Jam menunjukkan 1215 tengahari. Platform komuter telah dipenuhi dengan orang ramai. Ku teruskan bacaan novel itu. Tiba-tiba, komuter itu tiba dengan kelajuan yang sangat laju. Ku percepatkan langkahku. Penuh. Ini adalah kebiasaan. Lebih-lebih lagi pada hari Sabtu. Hujung minggulah katakan. Pelajar hendak pulang ke rumah. Keluarga hendak membeli-belah. Masing-masing dengan tujuan yang tersendiri. Ku masuk ke bahagian tengah gerabak. Pengalaman mengajarku agar menjauhkan diri dari pintu komuter lebih-lebih lagi pada waktu puncak begini. Komuter tersebut meneruskan perjalanannya dan berhenti di stesen-stesen komuter seperti kebiasaannya. Perjalanan darah di kaki ku bagaikan sudah terbeku. Ku berusaha sekeras-kerasnya untuk melawan inersia. Dengan mengeraskan kaki dan membesarkan luas tapak untuk meningkatkan kestabilan diri. Tambahan pula, tika itu tiada tempat untuk ku berpaut. Pastilah tiada. Di tengah-tengah gerabak kan. Tentulah tiada tempat berpaut. Penumpang lain dah memaksimakan penggunaan tempat-tempat berpaut yang ada. Beberapa kali ku terlanggar gadis itu. Gadis, terima kasih kerana membenarkan ku berpaut padamu. Sangat-sangat membantu. Sedang ku seronok melawan inersia, tatkala di stesen Serdang tak silap, sangat ramai insan-insan yang gopoh memasuki perut dan usus komuter. Terdapat suara-suara sumbang yang menjerit "tunggu next komuter lah!". Namun teriakan oleh suara sumbang dan juga teriakan kesakitan kakak itu tidak dihiraukan. Kejamnya. Mereka tetap ketegaq hendak memasukkan diri.
Tersebutlah kisah. Sekali lagi ku berasa sangat bersyukur tidak berdiri di tepi pintu komuter. Kasihan kakak itu. Dia terhimpit dek lelaki-lelaki yang rakus memenuhi usus komuter. Cuba bayangkan. Sudahlah terhimpit, penuh dengan lelaki pula tu. Seram. Teringat masa naik dari Kepong Sentral dulu. Sangat Euw.
Berbalik kepada kisah tadi. Ku cuba pertahankan kestabilanku. Dan menghiburkan hati melihat pemandangan di luar. Tiba-tiba, seorang laki ni (A) menjerit-jerit cari enponnya. Dan menuduh-nuduh orang yang berdekatan. Kerana ternampak tangan yang mengambil enponnya. Dimintanya seseorang menghubungi nombornya namun, dah dimatikan enpon itu oleh pencuri tersebut. Kekepohan berlaku di dalam sebuah komuter yang sesak dengan orang ramai. Sangat sesak. B pula dituduh. B pun panas. C menyuruh A 'menyepotcek' dirinya. Maka, pergaduhan mulut berlaku. Terdapat suara-suara sumbang "Gaduh luar ah!". Dan mereka turun jua di stesen Mid Valley.
Ku meneruskan perjalananku. Dan akhirnya, ku di rumah, menghadap Belle, menulis post ini.
Pengajaran:
Guls, klu naik komuter, jgn dok depan pintu, nanti ramai2 masuk for sure akan berkumpul kat dpn pintu jek. dahla sesak. Probability nak kena sexual harassment sgt tinggi.
Bila naik komuter make sure simpan barang2 berharga DENGAN SANGAT BAIK.
Banyakkan bersabar.
Jangan cepat percaya dengan orang lain. Zaman sekarang macam-macam cara orang leh pukau.
P/S : everytim naik komuter, ada je yang nak di post.
“The happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything they have.” :D
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
Al-Baqarah 2:45
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
Al-Baqarah 2:45
2009-07-18
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
You know what’s beautiful?
Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.
:D
“You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.”
— | You Again (Movie) |
2 comments:
tula.baca doa sentiasa,. tkut zmn skarang ni
betul2...tiap kali nek komuter, mesti ada cerita baru nak d post..hahaha~
Post a Comment