Soalan glamour : Bila nak kahwin, ada anak...?
Jawapan : Ni dah ada anak dah. Anak tekak, anak mata, anak rambut. hehe. =)
Tak tahu kenapa. Macam suka sangat post tentang kahwin, lelaki, perempuan di FB.
Hari hari pun tanya Mummy, "bila nak pergi hantar bantal?" hehe.
Macam seronok je ada anak kecil kan? Rabu lepas, setelah entah berapa lama rumah ini macam dah tiada bunyi anak kecil, riuh rumah ini jadinya. Bukanlah I kahwin senyap senyap and then ada baby. Takkkkkk. Just kawan mummy datang nak belajar dengan mummy. Tiada siapa nak babysit anak anak dia, So dia bawalah ke sini. Dua orang. Abang and adik. Adik dalam 2 tahun. Abang... Urm 3 tahun kot. Tak sure pula. Lagipun di rumah ini ada saya, Kak Ani boleh tolong jagakan sementara mummy baby itu study kan. Saya turun bawah lambat. So, ice dengan adik tu macam lambatlah break. Lagipun ada masalah sikit hari itu. Jadi pergi settle masalah baru macam kacau kacau beradik itu. Yang si abang dok jenguk jenguk di pintu bilik. Sorrylah abang, kakak busy sekejap. Dua orang je. Tapi meriahnya macam ada berapa ramai entah kanak kanak di rumah ini.
Then sebelum hantar mereka balik cuba cuba lah berbaik dengan si adik. Mula mula macam dia malu dan takut. Takpe. Biasalah kan kanak kanak. Abang pula sibuk kata,"Dah lambat dah ni." Tak tahulah dia nak kejar apa. Ketika itu pula adik sibuk minum air koko yang Kak Ani buatkan. SIap tak mahu share dengan abang dia. Sedap sangat kot. Habis tumpah tumpah baju.
Saya sibuk sibuk ikut mummy hantar kawan mummy dan anak anak ke rumah. Dalam perjalanan, riuh kereta. Belok sikit, "wooooowww". Bunyi macam kerete racing itu. Then bila mummy lalu bonggol, "Adoih. Adoih." HEhe. Sampai sampai rumah kakak itu, dia muda lagi, Umur dalam 27. Sampai rumah kakak, Mummy sibuk tengok kain apa entah. So, sayalah yang kena melayan kanak kanak berdua kan? TIba tiba adik itu sua tangan mahu saya angkat. Abang pula ajak naik ke atas. Bilik mainan mereka. Si adik sibuk masak dan suruh saya rasa. Abang pula sibuk tunjuk semua mainan. Kereta itulah. Bola lah. Apa yang macam organ yang letak battery then tekan tekan keluar bunyi itu. Ha. Yang tu juga. Semangat, kan? Pening nak layan tak tahu mana satu nak dengar. Dua dua pun nak cakap nak cerita. Duduk depan tv, abang tunjuk semua CD yang ada. Kartunlah kan. Then dia pilih cerita UP, kata pada Mummy dia kakak nak tengok. DI rumah dah berapa banyak kali dah tengok. Sambil dukung si adik, I dengar dengar ibu bual dengan kakak. Tiba tiba macam dah tak tahu apa mereka bual sebab layan abang dan adik tengok UP. Dah nak balik dah ni. Saya lambai pada adik itu. Dia lambai Mummy dia. Kata nak ikut kami. And toleh pada saya, "Mummy, nak ikut." Eh, tiba tiba sahaja dah ada anak. Hehe.
I dah ada anak, Hehe, Kakak itu tertinggal bantal anak anak di rumah ini. Mummy, bila kita nak pergi hantar bantal? Hari hari saya tanya. =)
Ya ALLAH, aku sayang kan dia dan mahu membahagiakannya. Kerana dia juga hambaMU sepertimana diriku juga hambaMU. Temukanlah aku dengan dirinya Ya ALLAH.
Tadi macam rasa sedikit sedih. Sebab tahu ada one of my loved ones ini tengah serabut, tak okay. Kalau jumpa bukan cakap pun. Segan kot. Sebab masing masing dah besar. Dulu kecil kecil selalu main sama sama. Tapi still ada juga tanya khabar. Just tak bual sangat pasal personal life. Saya mahu dia gembira. Saya mahu dia success. Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepadanya. Peliharalah dia, Ya ALLAH. Moga dia sentiasa dilimpahi rahmatMU.
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi.
Usaha doa tawakal.
No comments:
Post a Comment