Salam.
Sambungan 49 Keistimewaan Wanita. Part 4. Hayatilah. =)
“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”
31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka ALLAH s.w.t. akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan ALLAH s.w.t. akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan ALLAH s.w.t., maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat nanti, ALLAH s.w.t. akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
34. Tidak akan putus ganjaran dari ALLAH s.w.t. kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH s.w.t. dengan penuh rahmat.
36. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz: Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu mala pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta itu telah celik. ALLAH s.w.t. mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.
No comments:
Post a Comment