Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-11-28

Aidiladha. Taubat Nasuha.

Salam.


Umum diketahui, Aidiladha jatuh pada hari Jumaat iaitu 27 november 2009. 

Maka, ingin diucapkan Selamat Aidiladha kepada semua. Hari yang diingati sempena pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Juga bermakna ramailah umat Islam yang sedang melaksanakan rukun Islam ke lima iaitu ibadah haji. Moga mereka mendapat haji yang mabrur. 

Berkorban untuk Islam. Dan bukan mengorbankan Islam. Urm. Get what I mean? 

Aktiviti pada Aidiladha ini tidak lain dan tidak bukan, solat raya dan makan dan makan dan makan dan makan. Makan makanan yang kat rumah jep. Dimasak khas sempena Aidladha ini. Maaf. Gambar tiada. Sebab... tiada gambar makanan yang dijamu pada hari semalam diambil. =P Nape rasa macam ayat tunggang terbalik ek?

Semalam ada wayang kat rumah. cerita? Barbie and the musketeers. Hahaha. Aidiladha ni, beraya bersama2 Barbie ya kanak2 sekalian. Aidilfitri lepas, Che' beraya dengan Barney dan Doraemon. Pelik? Tak pelik apabila tidak tahu drive. Kot. Kalau tahu drive, hehehe. Dah sampai Tambun kot. Maaf lah sebab mood nak ke Tambun sangat meluap2 lbh2 apabila tahu ada orang lain dh smpi tambun lbh awal. Apa. Taman Ampang ke tah namanya. *sangat jeles* Oklah. Alasan je tu kan. Sebenarnya ada lagi banyak perkara yang boleh dilakukan selain tengok cerita Barbie tu. Tapi nak buat macamana kan. Dah tertengok. Lalala~

Semalam malam pula, tengok tayangan drama Taubat Nasuha. Nape rasa macam cerita ni dah pernah tayang? Tragis. Pengajarannya ya kanak2, janganlah anda curang. Owh. Si atuk (Jalaluddin Hassan) ada bagi buku agama kat anaknya (Fauzi Nawawi) and cakap, Kalau tak suka bagi balik. Pastu anak dia curang ngan wife dia. Balik umah, tengok2 anak2, wif yg sedang mengandung terbaring atas lantai. Semua sudah meninggal sebab kena bunuh. Dan tunjuk yang atuk ngan anak yang curang tu tengah duduk lepas solat jemaah. Anak tu nangis2. Atuk tu cakap apa tah tak ingat. Tapi dia ulang ayat Kalau tak suka, bagi balik. Dan ending tu kuar ayat hargailah apa yang kita ada sebelum ia hilang. Hilang tu maksudnya sangatlah subjektif. Boleh jadi tiada depan mata tapi still wujud. atau memang ALLAH dah ambil balik. Yelah. semua yang ada kat dunia ni, hanyalah pinjaman dari ALLAH semata2. Cam bila kita pinjam barang2 kawan kita lah kan. mesti nak jaga baik2 sampailah satu masa, kawan tu nak guna balik, kawan tu akan minta. Jadi apa yang ALLAH pinjamkan tu kita jagalah baik2. Sampai masanya, ALLAH akan ambil balik apa yang dipinjamkanNYA. Dan bila masa itu tiba, kita kenalah redha. Get wat I'm trying to say? *muka berharap* Cuma tu lah. Cerita taubat Nasuha ni, part Taubat tu sangat sekejap. iaitu dalam 10-15 minit terakhir jek. Tapi, kalau cakap dalam real life pun, ALLAH itu MAHA PENGAMPUN. Tak pernah terlalu lewat untuk bertaubat. Yang penting ikhlas dan tidak buat lagi. Benci kesalahan itu sebagaimana dicampakkan ke dalam api neraka. 

Dalam drama lain pula, ada pelakon ni cakap ayat ni, yang baik diterima, yang buruk diperbaiki, yang koyak kita jahitkan, yang senget kita perbetulkan. Kiranya cam kalau baik tu kita ambillah. Tapi kalau buruk atau kita tak kenan pun kita ambil juga. Tapi ada plus kat situ, iaitu dengan penambahbaikan mengikut apa yang kita rasakan molek tu.kita. Kiranya cam kalau buruk pun terima juga tapi leh wat ubahsuai. Erm, paham tak? Che' paham. Hehe. =)

Adeh, banyak sangat tengok drama ni. Hehehe. =P

Tapi selalu kalau drama Melayu mesti ada dera2. Sangat tak suka. Tapi tulah. Apa yang drama tunjuk memang jadi dalam real life. Oh. Sungguh dramatik. 

Dan tidak dilupakan, Selamat Hari Lahir wahai adik Iwan. Moga panjang umur. Murah rezeki. Success sokmo. Sihat selalu. Happy always. Bahagia dunia akhirat. Belajar molek2 deh. Akak tak tau camne nak tunaikan janji hari itu. InsyaALLAH akan ditunaikan tapi tak pasti bila.


