Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2011-06-27

Jangan kata kalau tak kenal.

Salam.
Saya bukanlah seorang yang berkelulusan sekolah agama. Setahun sahaja sekolah agama. Masa Darjah 1. Masuk sekolah asrama, saya sertai Ahli Surau. *sekarang panggil Imtiaz* Dengan niat nak belajar. Ada satu perasaan yang sangat tenang bila dikelilingi gadis baik baik, yang bertudung labuh. Dan saya suka perasaan itu. Sejak sekolah asrama itu, saya cuba jadi orang yang lebih baik. Terutamanya dari segi agama. Di situ, saya dapat keyakinan untuk menjadi seorang Imam. Walaupun sekolah itu sekolah asrama yang semasa makannya, wajib makan dengan sudu. Yang paling paling ingat adalah masa matriks, masa universiti. Tiap tiap malam jalan jauh jauh dengan kawan nak pergi dewan solat tarawih beramai ramai, mahupun dengar ceramah. Atau, masa program anjuran Rabbani+Gamis. Rasa tenang lebih lebih lagi melihat perwatakan mereka. Rindu. Dan saya masih cuba untuk menjadi diri yang lebih baik. Atau sekurang kurangnya, memberi kebaikan pada orang sekeliling. Cuma, saya agak terkilan. Saya bukanlah seorang yang sempurna. Kadang kadang, rasa diri sangat nakal. Suka berjalan jalan berjumpa kawan. Dan bukanlah contoh yang baik untuk adik adik. Tapi, saya tetap cuba. Dan mungkin, kawan saya tidaklah sebaik atau sesempurna kawan kawan orang lain. Namun, tidakkah lebih baik jika cuba mengenalnya dahulu sebelum melontarkan kesimpulan tentang dirinya? Sebab saya yang nakal, orang lain yang dipersalahkan. Kejam untuk dia.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681