Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-06-29

Beep Beep!

Salam.

Something did happened last night. Yet, I'm still thinking of a way to get over it. If there's a way. Haish. Tak semua yang kita plan akan berjalan lancar seperti yang dirancang kan? Kita hanya merancang, ALLAH yang berkuasa menentukan. Sebab itu kena ada plan A, plan B. plan C...plan Z. Sebab kalau plan A tak jadi, at least ada plan B. Plan B xjadi, at least ada plan C. and it goes on. But me? I ada plan B je kot. And plan B tu pun tak boleh pakai. No fon orang penting penting pun dah hilang. Sebab fon rosak. benci betul lah fon ni. Asyik rosak je. Lepas ni baik tak yah guna fon langsung! *ok. I tipu. Kalau fon takde susah nak text boyfriends semua. =P* 

Masa sedang lari lari nangis nangis dalam hujan macam cerita hindustan semalam, *ok. ada part dalam ni yang I tipu* gadis text me. Saya benar-benar yakin dia tak tahu apa apa. Pasti! =)

Tentang...

Wanita cantik menurut ALLAH adalah : 
(I belum pernah post pasal ni kan? Kelupaan.)
- Melukis Kekuatan Melalui Masalahnya
- Tersenyum Di Saat Tertekan
- Tertawa Di Saat Hati Sedang Menangis
- Tabah Di Saat Terhina
- Mempersona Kerana Memaafkan
- Mengasihi Tanpa Meminta Balasan
- Bertambah Kuat Dalam Doa & Pengharapan Ilahi. =)


Sebenarnya nak share text atas ni je. Tapi mukadimah nya panjang sangat lah pula. So, tenang tenang selalu *tts*
Toodles~






Rasa nak pentingkan diri.

Salam.


Next time kalau ada gath apa apa, I dah taknak sibuk sibuk ajak sape sape atau nak tahu sape sape dah sampai ke belum dah kat mana ke... Sebab last last kalau mereka tu sampai, orang lain jugak yang dapat spend masa cakap ngan mereka tu. Dan bukannya I. Tengok tengok orang tu dah balik. *Hanya mampu tengok je* Tak pun, just dapat dengar, "saya balik dulu ea?" Ya, saya cemburu. Tak salah, kan? Saya bukan nya pergi cari pisau cucuk perut, hati, jantung siapa siapa pun. Atau terjun jambatan. Tak Tak. Dosa tu. Dan seya punya pahala ni bukannya banyak pun. T_T


2010-06-28

Dah tak nampak.

Salam.

Dulu kawan2 selalu nyanyi,
Nor Alwani Warna Warni,
Masa depan tak cerah tapi warna warni.

Sekarang saya tak nampak warna warni tu, apa tah lagi nak nampak yang cerah.

Gelap je semua tu.

Tipu je lagu lagu kamoo itu.

*sigh*



Saat saat macam ni, how i wished i have a big sister. Yang always free to lend me her shoulders to cry on, Her ears to listen. Yang always know that when I acted weird, it means something DID happened. Yang always know that I;m not that strong. Yang always knows that I;m not a good actress. But sometimes, wishes are only wishes. They don't come true. =) 

kakak. jawablah. ~~~ =(


Setiap yang berlaku ada himahnya kan? Tapi x nampak lagi. T_T


Siapa manusia yang available sekarang ni?


Dah makan 2 biji panadol secara sengaja pun tak dapat lelapkan mata. Haish.


2010-06-25

Cheer up!

Salam.

Pagi pagi lately memang rasa macam taknak bangun. Bukan sebab tak cukup tidur ke apa. Na a ah. Tapi sebab... Entah. Kadang-kadang rasa macam nak lari lari jauh jauh aje. Kadang kadang kan tanpa I minta minta, I ada perasaan nak lari dari apa apa ni semua. Kadang kadang ada perasaan tak rasa nak buat pape. Kadang kadang ada perasaan malas nak kisah. Kadang kadang semua perasaan negatif tu pun dah datang. Buat apa apa pun macam tak menjadi je. Haha! Bunyi macam emo je kan. Tipulah kalau I cakap I tak emo. Memang ada. Tapi masih boleh kawal lagi. Belum lagi rasa macam nak terjun jambatan ke. Ataupun amek kereta drift laju laju ke. Macam best je buat sesuatu yang boleh membahayakan diri. Sebab nanti akan ada orang marah marah. Ataupun ataupun ataupun... Heee. Dah takde ataupun. Blank.

Dan sekarang ni rasa macam nak pergi... B.P. Bukan yang kat Johor. Tapi kat utara. Naik bas sampai Butterworth. Pastu naik feri. Then naik bas sampai pekan B.P. Then jalan batu batu. HEhe. Cahaya! Behave please.

Tapi tu lah. Bila perasaan negatif mula datang, memang rasa macam taknak bangun dari tidur. Haha!