P/S: che' pun ada banyak kekurangan kat diri ini. masih dan masih dalam proses membaiki diri.

P/P/S: Kalau panas, orang akan buat perbandingan atau metafora atau hiperbola dengan "kalau letak telur pun mesti dah masak". Tapi kalau sangat berminyak orang bandingkan atau metafora atau hiperbola dengan ape ek?


2009-11-26

Baju baru.

Salam.

Blog saya sudah ada baju baru. Dah lama nak cari baju baru. So, musim cuti ni ter rajinlah pulak nak free shopping2. Tapi cam rasa ada menda yang kurang kat baju baru ni. Urm. Apa ye. xtaulah. Tengoklah nanti kalau rajin che' akan cari baju baru lagi. 


Musim cuti ni ada banyak plan. Tapi berjaya atau tak laksanakan plan2 itu, che' tak taulah. Selalu macam berangan je lebih. Last2 tak berjaya pun. Hehehe.

Seperti:

- pergi tambun. even dah pernah pergi kan. 

study hal lain-lain. 

- scan gambar2 lama. abis gambar2 lama jd kuning. urgh. 

- of course, tidak membiarkan diri dalam lingkungan obes. bahaya. 

- bayar hutang are2. 

- kodiang. mampu ke ek? urm. 


Itu sahaja barangkali. Sekian. 

2009-11-25

kahwin+mempunyai anak.

Salam.

Tiba2 rasa nak kahwin dan mempunyai anak.


suka gambar ini. nampak kasih+sayang.


Sebab tengok ada kakak ni. (kak Itri) yang umur 23 tahun dan sudah mempunyai anak lelaki yang sangat comel. Kak Itri letak gambar kat Fs. jadi cam tgk2 juga. 

Tapi... perkahwinan tidaklah sekadar berkahwin dan ada anak semata2. Ada banyak lagi tanggungjawab lain yang terlibat. dan juga, banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum perkahwinan itu berlangsung. dan juga, che' belum abis belajar dan belum merasai duit sendiri.

Jap, kak Itri dah grad ke belum ek? Urm... Architecture 5 tahun xsilap. 

Ok. Kembali meneruskan che' punya plan tentang life che'. Maknanya, kahwin bukan dlm masa terdekat ini. =)



zaman silam. Tak nak ubah.

Salam.

Pernah terfikir tak tentang soalan ni.

Kalau anda diberi peluang untuk mengubah sesuatu di zaman silam, apa yang anda ingin ubah?

Jeng jeng jeng.

Jawab jawab.

Nak ubah untuk zaman sebelum berat jadi 55 kg?

Nak ubah sebelum makan kacang pastu muka naik jerawat?

Nak ubah sebelum membuat pilihan untuk beli beg yang last2 tahan seminggu jep?

Nak ubah sebelum membuat pilihan beli baju yang terkoyak lepas baru pakai untuk 2 kali?

Che' bagi kalian peluang untuk fikir.

Kalau che', hehe...

Che' nak ubah...

Well...

Honestly saying, che taknak ubah pape.

Che' gembira + bersyukur dengan apa yang che' ada sekarang. 

Memanglah cam ada sejarah, geografi yang macam2 tu kan.

Tapi, kalau tidak berlaku apa yang berlaku, che' tak kan merasa apa yang dah jadi tu.

Dan takkan wujud che' yg sekarang ini. Cam che yg skrg sgtlah hebat ke ape kan. 

Che' ada Familia. Ada Encik. Ada sahabat. Ada kawan2. Ada teman2. Ada adik2. Ada abg2. Ada kakak2. Yang selalu akan marahkan tegurkan che' kalau che' cam serabut2 ke ape and selalu akan tadah telinga atau tahan mata utk bc/dgr cerita2 che' yg bosan2 itu. Hehe. 

Sebab apa2 yg dah pernah jadi dulu tu tak jadi, che' takkan ada kat tahap ini. 

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samaada kita sedar hikmah itu cepat atau lambat sahaja. 

Alhamdulillah. Syukur padamu Ya ALLAH.


 


2009-11-22

mood. not!

salam.


mood hari ini. sangat happy!!!


sebab jenjalan siang tadi. dan jumpa encik. dan adik msg! dan skype ngan iyah! dan dan dan macam2 lagi. 

tapi...

still xde mood nak blogging. orang itu, angkatlah fon. xsedap tinggal tertanya2 macam ini.

=(

walaupun orang lain suruh biarkan je. tapi, alwani tetap alwani. okayh. alwani menjauh. bye kamoo.


2009-11-19

bertukar!

Salam.

go go power rangers. mighty morphin power rangers.


Tiba2 kan rasa nak tukar jadi Power Rangers kaler pink. Nak jadi cam hero lain sebenarnye. tapi sebab yang lain lelaki kan. Oh oh. Dalam Justice league ada cam superwoman jugak kan. Tapi tak ingat lah apa namanya. Oh oh oh. Tak pun yang dalam heroes tu. Yang perempuan yang ada dua personaliti diri tu. Yang kejap jahat kejap baik tu. Cari pasal ngan dia, abislah kamoo esok pagi.


tapi awat cam tak cun je hat pink ni.


