Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-07-13

adat. agama.

apa itu adat?
menurut kamus dewan edisi keempat ia bermaksud peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas;


apa itu agama?
menurut kamus dewan edisi keempat, agama pula bermaksud kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia;

isu ini sangat sensitif sebenarnya. Sekiranya ingin berhujah tentang isu ini, perlulah dibuat kajian yang lebih mendalam sebelum berhujah. Zaman ini, Terdapat banyaknya salah anggapan mengenai ADAT MELAYU dan HUKUM AGAMA ISLAM. Dan adalah SANGAT BERBEZA antara ADAT MELAYU dan HUKUM AGAMA ISLAM. Yang diamalkan kerana hukum agama Islam dikatakan adat Melayu dan begitulah sebaliknya.

Tadi ku  tonton 3R. isu yang dikupas adalah berkaitan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan adat kaum-kaum lain kesinambungan daripada konsep Satu Malaysia yang dibawa oleh PM kita.

Babak pertama menggambarkan mengenai seorang wanita bertudung yang Muslim yang tidak mahu bersalaman dengan seorang lelaki Cina(tak ku tau agamanya) kerana bukan adatnya. Salah tanggapan berlaku di sini kerana, bersalaman adalah adalah budaya Timur. Namun, tidak bersalaman dengan seorang yang bukan Mahram BUKANLAH ADAT MELAYU TETAPI HUKUM AGAMA ISLAM.

Babak kedua pula adalah mengenai, agama Hindu yang tidak membenarkan penganutnya makan daging Lembu dan agama Buddha yang mana penganutnya vegetarian(tapi kalau tak silap, xsume). Kiranya, tuan rumah harus alert dengan apa yang penganut agama lain makan dan tidak makan.

Babak ketiga tak jauh beza dengan babab kedua. Yang terdapat seorang Muslim datang ke rumah seorang berbangsa Cina. Masalah timbul apabila tuan rumah tidak alert bahawa penganut agama Islam SANGAT  menitikberatkan kehalalan sesuatu makanan,

Kesimpulan ku, kita sebagai orang Islam harus belajar untuk membezakan antara ADAT MELAYU dan HUKUM AGAMA ISLAM. banyak lagi amalan Melayu yang disangkakan wajib dibuat kerana HUKUM AGAMA ISLAM.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681