Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-10-21

Bila dia bertanya.

Salam.

Perkara ini dah lama berlaku. Malam 1 Syawal jika tidak silap. 1 Syawal 10 September. Kira perbualan ini berlaku nak masuk 2 Syawal lah. 

Ketika itu, sahabat ini, berlainan agama dan bangsa menegur. Semoga ALLAh s.w.t. membuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Amin. Dah lama juga tidak berbual-bual dengan dia. Bertukar tukar cerita tentang kisah masing masing. Satu yang saya sangat suka bila berbual dengan dia adalah kerana, kami berbual dalam bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak boleh perbaiki BI saya yang boleh dikategorikan sebagai 'hancur'. Yalah, di dalam kelas dahulu pun, jika berbual dengan yang berlainan bangsa ini, saya berbual dalam BI tetapi mereka jawab dalam BM. Maka jadinya, saya menggunakan bahasa rojak. Saya tidak punya ramai kawan, sahabat, yang berlainan bangsa dan agama. Entah bagaimana, boleh pula berkawan lama dengan dia.
Pada awalnya, perbualan lebih kepada, perihal diri. Kisah sekarang, apa yang dilakukan. Kerana sahabat itu sedang bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan dia banyak ke luar negara. Menarik, bukan? Tambahan pula dia seorang lelaki. Jadi, mudah juga hendak ke mana mana. Boleh melihat tempat orang. Di samping melaksanakan amanah yang diberikanlah. =)

Lama kelamaan, perbualan menjadi lebih berat. Masing masing memberikan pendapat masing masing. Sehinggalah suatu ketika, dia mula bertanyakan tentang Islam. Saya mengalami sedikit masalah dalam memberi penjelasan kepadanya tentang Islam. Lantas teringatkan seorang blogger yang pernah juga bercerita pengalamannya ditanya tentang Islam. Topik yang diutarakan adalah topik yang biasa ditanya oleh penganut agama lain. Namun, bila dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang saya tidak 'alert' saya jadi ragu ragu. Saya sendiri masih cuba meningkatkan ilmu saya dalam Islam. Tambahan pula, tersilap kata, salah faham pula yang berlaku. Lebih lebih lagi apabila 'vocabulary' saya dalam bahasa Inggeris agak lemah ketika itu. Alasan sahaja kan?

Dia pun sedar yang perbualan menjadi semakin berat, lalu menukar topik. *Mungkin nampak jelas kesulitan yang saya alami dari pihaknya.* Namun, sejak hari itu, saya 'appear offline' kepadanya. Malu. Dan segan kerana tidak mampu hendak menjawab soalan soalannya tempoh hari. Cuma baru baru ini, dia komen status saya. Tahulah dia saya online, kan? Sampai bila saya boleh menyorok pun saya tidak tahu.

Pertingkatkanlah ilmu dalam Islam. Kerana tinggal di negara yang berbilang bangsa dan agama ini, bila bila masa sahaja kefahaman kita boleh diuji. =) 



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681