Bertukaq! Pastu che nak cari orang jahat tu. Dia telah buat orang2 yg che syg sedih. Oklah. Dia buat che sedih+sakit hati+rasa bawaudalwauha+mcm2 lagi. Tapi che tak kisah. Dan che sangat2 kisah sebab dia buat org2 yg che syg rs sedih. 


Nampak orang tu. Fire! Tapi tak akan selesaikan pun apa2 yang jadi. Mimpi je semua itu. Cuma satu je, Che' harap dia akan sedar apa2 yang dah jadi ni. Dan dia dapat bertindak dengan lebih matang di lain2 kali.


Xdpt nak backup orang2 tersayang itu. Cuma ini je termampu. =(


Ya ALLAH, kau peliharalah insan itu agar sentiasa berada di jalan Mu. Jalan kebenaran. Kau peliharalah dia Ya ALLAH. Kau peliharalah dia Ya ALLAH. Kau peliharalah dia Ya ALLAH. Janganlah biarkan dia terkapai-kapai sendirian. Amin. 


2009-11-16

kenapa ubat pahit?

Salam.

Sejak dari Khamis lepas, kesihatan che' agak kurang berbanding biasa. Erk. Sakit mata. Ada yang cakap, tu lah sapa suruh ngendap/skodeng. Heyh. I tak ngendap/skodeng pun. Musim exam ni jadi kanak2 baik je hari2. Konon2 selama ni nakal lah kan? I ni baik ok. Tak caya tanya Udean. Kat dalam blog dia ada bukti. =P 


Khamis malam mata sudah sgt sakit. Dan Yufi cam suruh jugak g check mata sebab Jumaat pagi ada exam. So, minta tlg Tim. Thanks Tim+Jim sebab temankan. Then, mlm Jumaat tu mmg xle nak study. Jumaat pagi, jam 6 baru terjaga. Urgh. OTK! Ada less than 3 hours utk study. Apa lagi, Exam goreng lagilah. Hehehe~


Pengajaran? JANGAN STUDY LAST MINUTE!!! Memanglah cam sempat. Tapi sapa tau. Bila2 masa je ALLAH nak tarik nikmat kesihatan tu.  Macam che' ni kan. 


Dan dan dan. Sangatlah malas nak makan ubat. Kenapa kena makan ubat? Nak cepat sihat. Tapi MALAS nak makan ubat. pastu bila titis ubat mata, Beberapa minit selepas itu, rasa sangat pahit kat anak tekak. Erk... Doktor pesan, suruh rehatkan mata, jangan hadap kmptr, tv, bc buku sgt. SO, cam bbrp hari ni cam hadap pun kejap2 jek. Lebih kepada REHAT. =)


Harap maaf kepada sesiapa yang Call/MSg dan panggilan atau SMS anda tak berjawab atau lambat terjawab. 


Alhamdulillah. Sudah semakin sihat. Dan bersedia untuk berfoya2 semula. Heee~ Jap. Tak jdlah berfoya2. Che' seorang yang baek. Dah bersedia nak abiskan Tautan Hati.


Sekian, coretan hari ini. Wassalam.

P/S: Satu lagi entri merapu. =)



2009-11-15

Tag dari dak kecik bernama Udein. lalala~

1. Anda rasa anda hot?
tak. cold jek. cool~

2. Upload gambar kesayangan anda



3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab cukup korum. Slalu mesti tak semua ada.  

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Rasa2nya masa makan ngn Encik Celcom. Yang hari teman Haf g Kajang tu. Tak igt brp hb.

5. Lagu terakhir anda dengar?
Selamat Ulang Tahun - Imran Ajmain 

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Dengar2 lagu. besttttt... =) 

7. Selain dari nama anda sendiri anda suka di panggil?
kakla, cahaya, lawa. lalala~

8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.
-ain amir
-akmal
-gha
-zahid
-haf
-jelita(rat)

****Siapa no.1 kepada anda??
ex rumet masa matrix yg best!!! geng gaduh ms matrix dulu. selalu tak sependapat. tapi takdelah sampai tarik2 rambut kan ainto kan? lalala~ dah lama xjumpe.  

****Bagaimana pulak no.3??
jnior maths kat u. sama kolej. so, buku2 sume pass2 kat dier. ngehehe~ ramah juga.

****Pendapat anda pada angka 4??
ni. jnior maths gak. tapi xsama kolej. tapi suka tanya2 camne nak score subjek2 ni. erk. dhla subjek2 tu che bungkus. luckily dia tak bungkus. kan zahid kannn? =P 

****Kata sesuatu tentang orang no.2??
antara adik kesayangan dalam fc kmns. *wink wink* kecik tapi matang. 

****Bagaimana pulak no.5?

rock!!! tapi manja juga kengkadang. anak bongsu lah katakan. all the best intebiu khamis ni.