Dan dan dan I started melayan cerita Taiwan apa tah. Yang nama dia cam "Smiling Pasta". I dah lah lama tak tengok cerita cerita CIna Taiwan KOrea Jepun lah bagai. Cerita ni I layan sebab boleh ketawa golek golek dengan dia pun music effect. Kuar tanda seru yang besar lah. Dan lagu dia, walaupun I tak faham, I suka. Sebab macam emo semacam. Haha! Dan dan dan yang penting, penyanyi dia pakai baju macam nak nyanyi lagu rock apa kan, tengok-tengok nyanyi lagu cam sedih sedih. SUka suka. Menghiburkan hati. Oh oh. Lagu tu Nicholas Teo nyanyi kot. Polaris Tears. I je ketinggalan cerita cerita macam ni. Orang lain mesti dah khatam berbillion billion kali kannn? Lagi satu, tengok cerita ini adalah supaya Kak Ani tak dapat tengok cerita Rozana yang kat TV3 sebab cerita ni TV8. HAha. Jahat kan? I know... =P

P/S : Tiba tiba rasa tak sabar nak balik U. Tak tahu apa yang bakal menanti. Nervous pun ada juga.Tapi rasa taknak balik U pun ada. =P



Rindu. =)

Salam.

Sekarang dah 315 pagi. Sepatutnya dah tidur dah. Tapi somehow, mata ni tak nak pejam. Tapi kepala dah mula rasa sakit-sakit. Selalunya time ni dah mimpi apa apa entah. =)

Beberapa hari ini, teringat kan encik. Sebab rasa macam dah lama tak jumpa encik. Maybe sebab last time jumpa tu jumpa sekejap je kot. Dan kitorang bukanlah jenis rajin texting ke, call ke. Tapi macam preferable kalau pape, jumpa face to face. The bright side, nanti takdelah salah bagi info ke apa kan. Sebab kadang-kadang dari texting orang boleh salah faham kan. Tapi tu lah, dah lama tak jumpa. So khabar pun cam dah  lama tak tahu kot. Kejam I ni kan. Tapi I still sayang kan dia. Ha. amek nih. Pengakuan berani mati okeyh. Haha. 

Ahad ni wedding abang tu ingat kalau sempat nak jumpa Encik sekejap. Tapi tadi die text cakap dia nak balik hometown dia. Terus rasa nak nangis okay. Sebab fikir cam dia nak balik hometown for good. Sedangkan time dia text tu tengah rasa happy happy dengan adik fasi buzz! buzz! and misscall misscall Aina sebab dah pukul 12 tengahmalam. Meaning, birthday Aina. Nasib baik Aina cam tak amuk ke apa. Risau juga. But Aina cam suka sebab meriah. Haha. Sorry kitorang wat lappy Aina jammed. heee. I plan nak misscall dia je ramai ramai. Macam pernah buat kat siapa tah suatu masa dulu. Tapi, tu lah. Bila nak buat jahat ni, macam-macam idea boleh kuar. =)
Rindunya nak cakap banyak-banyak merapu macam macam kat Encik. Kenakan Encik sampai dia habis blushing. Haish. Cahaya. Kamoo dah alif ngau. Tettttt.



Peribahasa untuk hari ini,

"Harapkan pagar, pagar makan padi."
I'm Off.
Selamat beradu people.






2010-06-24

Date-ings

Salam.

Dates.

I have these few dates that I can't hardly wait.

25th June 2010. Friday. Felt nervous juga. Sebab a red letter day for my BFF. Moga everything is going to be good for her. And also her birthday. Can I wish her an advance birthday?  I call her mother because she's my mother in efbi. Hehe. Wahai my dearest cik Anggun...


Happy birthday mother.
Moga panjang umur.
Murah rezeki.
Happy always.
Success sokmo.
SIhat SELALU.
Bahagia dunia akhirat.
And most of aLL, cepat2 kahwin.
Urm. Moga dapat kerja yang best~ 
I LOVE YOU, MOTHER! 
SORRY and THANKS for everything.
p/s : xde hadiah. sebab dah bagi in advance dulu. lalala~
But I'll try to do the rose ball using ribbons tu. Harap2 berjaya. 
Tapi nanti2lah ea... Tengah MALAS. =P



27th June 2010. Wedding day. My biggest and eldest brother's wedding. Kali ni I dapat tender bagi bunga telur lagi, Sama macam masa kakak Abang wedding few years back. But this time is in orange. Last time it's green. Sangat tak sabar. Sebab it also means that, it's GATH TIME!!! =) Have I told you people why I loved weddings? 


2nd July 2010. A sister is coming back from Timur Tengah. So, days after that, I don't know when, she'll be coming to Key eLL. And also a brother is coming Key eLL also. But I'm not sure the exact date.

4th July 2010. A brother is officially a UKMers. Dan ini adalah something big. Kena betul2 prepare myself. Because I made him a BIG promise. Macam ini, this brother of mine keep asking me when I'll be getting married. So, I told him, tunggu dia masuk UKM baru dia boleh tanya. And I kept telling him, make sure masuk UKM, if not, I can't get married. And now, here goes. Dia dah dapat masuk UKM. So, Kena cari duit cepat2. But it doesn't means that I need to get married ASAP. Sebab I only promised I'll get married. But not when I'll get married.  (putar belit ayat) Haish. Tu lah. janji lagi benda pelik2. Kan kena tunaikan janji tu. But somehow, I'm HAPPY he gets to get into UKM. May he grads with flying colours  nanti. Amin. Dan bukan macam I. Main-main+menggedik je lebih masa degree dulu. =)

5th July 2010. An elder sister is going to register Masters in UKM. She's becoming a UKMers also. Weee. Ada geng. Eventhough tak sama course kannn... =)


__________________________________________________

And oh, My result is out. But I don't feel like having a peek on it. And, I don't know when I need to go back to UKM to start my new semester. Teruk kan? =P

And actually, a friend is in Malaysia. From Indo. Thinking of meeting her up. But somehow, I don't feel like doing so. Don't know why.

