Salam.
Ini adalah entry yang panjang tentang gadis. The reason I wanted to share pasal her is because sometimes bila I rasa sakit, rasa down, teringatkan betapa tabahnya dia, makes me rasa bersyukur dan cuba untuk tak putus asa. Dalam erti kata lain, terus berusaha. Sebelum ini. i pernah cerita tentang gadis. Tapi tak secara detail. I don't know you people ingat ke tak. Tapi here goes. Whatever yang I knew.
Perkenalan.
I started to know her masa MPPB PST 0809 at KMNS. Dia ni pelajar ex-PDT. Masa PST tahun itu, I tak jadi fasi. I datang lewat. Hari rabu tak silap. So datang sebagai pelawat je. Satu malam tu, masa fasi meeting, AJK Kebajikan minta I tolong teman dia kat wakaf luar banquet tu. Sebab penyakit dia tak membenarkan dia stay dalam banquet. Sejuk. Nama penyakit dia Spina Bifida. Penyakit ni dari kecil. Apa yang I tahu, dia tak boleh sejuk. Sebab nanti kaki dia kejang. So, dia macam sentiasa pakai sweater. *I selalu sakat kata dia tak basuh sweater. Tapi dia basuh je.* Dan, Lagi satu complication dia masa MPPB tu is pinggang dia macam dislocated. So, dia tak boleh naik tangga tinggi tinggi. Until hujung minggu tu, cam I tolong teman-teman dia. Kadang-kadang fasi yang free lak teman dia. Tapi gadis ni, even dia sakit, semangat dia tinggi and memang tak boleh nak duduk diam. Ada ada je, "Kakak, jomlah kita gi jalan-jalan. Boring." So, I pun jalan-jalanlah dengan dia rayau-rayau keliling matriks. Sampaikan ada fasi kata I ni macam Doktor yang bawa patient. =) Dulu I pernah post tentang penyakit dia. Spina Bifida. Sini Masa MPPB PDT dulu, dia okay okay je. Just hari Jumaat malam tak silap complications dia datang.
Study.
Masa PDT dulu, dia adalah antara students yang dapat 4.0. I tak tahu sangat life dia masa PDT so I tak boleh nak cakap banyaklah kan. Bila naik PST, dia ambil hayat. Sebab dia kata nak buat Medic. Tapi somehow, kadang-kadang ada pagi yang dia tak boleh bangun sebab cramp. And berulang jumpa doktor. And pernah, dia cramp tapi tak nak bagitahu kawan-kawan. Ye lah. Cuba bayangkan. Bila awak sakit, somehow you wanted to be normal kan. *Dia memang degil juga. Kadang-kadang.* I yang takde sakit serius pun selalu cam sorok-sorok kalau demam ke apa. Taknak mengaku. Then, dia dapat jadi mentor pelajar PDT. Guide student PDT 0810. Oh oh. another kekangan gadis is dia tak boleh bersukan. So pernah ada sekali tu, bila dia dapat jadi volunteer untuk Kakom yang masa tahun tu buat kat KMNS, she was so happy. *I'm happy for her juga*.
Cuma ada sekali tu. She was admitted into hospital kat Kuala Pilah tu. The reason, dia pengsan tak silap. So macam lama lah juga kat hospital tu. One week ke 2 weeks tah. And dia punya ubat memang banyak. Memang boleh buka farmasi dah. Cakap je nak warna apa. Semua ada. I went there with Encik to visit her. Even dia sakit, tapi she always looks happy. *tapi dalam hati ALLAH sahaja yang tahu kan. =)* I still remembered. Dia sempat sakat I sebab I nak tumpang duduk kat side katil dia. "kakak mana boleh duduk sini. Nanti katil roboh. Kakak berat" Me? I putar belit ayat lah. Apa lagi. It takes time for her to recover. Sebab dia macam tak boleh duduk. Boleh baring. Then dia boleh duduk. Then baru boleh jalan semua. Masa kat hospital tu, dia still bawa notes dia untuk study. Masa I datang dia study Biologi. I tak ambil Biologi masa matriks so tak boleh tolong sangat. But, betapa kuatnya dia. Even dalam keadaan sakit tu dia still nak study. Kita?