****Pendapat anda pada angka 6??
jelita. sangat suka buat mimik muka. dan sporting.  seronok mengenali die~


2009-11-14

Semalam yang best~

Salam.


Semalam sangat best! Ok. Tapi lebih kepada malam semalamlah. Sebab pagi tu ada exam. Cam biasa, gorenglah selagi termampu. Sudip di tangan dan kuali dan lauk dah ada. Goreng!!! =)


Rehat2... Ada meeting petang tu. Amek kek dari cik Haf. Haf, Thanks. Epi belated burfday kepada Dr Is. Dr Is+Cik Rafidah, Maaf ku pinta sebab tak dapat hadir atas sebab2 yg xdpt dielakkan. Kekenyangan Che' semalam. Then jenjalan ngn uyun. Sangat best. Harap Uyun tak nyesal. Ngeee~ Eventho rasa segan terpaksa berlagak cam diva, tapi best. T, kita wat lg nak? dah lama dah x adventure gini. Sem ni mmg x adventure langsung. Xde jenjalan pun. Klu tak, ada2 je plan mcm2 ngn Ella+Mimah+Haf. xla byk sgt pun plan. Hehehe. 


P/S: Sangat2 suka lagu Be With You - Akon. Cam sangat2 kena. Thanks BFFs.

P/S/S: Semoga Encik Celcom cepat sembuh.

P/S/S/S: Tautan Kaseh sape menang ek...?

2009-11-12

Persamaan baru.

salam.


ini ada persamaan baru. kalau taknak hafal, xpe. tak masuk exam pun.


beazyme + pontalon + chloramine + neodeca + chlorop = tido. 


abislah exam esok pg. klu tido 2 jam cukup tak?


dan saat2 macam ni, insan yang sangat2 saya rindu adalah Noor Kamilah Binti Samsudin+Andi Nurul Hamimah Binti Halidek+Nurulain Syafiqah binti Nordin. Sebab mereka pernah jadi nurse sayep. T_T


Stress lagi dgn efbi. kali ni die tak bagi sayep tukar status. Napelah time2 nak wat status menarik ni takle la plak. Ya ALLAH Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2ku.  

Wassalam.

Che ada Pengikut.

AMARAN! ENTRI INI SANGAT MERAPU. ANDA AKAN MENYESAL KALAU BACA. SERIUS!Tapi kalau nak baca juga, saya tak halang... =P


Salam.

Alhamdulillah. Che' sihat2 sahaja. Urm. Lately nafsu nafsi makan cam agak tinggi. Makan rasa makin sihat je badan ni. Urgh. Tak suka tak suka tak suka. Tapi kan. Bila timbang, berat sama jek. Takpun, berat dah turun sikit. Che' rasa mesin timbang itu rosak. Kena beli baru. Bila mesin tu cakap berat naik, tak rasa pape. Tapi bila turun rasa mesin tu rosak lak. Tapi kalau orang lain cam sangat gembira kalau berat turun. Urm. 


Che' ada cerita. Berbalik kepada tajuk entri. Che' ada pengikut. Kalau keluar bilik je, dia datang lari2. Sibuk nak ikut masuk Toilet tapi tak masuk pun dan hanya duduk di luar sahaja. Kalau tengok tv dia datang. Duduk kat depan pastu wat this pity face. Hahaha. Yelah. Saya sayang kamoo juga. Nasib baik kamoo takde efbi. Kalau tag dah boleh tag2 tu. Mentang2lah dah reti nak wat tag2 tu. Tapi sangat happy tau kalau berjaya buat sesuatu setelah berusaha. Take note, SETELAH BERUSAHA. Lalala~ Owh2. Kadang2 kalau malam2 nak g toilet ke, tengok tv sorang2 dia mesti ada. Teman. Nanti dia watlah pape yang dia nak buat. Tidur ke. Wat pity face ke. Bersihkan badan ke kan. Makhluk oh makhluk. Tapi kadang2 cam rasa horror gak kalau ada yang mengikut hulu hilir kan. Tapi kadang2 cam rasa selamat. Sebab cam tau ada yang teman eventhough kalau ada pape jadi, kalau ada pape ek mintak jauh~ makhluk tu bukan leh tolong pun. Takle tolong ke? Yang dalam cerita Sumpah Bunian tu Mutiara tolong Hawa. Dari cengkaman Azera yang JAHAT itu. Hahaha. Cam dapat tangkap je sape makhluk tu kan. Makhluk itu adalah...



Mama hungry.


