Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-01-27

49 Keistimewaan Wanita (2)

Salam.


Sambungan keistimewaan wanita. Part 2. Hayatilah. =)


“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”



11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


12. Apabila dua orang ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu meraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.


14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.


15. Aisyah r.a. berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya."


16. Apabila seseorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Allah s.w.t. akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lbh dahulu daripada suaminya.


18. Apabila seorang wanita hamil, maka beistighfarlah para malaikat untuknya. "Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat seorang wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.


No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681