Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-04-30

Matriks oh Matriks.

Salam.

Ohoh. This post is made specially for this small girl. Plus i felt like telling bits bout my life in matrix.
Urm. Macamane yep nak start...

I'm the eldest child in family. So, macam time sekolah dulu cam tak tahu sangat life lepas SPM. kiranya macam tak tahu cabang2 lepas SPM, dia punya choices semua. Yang tahu, masa form 5, nak masuk UKM sebab anak sepupu masuk UKM. Ada yang masuk Uitm dan UIA. Tapi macam taknak UIA sebab ada achik kerja kat situ. Nanti takle nakal2. UiTM pula sebab dekat Shah ALam. Cam tak jauh dari rumah. Betapa tak berfikir jauh masa tu. Agak lah kan. 

Masa Form tu jugalah baru cam faham sikit2 ada Diploma, ada Matriks, ada Ijazah dan istilah2 tu semua lah kan. Kat bilik kaunseling ada tampal hala tuju lepas SPM. Ari tu ingat nak tulis kat sini  hala tuju lepas SPM. Tapi sampai sekarang tak buat2. Sebab chart AIna tak ambil lagi. Masing2 tgh busy. Kalau nak buat diploma, ada kolej swasta, UiTM, politeknik, dll. So, memandangkan belajar kat sekolah asrama, kaunselor plak, (time tu Achiq) cakap daftar Matriks, daftar UPU, sebab Achiq dah settlekan semua tinggal nak amek no pin ngan daftar je. Ngan time tu scholer petronas ngan JPA/MARA. So daftar je semua.

Dah dapat result SPM, tak lama lepas tu I dapat interview untuk scholarship JPA. Fly. Then dapat offer pergi matriks. KMNS. Grab the chance jelah. Masa tu cam, apa yang dapat, ambil je. Pastu result untuk JPA/MARA keluar. Tapi rezeki sikda di situ. Kind of frustrated lah. Sebab Bestie, Zahira dapat. Kawan2 sekolah serius ramai yang dapat. MEdic lah. Biotek lah. Ada yang fly pergi US lah. Jepun lah. India lah. RUsia lah. Jelesssssss.

Orientation week.
Hari pendaftaran, rasa funny. Sebab macam tengok gaya masing2 daftar. Yang mana baru keluar PLKN tu ada yang siap pakai kemaje PLKN, ada yang pakai kasut PLKN. *teruja tengok mereka bersemangat* 
I stil remembered, parking kat padang. Pergi PS daftar. Kakak/Abang/CIkgu tu cakap gi kaunter mana mana kan. Then dah siap semua, angkut barang naik blok. Part ni serius paling best. Sebab dapat Blok C3, Aras 3. Blok C3 ni, kalau kat KMNS kira cam antara blok paling jauh lah dari pentadbiran, kuliah semua. Sebab kat atas bukit. Time tu memang cabaran agak hebat lah. *dengan harapan dapat kuruskan badanlah kan. Tapi tipu je semua itu* Nasib baik ada askar2. Kesian Ibu ngan bapa time tu. And dah penat2 sampai depan blok, nampak poster tulis, Jangan Marah Senyum Selalu. Ingat lagi, kakak2/abang2 berkali2 ulang ayat ni masa orientasi. Trademark ni sampai sekarnag still guna masa orientasi. Tapi sekarang kurang kot. 

Masa orientation tu, macam tak puas hati sebab nak tahu camne kakak2/abang2 tu terpilih jadi fasi. *sekarang dah tahu. haha.* Orientation tu memang penat. Tapi somehow tak buat diri rasa nak give up. Sebab hati sangat2 kata kat diri sendiri, "aku nak buktikan kat orang lain walaupun Alwani ni tak dapat JPA/MARA macam orang lain, tapi Alwani tetap leh success" Punyalah semangat kan? Atau juga, mungkin sebab dah biasa bangun kul 5 pagi tido kul 12 kat PLKN dulu kot. Tu yang cam orientasi tak effect sangat. Bersedialah. Orientasi ni memang akan tak cukup tidur. Tapi hujung minggu tu dah boleh qada'. Yippi!

Kuliah.
Mula2 dapat Hayat. 1st week tu serius kind of terseksa nak cerna subjek Biologi tu. Biodiversity tu. Animalia Plantae. Ape tah. Tapi saya dapat friends yang best untuk H1P3 tu. Kitorang wat nama cam Along, angah, anjang, dll. Saya? Saya jadi Adik. Heee~ Tapi tak tau bila dapat jumpa Angah ngan Uda, Anjang dah jumpa dah.Oh. lupa nak cakap. Blok C3 time tu adalah blok untuk pelajar Hayat. So, kat blok macam ada beberapa orang(5 kot) yang tukar ke fizik.

Tukar ke Fizik. Sebab fikir nak buat maths kan. So better by fizik. Lagipun sangatlah susah nak cerna Biologi tu. SO masuk F8P3(Fizik 8 praktikum 3). tak berapa ingat total kelas ni. Dalam 20 kot. Kuliah kecil, 5 praktikum(kelas) je. Then sebab tak ramai, masa sem 2 kuliah tu bubar. So, tukar ke F6P3. Dan serius praktikum ni sangat happening. Total, 28 orang, 15L 13P. And one of those boys dalam prak ni, sampai sekarang is one of my besties. Started dari diorg ejek sebab lahir akhir tahun.