And I get a text just now. A friend is inviting me for a gath on this Sunday. Actually it's supposed to be on Friday(tomorrow). But Somehow, they postponed it till SUnday. Wall Climbing nearby Giant Shah Alam. Schoolmates. But I don't feel like turning up. Okay. Since my SUnday is being spared for big bro's wed, OF COURSE I'm not going. But even if it's on Friday, I don't feel like coming also. My bad. Don't feel like meeting them. KEjam kan? Not until I graduated, get a job or my wedding day. But, who knows. I might change my mind somehow.

And now I really really felt like going and hire a CIA ke apa. Haish. Dah tak tau dah apa cerita gadis kecil itu. I hope she's doing good. Really good. Seminggu ke tah dia koma. THe first time I went to visit my lil brother at PUSRAWI, hati rasa luluh sangat. Sebab, yelah. Orang yang aktif kan then kita nampak cam dia atas katil. Dan time tu dia just sakit hati je. Tapi, dia dah recover. And sekarang jejaka itu semangat backpacking around KL. Alhamdulillah. MOga dia sihat selalu. Ni, gadis ni sakit more than just sakit hati. MORE than that. Sebab tu lah she really means it when she's saying that she don't want her loved ones see her being sick. And thinking that by knowing her condition will make her loved ones sad. Even I pujuk2 macamana pun, she kept saying that. Tapi somehow, hati ini tak dapat nak deny and menipu yang I really wanted to see her. Sooo badly. Sister, be strong okay. My prayers are with you. People keep saying, I need to be strong for her. Tapi I myself dah lack of time to entertain her. Kadang-kadang kita ingat. Kadang-kadang kita lupa. Banyak distractions. I'm not making excuse. Bcoz I felt bad for her. Sebab hari tu I didn't reply dia punya text sebab lupa punya pasal (I didn't remember what I'm up to masa itu) Dan kadang2 memang takde mood nak text sapa2 pun. Then macam effect her. Sebab dia macam lonely. And then dia rasa sedih. And. Her blood pressure turun. And... Ish. I hate this feeling. YA ALLAH, ampunkan aku. T_T

And yang kat Penang tu, jangan nakal2 okay. Study leklok. Plan your time wisely, Plan your schedule. Bila nak wat lab report. Bila nak wat tutorial. Bila nak tengok tv (kalau tgklah kan). Sebab my tv hours, pagi sabtu and ahad. Cartoons! hehe. Then, bila nak basuh baju. Well, itu pun aktiviti juga okay. Jangan lupa, kadang2 go for a walk ke, exercise ke. Dapatkan oksigen lebih. PLAN YOUR EXPENSES. Jangan boros2. And yang paling penting, have fun! i enjoyed my matrix life. So, I really hoped that you enjoyed yours too. Ada masa, I'll go visit you. InsyaALLAH. On the way balik Kedah je tu.

Berapa banyak and daaaaa...

Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin. 

P/S : Nak dedicate this song to all of you. Atas Nama Cinta. UNIC. Elok untuk yang belum married. Dan masih belajar. Macam I. hehe.




2010-06-21

I smell a rat.

Salam.

People!!! I'm at home. SO, faham2lah. Kalau I'm at home, more or less I will be soooo lazy of being online. Kadang2 YM on but I'm elsewhere. Dan, see, blog pun cam dah lama takde post baru. MALAS! haha. Update pun benda merapu je kan. So better of being silent. Tapi, taklah silant mana pun. Kepoh je Cahaya nih. =)

Okay. Efbi itu kadang2 membosankan. Pernah dulu I deactivate it. Beberapa kali. Ni buat album gambar baru. Tak lama lagi nak delete boleh tak? I suka delete2 album gambar I. =)

Dan macam someone is not doing good. Not wanting to share, xpelah. Cam suddenly ada orang care sangat kat kita mesti rasa sangat awkward kannn? I always make people feel awkward. Haish. Cahaya. Boleh tak jangan sibuk pergi jaga tepi kain orang? Tapi tu lah, when it comes to my sisters I hardly can buat tak tahu. Kalau brothers  boleh kot.  Kot. =P 

But hey girl, I hope you're doing good. Nak masuk U pun cam very very around the corner. End of this week ea? Urm. Entah. Ingat2 lupa. But I hope things are going to be great for you. I don't know what happened, but I know you're a  strong girl. Always. Sampai sekarang I felt bad sebab tak dapat spend time chit chatting with you last Saturday. =(

I don't like what's happening. Cerna cerna. 

2010-06-18

Finish.

Salam.

I punya holiday ni dah nak habis. Nak kena balik ke pangkal jalan nih. Cahaya, insaflah. =P


Ribut taufan semua tu harap harap dah reda. Walaupun effect nya masih terasa, tapi harap harap dah reda. Even ribut tu yang lain yang kena, yang dekat dekat pun tak banyak, sikit rasa effected. Ada yang bagi bantuan kemanusiaan walaupun tak sebesar mana. Harap harap membantu. 


Sotsem pun dah nak abis. *macamlah I buat sotsem kannn*

Yang mana tengah buat sotsem, the very very bestest best for u alls. May sotsem ni dapat 4.0. Nanti pointer naik lah. Amin.


So, macam I selalu cakap, everything is going to be ok in the end. if it's not ok, it's not the end. =)



P/S : perlu ke tak perlu?






