Salam.
Hati ini organ yang penting kan? Banyak betul urusan hati. Dari segi tugasnya dalam tubuh. Saintifik. Spiritual. Andai tidak dijaga, mencari nahaslah nampaknya.
BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."
Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"
Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
cinta itu urusan hati, hati itu urusan Allah :)- dinda Azmeer
baik tak baik, itu pada hati :) Allah tengok hati kita.- dinda Anim.
Hati itu complicated, kan?- seorang teman.
Urusan hati sangat complicated. Kalau fikir logik, lain yang mahu dilakukan. Kalau ikut hati, lain pula mahu dibuat. Biarlah ALLAH yang menentukan. Saya dah cuba yang termampu.
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
No comments:
Post a Comment