Study.
Masa matriks ni, memang sangat bersungguh2 study. Sebab target nak dapat 4.0 supaya nanti masa masuk U dapat wat maths/aktuari. Memang tak pandang coz lain dah. So, kalau nak  tanya pasal coz2 lain cam bio2 ke, engine ke, sorrylah ye. Tapi tu time tu. Sekarang, kalau nak tanya, boleh je. Leh roger2 kawan2. (bajet ramai kawan lah kan) My way of study is, tidur awal, bangun awal. Sebab memang dah biasa tido awal. time tu lah kan. Time sekolah dulu pun, lights off kul 1130, 1130 tu lah dah ada atas katil nak tidur. Tapi time matriks tu depends juga. Sebab, kalau jumaat atau sabtu malam memang akan tidur lewat sikit. Tengok tv maaa~ Selalu tidur around 10++ kadang lepas maghrib dah tertidur, kul 2 pagi bangun isyak. Ish. tak baik lewatkan solat. Kalau tidur kul 10++ @ 11++ tu, pagi akan bangun area 3 pagi. Sebab malam selalu I tak pulun sangat. *tak suka study masa orang lain study* Nanti rasa cam stress tgk rumet study. So pergi tidur. And bila rumet tidur bangun study. Hehe.

And tutorial maths I mesti buat sendiri Selalu by hujung minggu tu mesti dah siap. Sebab, nanti kawan2 akan datang tanya2. Seronok dapat tolong ajar kwn2 bagi diorg paham. Kalau tak buat, tak dapat ajar. Kannn? Dan buat sistem barter lah, I ajar Maths, rumet ajar I kimia. yang tu jelah yang boleh exchange info. Kalau mau belajar fizik, I selalu pergi bilik ex prak mate masa F8P3. Takpun prakmate F6P3 lain. Dan, masa nak dekat2 exam tu, I always go for the tutorial rooms. Awal2 pagi dalam kul 8 dah pergi tutor. Study dengan Atul. =)

Sweetness.
Tapi somehow, I am very lucky sebab dapat roomates yang best. We all selalu main gaduh2. Tapi gaduh main2. And floormates yang best. Felo blok pun best. *tapi taklah rapat ngat ngan Umi* Petang2 pergi main basikal semua. ngan roomates Tak pun badminton. Pagi Sabtu pergi pasar. Cari Taufufa. Semata2. Haha! Ahad /Sabtu pagi bangun awal tengok TMNT. =)

Sibuk-sibuk.
Lupa pula nak cakap. Sebab masa sekolah dulu suka pegang jawatan so, kat matriks ni pun ambil lah peluang tu. Takdelah sampai lawan jadi JPP. Tapi masa orientasi tu offer diri jadi ketua aras. Kalau nak tau kerja ketua aras tu apa masa orientation, offerlah diri jadi ketua aras. tak pun nak lagi best ketua blok. Rasa seronok orang kenal. Haha. Ok. niat salah tu. So, lepas orientasi, AJK blok dilantik semula. Sebab dah mencapub masa orientasi tu kan, sepanjang tu jadilah Bendahari blok. Kena pula Angah yang jadi ketua blok kan. So, haruslah saya manja. =) Tapi takde pape aktiviti sgt. Hehe. 

Tak boleh lupa.
Ada satu incident ni. Malam itu saya tidur awal. Dalam jam 2 pagi terjaga. Sebab rumet dan jiran depan tengah bual2 kat tengah2 bilik. Diorang pun bercerita. Bilik I kat hujung sekali. So, dari koridor tu boleh tengok cafe, susur gajah yang orang guna nak pergi kelas, ladang getah belakang blok, blok pentadbiran. view best jugaklah. kot. Then, malam tu, mereka bertiga, diri kat koridor bual2 tgk langit, bintang, bulan, kapal terbang semua. Tiba, ada orang jerit dari bawah. "Yang kat atas tu turun sekarang!" Berlari mereka masuk bilik. Tiba2 ada student aras 1 naik atas panggil mereka. Mereka pun turun. Iecturer tu tanya2 "Mana lighter?" Terpinga2 mereka. Ikut lecturer tu pergi rumah felo blok lain. C4. Kat situ ada a few felo lain juga. Lecturer yang jerit tu bukan felo tak silap time tu. Tak ingat pula jawatan dia. Felo2 lain macam tak percaya cakap lecturer tu, Sebab ada antara felo tu yang ajar mereka. Rupa2nya kan. Lampu handphone pun boleh jadi lighter kalau tengok dari jauh. =)



Gila panjang post ni. Penat korang nak baca. 

The conclusion is, especially for yang bakal masuk matriks, matriks can be a great memory if you make it one. Faham kan? Kiranya cam, lantaklah SPM tu result berapa kan. Tapi kalau kat matriks ni, U bersemangat, pandai susun masa untuk study semua, insyaALLAH dapat revenge balik untuk result yang lepas. Oh lupa. Masa SPm I get 7A's tak hebat. Kawan2 9, 10 lah kan. Masa matriks, sem 1 I get 3. 77. Sem 2 dapat 3.89 kot. PNGK jadi 3.83. Ada one chinese girl ni. SPM 4A's je. Tapi both sem dapat 4.0. Kalau dia boleh, takkan u alls tak boleh kan?

Pahit2 pun ada juga masa matriks ni. Tapi bila pikir balik, dah tak ingat dah pahit2 tu semua. Yang ingat manis2 je. =)

Oh oh. Udein pun ada cerita pasal life dia at matriks. Lagi adventure.  Check it out.

Siapa kata matriks tak best? Sampai sekarang I still look forward untuk pergi balik matriks. Dan tiap2 tahun I go there. =))


1 comment:

uDean said...

harharharhar..
tq :)

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681