Apakah kemurungan? Ia gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran.
TANDA-TANDA KEMURUNGAN
Mereka yang murung mungkin:
· Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.
· Hilang minat atau hilang semangat.
· Mengalami masalah tidur.
· Hilang selera makan serta turun berat badan.
· Tidak dapat menumpukan perhatain dengan baik.
· Memikirkan tentang mati.
· Mempunyai simptom-simptom fizikal yang berpanjangan seperti sakit kepala, masalah gastrik/ perut dan kesakitan yang kronik.
APAKAH YANG MENYEBABKAN KEMURUNGAN?
Biasanya melibatkan kombinasi beberapa factor:
· Kecenderungan genetik - Penyakit yang boleh diwarisi.
· Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.
· Tekanan diri alam persekitaran.
· Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini.
· Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.
RAWATAN
MEMBANTU DIRI ANDA SENDIRI.
Sekiranya anda murung, anda mungkin berasa tidak bertenaga, tidak berdaya dan tidak berguna lagi. Ini adalah pemikiran-pemikiran yang negatif yang merupakan sebahagian dari tanda-tanda kemurungan. Fikiran-fikiran yang negatif ini akan hilang selepas kemurungan dirawat dengan berkesan. TETAPI sementara itu:
· Jangan menetapkan matlamat yang sukar dicapai untuk diri anda sendiri.
· Jangan pikul terlalu banyak tanggungjawab.
· Pecahkan satu tugas besar kepada beberapa tiugas kecil dan tentukan prioritinya.
· Jangan buat keputusan yang penting bagi kehidupan anda semasa anda murung.
· Jangan bersetuju dengan fikiran-fikiran anda yang negatif.
Langkah langkah ke arah kesihatan mental yang baik.
1. Bersenam selalu
2. Jaga pemakanan anda
3. Tidur dengan cukup
4. Luangkan masa untuk beristirehat
5. Jadi realistik tentang diri anda sendiri.
6. Buat perubahan pada diri anda beransur-ansur
7. Bincanglah masalah anda bersama teman serta saudara.
8. Rancang masa anda dengan baik
9. Tangani perasaan negatif secara berkesan
10.Bentuk keluarga yang bahagia. **Mummy I want to get married!. Haha**
-dicopy paste.-
**membantu diri sendiri tak bermaksud dengan kudrat sendiri. (adik, 2010)**

No comments:
Post a Comment