Salam.
Pagi tadi dekat2 jam 3 pagi kot baru tidur. Sebab yang tahu, 2.30 pagi tu sayep belum tidur lagi. Mengubat sakit. Syukur Alhamdulillah sebab ubat itu masih ada. =)
Dan pagi tadi, misi yang tertunggak selama beberapa pagi berjaya dilaksanakan. Syukur. ALhamdulillah. Esok pagi nak jayakan misi tu lagi. Salah satu cara untuk start a day. A happy one. Solat Subuh jemaah. Thanks che' qah. Sebab join misi ini. Kalau dulu2 ni misi ngan Ella. Kalau sorang2 susah gak. =)
Satu msg di pagi tahun baru. Memang syahdu.
TUHAN,
Dakaplah erat2 dirinya agar dia tak pernah rasa ingin mninggalkanMU walaupun ditinggalkn sekalian makhluk...
Balutilah hatinya dengan kesucianMU agar dia tak pernah dikotori walaupun disekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat...
Sertailah setiap langkahnya agar dia sntiasa dtuntun ke arah jalanMU walaupun dalam kembaranya dtaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan...
Peliharalah dirinya kerana hanya engkaulah sebaik-baik pemelihara...
Amin ya Rabbal Alamin.
Maka, hujan pun turun. =)
Tiba2 teringat satu cabaran itu. Baik. Saya akan usahakan.
Dah2. Nanti hujan lagi kang.
-End-
P/S: Kadang2 kan, kita tak perlu cakap yang kita tak ok. Sebab kalau seseorang tu memang kenal kita, dia memang akan sedar. Dan seseorang itu akan sentiasa willing to listen. Dan bukan sekadar hearing. =)
No comments:
Post a Comment