Salam.
Umurku sudah meningkat. 22. Bermakna 2009 hampir melabuhkan tirainya. Dan Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas dia atas muka bumi ini di samping kelurga, dia dan sahabat2 yang tersayang. Tak disangka kan? Pejam celik pejam celik, sampai jua. Dengan harapan, ibadatku juga akan bertambah selari dengan pertambahan umurku ini.
Tahun 2009 menyaksikan jatuh bangunku dan berjuta2 kenangan manis dan pahit yang tak dapat diungkapkan dengan kata2. Manis kerana pasti tidak dapat diulang lagi saat2 itu. Pahit kerana tidak mahu diulangi dan menjadi pengajaran buat diriku ini. Alhamdulillah jua kerana aku dikurniakan keluarga, dan sahabat2 yg setia di sisi di saat aku yang terleka dengan nikmat dunia ini. Terima kasih ibu bapak, keluarga dan sahabat2 u know who u r.
Moga aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupanku. 2010 hampir menjelang. Impian yang masih banyak belum terlaksana. 2009 yg telah pergi dibiarkan pergi. Aku inginkan kejayaan dunia dan akhirat, Moga ia dalam genggaman. InsyaALLAH.
Moga tahun 2010 ini kita lebih baik dari 2009. =)