Seekor kucing yang bernama MAMA!!! =) Cis. Alwani ni. KUcing pun nak masukkan dalam blog. Tak matang langsung. lalala~  Namanya Mama sebab... Orang lain panggil dia nama  lain. Glamornya Mama ni. Kalah Kak Anggun. Ok. takle banding Anggun ngan kucing. Nanti dia murka susah. AMpun Tuanku. Panggil Mama sebab dia asyik preggie jep. Setiap sem mesti preggie. Jahat nye kucing jantan. IHU. Tapi dah 2 sem dah lepas dah beranak tu anak nya hilang. Ada orang culik dan sorok gi mana tah. Meroyan juga lah Mama baru2 ni. I'm not a fan of makhluk yang bernama kucing ini. Lagi2 kat satu rumah ni. Sangat anti. Sebab kucing2 tu cam berlagak nya alahai. Tapi somehow, kat asrama ni, rajin melayan Mama ni. Mama pun gedik2 ikut hulu hilir kan. hahaha. Owh2. Che' suka gaduh ngan kucing jantan yg suka kacau Mama tu. Mesti dalam hati kucing tu, Aku benci manusia ni. Sebab kucing tu selalu pandang dengan muka tak puas hati. Tapi apa che' kisah. Sape suh jahat sangat.


Ok. dah tak tau nak merapu apa pasal Mama ni. 

Nak g meeting.

Wassalam~



P/S: Lagu Thinking of You By Caprice and Annatasha best!

P/S/S: Gomok kat umah tu pun seronok utk dikacau. =P


2009-11-06

Kisah hari jumaat.

Salam.

Pagi ini sangat semangat bangun. Yay! Taklah semangat mana pun. Sebab kalau lagi semangat tu Che' akan ke Lib. Tapi tak pergi pun Lib. Jadi taklah semangat mana tapi lebih semangat compared to hari2 yang lepas. Sebab nak laksanakan beberapa misi iaitu:

-Surat-menyurat-pos-mengepos

-ambil skrol at Jabatan Akademik.


Pagi dimulakan dengan makan sorang2 kat cafe. Sadisnya makan sorang2. Hahaha. Takpe. Hidup masih perlu diteruskan. Seronok makan2 tu, orang cafe tu pasang radio THR. Layan jelah kan. Tiba2 kuar lagu Cinta di Pantai Merdeka. Uih. Serius teringat kisah pergi UniMaP sebab keusahawanan dan singgah di satu R n R untuk makan tengahari. Kalau dengar lagu ni memang teringat kisah itu. Yelah. mana tak. Kat R n R tu ada macam dj dedicate lagu. Pastu ada Pekerja kat gerai nasi tomato tu dedicate lagu kat Che. Lagu Cinta di Pantai Merdeka. Dan kakak2 yang sama2 serombongan tu pulak suruh hayati lagu tu. adeh. Malu I.


Then pergi pusat pengajian. Nak minta signature lctrr untuk sahkan salinan yang diperlukan utk operasi Surat-menyurat-pos-mengepos. Settle. Tapi ada surat tu takle nak hantar sebab borang tak lengkap-gambar-tertinggal-kat-bilik. Maka dengan langkah yang sangat semangat+mandi hujan, Che' ke Canselori pulak. Sebab nak ambil skrol. Setibanya di kaunter...

Che: Erm... Nak Ambil skrol. Untuk saya dan saya sebagai wakil.

Pakcik 1: Kejap ek. Pergi ke dalam panggil kawan dia. Keluar balik. Tunggu kejap ek. Check sesuatu kat komputer.

Che: Ok. Pakcik ni punya kejap tu brapa lame ek. Belek2 enpon. Ish. xde orang msg.

Pakcik 2 keluar.

Che pergi ke kaunter pakcik 2.

Pakcik 2: Nak amek skrol? 

Che: bagi surat kuasa wakil yang ayat2nya digoreng dengan jayanya. Hahah. Ni surat untuk wakil dan saya nak ambil saya punya juga. Ni IC.

Pakcik 3 pula keluar. 

Pakcik 2: Dah pulang jubah?

Pakcik 3: Boleh check kat situ.

Che: bagi kertas hijau sign2 anta jubah tu.

Pakcik 2: Apa hubungan awak dengan ********* ni? Kena state kat sini ni. Bukan apa, nanti kalau ada kes mahkamah senang nak cari.

Che: Malu. Kawan. Grrr.

Pakcik 3: Kawan ke boyfriend?

Che: Betullah kawan. Kawan sekuliah. Still taknak ngaku. Dan rasanya time tu pipi dah blushing sebab malu. Seronok betul pakcik2 ni pekena. Dah tau lagi mau tanya. Dush3!

Pakcik 2: Dia kerja kat mana?

Che: Celcom.

Pakcik 2: Selangor ke?

Che: Urm. Aah. =)

Tiba2 camne tah ada pakcik 4 kat sebelah Che'. Wah. Pakcik2 ni sangat baik. Sangat ramai nak tolong Che dalam urusan-ambil-skrol ni. Tapi sangat sibuk nak tau hubungan Che ngan Encik Celcom ni. Grrr. I dah malu dah. 

Pakcik 3: Check dulu dlm tu cukup ke tak. 

Che: cuba buka.

Pakcik 3: Haa. bukak kat mana tu. Ni dah ke brapa dah ni. Salah buka.

Che: Heee. Malu nya. buka sampul pun fail. Mana lah nak pasan ada lipat2 tu. Saya ni rabun snanye, pakcik.

