Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-01-27

49 Keistimewaan Wanita (5 - last)

Salam.

Sambungan 49 Keistimewaan Wanita. Bahagian terakhir. Hayatilah. =)



“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wani
ta.”


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak." Lalu Baginda bersabda,"Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlan kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki."


42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang iu dengan doa keberkatan.


43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah" maka rezekinya akan diberkati oleh ALLAH s.w.t.


44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada ALLAH s.w.t. akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


45. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, ALLAH akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 


46. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya."


47. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh ALLAH s.w.t. satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."


48. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan meeka, akan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


49. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh ALLAH s.w.t. dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh ALLAH s.w.t. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh ALLAH s.w.t. baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."


No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681