And sebagai seorang yang selalu keluar masuk hospital. Tak pergi kelas sebab sakit, she passed her matriks with flying colours. Dia punya result is antara 3.6-3.7. Heyh. Tinggilah tu kan. Untuk seorang yang selalu tak pergi kelas. She deserves it.
Masa hari Jumaat MPPB PDT 0911, result untuk UPU dah keluar. Tapi masa hari itu I tak terfikir untuk tanya gadis pun. Sebab tengah orientation time tu. One week after that, Jumaat malam, I dapat dia punya text. Masa itu I tengah sibuk-sibuk dengan Konsert Antara Dunia 09(KAD 09). Dan sibuk-sibuk nak prepare pergi Kem JPP kat KMNS hari esoknya. I get 2 bad news. Satu, gadis baru sedar dari one week koma. Second, dia tak dapat placement untuk mana-mana IPT. Sedangkan bagi I, her result is good. Maybe. Sebab dia salah pilih jurusan. Maybe. I tak tahu. Then masa KAD 09 tu memang I rasa tak senang. cam kind of worried pasal dia juga. I ada post sebab I was worried tentang dia. Sini.
Lama dia kena masuk hospital. Time tu, hati dia ada infection. Then, dia ada ketumbuhan di otak pula. So, dia ada kena undergo few operations. Tapi I tak ingat bila and kenapa operations tu dibuat semua. And pasal dia sambung belajar tu, gadis kata kakak dia settlekan. I tak dapat nak pergi lawat dia. Sebab time tu dia masuk Hospital Singapura. So, bila ada masa, I text her. Entertain dia. Masa I konvo untuk degree, dia bagitahu dia dapat keluar hospital dah. Ni ada post masa birthday gadis. Sini.
Hospital lagi.
Some how, early this year, dia kena masuk hospital lagi. Sebab pengsan. And bila dia risau, sedih, dia punya tekanan darah akan turun. Then dia akan pengsan. Lama dia kat hospital kali ini. Plus, family dia tak selalu ada. Cumanya, I tak dapat nak visit. Dah cuba macam-macam cara untuk tahu dia di mana. Tapi tak berjaya. Dia tak mahu I pergi visit sebab dia tak mahu orang yang dia sayang sedih tengok keadaan dia. I rasa dia ada dekat-dekat area KL Selangor ni je. Sebab dia kata kalau I tahu nanti I akan datang lawat.
Cuma apa yang I tahu, keadaan dia macam getting better. Last time dia dah boleh duduk atas wheel chair. Sekarang dia dah boleh jalan sikit sikit. Tapi kaki dia tak cukup kuat. Cuma hidung dia cam bleeding. I hope she will get well soon. Harap-harap. Sebab even macamana pun keadaan dia, dia selalu percaya and doa yang she will gets better. *Sangat kuat dan tabah.*
Dari gadis,
Setiap hari yang bermakna dan gembira dalam hidup saya, saya mahu awak merasainya.
Agar awak tahu saya selalu mendoakan kebahagiaan awak.
Setiap kesakitan dan kesedihan yang saya lalui saya tidak mahu awak hadapinya kerana saya tidak sanggup awak sakit seperti saya.
Setiap waktu yang bernyawa, setiap saat yang berlalu, saya nak awak tahu yang saya sentiasa ingat awak."
AKhir kata.
Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang kita ada ni. Bila-bila masa je ALLAH boleh tarik balik. Bila rasa dugaan itu besar, look back. Ada orang lain yang diuji dengan lebih hebat. Tapi mereka dapat laluinya. Takkan kita tak boleh kan? Usahlah mengeluh. Allah sayangkan hambaNYA yang tidak berputus asa.
Gadis itu punya tagline. =)
P/S : I harap apa yang I nak sampaikan berjaya disampaikan. harap harap.
2 comments:
sedihnye bila dengar crita ni.. mesti dia rajin study kan?
nanti bila k.wani contact dia lagi k.wani kirimkn salam kim kat dia ye?
=)
insyaALLAH dear. =)
Post a Comment