Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-10-12

Hehe.

Salam.

Sebenarnya macam tak tahu nak buat tajuk post apa. Maka jadilah hehe. Haha.

Hehe ni macam satu versi ketawa yang sopan. Kalau macam haha mulut buka besar. Hehe macam malu malu, siap boleh tutup tutup mulut dengan tangan lagi. Okay. Saya sudah merapu.

Ada pembaca complaint kata tak boleh buka my blog. Sebab macam nanti keluar yang kata web ini boleh bawa harm itu. SOrry. I tak tahu bagaimana nak betulkan. Last last I buang background. Nanti bila rajin baru cari background baru. Pemalas kan? I know. Hehe. Tapi bila buang background pun dia kata masih tak boleh buka. Alaaa. hilang seorang pembaca blog. =(
Sekarang saya mahu jadi gadis sopan sopan. Yang nanti kalau warden masa sekolah nampak nanti sejuk hati dia. Sebab didikan dia masa sekolah dulu terhasil juga. "Girls, behave..." Dan sejuk hati ibu bapa tahu anak dia sopan sopan sahaja. InsyaALLAH. 

Petang nanti mahu bertolak pergi UKM. Esok ada mahu tolong kakak dengan conference apa tah di Putrajaya. Saya alergi sikit dengan Putrajaya Cyberjaya ini. Alergi itu akan hilang selepas... Lagi 3 tahun. Tapi kena tabahkan hati pergi juga. Sebab stay rumah tak buat apa kan. Hish. Tak boleh kata alergi. Sekali nanti kena kerja di Putrajaya, habislah. Alah. Putrajaya je pun. Kan? 

Masa singkat sangat. Kalau pergi UKM, mahu jumpa semua orang. Kakak kat Zaba. Adik adik kat KIY. Adik adik kat UO. Adik adik dan mak di KKM. RIndu. Dan mahu tengok gambar yang ada adik ini kata terpampang di PPSM. Macam konon konon "wanted" padahal tiada apa pun. Tak tahu mahu stay sampai bila di UKM. Barang apa pun tak kemas lagi. Aiyooo.

Nanti boleh asah bakat menjahit. Mummy buat sulaman riben. Saya kurang gemar sulam riben ini. Lagi suka buat sulam benang. Beberapa tahun lepas ada buat sarung handphone. Jahit huruf huruf dan bunga. Tak percaya? Tak apa. Saya tak kisah. Hehe. Ada satu itu huruf H dah bagi kakak. Tak tahu kakak dah guna ke belum. Nanti ada masa mahu buat lagi lah. Bagi orang. Then, kawan kawan mereka tengok, mereka pun mahu beli. Nanti boleh ambil order semua. Haha. Berangan. Lah. kenapa baca. Tadi kata tak percaya. Hehe. 

Menarik tak kalau bangun pagi pagi untuk beratur dapatkan tiket naik jambatan twin tower? Nak buatttt...!!!

Okay. Jumpa di post lain pula. Hehe.


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi.
Usaha doa tawakal.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681