2010-06-17

Rasa macam flying... HIGH~~~

Salam.

Kadang-kadang there are times where I felt happy, excited unexpectedly, Kadang-kadang melampau lampau. Sedangkan hal tu hal kecil je. Tapi, nak buat macam mana. Keterujaan tu kadang-kadang will last for few days. Kadang-kadang berminggu-minggu, Sedangkan it's just some simple things je.

I : Boleh tak kalau nak ulang hari Isnin dan Rabu?
Dia : Boleh boleh.

Time tu nak ulang dua hari tu sebab dua hari tu SANGAT BEST. I spend those days with my 'siblings'. And those days maybe susah nak ulang ulang dah. Walaupun dua hari tu hanyalah sekadar a tour in a car, tengok wayang, atau main boling. But yet, it can still make me felt happy. Flying. Dalam erti kata lain, HEAVEN. Nasib baik dia tu pun suka Isnin ngan Rabu tu and nak ulang dua hari tu juga. =)

Kadang-kadang juga I rasa nak ulang malam last PST 1011. Masa penutupan tu. I walked hand in hand dengan this little sister of mine for a short while. Rasa nak panjangkan masa tu sebab SANGAT jarang dapat luangkan masa dengan dia. ADA tapi terhad. Masa hari nak balik pun tak dapat say see ya. Tapi rasa nak ulang malam tu. Sebab macam, I have my sister back!!! =)

Macam tadi, today is a friend's birthday. I wished happy birthday. At the friend's wall in efbi. the friend replied, thx nor alwani. Whoa. Orang itu tahu my name. Sedangkan at efbi I tak put my full name. Rasa flying. SANGAT. =)

Macam ada time time orang lain like/comment kita punya status. Sedangkan sebelum ni tak pernah pernah. =)
Oh, oh lupa. I dah disabled orang conteng my wall. Rasa rimas dengan macam macam application yg "siapa lihat profile anda? Siapa yang akan selamatkan anda pada tahun 2012?" Macam lalang. Menyemak je. =)

And I have some obsessions.
1. Baju kotak-kotak lengan panjang.
2. Clothings berwarna kelabu.
3. Boots.

Serius macam obses sangat. Tak tahu kenapa. Macam last week, I bought this one checked blouse, sampai keesokan harinya rasa keterujaan itu masih ada. Sekarang dah ada 4 checked blouse. And tadi Mummy belanja me a grey blouse. CUma boots tu macam kalau pergi kedai kasut, I will act, "Boots!!!" Tapi xmampu beli. T_T ok. xle beli lagi. Sebab dah banyak kasut kat rumah. hehe.

Tapi tu lah. kadang-kadang kan, Just simple things happens pun boleh make me feel like flying. Kadang kadang dah fly tapi tanak balik ke planet Bumi je.

What can make you fell like flying? Feel free to share. =)






2010-06-14

Rasa macam...

Salam.

Rasa macam... wanna go to visit people. But I don't know whether it's possible or not. Coz if I wanted to go visit, it's better off on yesterday. But today is already today. Monday. Urm...



Ada hikmah.

Salam.

Selama beberapa hari lepas, I and adik2 I had been working on few things. Cuba dari macam2 sudut untuk menjayakan apa yang we all plan. Someone told me something sounded like this, "Jangan berharap sgt k. jgn beriya2 plan. t klo xjd wani emo lg..key. =)" Haha, cam dia dah sangat faham I ni macam mana. Bila dia cakap macam tu, memang I emo. Hehe. 

Perasaan time tu macam, I tau I kena redha tapi I tak tau kenapa somehow I tak redha redha juga. Macam ada something yang holding me back from stop trying. Then, masa Khamis petang I balik rumah. Jumaat tu kena pergi balik kurusus. Balik tu sebab nak ambil barang-barang. Well, I ni MEMANG degil dan keras kepala lately. Encik Celcom SELALU marah. *dah lama nama encik Celcom tak naik kat blog ni. haha* Bila ada kat rumah, dikelilingi family kan, somehow rasa sangat seronok+happy. Even time tu tengah sangat bising kat rumah. Even time tu I tengah serabut pasal apa2 tah. Tapi perasaan tu macam heaven. Sampaikan patutnya balik ke kurusus Jumaat tu I rasa macam... Malasnya nak pergi, so buat trick untuk Mummy delay hantar. Last2 around 12+ kena pergi naik komuter sebab nak buat lawatan. 

Last-last plan tu tak jadi. Sebab fikir masak-masak, kalau I degil juga nanti akan nyusahkan orang lain. Orang yang I sayang. So, better off lah kan. 

Dan... I dah berbaik balik dengan my sister yang tengah kat penang itu. Even ada rasa awkward tu, tapi better dari diam langsung kannn? Then I get to chat with my brother yang di Indo itu. Sangat lama chat dengan dia tadi. He's coming back to Malaysia. And my sister yang belajar kat Timur Tengah *apa tah nama tempat tu* is also coming back to Malaysia. And I get to message my friend yang sedang di Indo tu. She's coming back to Malaysia juga. Harap-harap dapat jumpa mereka. And I get to chat SEKEJAP with my BFF yg kind of busy sebab ambil medic. Cepat2 grad okay. Cuma my friend yang kat Japan tu tak balik Malaysia tahun ni. T_T

Cuma somehow, I tak berapa cakap sangat ngan my lil bro sorang ni. Antara perlu atau tak. Suddenly rasa awkward nak bercerita macam-macam dengan dia.

