Salam.
Pernah dengar tak? Sakit itu penghapus dosa. Dalam erti kata lain, sakit itu kafarah dosa. Ada dua hadis pasal ini. Thanks bapak sebab tolong carikan. =)
Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah)

Tatkala ini, jari kelingking I tengah berdenyut-denyut bengkak. Haish. Nanti macamanalah nak sarung cincin wedding ni. Dah huduh dah. Sebab tersepit kat pintu SLK adik I masa nak hantar adik I yang lain kat U dia malam semalam. Lepas tersepit tu I dok diam-diam je kat tempat co-pilot sebab taknak diorang tau. Sakit memang sakit. Malu pun ada gak. Sebab careless. =P
Tapi bila fikirkan 2 minggu dok dalam spital, sakit I ni kecil je. Luluh hati bila teringatkan apa yang I nampak area area lepas Asar semalam. Sebak.
Compare juga dengan hari lahir adalah hari pembedahan, sakit I tu kecil je.
Tapi compare tu sakit yang berbulan-bulan dalam spital, sampai beberapa minggu lepas baru dapat duduk atas kerusi roda, sakit I tu memang incomparable. Sebab tu lah sampai sekarang dak kecik tu tak bagitahu I kat hospital mana dia ni. Sebab dia taknak I sedih tengok dia. Sampai merajuk-rajuk dia. =)
Betapa kuat dan tabahnya mereka bila nak compare dengan I ni.
No comments:
Post a Comment