Pakcik3: Pastu sign kat sini. Ni yang ********* ni Bakal suami ke?

Che: kot. tak abis lagi ke? Pakcik ni dengki nya... I dah cukup malu ni. Kalau dah nak kawen ke takpe lah jugak.

Pakcik no brape tah: Kot. Kot. baju. Kasut.

Che: Terima kasih ek... Pergi meninggalkan Jabatan Akademik dengan sepantas kilat. Dan berkira2. Kalau kahwin nanti kena jemput ke pakcik2 ni ek?


Harap2 Encik Celcom tak terasa dengan statement2 Che di atas itu. Sebab Che rasa sangaaaatttt malu kena tanya macam tu. Dahlah pakcik2 tu ramaiiiii. Dan Che ni kan pemalu orangnya. =)


Time menjadi penyibuk program yang student Stats anjurkan. Ammar yang suruh buat jari macam tu. Ala2 Time BTN dulu. Comel kan Che? Tapi itu dulu. Sekarang dah kurang comel. Huhu. 


Then pergi cari kalau2 ada majalah Dara.com. Tapi TIADA. Jumpa majalah-Mingguan-Wanita-yang-ada-Siti Nordiana+Rapi. Rapi menjadi pilihan. Then, balik  bilik. Malasnya nak g pos office again to settle down surat yang tak berjaya di pos itu tadiiiii... Sekarang? Dah siap satu lagi entri merapu.


Wassalam.


P/S: ada orang ketawa besar baca entri semalam. Che gembira kalau entri che boleh buat seseorang ketawa. At least dapat cheer up someone kan. Pasanlah tu yang die nye post kelakar2. ergh.


Merdeka.

Salam.


Merdeka
Yay. Dah Habis exam. Merdeka. Itulah kata2 yang diluah kan oleh insan2 yang dah abis exam. seperti Yufi dan Saceh. Dan Biha. Dan sudah tentulah bukan Che'. *jeles* Dan Yufi dan Moon dan sape tah lagi dapat berfoya2 ke Mid siang tadi. *bertambah jeles*. Che' nak tengok cerita Pisau Cukur. Mesti menarik kan. Sebab macam gedik2. Kalau gedik2 ni memang menarik. Lalala~


Sayu
Urm. Entah kenapa lah kan. ketika saat waktu ini rasa sayu. Kenapa ek? Sebab takde orang texting ke? Takkanlah kot. Sekarang ni pun tengah YM. Tapi tak YM sgt. cm tak tau nak cerita apa. Hahaha! Merapu jelah. Apa lagi kannnn? Lalala~


Selamat Berjuang

Esok dah 6 November. Bermakna ada orang tu dah abis cuti. Dan kena balik gi sekolah. Dia tengah kemas2 barang tu, Banyak sangat ke barang? Kepada orang itu, belajar molek2 deh. Eh silap. Ngaji elok2 na. Ingat janji2mu padaku. Akan ku tuntut jua. Dan juga janji2ku padamu (ada ke?) =) make sure masuk UKM. Kalau tak, akak xle kawen. =P All the Best k. Akak sentiasa mendoakan kamoo.

Tak lama lagi. Musim ESPIEM pula. All the best utk Are2. Study molek2 deh. Minimum 9A tau. ngeee~ Wat are2 stress jep. Lepas tu boleh g Langkawi. Pastu kita honeymoon kat Kuantan jugak okes? N tgk Pisau Cukur. Wah. Banyaknya plan. N banyaknya duit kena save dari sekarang. Kalau tak nanti tak bestlah berfoya2 kan? ok2.

Dan ada seorang bestie yang dah pindah ke Dungun semula. Sangat gembira orang itu sebab dah ke Dungun. Sebab dapat jumpa kawan2 lama dan menggelenya. Ish. Tak elok gelenya2 ni. Hohoh. Main masak2 lah kamoo nanti ye teh? Blajar masak sedap2. T teh leh masakkan untuk Che'. May ur dreams come true. KFC dalam ingatan selalu. Lalala~


Bestfriend

Dia gelar Che' as BFFs dia. Tapi sejak SPM, che' dah jauh dari dia. Ok2. Takdelah since SPM sampai sekarang. Tahun lepas baik balik ngan dia. Even dah jauh pun, still tau khabar masing2. Cumanya, taklah selalu share cerita macam dulu. N Che' still dapat title tu. Ur my Bestfriend, kata dia. Tapi... somehow. dia bukanlah orang pertama yang che' cari if ada prob ke apa ke. Walaupun dia pernah pesan, if there's anything, i'm just a text away. Hurm. Biarlah. Moga kamoo berbahagia dengan apa yang kamoo kerjakan. Manusia berubah. Tapi kan elok kalau perubahan itu ke arah kebaikan. Even sikit2 pun kan. 


Mimpi sebab Rindu ke?

