau petang petang. Tiba tiba nombor dia call. Jawablah. Tengok tengok adik dia call. Kata dia dah meninggal. Sebab kemalangan. Ada masuk Metro hari sebelum itu ke 2 hari sebelum itu entah. Mana nak cari suratkhabar beberapa hari lepas di kedai kan? Terus airmata menitis. Sebak. Moga, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah untuk Abang Irwan.

 Nah, ini untuk you alls.


Selamat berjuang sahabatku
Semoga ALLAH berkatimu

 Jangan nanes okay?





No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681