Dan semalam I beli baju kotak2. LAGI. I taktau lah napa I obses sangat dengan baju kotak2. Hari tu I dapat skirt kotak2. Dan adik2+daddy kat rumah kata macam ni, "padanlah gomok tu macam tak suka betul jumpa kakla. Rupanya sebab kakla pesaing dia." Sebab Gomok(the cat) tu suka kotak juga. Dia macam akan nampak sibuk2 keliling@ kuar masuk kotak yang dia jumpa. 

Dan semalam a funny thing happen. Kat tv ada kuar satu lagu ni. Lagu Ku bukan aku. Alaaa yang Tilu nyanyi tu. The music is kind of catchy kan...? Nak macam Lenka punya music. Then I saw Gomok mula-mula dia tengah bersihkan badan dia. Bila ada lagu tu, tiba-tiba dia cam terberhenti ada kepala dia cam goyang-goyang ke kiri ke kanan macam ikut rentak lagu tu. Serius. *pleading eyes* Cute kannn? =)

Dan I boleh bagi my ringman ni berehat. Nak main boling 19 hb nanti. Tapi jari cedera. So macam xboleh je. Suddenly macam SANGAT banyak plan nak buat. =)

Tadi dalam kereta fikir-fikir balik semua. Rasa redha tu dah datang. Bertambah lepas bual2 ngan lil bro. Then baca a post from my 'mother'. Thanks. =)



Tiba2 kan ada orang offer I something. Tapi, cahaya, redhalah. *sigh*


Tangal 12 Jun, bermakna tamat sudah kurusus tentang PpN ni. Bermakna juga I dah ada kat rumah. I ada cakap nanti I akan cerita tentang prog ni kan? Tapi... Dah kalau kat rumah ni I akan kemalasan untuk berblog. haha

So, a few hours lagi adalah hari kejadian untuk PDT 1012. Bermulalah kisah baru. So, for my sisters and brothers, all the best. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul, Yang baik berterusan. Betul ke? Whatever it is, we're always a family. Thick or thin. InsyaALLAH, everything is going to be fine. =)



2010-06-11

Her.

Salam.

She updated her blog. But I don't know whether the post was meant for me or her other sisters. Because she used the word sister. *see, I ni memang kuat perasan. =P*

For-whom-it-may-concern,
If it's me you're talking about, I'm sorry also. People makes mistakes. SO do I. I really hoped that u understood my actions. If there's anything, feel free to find me. you know where to find me. Text me, or call me. That's the fastest way. Coz I might not be online at times.

Study smart, dear. 

xoxo.
=)





2010-06-10

Jangan.

Salam. 

Jangan terbang tinggi-tinggi nanti jatuh, gedebuk akan SANGAT sakit.
Tapi nak buat macam mana. Ada orang kata, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Usaha+doa+tawakal=kejayaan. Dan I harap apa yang sedang diusahakan kami, berjalan dengan lancar.
I tau I tak patut terbang tinggi-tinggi, tapi I dah tak nampak benda lain dah selain awan awan kat kiri kanan ni. Segala jenis kapal terbang yang offer untuk I naik semua I tolak sebab I nak terbang. 

Sekarang, I rasa nak perlahankan hayunan kepak I. Sebab I nak pergi landing kat satu tempat yang jauh dari tempat yang I nak pergi. Rasa luntur. Masih adakah harapan?

I tak sanggup nak biar adik I terbang sorang-sorang. Walaupun I tau yang dia akan selamat.



2010-06-08

Presentations.

Salam.

I bet everybody knows what does presentation means. Being a student, you cannot run away from doing presentations. Despite, when you in the working environment, you still need to face this.

But that how it works. Presentation is where you can see how well you understands what you're presenting. And how independent you are. And how high your self-esteem is.

Try to look it in the bright side.

And in this camp, i cannot run away from presentations. Even how much I didn't like it, I still need to face it. So, here goes...





It is the jamming.

Salam.

I have a lot to be shared. tapi my brain is like having some sort of difficulties to synthesis all the stories and conclude it into a nice piece. haha. Ayat putar belit. Agaklah. Taip-taip lepas subuh. Sedangkan tidur tak cukup. Tettt...

Umum tahu yang I tengah kat ada kurusus kursus untuk tenaga pengajar Kem Permata pintar Negara di U kesayangan I. Dan Kem PpN ni, akan diadakan akhir tahun ini. iaitu pada 29 November - 17 Disember. Nanti I story banyak2 pasal program ini.Sekarang ni I nak cerita apa I rasa.

Aoa I rasa? I rasa stress~ Haiyooo. I jam. Dah lama tak pergi kurusus macam ni. So macam it differs dari MPPB. Cumanya, kelmarin pagi, ada ice breaking, kena buat cheer. Ok. Kat sini, bila time grouping buat discussion, we all kena discuss ikut subjek. Maths ada 3 subjek. Which is Probability and Game Theory(mine and ni baru first time nak buat subjek ni), Criptology dan Mantik. So, sebab macam semua macam blank nak buat cheer apa, and I paling ingat cheer cluster C yang macam gedik2 tu, maka, walla, cheer tu je yang I ajar. Hahaha. Yang We are cantik eeehhh, We are hebat ah ah. I dah buat perangai gedik I. Habislah.Nasib baik group members I jenis tak kisah. I boleh menggila lagi lah maknanya. Lalala~

Cuma, tu lah, bila time presentation, kalau nak ikut siapa yang volunteer nak present, group group Maths ni mesti antara tercorot. meaning last last lah. 3rd last ke... 2nd last ke... Kena buat sesuatu. Kena bagi orang nampak orang Maths. Tapi tu lah. I bukan orang yang jenis goreng2 kalau present. Eh, apsal ada tapi kat situ? Alasan je semua tu. Ok, Cahaya, semangat okeh!