Orang kata mimpi tu mainan tidur sahaja. Ada sahabat kata, kita mimpi sebab kita fikir tentang orang itu. Owh2. Itu sentiasa berlaku bila Che' ada nightmare. A few days back, I have a nightmare. Consequences of just mentioning those that makes me have the creeps. And Walla, I have nightmares with them in it. Ish3. Mimpi je kan. Tapi, macam mana pula kalau kita tak fikir pun pasal orang itu tapi kita mimpikan dia? Macam semalam kan. Sangat membawa kenangan manis. Mimpi Noriz, Fira, Zue, Azua, geng2 PRS, Zaira, Liyana M. Sebab rindu ke? Dan dalam mimpi tu Noriz dah jadi Doc. Wah. hebat. RIndu Sagacious. PRS terutamanya. Thanks sebab faham+terima Che' seadanya dulu.


Rindu lagi

Urm. kalau nak cakap pasal rindu, sampai bila2 tak habis kan. Tapi tadi Che' pergi CC. Dan nampak ada gurl ni. Reminds me of Atie. Tibe2 rindu. Terus text Atie. Masa nak beli makan tadi, terserempak dengan Ain adik Mimah. URm. Dah lama tak lawat kanak2 aras dulu. And dah lama juga x ajak mereka2 jalan2 ke Tasik Kejut macam dulu2 tu. Rindu dan rindu lagi.  


Sekian, wassalam.

2009-11-03

Makan.

Salam.

Post kedua hari ini. Ish. Kata malas nak post. Tapi hari ini sampai dua. Tulah. Tadi teman ibu g CIMB. Urgh. Cam sangat leceh lah urusan ngn bank ni. Last2 tak settle gak yang nak disettlekan. huhu. Next time. Pastu g lunch ngn Mummy+Are2. Alkisahnya. Pasal makananlah.


Cakap pasal makanan, mesti ada yang nak ejek2. "Wani tu memang makan banyak." "Kak wani, jangan makan banyak sangat." Dan ramai orang dah ada point nak kenakan Che'  mentang2lah sebab Che' lagi besar+lagi berat+hampir berat dari/dengan mereka. Lalala~ Apa saya kisah. Yang penting, saya tahu ada ramai orang yang sayangkan saya. perasan! Dan, saya sihat. =) Bukan 'sihat'. S.I.H.A.T. Oklah. Sebenarnya saya kisah. Sebab jeles ada orang lain yang dah memang kurus tapi berat dia makin turun. Ok2. Dah merapu dah ni. Berbalik kepada matlamat asal.


Actually kan, bila berhadapan dengan makanan, ada pelbagai ragam yang boleh dilihat. Cam dalam mana2 menu kan, mesti ada a part of it favourite kite, dan ada yang kita kurang gemar. Tak faham? Meh Che' bagi contoh. Burger: Ada roti dan daging. Ada yang akan makan Bite by bite. Gigit serentak roti dan dagingnya. Ada juga yang makan roti dulu baru daging. dalam English, Save the best for the Last. Ada juga yang makan daging dulu baru roti. Contoh lain? Pizza: Ada yang akan makan crust dulu. Ada juga yang akan makan toppings dulu. Kiranya cam ada 2 gaya lah. Makan part fav dulu atau last sekali. Kalau last sekali tu macam  yang Che' kata tadilah, save the best for the last. Che' suka buat gini kadang2. Tapi ada sorang cikgu pernah cakap dulu. better to eat yang fav part dulu. Sebab? Nanti kalau dah makan yang fav pastu dah kenyang, nanti takdelah nak paksa diri makan sampai habis. Tapi stil tak elok sebab  membazir. Instead, kalau save yang best untuk makan last, nanti macam paksa diri untuk makan sampai habis for the sake of nanti dapat makan yang part fav tu. Erk, Paham ke? Daddy lak kata, baik makan yang fav tu dulu. Sebab? Nanti kalau tengah2 makan, mati tercekik, kan nanti xdapat makan yang best tu. Make sense tak? =)


Dari makanan juga, cara makan,  kita boleh nilai personaliti seseorang. Ada angin2 sampaikan khabar ni lah kan. Kalau makan nasi+lauk, dan cam akhir2 sebelum habis makan tu tinggal lauk, maknanya orang tu pandai berjimat. Kalau cam akhir2 sebelum habis makan tu tinggal nasi je, orang tu suka membazir. Tapi kalau seimbang nasi+lauk, kira cam seimbanglah kan. 


Owh2. cara orang tu pegang makanan dia pun leh tunjuk dia tu kedekut ke tak. Tapi yang ni kena tunjuk gambar. Tapi takde gambar. Maka, maaflah ya. =)


Ok. itu sahaja coretan tentang makanan. Tak banyak pun. Sekian, Wassalam.


P/S: kesinambungan dari Teka-teki masa konvo hari tu. Dari Moon. Dalam rasa  ada berapa rasa?  

Serius semula.

Salam.

