"terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata, buruk padahnya"
"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana"
Salam.
Pernah dgr tak dua peribahasa ini? Pasti pernah, kan? Kedua-duanya menyimpulkan, berhati-hati apabila berkata-kata. Dalam erti kata lain, berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jangan kerana kata-kata kita merana. Kerana lidah itu adalah senjata yang berbahaya. Kerananya, ramai boleh terbunuh. Hubungan silaturrahim yang sedia ada habis terputus terus kerana kata-kata yang dilontarkan. Bak kata orang,"cakap biar berlapik". Ramai yang boleh terluka dengan kata-kata kita. Even kita tiada niat pun hendak melukakan. Tapi... Ya, hati itu rapuh. Mudah terusik. Sekuat mana pun 'The Hulk", tapi andai dia terasa, hati, jiwa dia pun akan terluka juga. mungkin tidaklah sebesar sungai nil. Tapi mungkin sebesar satu molekul H2O. Huh. Berkias2la pula che' pagi2 ini.
Maka, andai kita rasa kata-kata kita itu akan melukakan insan yang kita sayang, diamlah. Kerana kadangkala diam itu lebih baik dari berkata-kata. Kepada insan-insan yang ku sayang(andai kalian membaca), andai kita sedang berbicara dan bagaikan hendak wujud pertelingkahan dan che' tiba-tiba diam seribu bahasa, ia Bukan bermaksud che' protes atau mogok atau menyampah atau apa-apa. Tetapi, che' hanya ingin mendiamkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan dikau terluka atau membuatkan keadaan menjadi lebih buruk. Di saat amarah menguasai, che' tak mampu berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata secara berhikmah. Maafkan che'.
P/S: kenapa lately ni sangat sangatlah suka cakap main lepas jek? Suka hati je cakap. Tak fikir langsung, hati, limpa, usus orang lain? dan suka sangat katawa tak sopan? ish3.
P/P/S: jangan ulang silap lama, okeyh? Tak kiralah silap yang mana pun. Cukup lah sekali. Wat serabut jek.
Wassalam. =)
5 comments:
heh, jaga2 laa mulut ko tu ye... tp kdg2 yg betul tu kene ckp jgk. mane leh diam2 je. kalo x sound direct kang xpaham bahasa lak, hohoh...
hahah. tp kene gak tgk sape yg kite nak sound tu kan? klu org tu jnis yg mudah terasa, bhati2lah jugak. =)
sy jge bdn je,,,
heheheh
eleh, Villa-gonna-be
ye ye ye,,,(gaye jozan show)...
huhu
Post a Comment