Tak tahu nak buat tajuk post apa. *selalu mengalami masalah dengan ini*. Ish ish ish.
Tapi hari ini macam penat. Dah lama macam tak menghadap laptop lama lama. Dah few days juga. Badan pun macam sakit sakit. Krukk krakk bunyi tulang belakang. Ok. Saya exaggerate. hehe. Tapi. Itulah. Padan muka. Delay delay kerja lagi. Then laptop terpadam lah. Kena on balik lah. Then kena buat kerja balik lah. Then dengan tidur pun tak betul. Ha.! Sekarang ini patut tidur. Tapi tadi punyalah try nak tidur, fikir pasal macam macam pula. Otak oh otak. Rehatlah. Siang nanti nak kena bekerja lagi. Orang sibuk cuti cuti rehat, awak kena kerja okay. Sebab masa orang lain kerja awak dok rehat je.
November sudah datang. Padahal dah 5 hb Nov baru nak sedar? Ish ish ish. Okay. Sejak sekian lama menanti November tiba. Actually tunggu akhir November untuk tiba. Sebab ada program. Pum pam pum pam, Tiba tiba dapat lah kerja sikit. Untuk mengisi masa lapang dan mengaktifkan semula daya tahan otak. Preparation untuk event nanti. *kata hati yang ingin memujuk* hehe.
Siang tadi bangun lagi awal dari biasa. Siapkan edit paper tu. Haish. Dah OVERDUE okayyy. Dalam jam 2.00 petang bertolak nak pergi serahkan papers tu semua. *gaya macam nak hantar memorandum je. hehe.* Tadi macam langkah kanan. Pergi jumpa lecturer, then ada kakak and dapat task baru. Semoga ALLAH s.w.t. sentiasa memberkati kakak. Amin.
Exam is just around the corner. Ada lagi dua task kena siapkan. Parcel tak sampai lagi. Weekend dah full. Tak tahulah. Tengoklah bila dapat hantar task tu. Kalau boleh nak settle by Monday. Malas nak fikir dah. Ini pun kalau tak, rasa nak buat je kerja. Tapi krukkk krakkk dah. Mata, kenapa taknak pejam.?
Funny, rasa macam kuat membebel+mengeluh sekarang ini. Takkk. Itu tak bersyukur namanya. Saya happy dengan hari ini. Tadi balik rumah rasa sangat happy. Cerita macam macam dengan kakak. Nasib baik kakak jenis suka je dengar orang cerita. Just... Pendrive, sila kembali padaku. Akhir bulan nak guna. I kept you in a safe place. And now you are so safe I cannot find you. T_T
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

1 comment:
biarlah keikhlasan berbicara.. :)
Post a Comment