Macam macam and macam dah jadi sejak dua tiga empat menjak ini. Apa jadi? Hahaha. Hanya yang tahu yang tahu. Che' malas nak cite. Yang penting, dah selesai. Terima kasih kepada yang tahu. Yang marah. Yang geram. Yang nasihat. Yang bagi semangat. Kat che' ni. Dan juga Yang masih percayakan Che'. Alhamdulillah. Syukur kepada Yang Maha Esa. So, mood sekarang? Gembira. Dan kembali serius. Dan dah baik balik dengan Encik Celcom. =) Alwani, Studylah weyh. Exam minggu depan. Dok melagho jek. Yufi ada lagi satu paper? *Jeles2*

Yang berlegar2 di fikiran:
-Asimen Simulasi
-Lab Forecast
-Exam Simulasi
-Exam Forecast
-Skrol
-surat Jpa, KPT
-cuti2 lepas exam
-kereta oh kereta. Aidah nak tamiya.=P
-Kodiang
-jln2 ngn een kat KL

Lewat malam semalam. Ada satu pengajaran yang tak boleh dilupakan. Sampai bila2, Alwani, kamoo kena ingat ok?
kdg2 kan, menjauhkan diri dr seseorg adlh perlu. mungkin mcm putus ukhwah kan. tp, adlh lbh penting utk kita jg diri kita dr difitnah. Daripada mencemarkan nama sendiri. Baik menjauh. =)
Dan kali ini kena keras hati. Kena jauhkan diri. Berusaha!

Oh. Lagi satu. Lately, SANGAT MALAS nk on YM. Blogging pun malas. FB pun mls. Kalau rindu, Buzz je kat YM tu. klu ada, adalah. =) Lalala~

Ok2. Sambung study.

Wassalam.

2009-11-01

Suka2 sahaja.

Salam.

Ini adalah entri yang tertangguh. Sepatutnya dientri kan Jumaat lepas. Kalau buat jumaat lepas nak buat tajuk Sayyidul Ayyam. Tapi tak sempat. So Here goes...

.

.

.

Salam.

It's Friday. Jumaat. Dalam bahasa Arab, Sayyidul Ayyam. Yang bermaksud penghulu segala hari. Pejam celik pejam celik dah hujung minggu dah. Che' ada lagi seminggu untuk pulun study lab+forecast+simulation+asimen simulation. Lepas itu, boleh layan novel Tautan Hati. Ingatkan semalam nak habiskan. Tapi baru beberapa page, ada perkara lain yang perlu diselesaikan. Urm. Takpelah. Nanti leh baca. And habiskan novel2 lain yang sedang beratur. Dan entri kali ini adalah untuk bayar hutang dan sekadar suka2. No offense ok? =)


 Cyamisssvilla David vs David Villa? che dh dpt bygkan seseorg yg melompat2 kegembiraan sebab tajuk ini dipost. kot?

Apakah? Siapakah? Mengapakah? Bilakah? Bagaimanakah? Ha. Ambil ni. Semua soalan terkeluar. Apa itu Cyamisssvilla David dan David Villa? Well, fyi, kedua2 ini adalah manusia. Dan kepada peminat bola, maybe nama David Villa ni sangat familiar. Maybe lah kan.  I'm not a fan of football-soccer to be exact. But somehow, bila berkawan dengan lelaki yang minat football-soccer, sedikit sebanyak layan je lah cerita2 mereka tentang bola ni kan?  Bukanlah terpaksa ke apa. Kadang2 kan bertukar pendapat ke apa ke kan tak salah. Lain orang lain minatnya. kaaaan? brape banyak 'kan' daa... 


What i know is that this Villa David played for Spain. And he currently played as the striker. Wanna know more, google lah sendiri. ok, letmegooglethatforyou. =)


This cyamisssvilla david is david villa-to-be. Dia sangat bersemangat dalam bermain futsal lately. Dulu2 memang main bola pun. Che' ingat lagi masa matrix dulu the boys slalu lawan bola ngn other pracs. And keesokan harinya, gebang kat prac mate lain yang tak turun berapa banyak gol dapat discoremasa match tu. F6P3 tak pernah kalah ek? =)



Deskripsi gambar:

Gambar kiri, ketiga dari kiri, Cyamissvilla sebelum beraksi.

Gambar kanan, David Villa dan isteri.

Perbezaan gambar: David Villa ada 'perut' sebab dia baru makan dengan wife dia. Sangatlah suka hati buat kesimpulan gini. Lalala~


Tapi sumhow, masa Tautan Kaseh baru2 ni, Cyamisssvilla David ni hurt his ankle. Tremendous performance. Tulah. Sape suh tak ajak saya, =P One month jugaklah dia takle nak main. Moga Encik Cyamisssvilla cepat sembuh. And achieve his dreams. Tak kiralah untuk jadi cam Villa David ke, untuk pass Degree with flying colours ke, untuk jadi suami mithali ke, all the best to u. Sorry and Thanks for everythingggggg juga! Nanti dapat jumpa kakak... Tapi entah bila la tu kan? =)


P/S: Cyamisssvilla David bukanlah nama sebenar. ngeee~~~

P/S/S: Harap2 orang itu puas hati dgn entri ini. (^_^)v


You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681