Kakak ini rindu. Kakak ini terkilan. Kakak ini tak lupa. Janji dia dan adik itu. Kalau kakak ini tahu begini jadinya, kakak ini tak ajak dia pergi UiTM. Kakak ini tak kenalkan dia dengan adik adik lain. Kakak ini tak biar dia yang drive. Kakak ini tak jadi seorang kakak. Untuk adik ini.
Atau mungkin, kakak ini je yang perasan dia ini seorang kakak. Sedangkan insan yang dia anggap macam adik itu dah tak mahu ada apa apa hubungan pun dengan dia. Tapi kakak ini tak pernah lupa. Setiap kali lalu KAB, pasti akan teringat. Dan kakak ini masih rindu. Rindu nak mendengar cerita dari seorang adik. Air dicincang takkan putus. Kita tiada air pun. Pastilah dah putus.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Kakak ini tidak mahu adik ada sifat munafik. Delete delete delete, lupalah janji janji dulu. Adik pun lupakanlah, ya?
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
No comments:
Post a Comment