Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-07-12

Berbicaralah denganku~~

Salah faham?
Kenapa ia berlaku?
Apa penyelesaiannya?

Salah faham berlaku kerana terdapat miscommunication antara kedua-dua pihak yang terlibat. Satu pihak mempunyai niat yang lain. Satu pihak lain salah tafsir niat pihak yang lagi satu itu. Seterusnya menjadikan keadaan lebih rumit. Mulalah nak bermasam muka. Tak bertegur sapa. Menyepikan diri. Dan lebih teruk, berdendam antara satu sama lain. EGO.

Seharusnya, berbincanglah dengan masing2. Namun, kadangkala, payahnya hendak memulakan bicara. Langkah yang paling mudah adalah dengan meminta maaf. Sering ku ungkapkan kata-kata ini. Jika kita melakukan salah, maka kita meminta maaf. Namun, jika kita meminta maaf, tidak semestinya kita yang salah. Lenturkanlah ego itu untuk menjernihkan semula keadaan yang keruh itu. Di kala ini, bukanlah salah siapa yang patut dicari. Tetapi, patut mencari jalan untuk menyelesaikan salah faham ini. Biarlah kita yang beralah. Asalkan ukhwah yang terbina tidak putus begitu sahaja.

Kepada insan itu:
Maafkan diriku kerana kata-kataku itu pada hari itu sms ym itu.
Mungkin ku yang EMO. dan keadaan pada waktu itu yang menjadikan diriku mudah TOUCHING.
Keserabutan dan pelbagai perkara lain yang memerlukan perhatianku menjadikanku leka dan terlupa untuk menjernihkan kembali kekeruhan yang melanda. (ah. alasan.)
Persoalanmu itu, tak ku terjawab.
Kerana sejak beberapa ketika ini, bila wujud satu keadaan yang memerlukan ku berbicara dan terlalu banyak soal jawab yang akan berlaku, ku lebih suka mendiamkan diri.
Ku malas nak berdebat.
Kerana perdebatan bukanlah minatku.
Tapi ku tahu, dlm keadaan ini, memerlukan penjelasan.
Maaf kerana membuatmu serba salah.
Mungkin kerana rasa rindu akan ukhwah dahulu.
Masa berlalu, dan masing-masing punya tanggungjawab masing-masing untuk dilaksanakan.
Dan ini adalah hakikat dan kenyataan yang perlu ku terima tanpa berdolak dalih.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681