Jam 2 pagi. Sedaya upaya hendak pejamkan mata. Mahu hanyut dibuai mimpi. Entah jam berapa, akhirnya tertidur jua. Sedang hati rasa tidak senang. Risau. Benar, dia sudah dewasa. Pandai menjaga diri. Namun, saya tidak mampu untuk tidak menjadi risau. Kerana tiba tiba dia hilang.
6.30 pagi. Bersiap-siap. Pagi itu rasa semangat sedikit sebanyak hadir juga dalam diri. Walaupun, hati tidak senang.
7.30 pagi. Bertolak ke destinasi. Kosmos World. Times Square. Hari Keluarga syarikat ayahanda tercinta memeras keringat, membanting tulang demi kami. Keluarga yang dikasihi. Sepanjang perjalanan, rasa sangat mengantuk. Namun mata tidak dapat dipejam. Terbayang bayang Kosmos World itu. Permainan apakah yang hendak dicuba? Kali terakhir, cumalah roller coaster yang menjadi pilihan.
8.15 pagi. Tiba di Times Square. Sedang khusyuk berjalan ke pintu masuk Cosmos WOrld, derap derup bunyi kaki kedengaran. Kata hati,"Siapalah yang pagi pagi ini buat kawad." Nampak tingkap kedai. Tiba tiba ada sepasang tangan diacah acah bagai hendak mencekik diri ini. Berwarna pula itu. "ahhh" Terkejut. "Saya bukan hantu." Kata badut itu lantas bergerak ke destinasi nya. Dua. Beberapa minit kemudian, tiba di kaunter pendaftaran. Terdapat manusia berpakaian tebal pula. Maskot. Pagi pagi sudah timbul rasa benci.
Sarapan. Sesi taklimat dan ucapan. Cabutan bertuah. Telematch. 10.00 pagi. Dan tibalah saat saat yang dinantikan semua. Serangan terhadap mesin mesin yang mampu membuatkan sarapan pagi diluahkan semula. Hanya kepada yang berani.
Saya? Sehinggalah jam sebelas, baru timbul rasa hendak mencuba. Bumper car(parasit), Space Attack, Roller Coaster. Cubalah. Pasti anda menyesal. Tatkala insan lain menjerit menaiki Roller Coaster, saya tertawa. Jeritan adik yang dibuat buat sangat menggelikan hati.
Semasa sedang menunggu adik beratur di Bumper Car, ternampak seorang kenalan. Yang tanpa disangka sangka turut berada di situ. Kelakar. Rupanya ayah kita berkawan ya. Dan kata ibu, masa kecil dahulu keluarga saya kadangkala bertandang ke rumah awak. Tahun lepas, saya tidak pergi Family Day ini. Jadi kita tidak berjumpa. Kecil dunia ini. Kecil lagi Kuala Lumpur. Gembira. Sungguh. Walaupun hanya dapat berbual beberapa minit ketika itu. Moga kamu cepat sembuh. Ada orang kata baju saya cantik. Thanks. =)
Niat asal, jika ada perjumpaan di UKM, mahu ke rumah seorang pensyarah. Anak gadisnya berharap saya hadir. Namun, saya tidak dapat ke rumah pensyarah itu kerana ke hari keluarga ini. Hati rasa serba salah. Tak tahu kakak dapat pujuk dia atau tidak. =(
Kita tak dapat jangka apa kejutan ALLAH s.w.t. untuk kita pada hari itu. Walaupun pagi itu bermula dengan perkara perkara yang euw, saya tidak mahu lupa. =)
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
Oh. tiba tiba teringat. sudah hampir akhir tahun. Saya belum berbincang tentang lawatan dengan Achiq. wah. banyaknya kerja tertunggak. Sangat banyak.
No comments:
Post a Comment