Macam nama lagu je tajuk post. Tapi bukan nak nyanyi pun. Just nak cakap... Sekarang rasa gundah gulana yang datang masa beberapa hari lepas, dah reda. Lega sangat. Alhamdulillah. Dulu ada cerita sikit dalam post tajuk Kalau Kalau Kalau. What happen is that, masa itu ada one friend ini. Dia minta tolong.
Bila problem datang, dia macam dah tak tahu nak minta tolong siapa. Betul, ada orang kata, ada certain people ini masa susah sahaja dia cari kita. Masa senang, lupakan kita. Lah. Dah itu namanya manusia. Dengan Tuhan pun manusia boleh buat macam itu. Takkan dengan manusia, seorang manusia tak boleh buat macam itu, kan? Dan saya memang jenis susah nak cakap NO. Mungkin juga sebab saya sendiri pernah rasa susah. Ada satu masa itu, SANGAT SANGAT LOST. Nak bercerita dengan manusia pun, tak tahu nak cerita dengan siapa. Walaupun, ada ramai yang willing to listen. So, somehow, bila dia minta tolong itu, tiba tiba semua perasaan terasa hati, merajuk macam dah tiada. *suka sangat terasa. haish* Yang ada cuma rasa sayang dan care sebab dia itu seorang kawan. Dan dia pun manusia. Macam saya.
Masalah dia settle. Tapi hati macam rasa tak lega. Then terjumpa artikel ini. Kan kalau di FB, macam lately, people rajin nak share share artikel kan...? So this artikel is one of them. Tajuknya, Orang ikhlas tertindas. Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang tulis. Bacalah. A nice one. Lepas baca ini, rasa macam tak mahu stop tolong orang. Hehe. Tapi yang penting hati kenalah ikhlas.
"Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
Apa yang saya boleh simpulkan is, buat kebaikan ini kita kena ikhlas. InsyaALLAH, akan dibalas dengan kebaikan yang lain. Macam dalam kes saya, saya buat baik dengan kawan saya, saya tak boleh kecewa kalau dia tak layan saya dengan baik. Kalau. Harap harap tak lah kan. Kawan saya baik. hehe. Sebab, InsyaALLAH kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan yang lain. Tetapi yang paling indah, jika kebaikan kita dibalas di akhirat yang kekal abadi. LillahiTaala.
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
1 comment:
stuju ssangat.. wht u give, u get back =)
Post a Comment