Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-07-22

masa untuk bergembira. =)

Semenjak dua menjak ni diri ini rasa sangat serabut. Macam2 terjadi. yang tak terhadapi. Tadi, terasa nak lawat web abg saiful. DrInspirasi. Jumpa artikel ni. Banyak artikel yang memotivasikan diri. Kalau minat artikel2 cenggini, silakanlah ke abg Saiful nya page.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda sedang bersedih, artikel hari ini sememangnya untuk anda. Tetapi jka anda gembira, artikel ini juga untuk anda. Kegembiraan adalah hak semua. Saya mendoakan anda sentiasa tabah menghadapi ujian dan sentiasa ceria dalam menghadapai sebarang dugaan. Sebuah cerita untuk dikongsi dan diambil pengajaran daripadanya. Mungkin cerita benar. :-P

Seorang yang berumur 30 tahun kini berpindah ke negeri lain.Ini disebabkan dia terpaksa mengikut arahan kerja. Dia mengambil keputusan untuk tidak membawa anak-anak dan isterinya. Dia bercadang untuk menyewa terlebih dahulu di kawasan baru tersebut sebelum membawa keluarganya.

Lalu berjumpalah dia dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut telah mengiklankan mengenai bilik kosong yang ingin disewakan.

Pakcik ada bilik kosong yang ingin disewa? Saya berminat untuk menyewanya,” kata pemuda tersebut.

Memang ada nak, mari pakcik tunjukkan, “balas pakcik sambil membawa kunci untuk ditunjukkan kepada pemuda tersbut.

Pakcik itu kehairanan. Sebabnya semasa perjalanan ke bilik tersebut, lelaki tersebut asyik senyum panjang sahaja.

Maaf pakcik bertanya. Aneh pakcik lihat anak ini. Anak asyik senyum sahaja. Apa yang berlaku?”, tanya pakcik tersebut ingin mendapatkan kepastian.

Bukan apa pakcik. Saya sedang gembira. Saya seronok dengan bilik tersebut. Saya membayangkan ianya sebuah bilik yang mendamaikan.” Balas pemuda tersebut.

Tetapi anak belum lagi melihatnya,” balas pakcik tersebut.

Saya tahu pakcik, tetapi kegembiraan bukanlah diukur pada keadaan bilik tersebut. Ianya adalah tentang apa yang difikirkan. Ianya adalah tentang perkara yang bermain dalam minda kita. Ianya bergantung pada diri kita. Jadi sebelum saya sampai lagi ke bilik tersebut, saya pun sudah gembira. “

Kegembiraan bermula daripada minda. Raikannya. Masa untuk bergembira. Anda boleh memilih untuk gembira atau sedih.Tetapi pilihlah untk gembira. Saya harap saya sentiasa bergembira. Begitu juga harapan saya untuk anda. Yosh~ :-P

Salam inspirasi….




Moga artikel ni sedikit sebanyak dapat menggembirakan anda semula.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681