2010-06-05

Hurt. Protective.

Salam.

Pernah dengar tak yang no pain, no gain?

Pernah dengar tak pengalaman adalah guru yang terbaik when it comes to life?
WHen it comes to my beloved people, I will be very protective. VERY. Kadang-kadang, walau macamana hurt pun the truth yang I tau, I'll tend to keep it to myself taknak mereka tahu. Sebab nanti kalau mereka tahu, I tahu akan buat mereka rasa hurt. Sedih. Dan that's the part yang I taknak tengok. Lagi-lagi kalau I tahu keadaan mereka tu tak berapa okay. U tahu orang tu tak okay and then you nak cerita pasal something yang akan buat dia lagi hurt+serabut? Maybe you might do it. But not me. ENtah. I don't know. Maybe.

Tapi I tahu, berapa lama pun I cuba nak rahsiakan dari mereka, or nak protect mereka from finding out. I tak boleh lawan kuasa ALLAH. Kalau ALLAH kata jadi, jadilah ia. Kun fayakun. Macamana I nak hide it from them, they will know about it juga. Dan when it happens, it will hurt them even more. Sebab orang yang paling mereka trust tak bagitahu the truth. Tapi for my side, I bukannya taknak bagi tahu the truth. Satu, sama ada I taknak bagitahu sebab taknak orang itu hurt. Atau, memang prinsip kerahsiaan. Atau, I memang akan bagitahu. Tapi sehingga tiba masa yang sesuai. But nampaknya, masa yang sesuai tu still jadi masa tak sesuai juga. 

Dan walau macamana protective I might be, tapi, setiap orang ada jurnal dia masing-masing. It's up to oneself macamana nak fill up one's jurnal. Dan, I tak boleh bossy around kata warna ni tak sesuai, ayat ni tak sedap semua. Sebab itu bukan jurnal I. I dah ada jurnal I. Sebab I pernah rasa sakit tu, I taknak orang-orang yang I sayang tu rasa sakit yang I rasa. Tapi somehow, I buat mereka rasa lebih sakit. Sebab bila seseorang tu dah biasa sakit, once dia sakit, dia akan macam immune dah dengan sakit tu. Tapi kalau once orang tu nak sakit tapi tak sakit and tiba-tiba macam debushhhh sakit, sakit tu akan jadi tersangat perit compared tu yang dah berkali kali kali sakit. Faham tak? Hehe. I macam cakap putar belit je.

Tapi tu lah, ada orang kata juga, Kesakitan semalam menjadikan kita lebih kuat hari ini.

For-whom-it-may-concern,
I hope u understand.






2010-06-03

Tersepit.

Salam.

Naper biar semak,
Tanah sekangkang kera, 
naper biar semak..

Atas tu daddy yang taip. Comel kan? Daddy curi2 taip masa I left Belle on. Sebab nak pergi ambil food for dinner. Kalau ikut hati taknak makan sebenarnya. Haish.

Time ni I betul-betul perlukan I punya kaunselor. Napelah U pergi Padang time-time macam ni. Takpe. Mother, moga U selamat pergi selamat balik. Amin.
I like to lend my ears to people. To hear out people's story. Tak kisahlah tentang apa-apa pun kan. Bila melibatkan masalah ke apa ke, kalau I mampu, I help out dengan bagi cadangan ke apa. Tapi it's always up to orang tu untuk buat decision. Itu life mereka. Dan I tau, I bukanlah seorang kaunselor ke untuk ada lesen buat perkara macam ni. Tapi I help out as a friend, as a sister.
Dan, pernah juga, ia melibatkan masalah 2 hala. Jujur I kata, I mesti nak dengar dari both side. Tak fair dengar dari satu side. Dan bila dah dengar, cube help them out. Win-Win yang kita cari. Bukan Win-Lose @ Lose-Win @ Lose-Lose. Dan bile dah ada solution, I akan bertindak seneutral mungkin kepada dua-dua pihak. Ye lah, yang bergaduh nya mereka, dan bukan I. Buat apalah I nak berperang dengan mereka kan? Apa-apa yang I rasa, I simpankan sendiri. Terpulanglah u nak kata I ni hipokrit ke tak.

To-whom-it-may-concern.
syg, akak minta maaf. Even akak tahu kata-kata maaf dari akak ni takkan dapat lembutkan hati awak. Sebab mungkin apa yang akak buat ni memang tak boleh dimaafkan. Cumanya, apa yang akak buat itu adalah apa yang akak fikir terbaik untuk dua-dua pihak. Kepentingan masing-masing. Masing-masing pun dah go on dengan life masing-masing kan. So akak fikir tak perlu akak mereport sana sini tentang masing-masing. Nanti menambahkan keserabutan lagi. Takde faedah apa pun. Buat tambah dosa ada lah. Mungkin awak fikir akak ni back stab ke apa. Kalau awak nak bencikan akak, terpulanglah. Akak redha. Tapi satu je akak harap, awak fikirlah secara waras, secara matang. Dua-dua pun adik akak. Dua-dua pun akak sayang. Tenangkan lah diri itu. Seorang PRS kena pandai simpan rahsia. Dan itu yang akak pegang sampai sekarang. Itu rahsia dia. Sebab itu akak simpankan. Akak tak tahu nak kata apa dah. I'm not good in explaining. Just, kalau ada pape, u know where to find me. All the best for studies. I believe that you can do it. InsyaALLAH. Ur my lil sis. Dulu, kini dan selamanya.

Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula rumahtangga.






2010-06-02

Kasihku Sinar.

Salam.

Tadi tengok tv9. Ada ulangan cerita Myazara. Camne tah ejaan namanya. Then lagu untuk cerita ini is Kasihku SInar. By Amy Mastura. I like the lyrics. Macam kenalah sikit dengan mood lately. Dulu pun memang suka lagu ni dah. I tau ada certain peopla yang tak suka orang post post lirik lagu kat blog dia. Tapi I taknak kira, I nak buat juga. Kepuasan diri. Haha! =)


Melangkah mengharapkan hadir dirimu
Ku genggam segala memori
Kita dewasa bersama
Menuju satu cita
Walau jalan berbeza
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya didalam jiwa
Biarkanlah, biarkan saja
Kasihku sinar
Andai kau ada disisi
Terukirlah senyuman
Tersingkir rasa sepi
Andainya kau pergi dari sisi
Jangan disingkir diriku dari mimpimu
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya didalam jiwa
Biarkanlah, biarkan saja
Kasihku sinar
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya didalam jiwa
Biarkanlah
oooooo …
Biarkan sahaja
Kasihku sinar
Kasihku sinar

I still believe that everything will be okay in the end. =)







Cuti tak cuti.

Salam.



Cuti sem I start 5 Mei 2010. Sejak dari hari 5 Mei tu, hari ni baru hari kedua I betul-betul stay kat rumah tak keluar-keluar. Even Mummy go pick up smallest sister petang tadi pun I tak follow. Pagi tadi dahlah dengan bangun lambatnya. Serius. Rasa macam taknak bangun. Smaller brother punya katil memang bahaya. Nanti kena cari pita keselamatan yang merah putih tu ikat keliling katil smaller brother. Sebab BAHAYA. Then lepak-lepak depan Belle, tengok-tengok gambar photoshoot semalam, I dapat call. Tengok no macam I punya Uni punya nombor. Jawab jawab, tengok-tengok application untuk Permata Pintar tu diterima. Ada kem 5-12 Jun. Sabtu ni ok!!! Tengah-tengah jawab call tu I tepuk pipi I. Nak tolak ke terima. Kalau tolak, rugi. Kalau terima... Kakla memang...emphhh! Tak balik kampunglah maknanya. Kot. Haish. Dapat elaun tak pergi kem ni? Last-last I terima. Habislah kanak-kanak tu akhir tahun nanti.  

I : nanti kakla kena kuar rumah lagi. Cuti tak macam cuti.
Dia : BUkan kakla memang suka ke?
I : *speechless*


I : Susah betul ada anak suka merayap ni.
Dia : Merayap bagitahu xpe.
I : *lagi rasa nak merayap. haha*

Dia : sian parents wani.

I tak kisah kalau keluar. Tapi kalau hari-hari keluar, duit pun keluar macam air yang mengalir kan, air mata ku pun turut sama mengalir lah nanti. Seronok gembirakan orang. Dah dah. jangan mengeluh. Astaghfirullahalazim. *diam*


Betul-betul hari tidur hari ini. Petang tidur lagi. I xtaulah apa yang penat sangat sampai tidur tak hengat dunia nih. Nak kata I yang drive semalam, impossible lah kan. Stress kot. Stress pasal apa pun xtau lah. Haish. =) Dan I nak habiskan berbuku buku buku I yang tak baca-baca lagi. BANYAK.The Kite Runner (T.K.R.) tu dari PST ari tu tak habis-habis. Ni dah terbeli buku Cinta Sufi PakCik R.A.M. ni, semangat nak habiskan T.K.R tu  kian menipis. Sebab dah tertransfer ke Cinta Sufi. Tanpa sengaja. Hehe. =P Dan nak kena buat a few phone calls esok. MALASNYA.

Sekarang ni I nak bercuti. Efbi pun dah deactivate. Xtau kali ni tahan berapa lama. Selalunya cam sehari je. Haha. U know where to find me. My blog, my YM, my phone, my emails. Semua tu still available.

Sambil-sambil ni tengah fikir camne nak cari duit secara halal dan tak menggembirakan diri. Semoga Teh dapat tender dekat-dekat Selangor ni. Leh sibuk-sibuk kat dia.  Amin. =)



Hubungan dengan manusia.

Salam.

Dalam masa yang singkat ini, terlalu banyak yang terjadi. Baik kepada diri ini, mahupun orang-orang sekeliling I. Biar betapa tenang wajah we all ni, dalam hati hanya ALLAH yang tahu. Even, bukan I yang kena, tapi betullah kata pepatah Melayu, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakitnya. Memang tengah jadi kat orang dekat-dekat dengan I. Both blood related and non-blood related. Tak banyak, sikit pun, tak sikit, banyak pun, I terasa juga sakitnya.  Berkali-kali I baca post adik I tu semalam. No wonder everytime jumpa, ayat sama akan keluar.

