Salam.
Wah wah wah. Tiba tiba macam ada banyak nak cerita. Boleh tak? Duduk di rumah hari hari pun boleh ada macam macam mahu cerita. Last last cerita sama sahaja. Hehe.
Okayyy. Sekarang I'm counting the days. Lagi beberapa hari sahaja hendak ke 25hb Nov. Sebab apa? Sebab... Tarikh itu adalah tarikh daftar kerja. Erk. Kerja ke ea...? Dapat payment so, macam kerja lah kan. Lagipun In physics, kerja = Jarak x DAYA. NANTI mesti lah ada pergerakan yang perlu dilakukan dalam satu tempoh masa. So, kerjalah. Ching ching. First time nak mengajar ni. Serius, nervous. Tengah kemas kemas buku di rumah. Mahu cari buku Statistik masa First year dulu. Sebab nanti guna buku itu as notes untuk mengajar. Aunty pun dah pesan macam macam. Sebab dia cikgu. Kena prepare myself. Dalam kepala kena pandai putar belit kata kata juga. Kalau nanti kena sakat dengan students. Hehe. Tak sabar pun ada. What will I face nanti ye.? Plus subjek ini baru juga diperkenalkan. And I will be teaching form 2 students. Clever ones. For 3 weeks. Harap harap weekend free. Sebab mahu pergi wedding dua orang kawan. Seorang kawan masa Degree. Seorang pula kawan masa secondary school dulu. Yang sama pergi main buaian petang petang. Kejap je masa berlalu kan?
I don't know whether I'm good in teaching ke tak. I have experience in being a fasi for matriks punya orientation. Dah berapa kali ea. Okay. Tak penting. Tapi being a teacher? Zero. Even mengajar tuisyen pun belum pernah lagi. Atas kekangan, pengangkutan dan masa. Tapi kalau betul betul nak buat, akan buat juga even face macam macam kan. Hendak seribu daya.
Kalau program macam ini, I can join. Sebab it doesn't take a long time pun. Macam paling lama a few weeks sahaja. Tapi untuk jadikan cikgu ini sebagai kerjaya, Idk. Serius. Macam ada certain peopla macam fikir, taknaklah jadi cikgu macam takde class. Well, kesanggupan I nak jadi cikgu ni bukan sebab classy ke tak. Ada yang jadi cikgu for the sake of, "kerja". Tak kisah lah kerja apa pun asalkan dah ada kerja sebab desperate sangat. Tapi fyi, cikgu ini tanggungjawab nya sangat besar. Bukan setakat MENGAJAR, tapi MENDIDIK juga. Sampai mati orang takkan lupa okay. Yelah, walau betapa tinggi pangkat student itu, still akan panggil seorang cikgu itu, "Cikgu". Cikgu ni pun macam public figure. Tapi di sekolah. Baik cikgu itu, ramai orang akan suka. Kurang baik cikgu itu, kuranglah orang suka. ''
Yet, being a teacher ini memang satu landasan where you can share your knowledge. Pasal subjects dan life. Landasan terbaik.
That's why I hold on berpendidikan tak semestinya terdidik. Sebab sekarang, belajar tinggi tinggi, sijil sampai dah penuh satu bilik, tapi bila lihat pada didikan, attitude, zero.
Cakap pasal cikgu ini kan, selalu teringat ada a few teachers ini.
Seorang cikgu masa sebelum masuk asrama dahulu. Dia mengajar BM. Walau macamana nakal student itu, tapi, cikgu ini still direspect sebab cikgu ini baik. Sangat baik. Maybe she never judges her student. Macam kadang kan ada student yang nakal, akan kena marah marah. Sampaikan ada my seniors yang panggil dia mama. Kagum juga.
Another teacher, dia garang. Tapi dalam garang garang dia, dia selalu bagi reasons kenapa dia buat begitu. Layan we girls macam adult. "Girls, behave. Awak itu perempuan, buatlah macam perempuan. Baju itu gosok. Sakit mata saya tengok." Sebab, dia nak didik kami girls jadi perempuan. And garang macamana pun, bila dah keluar sekolah, students still tak lupa dia, still looking forward to meet her. Sebab dia didik kami.
Another teacher, dia ajar add maths masa form5 dulu. Garang juga. Tapi, positif side, dia nak kami jadi berdisiplin. Selalu kalau nak masuk kelas, mesti kecut perut. And mesti akan siapkan kerja yang cikgu beri. Tapi dia ajar sampai kami faham. "Awak, tengok sini awak." CIkgu selalu akan tanya I soalan. Tapi sampai satu tahap itu, cikgu dah tak tanya. Sebab, dia kata dia nampak progress pada saya. Baru faham kenapa cikgu suka tanya. Bukan sebab dia saje saje je nak attack. Tapi sebab itu cara dia mengajar.
And ada lagi seorang cikgu. Cikgu ini ajar maths. Masa tingkatan 2. Dan juga cikgu Puteri Islam. Serius. Cikgu ini sangat rajin. Even ada anak ramai, tapi still can be comitted dengan kerja. Sampai berapa persatuan tah cikgu kena handle. Sebab bila cikgu buat kerja, cikgu buat betul betul. Masa Form 1 tak tahu pun ada yang Puteri Islam peringkat daerah semua. Then naik Form 2 baru tahu. Dan ada juga join yang peringkat daerah punya program. People selalu pandang rendah dengan Puteri Islam. Ada sekali itu, kena kumpulkan barang kitar semula. Ikut persatuan. Sebab cikgu semangat, kami pun semangat. Tapi still tak menang sebab Pengakap pergi ronda dari rumah ke rumah minta barang kitar semula. Lelaki kan macam kurang malu sikit. Masa itu, I malu malu lagi. Sekarang pun. hehe.
I wonder, what kind of teacher I will be dalam 3 minggu nanti. hehe.
We couldn't change fate. BUT still, we can change the way we deal with it.
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.