Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-11-23

Telefon awam.

Salam.

Di zaman yang serba canggih ini, telah diciptakan suatu cip yang bernama simkad. Sim kad ini boleh digunakan dengan pelbagai makhluk yang dicipta manusia seperti telefon bimbit cap Nokia, Samsung, Sony Ericsson, LG dll atau Iphone, atau macam macam makhluk yang tidak terjangkau akal fikiran saya. Tujuan Simkad ini sangat murni, iaitu untuk menghubungkan manusia. Namun demikian, komunikasi menggunakan makhluk makhluk ini hanya akan berlaku apabila, Simkad mempunyai kredit, atau bil yang telah dibayar atau, makhluk ini mempunyai tidak kehabisan tenaga(bateri). Andai salah satu daripada perkara ini berlaku, komunikasi susah hendak dicapai. MELAINKAN, empunya mempunyai alternatif seperti akses terhadap WIFI tatkala telefon tidak mempunyai kredit. (Kalau empunya punya makhluk itu sangat maju lah kan).

canggihnya! nak beli simpan kat rumahlah camni. hehe.

Oleh itu, di saat saat terdesak, pengguna teknologi pasti akan tercari cari sejenis makhluk lain yang bernama TELEFON AWAM YANG MENGGUNAKAN SYILING. Back to the basic, bak kata orang yang menggunakan sejenis bahasa iaitu Bahasa Inggeris. Namun demikian, adakah telefon awam yang menggunakan syiling ini masih wujud? Bagi saya, makhluk ini boleh dikategorikan sebagai spesies yang terancam. Sebab kalau ada pun, belum tentu makhluk ini sihat. Ada yang patah lah. Kalau tak pun, dia dah tak bernyawa. Senyap je. Sekarang ini, terdapat makhluk lain yang dinamakan TELEFON AWAM YANG MENGGUNAKAN IDD CARD. Eh, betul ke nama dia kad IDD? Yang saya tahu, dia kena beli kad. tekan tekan dial nombor. *Pergi cari kat Midvalley. Mesti boleh jumpa.* Saya SANGAT FAIL NAK GUNA makhluk ini.

Kesimpulannya, setiap manusia harus membela seekor burung merpati sebagai back up plan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Macam dalam cerita Enchanted, Giselle panggil aaaaaaaaaaaaa secara berlagu untuk memanggil burung merpati. Mungkin cara ini boleh digunakan di saat saat terdesak. Namun demikian, saya tidak mahu membela seekor burung merpati kerana ketandusan wang. Tambahan pula, kucing di rumah saya yang dah pandai curi ikan atas meja. Kucing itu sudah tidak beretika.

Sekian terima kasih.


p/s : kalau hantar pertandingan boleh menang tak? hehe.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2 comments:

Anonymous said...

gomok bole lompat. hebat. haha

Noru Amran said...

HAHA. momok memang boleh lompat. selalu dia malas jep.

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681