Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-02-15

Berjalan-jalan LAGI.

Salam.


Sekarang musim cuti midsem.

Maka U pun sunyi sepi je. Starting Jumaat, ramai dah pulang ke pangkuan keluarga. Cik cahaya pula, dapat petunjuk untuk pulang hari ini. Hari Isnin.


Gigihnya sayep study ea? xjuga. Mengedate jep beberapa hari itu.


Khamis - Yufi - Mid - Pondok pizza.

Jumaat - Encik - Mines - Resipi rahsia.

Sabtu - Anjang - Mid - KFC. Pagi tu sempat wat wake up call+tgk TMNT. =)

Ahad - Memerap kat kolej jep.

Isnin - Teh - KLCC - McD --> rumah.

Serius. Sekarang rasa sangat gemuk. 


Khamis tu keluar sebab nak buat preparation untuk date hari Jumaat. Thanks Yufi sebab free time tu. Tak terajak orang lain pun. Serius. Rasa penat. Tak tau napa. Selalu kalau kuar jalan, cam no hal nak jalan lama2. Tapi petang tu lepas turun komuter naik jejantas nak ke seberang tu, "Yufi, akak xtau napa penat sangat malam ni". Penat tunggu Yufi pilih jeans kot. Ni kali ke berapa tah teman orang beli jeans. Serius. Sangat fussy bila beli jeans. Kena cari cutting yang best. Ada cutting best lak, Kena cari saiz. Tengok kaler. Harga. Brand. Kalau slack, just tengok muat ke tak n kaler jep n HARGA. Habis? Dalam RM 150+ lah juga. oh oh. Kitorang sempat main naik turun KTM kat serdang. Hehe. Jumpa Nana. Rasa kagum dan sangat segan dengan perubahan Nana.  


Jumaat cam xtahu nak pergi mana. Last2 ke Mines. Best2. Sebab kali ni keluar xde gaduh2. Sian Encik. Kena pau lagi. Harap encik tidak serik untuk keluar lagi dengan sayep. Ktm sangat2 pack hari itu. Keluar time sama macam hari khamis tapi 2 kali ganda pack. Balik blok, ada lagi arasmate yang tak balik rumah lagi. So, taklah senyap sangat kan.


Sabtu. Anjang ajak pergi TS. Tapi sayep xberani nak ke Stesen monorel+TS sengsorang. Tak biasa. Kalau cam mid, mines, klcc ke blh la kot. Tapi tidak TS. Serius jarang pergi. So, pergi mid lagi. Tapi  tak kisah. Sebab dapat jumpa Anjang. Dahla since Matrics xpernah kuar ngn anjang pun. Rasa sangat rindu ngn angah ngan uda. T_T. Dan dan dan. Anjang dah kurus+bertambah cun!!! *jeles* masa keluar ngan Anjang, rasa macam Anjang betul2 kakak je. Sebab cam bahasakan diri adik ngan Anjang. Teh tanya," Anjang tu panjang tak?" Cerita kat Anjang, Anjang just senyum jek. 


Ahad. Tidak dapat keluar ke mana2. Kerana kesihatan kurang memuaskan. Serius sangat tak larat. So, cam cubaan untuk habiskan nota. Dan TAK BOLEH ONLINE!!! xtau napa. Hari itu, serius sangat sunyi. Semua pun dah pulang. Tinggal sayep je di aras yang tak pulang umah lagi. Dan malamnya, cam layankan aje cerita kat tv itu. Sampai jam 1 kot. Ulangan cerita Orang Gaji. 


Isnin. Jumpa teh pula. Sebab dia dah nak balik Pantai Timur. Once die dah balik Dungun, susah dia nak balik pantai barat nih. Oh oh oh. Lepas jumpa Teh plan nak balik umah terus. Kul 12+ tghari baru keluar bilik. Decide punya decide, last2 ke KLCC. Sebab takkan nak ke Mid LAGI??? Kena buli!!! Masa dalam komuter, msg Teh cakap lapar. Dengan harapan bila sampai tu akan pergi makan lah kan. Tapi tak tak. Pagi tu makan jam 10. Time turun komuter tu cam dekat2 jam 1400. Sampai KLCC, Teh tanya,"selalu datang KLCC buat apa?" Sayep,"Pergi Kinokuniya." Then pergi Kinokuniya, Teh cari buku2 resipi. Dahla gambar2 cam sedap2 je kan. Sangat appetizing. Kejam. Kejam. Kul 4 baru makan. Dan makan dengan banyak nya. Cam revenge. Habislah. Berat melampau2 kang nanti. Tapi best. Sebab dah beberapa kali xjd jumpa. Jam 7 pun bertolak pulang ke rumah. Sampai rumah dalam 8 lebih.


Kenangan~


Overall, penat tapi best! Dan habis banyaaaaaaaak duit. cam 3 hari tu dok spend duit je beli brg. sbb bila balik ada je benda lupa beli. Tadi je dapat tahan diri dari shopping. =)


Dan macam biasa, taknak masukkan gambar. Serius. Tak suka sangat masuk2kan gmbr ni. Suka bebel bebel je. =P


Now. orang pantai timur dah kt pantai timur. orang utara pun nak ke utara. Moga mereka sama2 success walaupun sebagai perantau. Amin. 

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681