Bila kita di atas, ingatlah, jangan dizalimi mereka-mereka di bawah kita. Kuasa yang kita ada ini, bila-bila masa je ALLAH boleh tarik balik.

Tapi... kita sebagai hambanya, jangan lah lupakan DIA. Tak kira, suka atau duka. Ini tak, bila duka baru nak cari DIA. Dalam hidup ni, 2 yang kita kena jaga. HablumminALLAH. Hablumminannas. Hubungan kita dengan ALLAH s.w.t. . HUbungan kita dengan manusia. Betul, orang yang dizalimi, doanya akan dimakbulkan ALLAH. Doakanlah yang baik-baik untuk yang menzalimi itu. Contoh : Ya ALLAH, peliharalah dia. Berilah dia petunjuk ke jalanMU. Semoga dia sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Sebab kalau kita doakan dia jahat jahat, bermakna, kita pun sama je dengan dia. Kita pun akan menzalimi dia.


Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan hablimminallah dan hablimminannas, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas. (Ali ‘Imran : 112) (penjelasan)

 
I rasa balik apa yg I rasa masa ada program pertengahan Jun tahun lepas. Siblings I 'sakit' tapi I tak boleh nak buat apa. Dan kali ini, jadi lagi. Family I, baik blood related ataupun tak, 'sakit' lagi. Tapi I tak boleh nak buat apa-apa. I pun 'sakit' juga. When it comes to my family members, yes, I will be protective. Tak kiralah yang jadi ancaman tu kawan sendiri ke. Cumanya, sekarang ini, I tengah pujuk hati supaya tenang-tenang selalu.


P/S : Sementara I masih ingat, I ingatkan. Bila I lupa, PLEASELAH ingatkan I.






Sakit itu kafarah dosa.

Salam.

Pernah dengar tak? Sakit itu penghapus dosa. Dalam erti kata lain, sakit itu kafarah dosa. Ada dua hadis pasal ini. Thanks bapak sebab tolong carikan. =)


Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah) 



Tatkala ini, jari kelingking I tengah berdenyut-denyut bengkak. Haish. Nanti macamanalah nak sarung cincin wedding ni. Dah huduh dah. Sebab tersepit kat pintu SLK adik I masa nak hantar adik I yang lain kat U dia malam semalam. Lepas tersepit tu I dok diam-diam je kat tempat co-pilot sebab taknak diorang tau. Sakit memang sakit. Malu pun ada gak. Sebab careless. =P
Tapi bila fikirkan 2 minggu dok dalam spital, sakit I ni kecil je. Luluh hati bila teringatkan apa yang I nampak area area lepas Asar semalam. Sebak.

Compare juga dengan hari lahir adalah hari pembedahan, sakit I tu kecil je.

Tapi compare tu sakit yang berbulan-bulan dalam spital, sampai beberapa minggu lepas baru dapat duduk atas kerusi roda, sakit I tu memang incomparable. Sebab tu lah sampai sekarang dak kecik tu tak bagitahu I kat hospital mana dia ni. Sebab dia taknak I sedih tengok dia. Sampai merajuk-rajuk dia. =)

Betapa kuat dan tabahnya mereka bila nak compare dengan I ni.



Beloved readers.

Salam.



Dear readers, I'm sorry if my posts in this blog of mine is not understandable. I felt like writing. But I'm not good in expressing my feelings. I myself is a complicated person. Hard to be expected. Whoever that knows may understand my stories. ANd I know, I'm being EMO. BEcause that's how I felt lately. And I can't deny it. However, infinite thanks for still spending some time to pay a visit here. =)

And infinite of apologies if any of my posts makes your feelings hurt. Ampun.




2010-06-01

Hari ini. 1 jun.

Salam.

Hari ini 1 Jun. Hari untuk macam2.


Hari Gawai. Tapi I tak sambut. Tak cukup tangan nak sambut. =)

Hari ini juga, birthday sepasang kembar ni. Sorang tinggi sorang kecil sikit. Ainul+AIn. Memang kembar. Nama pun dekat dekat. Tapi I tak ingat yang mana kakak yang mana adik. MEreka ni antara kawan/sahabat masa I SESERI dulu. Sampai sekarang still keep in touch. Walaupun setahun hanya sekali. Sebab wish birthday. Hehe. =P

Selamat hari jadi sayangs~~~
moga panjang umur, murah rezeki
sihat selalu
happy always
success sokmo
bahagia dunia akhirat
cepat2 dapat kerja

cepat2 kahwin~~~

Amin.
=)


Hari ini juga, I nak keluar gaigai. LAGI. Girls day out. Nak pergi buat photoshoot. Berlima. Semalam bertiga. Dan tak buat photoshoot. Sebab ada orang yang ada kamera tinggal kamera dia kat rumah sebab berat. Duh. Betul ke lima? Jap. Nak kira balik. Dia, dia, kitorang. Ha. Betullah. Lima. Weee~

Dan, hari ini juga, nak jumpa Bubu!!! Wah. Rindunya. Hehe. Moga-moga plan tak cancel.

Semoga apa yang dirancang hari ini berjalan dengan lancar. Amin. =)






semoga.

Salam.


Semoga ALLAH permudahkan urusan mereka. Amin.


Lebih2 lagi bantuan di Gaza itu. 





You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681