Salam.
Hari ini I rasa sangat penat. I ada kelas dari jam 11-1230 je hari ini. Tapi penatnya macam I punya kelas jam 5 petang baru habis. Sebab lepas kelas, I berlari-lari ke lab sebab nak siapkan asignment. Dan lepas tu pergi cari abang-senior-yang-dah-jadi-tutor sebab nak bagi dia berfikir juga. Hehe. I tahu, I rajin. Sebab Lecturer-lecturer I pun rajin. Seorang dah lama bagi asignment. Jumaat depan, 26hb I dan group member I kena present. Lagi satu lecturer bagi asignment semalam, 23hb nanti hantar. Kenapalah 23 hb. Punyalah I tak nak ingat 23 hb ni sebab birthday Bulat ngan Udean tu. Ha. Kan I dah ingat dah. Lagi satu lecturer I bagi I latihan semalam. 22 hb discuss dalam kuliah. Tapi I tetap sayangkan lecturer-lecturer I. Sebab I tahu, mereka bagi I semua kerja ni sebab nak tengok I berjaya. =)
Lepas dah bagi abang senior tu berfikir, nasib baik dia tak minta upah I pergi bank in kan duit. Tak lama lagi I dapat baju baru LAGI. Tak sabar. Rasa sangat seronok. Syukur Alhamdulillah sebab I diberi wang untuk dibelanjakan. Sebelum tu I Terserempak dengan ada junior I. Perempuan. Dia tegur. "Eh, kak Alwani." Macam biasalah kalau jumpa dia, dia akan tanya I nak pergi mana. I pun gelabah-gelabah jawab nak pergi ATM. I tak tahu kenapa kalau jumpa dia I mesti akan tergagap-gagap. Sebelum berpisah, dia sempat cakap, "Wah akak berfesyen-fesyen" Adeh. Memang time nampak dia I nak buat-buat tak kenal. Sebab rasa segan dengan dressing i hari ini walaupun I rasa cun tapi dah selisih kan. So sangat kejam lah kalau nak buat tak nampak.
Lepas pergi bank in tu I balik bilik. Rasa sangat penat. Time tu terserempak ngan ada junior lain pula. Camnilah life kat U. Hari-hari I jumpa junior je. Kawan-kawan sebaya semua dah berkerjaya. Tinggallah I sorang-sorang. Tapi macam awet muda je kawan ngan orang-orang muda ni. Kami pun jalan-jalan ke kolej. Sampai bilik, I pun golek-golek atas katil sambil YM. Ada junior I yang lain kata dia nak ikut 28 hb nanti. Tapi kena tengok jadual. Harap-harap dia free. Dah lama juga tak jumpa dia. I pun dah mula berangan-angan. Haha, Tiba-tiba room mate I tanya. Adeh. I terlelap rupanya. "Wani nak pesan pape tak? Nak pergi pasar malam." Nafsu makan I tiba-tiba jadi sangat besar. Macam Hot air balloon yang akan ada kat Putrajaya tu. Sebab sebelum tu memang I ada terfikir juga nak makan apa untuk dinner. Lepas tu I pun pesan. "Nak Putu piring, pastu kopok lekor singgit, pastu nak nasi ayam/nasi lemak ayam. Ayam tu nak bahagian dada." Rumet I pun pening. Dia suruh I msg. I pun terus ambil fon dan msg. Punyalah I tak sabar kan...
Lepas tu i tertidur. Jaga-jaga dah dekat-dekat jam 7. Haih. I cepat-cepat bangun. Berlari-lari I keluar bilik. Time tu dah 715 dah. Na O Mei!!! I jerit dalam hati. Tengok-tengok I punya kawan punya kawan-kawan ada depan tv. Berbungkus-bungkus polisterin diorang makan. Kucing pun makan dalam polisterin. Mewah mak kucing tu hari ini. Dapat makan ngan polisterin-polisterin tu sekali. I pun tengok TV. Bila cerita dah habis, azan Maghrib pun berkumandang. Yay. Rumet I dah balik! Bawa makanan. I pun makan lah ala kadar. I makan sekeping putu piring. Rumet I makan separuh. Kesian dia. I bagi dia makan yang dia tekak dia rasa tak sesuai. Lepas tu I solat Maghrib. Lepas solat Maghrib, I makan lagi separuh putu piring. Dan bawa semua makanan pergi depan TV.
I tak berapa gemar makan dalam polisterin ni. So, I transfer nasi ayam tu ke pinggan kaca I. Kalau pecah pinggan tu, nangislah I. Polisterin nasi ayam I letak sebelah I kat atas sofa tu. Dan POlisterin putu piring tu I letak atas meja. Sekali dengan I punya keropok lekor. Dan polisterin kawan I dan kawan-kawan dia yang juga dah jadi kawan-kawan I. Sedang I seronok makan sambil tengok TV sambil tengok mak kucing ngiaw ngiaw panggil anak dia makan, Kawan-kawan I pun datang nak ambil buang polisterin-polisterin mereka. I pun makan je lah. Lepas habis makan, I nak makan I punya putu piring. Cuba U all teka apa jadi. I tengok-tengok I punya putu piring dah tiada!!! Huwaaa... Kawan-kawan I terambil buang lah tu. Sedihnya I rasa... Ada lagi 3 keping tau. Mengidam lagi lah I nampaknya lepas ni. Lepas tu I makanlah keropok lekor dengan sedu sedan sambil tengok mak kucing makan ayam yang I bagi. I tak reti nak makan ayam bagi licin. Sebab tu I request bahagian dada. Bahagian lain cam sangat adventurous kalau nak makan. Tak reti I. So, I bagi je kat kucing.
I ingatkan dengan kehadiran putu piring tu, sedikit sebanyak akan menceriakan hidup I. Rupa-rupanya hujan turun di malam hari. Sekarang, misi I, I tak nak kira banyak-banyak. Nanti I nak turun pergi cari aiskrim. Kalau tak pun, I nak cari air tebu ais. Lantaklah esok pagi batuk ke. I tak nak kira.
Oh. I lupa nak cerita. Siang tadi I happy sebab, dah lama tak chat ngan Aina, Haidar, Fadzli, Dan ngan pakwe Cina. Biar pun sekejap tapi membahagiakan. Lain kali I nak buat status I dah ada anak lah pula. =P
FC KMNS, jom pergi Johol 28 hb nanti!!!
No comments:
Post a Comment