Ada seekor burung ini. Saya sayangkan burung itu. Sangat. Selalu bagi makan bila dia minta makan. Kadang kadang, dia tak minta pun saya bagi. Sebab dah sayangkan. Masa pun berlalu. Si burung ada cita cita. Burung kata, dia mahu berjaya. Mahu tolong kawan kawan dia. Mahu guna ilmu yang dia ada. Mahu terbang tinggi di awan nan biru.
Berat rasa hati. Tapi pastilah saya mahu burung itu gembira. Saya mahu dia capai cita cita dia. Kan ada pepatah kata, If you love something, set it free. If it comes back to you, it's yours. If it doesn't, it never was. Saya tak mahu kurung dia lagi. Mahu dia terbang bebas. Saya lepaskan dia pergi. Walaupun hati sangat sedih dan tidak mahu dia tinggalkan saya.
Wahai si burung, terbanglah dikau terbang tinggi. Capailah awan, segala yang diimpikan. Jaga diri baik baik. Saya sayang kamu.
Ada ke burung yang bila dah terbang bebas, nak kembali ke sangkar?
Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
No comments:
Post a Comment